“Talent is a powerful skill and gift from the
ALMIGHTY ALLAH. Everyone has it. Never, ever put it to waste“
Setiap hari, tidak kira di mana atau ke mana
pun aku pergi, aku akan berjumpa dengan manusia-manusia yang berkebolehan dan
berbakat. Sama ada bakat mereka besar atau pun kecil, itu bukan halnya. Halnya
adalah sama ada mereka sedar bahawa bakat serta kemampuan mereka untuk menjadi
lebih bagus daripada apa yang mereka alami sekarang ini wujud dalam diri mereka
masing-masing.
Kadangkala, persoalan ini bermain di dalam
kepala. Kenapa punca kekuatan yang telah semulajadi diberikan oleh Yang Maha
Kuasa tersebut tidak digunakan dengan sepenuhnya dan seringkali pula
dipinggirkan?
Mereka mahukan jalan selamat.
Mereka mahukan jalan senang.
Mereka mahukan jalan yang telah diatur dan
dirancang oleh manusia-manusia lain yang sama sekali tidak tahu menahu atau
tidak ambil tahu pun perihal kekuatan manusia-manusia berbakat itu tadi.
Bakat ini lumrah. Bakat juga fitrah. Bagi aku
essentially, ia ibarat superpower yang dikurnia buat kita semua. Ada yang
memiliki bakat lebih jelas seperti melukis, menulis, memasak, berlakon, bermain
alat muzik dan sebagainya. Ada pula bakat yang lebih mudah seperti sikap dan
sahsiah diri seperti bertutur, merancang, menyimpan, berkira dan meluahkan.
Ya. Bakat ini ada sekeliling kita.
Namun bakat yang sebenar-benar yang penting
dan harus dihidupkan demi kesejahteraan diri dan masa depan adalah bakat untuk
firm dan tekad untuk membuat sebarang keputusan yang mendatangkan kelebihan
serta faedah buat seseorang itu. Antara kepantangan besar aku adalah apabila
manusia dan manusia itu tidak ada pendirian, undecisive dan lebih suka untuk
memilih jalan selamat dengan menjadi pengikut, mengikut dan ikut-ikutan manusia
lain. Aku tahu ada leader dan ada follower di atas muka bumi Allah ini. Cuma
yang aku cuba terangkan di sini adalah we all have to decide in our own fate
and destiny.
Are we to blame the system? Are we to blame
the society? Are we to blame the upbringing of our family and influence of our
peers for all this?
Well, personally I do not think so.
Kau ada akal. Kau ada fikiran. Kau ada
kematangan sendiri dan kekuatan sendiri untuk tahu apa bakat dan fitrah kau
selama mana kau hidup selama ini.
Think and dwell upon it. Your future depends
on it.
FM