Jumaat, Jun 29, 2012

Kental


Mungkin terlalu banyak yang masih perlu aku pelajari sehinggakan ke tahap ini apabila setiap keinginan mencapai matlamat itu semakin dekat dan menghampiri, ada saja siri-siri cabaran baru yang terpaksa aku hadapi. Di sinilah tahap kesabaran dan pengalaman harus dipergunakan sebaik-baiknya.  

Sebagai lelaki, itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana bila bertanggungjawab dalam hal-hal tertentu adalah mustahak dan amat penting.

Apa yang datang, siapa yang datang, bila yang datang: Aku harus hadap depan-depan dan terus-terus. 


Baru kental namanya!

Khamis, Jun 28, 2012

Sakit. Pedih. Sakit lagi

Gambar Hiasan

Aku harus nyatakan bahawasanya aku ini adalah seorang ‘closet perfectionist’. Maknanya, apa sahaja yang aku lakukan dan sedang usahakan, aku mahukan ia sebagai sempurna to the extend yang ianya lengkap serba-serbi walaupun tidak disedari orang ramai.

Namun ada sesuatu yang kadangkala menghalang serta membatasi kemampuan aku menuju ke arah seorang ‘completist’ yang ‘perfectionist’.

Sakit.

Justeru, sakit aku sekarang yang amat menguji dan perit ialah sakit gusi dan gigi geraham aku. Aku paling tidak suka sakit bahagian dalam mulut kerana proses pencegahan dan rawatannya bukan sekadar makan ubat dan sembuh sekejap lagi. Kau kena jumpa doktor gigi yang untuk aku ibarat berjumpa doktor sama yang bikin Frankenstein. Sakit, pedih, sengsara, rumit, azab dan lain-lain gambaran kata yang sama maksud dengannya.

Aku tengah alami sakit gigi dan gusi yang tenggelam-timbul sekarang. Oh Tuhan! Tolonglah hambamu yang lemah lagi hina ini.

Isnin, Jun 25, 2012

Mencari sentuhan Adikarya

Orang yang berhak untuk mempertahankan haknya dan memperjuangkan martabatnya perlu ada kesedaran bahawa kekuatan itu perlu datang dari sumber yang menyeluruh. Tidak kiralah sama ada saluran sumber tenaga itu datangnya dari ‘luar’ ataupun dari ‘dalam’. Ianya perlu dikumpul dengan sebaiknya dan seadanya untuk menghadapi hari-hari esok. Kerana mengharungi hari esok tanpa persediaan yang rapi dan cukup hanya akan membebankan diri sendiri.

Isnin, Jun 18, 2012

Apa yang (tidak) kena dengan Netherlands kali ini?


Adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila sesuatu perancangan dan percubaan itu tidak menemukan jalan elok menuju kejayaan. Mungkin kerana sebab-sebab dan punca-punca yang lazim seperti masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik. Hari ini, team Netherlands tidak layak untuk keluar dari pusingan peringkat kumpulan apatah lagi mara ke peringkat suku akhir. Lebih memeritkan, tidak ada satu mata pun dikutip dek kekalahan kesemua tiga perlawanan Kumpulan B berturut-turut dalam edisi EURO 2012 kali ini. Bayangkan sebuah team favorite seperti Netherlands yang punya rekod cemerlang dalam perlawanan-perlawanan peringkat kelayakan akhir menuju Poland/Ukraine dan juga reputasi selaku Naib Juara Piala Dunia 2010 kecundang begitu sahaja.

Kita bermain baik. Taktikal dan strategi kami juga cantik. Malah, semua pemain menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan begitu bersungguh-sungguh sekali.

Jadi, apa yang  tidak kena kali ini?

Boleh pilih salah satu yang di atas tadi: Masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik

Isnin, Jun 11, 2012

Segala hasrat yang (tidak) terbuku

Ada seorang sahabat yang sudah lama tidak ketemu menghantarkan aku sebuah SMS mengejut. Sungguh mengejutkan sehingga aku tidak tersangka bahawa sahabat itu tadi rupa-rupanya dalam diam masih mengikuti perkembangan aku sekarang. Tentang blog ini, dia bertanya sebuah entri yang sepatutnya aku habiskan tulisannya. SMS yang dihantar sungguh jujur ingin tahu dan sangat mahu.

Tentang sebuah retrospektif yang sepatutnya aku sudahi dan dedahkan kebenarannya yang sebenar-benar.

Ya, aku masih ingat juga sebenarnya. Cuma aku tidak rasa masanya cukup sesuai untuk aku menutup cerita yang aku mulakan itu kerana ceritanya ‘is far from over’. Bersabar dan bertabahlah wahai sahabat. Nanti bila tiba masa, akan aku ceritakan cukup-cukup pada kau kenapa jawapannya amat peribadi dan sangat sentimental buat diri aku sampaikan aku tidak sanggup lagi untuk menceritakannya di sini.

Aku juga faham sentimen dan hasrat kau yang berkehendakkan aku menyatakan segala yang terbuku selama ini. Kau baca dulu apa yang patut.

Selasa, Jun 05, 2012

Jumaat, Jun 01, 2012

Bersama Tok Guru di pertapaan



Ya. Kadang-kadang bila dalam perguruan, ada upacara menurun. Tak dijangka yang kadang-kadang, kadar kedahsyatan menurun itu boleh ke peringkat hilang kawalan dan hilang pertimbangan. Kelihatan dalam gambar, Tok Guru tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menurun sama.


* Foto ini diambil semasa pelancaran Pameran Kartun 2012 di Galeri Shah Alam, semalam

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Bertahan

Bukan senang untuk bertahan setiap hari jika tidak banyak sokongan yang sewajarnya aku dapat dan perlu datang pada tepat waktu. Mungkin saha...