Khamis, Januari 17, 2019

Konsistensi Azam.

Hari ini aku menulis seperti hari-hari lain sejak tahun baru dengan harapan momentum yang diharapkan.

Bukan soal displin atau konsistensi sebenarnya perlu dipersoalkan di dalam diri.

Cuma sebentuk susunan displin berterusan tanpa ada rasa paksaan. Supaya nanti semua azam dapat dijadikan arus kesempurnaan dengan jalinan idea dan ilham sepanjang masa dan zaman.

Rabu, Januari 16, 2019

Challenge.

Dengan pelbagai kandungan dan intipati yang ada dalam dunia media sosial sekarang, terlalu banyak idea telah dizahirkan hari demi hari.
Aku beri contoh #10YearChallenge yang baru tular ini. Ini sejenis barang baik untuk media sosial.
Ini tularan yang jatuh di bawah kategori cabaran atau challenge. Adakalnya cabaran-cabaran tersebut menarik dan elok disebarkan. Adakalanya sampai ke tahap mengarut, buang masa, gila tidak masuk akal dan bodoh tahap haram jadah.
Sama ada mahu perhatian atau popular, manusia perlu berpandu akal.
Jangan sampai jadi baghal.

Selasa, Januari 15, 2019

Tertekan.

1. Dalam keadaan kita sedang menguruskan dan menangani banyak tugasan, ada masanya kita akan dilanda tekanan. Dalam konteks ini: Aku sedang dilanda tekanan.

2. Tekanan pada lazimnya akan membuatkan kita tidak selesa, tidak tentu arah dan akhirnya panik sekali-sekala.

3. Aku panik dengan cara aku sendiri. Bila panik, aku akan buat kerja dengan flow atau kadar kelajuan yang lebih berganda daripada biasa.

4. Ada kalanya kerja siap dan cantik juga. Selalunya kerja akan tidak siap dan huru-hara hasilnya.

5. Aku beriltizam mahu merubah sikap itu dan merancang lebih baik kerana ia sudah jadi bad habit.

Isnin, Januari 14, 2019

Error & Trial

Ketika aku sedang menulis entri post hari ini (dengan penuh semangat!), ada sejenis peringatan dan senario yang sudah lama tidak aku alami sejak menulis di sini.

Senario: Menulis dengan panjang lebar, mencurahkan segala isi idea dan komited untuk menyiapkan satu posting cantik.

Peringatan: Save sebelum sirna.

Seorang blogger tegar yang pernah melalui situasi bodoh di atas akan pasti berasa marah, kecewa, malas dan separa putus asa untuk memulakan semula entri yang tidak back-up tadi. Jujurnya itu adalah situasi klasik andainya kau seorang culas blog.

Whatever.

Aku nak buat lagi balik sebab tadi punya write up sikit punya baik.

Apa nak jadi.. jadilah. Aku rasa dulu-dulu pun lagi teruk dari tadi pun aku pernah rasa. Sampai banyak kali jugalah aku hampir nak surrender dan give up menulis di sini!

Ahad, Januari 13, 2019

IGTV


Sebagai satu lagi inisiatif konten terbaru untuk 2019, saya telah menambahkan lagi satu saluran dan siaran baru menerusi Instagram TV atau IGTV.

Nampaknya muatnaik konten serta kandungan video menerusi IGTV sedikit mudah dan pantas berbanding YouTube dan Facebook. Cuma ada dua perkara yang perlu saya fikirkan (runsingkan?) iaitu:

1. Menjana kewangan + trafik tontonan
2. Video hanya dalam format sudut menegal (vertical angle)

Apapun begitu, tetap sesuatu yang positif bagi saya yang sedang bersemangat ini!

Jumaat, Januari 11, 2019

Mencari Template Baru



Bermula awal tahun ini, gerakan besar-besaran telah digerakkan untuk aku overhaul banyak benda.

Antara yang paling jelas sekarang adalah blog ini.

Portal yang paling lama dan paling awal sekali aku usahakan sejak awal terbitannya pada tahun 2004. Maka sempena permulaan baru serta mungkin juga sambutannya yang ke-25 ini, aku rasa sudah sampai masa aku renovasi rekaan serta aturannya luar dalam supaya tampak lebih fresh.

Ahad, Disember 30, 2018

Tahun Baru Bakal Menjelma Lagi

Melihat dan meratap kembali entri-entri lama sejak mula membiasakan diri dengan blogging di sini memang nostalgik.

Terlalu banyak kenangan.

Terlalu banyak pengalaman.

Terlalu banyak yang diangan-angankan.

Terutama sekali di masa ingin menyambut tahun baru yang bakal menjelma ini.

Rabu, Februari 28, 2018

Selasa, Februari 20, 2018

Orang masih memandang.

Kau bayangkan setelah lama tidak menulis dan tidak mengeluarkan apa-apa jenis tulisan pun yang boleh dianggap "credible", orang masih lagi bertanya malah mengiktiraf kau sebagai PENULIS.

Biarpun bagi aku ini merupakan sesuatu yang amat mengujakan dan memalukan dalam masa yang sama, sedikit sebanyak aku harus terus memperkemaskan dir untuk kembali ke landasan yang sebenar. Tidak akan terlaksa sesuatu impian itu apabila ia hanya tercatat di dalam minda semata.

Sabtu, Mei 27, 2017

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Konsistensi Azam.

Hari ini aku menulis seperti hari-hari lain sejak tahun baru dengan harapan momentum yang diharapkan. Bukan soal displin atau konsistensi ...