Selasa, Julai 31, 2012

Flashback puasa


Apabila aku imbas sekali-sekala (terutamanya dalam kesyahduan dan ketenangan bulan puasa ini) segala tulisan serta entri-entri yang merakamkan cerita-cerita terdahulu tentang perjalanan hidup aku hingga sekarang, terus momen menjadi sangat nostalgik. Betapa seronoknya aku bersama kawan-kawan yang lama dan baru melalui semuanya itu demi pengalaman.

Ya, mungkin muda itu terlalu cepatnya berlalu. Sedangkan aku jarang-jarang sekali mengakui bahawa usia itu sememangnya lebih rindukan ketuaannya.

Tentang kerja dan persahabatan, tentang kasih-sayang dan keluarga, tentang idea dan inspirasi, tentang impian dan matlamat. Itu antara initipati-intipati dan sorotan-sorotan kisah yang kerap menjadi buah ilham tulisan blog peribadi aku ini. Entah ke mana hilangnya semangat aku untuk terus merakamkan semua itu dengan malar sejak dua menjak ini, aku sendiri pun begitu segan untuk mendedahkan jawapannya.

Perkongsian tidak akan lengkap sekiranya tidak ada orang-orang yang mahu faham isi perjuangan hidup yang masih sedang cuba aku ikhtiarkan. Ada tu memang ada, cuma dulu itu tidak semacam sekarang. Namun itu tidaklah bermakna aku sedang sugul bermangu sesal kerana aku yakin bahawasanya takdir dan nasib itu boleh kita cipta sendiri.

Masa dan waktu akan menjadi penentu sama ada menjadi atau sebaliknya semua kerahan usaha, ikhtiar dan perjuangan aku menuju hasrat segala hasrat.   

Jumaat, Julai 27, 2012

Prime candidate for 'Tragedy of the Year'


A tragedy happened today. I accidentally stepped on my laptop of two years in the dark right after sahur time. And the whole world just got a whole lot darker and bleaker when I found that the monitor screen is cracked, I do mean really damaged-cracked. Imagine that with super level of atomic explosion just like the pic above.

That’s exactly what I’m feeling from the inside out. And multiply that by 10.

Isnin, Julai 02, 2012

Usaha murni yang berterusan


Semuanya harus bermula dengan niat. Apabila niat yang dilafaz di dalam hati dan di zahirkan secara lahiri, maka akan terbitlah usaha-usaha dan ikhtiar-ikhtiar yang membentuk iltizam yang lebih tinggi dan meyakinkan. Satu niat akan membuka bermacam pintu ilham. Selagi mana kita dapat meneruskannya hingga tercapai segala hasrat, itu bergantungan juga kepada diri sendiri.

Aku melihat semua itu terjadi kepada diri aku sendiri dalam tempoh beberapa hari yang lalu.

Membentuk peribadi baru dan keazaman lebih besar dari yang sebelum-sebelumnya memungkin kita menjadi lebih berani serta kuat menghadapi masa hadapan. Aku tidak lain dan tidak bukan, hanyalah mengharap yang terbaik dari segala usaha murni ini. Saham-saham dunia adalah saham-saham akhirat jua kiranya dihitung jumlah timbangtaranya dengan betul.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.   

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Daya dan dalih.

Dengan adanya semangat yang sedang membara di dalam diri sekarang ini, maka tidak ada alasan lagi untuk aku berdolak-dalik atau melengahkan ...