Sejauh ini perjalanan hidup aku.
Alhamdulillah.
Allah masih beri peluang.
Bernafas. Bernyawa. Berjiwa demi kelangsungan segala.
Ramadan yang pastinya akan mengembalikan semua emosi kenangan dan pengalaman lalu.
Sejauh ini perjalanan hidup aku.
Alhamdulillah.
Allah masih beri peluang.
Bernafas. Bernyawa. Berjiwa demi kelangsungan segala.
Ramadan yang pastinya akan mengembalikan semua emosi kenangan dan pengalaman lalu.
Pagi ini seperti biasa meneruskan apa yang sepatutnya dan sewajarnya diperlakukan.
Dan aku memang sentiasa mengharapkan hari ini dan hari-hari yang mendatang bakal membuahkan sesuatu yang luarbiasa. Dapatlah ia membenam segala yang membungkam.
Demi CINTA, aku mahukan segala.
Hari ini aku kembali ke laman ini.
Mengadu lagi pada diri sendiri dan tentang hati.
Sebanyak mana pun aku cuba ubah, selagi itu jugalah aku akan tetap sama dan serupa.
Kerana itu, aku tetap terus tanpa putus pada asa.
Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...