Merasakan perasaan yang bercampur-baur
sekarang. Ada kala hati ini rasa suka dan gembira, ada kalanya jiwa ini rasa
menghimpit dan kecewa pula. Namun, sebagai manusia aku rasakan ia agak lazim. Cuma
betapa kuatnya kita dapat hadapinya.
Selasa, Mei 29, 2012
Khamis, Mei 24, 2012
Khamis, Mei 17, 2012
'Complexity' rancangan aku mungkin sudah ada yang tahu sejak dari dulu
Merasakan hidup dalam keadaan yang tidak
menentu kadangkala membuatkan kita senantiasa berfikir secara lebih kuat
daripada biasa. Dan apabila kita berfikir lebih kuat daripada biasa, maka
secara semulajadinya juga simbiotik psikologikal akal dan biologikal badan
pasti akan bertindak dengan satu sinergi yang belum pernah wujud sebelumnya.
Ini aku panggil prosesor kedewasaan hidup.
Atau dalam bahasa mudahnya: Hidup umpama
roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita dibawah.
Tapi aku sudah way pass ‘hidup umpama roda’.
Kerana analogi yang aku rasai sekarang ini apabila hidup mula menekan, menarik,
menolak, mencarik, merobek dan sebagainya berbeza mengikut siri-siri ujian yang
Allah Taala datangkan pada aku. Apa pun terjadi, aku akan terus bersikap
optimistik dan positif walaupun pada pandangan dan hemah orang lain di luar sana
memadang aku terlalu ‘carefree’ dan tidak ada kewujudan masalah langsung.
Normally, that is the biggest challenge that an optimist like me would most
probably have to endure everytime. For me, to be in the depth and at the centre
of the problem core itself is a no way out situation unless you have a way of
being plain ‘cool’ about it. And by being plain ‘cool’ about it is to make all
necessary emotional driven action in check. Not to to rush things and not to
jump into conclusion. Problems need analysis and post-analysis to solve. To deal
with problems is to deal and utilize with whatever experiences and exposures
you had before hand.
Aku pasti hikmah datang dalam pelbagai
bentuk termasuklah bentuk yang kita belum jelas tahu sama ada ia betul-betul berbentuk
problematik ataupun sebaliknya.
Cuma sekarang, aku mahu dan akan terus
bersikap ‘cool’ about it dengan menggerakkan segala jentera psikologikal berteraskan
positiviti dan mekanisme biologikal berpandukan sifat optimistik yang terkumpul
sejak dahulu.
Heck, aku kena tabah dan sabar dengan
berlebihan lagi.
Rabu, Mei 16, 2012
Guru Hari Selamat
Sungguh tidak aku sangka.
Dalam diam tak diam, ada juga yang mahu ucapkan
‘Selamat Hari Guru’ bersempena sambutannya pada hari ini. Ini sejarah bagi aku
sebab belum ada yang buat macam ni pada aku secara rasmi dan terus-terang. This means there is
someone or somebody out there that really appreciate me as a teacher and put my
advices into good use. To be guided and to learn the art and the way.
Aku patut rasa terharu. Aku wajar rasa
bersyukur. Aku harus rasa bangga.
Thank you in return. May all of you excel
in any endeavors and undertakings. Endure challenges, take risks, be smart, believe in dreams, be strong and confident. Lots more to be learn and earn real soon!
Selasa, Mei 15, 2012
Menggigit dan menajam bisa
Paling aku kena sabar dan paling menguji kesabaran ialah apabila ada orang-orang kat luar sana yang cepat sangat buat assumption atau jump to conclusion dalam satu-satu hal atau perkara. Membuat hukuman dan label-melabel lebih pantas daripada menggunakan kemahiran analisis akal fikiran untuk membuat pertimbangan. Ini biasa terjadi pada setiap masa dan setiap hari. Mungkin inilah fitrah manusia yang agaknya sedang dalam keadaan lupa diri. Tidak dapat tidak, hadapilah ia dengan apa bentuk rupa sekalipun walaupun yang sebenarnya amat menggigit dan menajam bisa.
Dalam peringkat hidup sebegini, aku rasa wajar aku lalui orang-orang yang seumpamanya ini untuk bekalan hidup hari esok.
p/s: Oh! Merujuk pada entri aku yang lalu, tidak sangka rupa-rupanya masih ada yang tetap dan masih mengikuti. Terima kasih dan salam hormat untuk kalian semua.
Dalam peringkat hidup sebegini, aku rasa wajar aku lalui orang-orang yang seumpamanya ini untuk bekalan hidup hari esok.
p/s: Oh! Merujuk pada entri aku yang lalu, tidak sangka rupa-rupanya masih ada yang tetap dan masih mengikuti. Terima kasih dan salam hormat untuk kalian semua.
Selasa, Mei 08, 2012
Aku mahu tulis apa yang aku mahu tulis
Aku masih ingat lagi bagaimana bersemangatnya aku memenuhi setiap ruang dan isi kandung blog ini dengan tulisan-tulisan aku suatu masa dulu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja yang mahu aku tulis dan kongsi kepada semua orang yang mahu baca blog aku ini. Masa itu adalah masa yang sangat ‘best’ sebab blogging adalah sesuatu kawasan yang sangat ‘exclusive’ tanpa ada saingan-saingan yang setandingnya kecuali Friendster yang hanya kuasa saingan yang minimal.
Tapi sekarang kita ada Facebook, Twitter, BlackBerry, Instagram dan entah-apa-lagi aku pun tak berapa nak ingat dan tak berapa nak tahu. Benda-benda ini sedikit dan sebanyak telah memakan semangat aku untuk menulis dengan rancak di blog seperti waktu dahulu itu. Sama ada ini hanyalah alasan ataupun motif yang lebih kondusif untuk memberikan jawapan kenapa berlakunya kerongakan dalam jadual blogging aku, itu aku sendiri tidak pasti.
Aku cuma tulis bila ada benda yang perlu aku tulis dan bila masa aku mahu tulis.
Tapi sekarang kita ada Facebook, Twitter, BlackBerry, Instagram dan entah-apa-lagi aku pun tak berapa nak ingat dan tak berapa nak tahu. Benda-benda ini sedikit dan sebanyak telah memakan semangat aku untuk menulis dengan rancak di blog seperti waktu dahulu itu. Sama ada ini hanyalah alasan ataupun motif yang lebih kondusif untuk memberikan jawapan kenapa berlakunya kerongakan dalam jadual blogging aku, itu aku sendiri tidak pasti.
Aku cuma tulis bila ada benda yang perlu aku tulis dan bila masa aku mahu tulis.
Isnin, Mei 07, 2012
Hanya untuk aku fikirkan seorang-seorang sahaja
Bila fikirkan keadaan aku sekarang ini, semakin banyak pula yang hendak aku luahkan dan juga kongsikan. Cuma aku tidak dapat berbuat demikian secara terus dan direct kerana manusia punya emosi dan perasaan. Ada sensitiviti dan sentimen. Kiranya aku dedahkan dan ceritakan semuanya, pasti banyak perkara akan berubah. Banyak juga penerimaan dan ke-tidak-terimaan. Susah atau sukar, itulah dia hakikat hidup yang aku kena tempuhi kerana ujian-ujian inilah adalah untuk aku dan untuk aku sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Archive
Dikuasakan oleh Blogger.

Halaman
About Me
About Me
ENTRI TERBARU
DEMI YANG TERCINTA!
Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...
