Jumaat, Februari 27, 2015

Hari Ini Hari Sepanjang Hari Meraikan Cintahati.

Sejak dari tengah malam tadi aku mengingatkan kesayangan hati yang jauh di mata sekarang. Hari ini  Hari Kelahiran Kesayangan Cintahati yang ke-28. Pagi ke tengah hari ke petang ke malam, aku rindukan masa-masa kita meraikannya bersama.

Aku percaya kesayangan hati punya rasa yang sama. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, ibunda kesayangan hati ada hubungi aku tadi dan sampaikan berita yang begitu baik lagi berbunga. Kesayangan ada utus surat pada aku 😍

Selamat Hari Jadi, Sayang. Rindu. Tersangat-sangat rindu.  

Saya doakan awak semua kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri ini untuk awak.

Khamis, Februari 26, 2015

Selamat Sambut Ulang Usia, Kesayangan Hati.

Malam ini hati aku cukup sayu dan sebak. Sepatutnya pada malam ini, aku bersama kesayangan akan bersiap-siap menyambut Hari Kelahiran dengan makam malam bersama. Itu sudah menjadi kelaziman kami setiap kali tiba hari ulangtahun kami yang ditakdirkan jatuh pada hari yang dekat-dekat sahaja.

Hari Kelahiran yang Tersayang adalah pada 27 Februari. Hari Kelahiran aku adalah pada 1 Mac.

Tarikh di antara itu pula telah sepakat kami pilih sebagai Hari Ulangtahun kita berdua.

Namun tahun ini ternyata amat berbeza. Kesayangan aku tidak dapat bersama aku pada Hari Kelahiran kerana harus akur kepada tanggungjawab dan ketentuan lain di sana. Biarpun tidak jauh, hakikatnya kerinduan itu pasti wujud. Malah ia semakin lama semakin menebal dalam jiwa. Aku terlalu cintakan dia. Apabila kesayangan aku pergi menyahut panggilan yang diamanahkan kepadanya, aku sebenarnya tidak sanggup. Aku tidak rela. Aku tidak mahu dan tidak mampu berjauhan dengannya walaupun dalam tempoh masa yang pendek. Aku akan berasa canggung sama sekali.

Tinggallah aku keseorangan dengan redha diserahkan pada ilahi.

Aku berharap kesayangan dalam keadaan tenang dan sentiasa berpegang pada segala janji kita yang telah sama-sama diikat. Aku berdoa kesayangan dalam keadaan sihat dan bersemangat apabila menerima hadiah yang telah aku kirimkan tadi khas untuknya. Hanya itu sahaja yang termampu buat aku kepada yang tersayang setelah hubungan kami diuji dengan talian perhubungan yang sengaja disekat. Entan bila aku dapat melihat, mendengar dan berjumpa dengan yang tersayang. Aku sendiri tidak pasti dan tidak ketahuan. Maka aku menghitung hari demi hari, masa demi masa sehinggalah waktu itu tiba untuk aku bersua semula dengan yang tersayang.

Semoga kesayangan dilindungi rahmat Allah dengan kurniaan usia yang baru serta semangat dan jiwa yang baru menjelang Hari Kelahiran. Aku sentiasa selalu mendoakan yang terbaik buat kesayangan walau apa jua yang tersayang laksanakan dan lakukan sekarang, hari ini, esok dan selama-lamanya.

Aku terlalu rindu pada kesayangan hati.

Aku teramat cinta pada kesayangan hati.

Mudah-mudahan dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan yang seadanya demi menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin.

Love you forever and ever for ever after,
FM+AM


Ahad, Februari 22, 2015

Demi CINTA AKU pada DIA.

Meluahkan sesuatu yang begitu peribadi dan penuh dengan perasaan bagi aku adalah amat canggung. Mungkin kelazimannya aku menganggap masalah dan dugaan yang datang selalunya bersebab dengan satu sebab lain. Sama ada ianya berlaku di atas perbuatan aku sendiri atau hasil asal perbuatan aku yang berpunca atas kealpaan, kesilapan, kesalahan atau kelemahan aku juga. Tapi aku sama sekali tidak menjangka yang kekuatan aku ini akhirnya akan bertemu ruasnya. Kerana manusia akan tetap manusia.

Tewas dengan perasaan sendiri itu pasti.

Genap dua minggu aku 'dijauhkan' dengan orang yang paling aku sayang di atas nama pengorbanan sememangnya menzahirkan sebuah permulaan hidup baru buat aku. Aku belajar sesuatu yang baru. Ini perasaan yang merendahkan tahap ego aku. Aku menangis. Aku akur dengan kehendak kuasa yang lebih hebat. Yang lebih tahu apa yang terbaik buat aku dan dia. Kerana manusia akan tetap manusia.

Demi cinta aku pada dia, aku redha dan relakan.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Daya dan dalih.

Dengan adanya semangat yang sedang membara di dalam diri sekarang ini, maka tidak ada alasan lagi untuk aku berdolak-dalik atau melengahkan ...