Sabtu, Mac 31, 2012

Jumaat, Mac 30, 2012

Kembalinya ibunda Adi Nazri ke negeri hakiki

Pagi hari ini, ibunda kepada salah seorang antara sahabat baik dan akrab aku telah pulang ke rahmatullah meninggalkan dunia dijemput Yang Maha Esa. Mendapat berita tersebut dari mulutnya sendiri melalui panggilan telefon. Sambil itu susulan tangisan dan kesedihan yang mendalam membuatkan aku rasa pilu lalu sebak. Aku dapat rasa bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk kita berpisah dengan insan yang paling kita sayang sejak hari pertama kita di dunia apatah lagi dialah yang telah melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga kita, mendidik kita dan mendoakan kita siang malam demi kebaikan serta kebahagiaan dunia akhirat.

Dan aku terus mengimbau kejadian seperti ini dengan penuh rasa kesedaran, kekesalan dan keinsafan yang bersungguh.

Betapa apa yang wujud di dunia hanya bersifat sementara dan terlalu cepat dan pantas semuanya berlalu. Ramai sudah rupanya kenalan-kenalan aku yang sudah tiada kerana ajalnya menjemput. Kawan dan keluarga yang pernah berkongsi tawa dan duka. Yang pernah bersama-sama meluah dan memohon perhatian dan pendapat. Yang pernah rasa hidup dan kenikmatan-kenikmatan yang telah Tuhan berikan di dunia ini. Apabila mereka sudah tiada, maka semuanya juga sudah pergi bersama kenangan. Di saat-saat inilah, aku akan duduk diam sambil bertafakur dan fikir: Ini pasti akan sampai pada kawan dan keluarga yang lainnya juga. Pada satu hari, pada satu masa. Ia pasti tiba menjemput. Pada aku, pada dia, pada sesiapa sahaja, tidak kira jauh atau dekat, rapat atau tidak. Pada semua-semuanya yang muda atau tua. Yang lama belum berjumpa atau baru tadi telah bersua.

Yakni pada ajal dan maut.

Sepertimana rezeki dan jodoh, ajal juga adalah rangkuman tiga perkara yang tidak dapat ditentukan manusia kerana ianya adalah rahsia Allah. Sehinggalah saat dekat pada salah-satu daripada ketiganya itu, barulah rasa itu membuak datang bertubi-tubi dan bertalu-talu.

Rasa syukur dan gembira pada rezeki yang datang.

Rasa bahagia dan teruja pada jodoh yang muncul.

Rasa redha dan pasrah pada ajal yang tiba.

Ini semua membuatkan ujian dan dugaan sebagai hamba Allah di muka bumi ini semakin lama semakin mematangkan manusia itu sendiri. Usaha dan ikhtiar yang berterusan, tawakal dan tawaduk yang berpanjangan, doa dan syukur yang tidak ada putus-putusnya hingga berakhirlah segalanya.

* * *

Al-Fatihah serta salam takziah buat kau, Adi Nazri. Seorang teman dan kawan yang kerap berada di kala susah dan senang (selalunya susah) ke atas pemergiannya ibunda kau. Semoga kuat dan tabah, diharapkan terus berjuang, sabar menghadapi apa juga yang sudah Allah tentukan untuk kita semua di dunia ini dan di alam sana. Pada dia kita datang dan pada dia kita semua pulang. Allah lebih sayangkan mak kau macam mana Allah sayangkan dan akan lebih sayangkan kita semua nanti.

Sementara ini...

Hidup mesti terus.

Hidup mesti terus.

Hidup mesti terus.

Khamis, Mac 29, 2012

If this is 100 Bullets, we are like "The Trust".

Met an old friend today. He was what I say one of those friends that weren’t close to you before but is interesting to me now because of the level of achievements and experience and reputation one had gained over the years. He is now doing his own stuff, meaning he has currently have earned sufficient amount of readiness to do things independently. For the record, he is in the same line (more or less) and speaks the same language as I do.

Being a creative mind, we discuss how the world works according to us.

How money does not really control all. How being smart and slick is never enough. How the world keeps getting smaller and smaller and even smaller as we speak. How keeping a modest heart can be worthwhile for a long while.

Things are different when we both started. Naive and not knowing much. The world is a new playground. I am happy to have met him now because as we supposed to meet before, it would be a different story. Life’s education is stronger than we taught it ever would be and could be. And so he helped me by giving an advice or two of doing what I do best. Doing the things I love and passionate about in life: Ignore critics, believe in one self and keep the momentum going no matter what.

According to him since he started his business seriously last year, a sum of approximately RM100k is already on his payroll. Amazing what confidence can do to you if you have the guts and courage and just be ready to kick-off. Exactly the right motivational factor needed.

After a while, I think time can really tell.

From this point to that point: The journey is everything. The destination you have already know.

Thank you Ben for throwing me that line when I needed it the most.

Rabu, Mac 28, 2012

Makmal FB

Semenjak kehadiran Facebook (FB) dalam hidup, aku rasa sangat beruntung. Banyak perkara yang aku jalankan selama ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisyen sekali, malah berulang-ulang kali. Paling aku suka apabila social experiment yang aku lakukan di FB sering mendatangkan keputusan dan hasil yang memberangsangkan. Sungguh luarbiasakan sekali FB ini.

Terima kasih Mark Zuckerberg kerana tolong kawan-kawan.

Di FB ini, aku dapat melabelkan jenis-jenis dan kriteria-kriteria orang yang wujud di sekeliling aku. Dari aspek bisnes pula, jelas aku dapat kategorikan yang mana golongan profesional dan yang mana golongan amatur. Paling menarik sekali, level intelek dan bijaksana orang juga boleh diukur sedikit-sebanyak dengan FB. You can call it psychology or marketing strategy or political science or whatever but it works nicely day after day, time after time. Aku dengan sengaja telah memecahkan beberapa fasa aktiviti di FB aku mengikut target group yang aku sasarkan. Jelas menunjukkan sebilangan responden atau non-responden (ini bagi yang ‘like’ atau rujukan demografik FB), masih jauh tersasar dari expectation aku sebagai kawan. Kawan yang sepatutnya tolong kawan bukan sahaja di kala senang, juiga di kala susah. Sebilangan responden yang lain pula, walaupun silent responden atau pasif responden, masih boleh aku ‘baca’ aktivitinya. Impresif juga melihat kawan yang jenis ini. Yang lain pula ada yang jenis rawak. They themselves have no clues or any ideas what they’re sayinh or talking about just for the sake of FB popularity syndrome. Mereka masih belum sedar betapa once they enter the realm of FB, semuanya akan terekod dengan automatik, sama ada niatnya apa sekalipun. Dalam hal ini, psychological element is crucial. Impak mereka-mereka ini dari jarak dekat atau jarak jauh boleh menggambarkan cerminan peribadi semasa seseorang itu sama ada mereka ini ambitious, passionate, desperate, over-the-top, plain stupid and foolish, opportunist, etc.

Like today, aku telah mendapat benefit yang benar-benar bermanfaat dan berfaedah untuk dihadam untuk tulisan dan pemikiran-pemikiran aku yang akan datang, sama ada dari sudut peribadi mahupun sudut profesional. Walaupun ia tidak menyeluruh memandangkan ada lagi ramai orang especially kawan-kawan di luar sana yang belum ada FB, ianya tetap unconcise.

Aku terus study dan jalankan ujikaji aku secara berterusan. FB adalah makmal antara makmal terbaik bagi aku dewasa ini. It starts from your status and boils down direct to your activation to the other party online (or perhaps, offline)

Selasa, Mac 27, 2012

Its a zoo next to a zoo

Went to a place that was meant to be promising. A place where it seems like hopes and dreams are made of. But this hopes and dreams are sometimes dashed out by oppressor and not so good people. People who are in for the benefits of their own. Well now that I am more experience and having extensive and expansive brain cell, will not be easily get carried away with such hook-ups.

The lure of short-lived excitement. Happens to a lot of person, including me before. In many rooms, I can be easily the smartest and ‘in-the-know-how’. While most people, purposely let themselves be in that particular pretentious claptrap, letting their inner intellect be molested mercilessly.

It’s a horrid place. Yet still, a place that can remind us all how time will change eventually while people do not (unless if they want to).

Isnin, Mac 26, 2012

Masih sempat. Masih boleh

Tidak banyak yang berlaku hari ini melainkan perkara-perkara yang sedikit tertangguh akibat masa dan waktu yang sengaja ditinggalkan. Menukar kelemahan dan kekurangan kepada kekuatan dan kelebihan bukanlah suatu perkara yang mudah hendak dilakukan seorangan. Tidak mustahil. Cuma tidak mudah dan tidak juga begitu senang.

Kesempatan ini tidak tahu bila lagi akan datang seperti yang sebelumnya.

Aku harap kali ini aku dapat gunakannya dengan sebaik ada kerana semakin lama, semakin sempit rasanya hendak bergerak. Semakin berat mahu melangkah.

Sekali lagi, aku cuba yang terbaik.

Fokus aku hanya satu kini: “Buang yang keruh, ambil yang jernih”


p/s: Aku baru perasan lately entri aku banyak guna bidalan.

Ahad, Mac 25, 2012

Yang pahit akan manis akhirnya ( ...Ya, just like the song)

Berada dalam situasi yang tertekan biasanya pada orang lain akan mengundang masalah. Masalah yang berpunca daripada kesulitan-kesulitan apabila yang kita usahakan masih belum menjadi atau yang dicari masih belum ketemu dan kunjung tiba. Manakala tekanan yang datang pula berarah dari sudut yang betul-betul tidak terduga. Bila tidak tahan maka akan semakin runcinglah tahap masalah itu. Jalan penyelesaian pula makin lama makin menuju buntu. Ke sana salah, ke sini pun salah. Semuanya jadi serba salah.

Tapi tidak bagi aku.

Pengalaman telah banyak mematangkan. Dari pengalaman aku cari dan jumpa ilmu pengetahuan untuk satu-persatu aku tangani tekanan mahupun masalah yang mendatang dengan kemas dan cermat. Aku sedar tekanan dengan masalah itu wujud lazimnya atas sebab perkara yang logik. Ianya berbalik punca pada sahsiah kita dan peribadi diri sendiri juga akhirnya.

Orang akan mudah menyalahkan orang lain, menyalah takdir dan nasib, memyalahkan semuanya kalau ada yang tak kena sehingga tekanan itu menjadi punca permasalahan. Ini pada pandangan akal aku silap. Mungkin tidak sampai ke tahap salah tapi silap yang sering dilakukan orang berulang-ulang kali, sehari-hari, setiap waktu dan setiap masa yang datang dan pergi.

Alhamdulillah, aku kadang-kadang suka mencari jalan susah untuk berjaya. Walhal, jalan senang dan lenang itu banyak terbentang di hadapan mata. Aku tidak mahu malah enggan ke situ. Kerana aku yakin dan percaya, kesengsaraan itulah yang aku membuat aku lebih kuat dan gigih. Kerana aku selalu sahaja menjadi saksi betapa makin susah dan makin sengsara orang itu, makin ligat kudratnya untuk berikhtiar mencari jalan penyelesaian pada masalah-masalah yang dihadapi. Akal fikiran juga turut pintar dan pintas melahirkan idea serta ilham baru yang datangnya entah dari mana sebab yang apa-apa. Aku suka perasaan ini. Perasaan ‘striving through adversity’.

Tinggalkan apa yang bermain di benak kekalutan.

Hari ini aku susah. Semalam aku susah juga. Esok pun belum tentu aku tidak susah.

Yang senang akan datang bersama senyuman dan kegembiraan.

Sabtu, Mac 24, 2012

Mencari 'escapism'

Entah kenapa mood aku hendak menulis yang sudah sepatutnya datang awal sejak pagi tadi sudah tertangguh dan tertangguh dan tertangguh lagi sehinggalah membawa ke larut malam ini. Aku tidak malas apatah lagi ketandusan dan kekeringan idea. Aku juga menolak punca mencari alasan sebagai salah satu faktor penyumbangnya juga. Aku sendiri tahu yang tidak ada penghalang untuk aku menulis entri hari ini dengan lancarnya beberapa jam yang lalu.

Ya. Misteri itu terjawab juga kini.

Sememangnya aku telah semakin pandai dan semakin bijak mecari 'escapism' : )

Ngehehe.

Jumaat, Mac 23, 2012

Apa dia ni?

Bila tidak ada yang faham apa yang aku cuba sampaikan, aku akan cuba dan cuba lagi. Kerana bagi aku selagi mesej atau idea itu belum lagi menuju sasarannya dengan tepat, aku akan rasa tidak puas dengan apa yang sedang aku usahakan itu. Atau dengan kata lain, aku kena sama ada; 1) simplify subjek tersebut untuk persepsi umum, 2) berikan contoh atau misalan yang lebih praktikal, atau 3) cari jalan panjang dan berliku hingga semua orang faham, tahu dan mengerti.

Mungkin kompleksiti ini tidaklah sesukar yang mereka semua bayangkan. Aku kena kurangkan unsur filosofikal dan elemen retorikal.

Macam menulis. Selagi cerita yang aku tulis itu tidak ada penghujung dan penamatnya, pasti tidak ada siapa yang akan tahu penyudahnya. Tidak siapa yang akan tahu moraliti dan natijahnya. Tidak siapa yang akan tahu apakah cerita itu tadi betul-betul sudah habis atau berkesinambungan ke cerita yang satu lagi. Nyatanya di sini, cerita perlu ada penamat supaya semua faham.

Pemahaman manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza-beza mengikut tahap intelek, pengalaman, usia, latar belakang dan integriti seseorang. Biarlah fitrah dan takdir dan nasib sahaja yang menentukan.

Aku mahu orang faham dan tahu.

Apa dia niat aku.

Apa dia kerja aku.

Apa dia tanggungjawab dan hak aku.

Apa dia yang aku lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

Apa dia yang dia dan dia dan dia dan dia dan juga dia mahu daripada aku.


Semoga aku cuba lagi (hingga tamat)

Khamis, Mac 22, 2012

D.U.I.T

Aku sengaja berhenti sekejap daripada menulis sambungan terakhir kisah retrospektif kerjayaya aku untuk mendapatkan sedikit mood untuk untuk menyudahkannya (Ya. Barangkali ramai yang sudah sedia maklum bahawa apakah kerja aku yang terakhir di bawah majikan adalah yang paling istimewa dan paling ‘mengesankan’ kepada aku setakat ini. Tapi aku simpan cerita itu dulu).

Sekarang ini terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Maklum sajalah, masa yang aku banyak sia-siakan (dengan secara sengaja atau tidak sengaja sebelum ini) harus aku tebus dan gantikan dengan manfaat semula dengan lebih pantas. Dalam masa yang terdekat ini, aku harus kejar dua-tiga projek yang sedang giat diusahakan. Satu projek untuk menyambut kedatangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 hujung bulan hadapan, satu projek untuk mendapatkan dana dan suntikan modal yang secukupnya untuk projek-projek yang akan datang dan satu projek adalah projek peribadi. Terang lagi nyata, kesemua projek ini memerlukan wang.

Wang sebenarnya tidak sepenting yang kita semua sangkakan tetapi wang dapat selesaikan banyak perkara. Falsafah ini pertama kali aku dengar daripada adik aku sendiri. Langsung tidak sukar difahami namun kebenarannya jelas. Manakala ibunda aku sendiri pernah mengeluarkan sebuah teorem yang aku rasakan sangat berguna dan praktikal tentang wang:

D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal

Pernah juga suatu masa dulu, sedang aku hendak mengisi minyak kereta di sebuah stesyen minyak berdekatan dengan rumah, aku terserempak dengan seorang guru yang pernah mengajar aku di sekolah. Cikgu Aminuddin yakni cikgu Bahasa Melayu. Cikgu ni ada juga menyumbang karya-karyanya untuk diterbitkan. Kalau baca suratkhabar, dia pakai nama Ami Masra. Inilah cikgu yang banyak membakar semangat aku dan mencungkil bakat serta minat aku pada penulisan semasa di sekolah menengah (Di sekolah rendah namanya CIkgu Sa’ei). Aku menegur dia dan bertanya khabar. Dia menyambut aku dengan baik dan juga bertanya khabar aku juga. Di hujung perbualan kami yang cukup ringkas itu, aku masih ingat pesannya kepada aku sebelum berlalu pergi: ‘Zaman ini zaman duit. Semua pakai duit. Duit itu kamu gunakan. Bukan duit gunakan kamu’.

Mengejutkan. Ambil masa juga untuk aku khadam maksud tersirat di sebalik kata-kata Cikgu Amin itu tapi akhirnya aku dapat tangkap juga.

Bila sampai kepada satu kepada satu persimpangan yang lainnya dalam hidup yang memerlukan aku berfikir dan bertindak pantas kerana keadaan ataupun situasi yang menekan ataupun mendesak, duit itu harus aku cari. Aku cari bukannya kerana aku mahu beli bahagia. Bukan kerana aku mahu beli gembira. Bukan kerana aku mahu beli cinta. Bukan kerana aku mahu beli kepuasan apatah lagi keberkatan. Aku cari duit kerana konsep rezeki itu salah satu daripada sumber kekuatannya adalah harta. Dan harta dunia moden hari ini tidak dapat tidak adalah wang. Hingga ke satu peringkat, aku begitu mudah jadi serba-salah kerana wang disebabkan wang sudah mula mahu ‘guna-gunakan’ aku, bukan kerana siapa atau apa yang mampu dan boleh aku lakukan sebenarnya. Maka untuk tidak terlalu gusarkan soal itu, aku lipat kali gandakan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal aku. Aku mahu terus cari duit itu hingga ke tahap kaya dan jika diizinkan Allah ke tahap raya, agar kaya-raya.

Boleh aku agihkan pada keluarga dan kawan-kawan yang lebih memerlukan.

Boleh aku berikan pada dunia dan laburkan pada akhirat.

Boleh aku buktikan dan sedarkan diri mereka dan mereka yang duit hanya boleh selesaikan banyak perkara tetapi tidak semua perkara.

Rabu, Mac 21, 2012

RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 3

Bermula tahun ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena hari lahir aku yang telah lalu. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti KL Motion Pictures?


Aku sekarang berada dalam peringkat transisi mencari arah tujuan yang lebih besar dalam bekerjaya. Setelah hampir empat tahun melakukan kerja-kerja yang membabitkan komik dan kartun, akhirnya aku kembali semula ke aliran yang mana aku tuntut pengajian suatu masa dahulu ketika sedang belajar di universiti: Berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Ini terjadi berkemungkinan besar kerana keadaan yang memaksa dan terpaksa. Diakibatkan daripada penutupan studio KLP yang aku sertai terdahulu, aku mencari opsyen yang paling dekat dengan aku yakni berkarya dalam bidang yang membabitkan TV dan filem.

Kali ini aku sengaja menempatkan diri aku ke KL Motion Pictures di bawah tunjuk ajar dan panduan seorang yang produser/direktor/penulis iaitu Wan Hasliza @ Kak Liza. Aku mahu menuntut ilmu pengajian dan pengetahuan tulisan-tulisan skrip. Aku mahu belajar selok-belok sebenar dan jurus berkesa daripada seorang profesional yang betul-betul mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan skrip TV dan filem. Kak Liza terkenal kerana siri TV ‘Dunia Baru’ yang mana ia selanjutnya dijadikan filem di pawagam. Aku sangat berminat untuk berguru di bawah bimbingan Kak Liza kerana Kak Liza ada X-Factor yang selalunya aku akan cari dalam menuntut ilmu tertentu yang lazimnya tidak diajar di sekolah, pusat pengajian tinggi atau mana-mana sahaja. Di sana juga aku duduk bekerja di bawah satu bumbung dengan dua teman lama aku dahulu semasa di KLP iaitu
Lobak dan Adi. Mereka barangkali adalah pendorong terbesar aku mahu masuk dan sama-sama berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Semasa bekerja sebagai researcher dan pembantu penulis skrip di KL Motion Pictures, banyak yang aku pelajari dan alami. Aku belajar bagaimana mahu menghormati dateline dengan lebih berdisplin, aku belajar membuat aturan jadual kerja dengan lebih kemas, aku berpeluang berlakon dan menulis skrip secara profesional. Aku berkenalan juga dengan Sham(scriptwriter) dan Amirul(editor/produser.direktor). Dhojee(produser/direktor) dan Khai(produser/direktor). Encik Jamal(produser) dan Pali Yasir(DOP), Hazo dan Mujeed, Bangla yang aku rasakan cukup karakteristiknya untuk dijadikan watak dalam mana-mana filem atau drama. Malah ramai juga kenalan baru yang mungkin tidak akan dapat aku senaraikan semuanya di sini, namu kehadiran mereka-mereka ini cukup mendatangkan sesuatu yang berguna buat bekalan perguruan aku bersama-sama Kak Liza.

Seperti yang aku katakan tadi, kesempatan untuk berlakon di sini hadir dalam bentuk siri game show yang diusahakan dengan RTM. Sebuah game show yang di beri judul ‘Laxmana’ yang pada hemah aku adalah sebuah game show yang diinspirasikan dari game show-game show fizikal yang popular di Jepun terutama sekali ‘Istana Takeshi. Maka, merasa popularlah aku sejenak dengan screen time yang diberikan kepada aku setiap kali aku on air. Sungguh menarik sekali pengalaman menjadi pelakon. Semuanya itu berlaku dengan begitu pantas kerana tanpa aku sedari masa itu berlalu, aku mengambil keputusan untuk menamatkan perguruan aku sendiri bersama KL Motion Pictures dan Kak Liza apabila tamatnya penggambaran lima musim berturut-turut program ‘Laxmana’ dan terus sahaja melangkah kaki untuk beberapa ketika ke ASTRO untuk menyambut pelawaan oleh seorang sahabat yang kebetulan adalah produser di sana. Aku bekerja di bawah Azwin untuk membantu menulis skrip dan mencari idea baharu untuk musim terbaru dan terakhir ‘AC Di Sini’ yang ditukar kepada nama ‘AC? Sempoi’ apabila aku menyertaui team tersebut.

Di sana aku hanya bertahan tidak sampai dua bulan memandangkan aku hanya bekerja di bawah kontrak bersyarat. Aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja full time kerana tawaran gaji tidak setimpal dengan kerahan tenaga yang diberikan.

Selang beberapa bulan, aku mendapat panggilan daripada Nazri(Vovin) untuk sessi temuduga di PTS untuk menyandang jawatan sebagai editor buku. Aku diterima dan di sinilah bermula sebuah lagi lembaran hidup aku yang cukup panjang tetapi bersejarah buat diri.

Selasa, Mac 20, 2012

RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 2

Bermula tahun ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena hari lahir aku yang telah lalu. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti KLP?


Seperti yang ramai sedia maklum, minat dan nyalarasa aku terhadap dunia komik dan kartun terlalu kuat dan mendalam. Melalui nyalarasa yang menyala semenjak aku kecil inilah yang membuatkan aku terus dan terus mencari ruang dan peluang untuk aku mengembangkan minat, bakat dan kebolehan aku dalam lapangan tersebut. Alhamdulillah, semakin terasa yang aku kini berada dalam landasan yang betul.

Maka tempat yang sebenar-benarnya memenuhi impian aku itu menjadi kenyataan selepas aku berpengalaman di Karangkraf adalah di KLP.

Aku mula bekerja di KLP pada Februari 2007 setelah dua tahun berkhidmat di Karangkraf. Ada beberapa faktor yang membuatkan aku mahu berubah angin daripada sana ke sini. Di sini, yang paling utamanya fokus diberikan 100% pada penghasilan dan pembikinan komik semata-mata. Di sini juga, aku diperkenalkan dengan sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan aku yang mempunyai kekuatan dalam bidang komik. Studio ini walaupun masih baru bertapak dalam arena komik tanahair tetap mempunyai tempatnya yang istimewa. Terkumpul nama-nama yang telah prolifik dan bakal prolifik seperti Kromosom(Fythullah Hamzah; co ‘Urban Comics’), MF Ajif, Zool, Jimi, Lobakoren, Zedd, Bajak, Virus, Roy Ablah(yang kemudiannya mengemudi ‘Komikoo’), Nanzo(‘Anak-anak Sidek’) dan ramai lagi. Aku terasa sangat bertuah dalam ‘keluarga’ KLP bukan semata-mata hanya kerana suasana dan keseronokan bekerjanya sahaja tetapi disebakan kerana peluang yang hadir dalam hidup aku pada ketika itu sangat membuatkan aku rasa bertuah. Sekiranya dahulu semasa aku bekerja di Karangkraf, aku dikelilingi oleh semangat dan aura kartunis-kartunis tersohor tanahair, kini aku berada dalam disekeliling insan-insan yang mempunyai gift istimewa dan luarbiasa dalam dunia pembikinan komik yang bakal menembusi dan membelah pasaran antarabangsa.

Hampir dua tahun di Menara Summit bersama kawan-kawan di sana adalah suatu pengalaman dan kenangan yang sukar ditukar ganti. Keseronokan dan masa-masa yang dilalui sungguh meninggalkan kesan yang berpanjangan. Di sini jugalah secara rasmi gerakan keanggotaan Manteraworks dimulakan di bawah hampir kesemua krew KLP. Antara punca dan sebab terutama gerakan tersebut ditubuhkan adalah kerana progres dan momentum serta output yang dikeluarkan oleh syarikat sangat minimal dan kurang memberangsangkan. Sebagai sebuah kelompok karyawan yang sangat aktif dan rata-rata muda, kami mempunyai idea dan rancangan sendiri untuk melakukan dan membuat sesuatu. Banyak dan luas juga rancangan-rancangan kami.

Selain daridpada itu, kami berasa sangat bebas dan seronok bekerja di sini kerana berkemungkinan besar di atas lima faktor yang di bawah:

  1. Memandangkan operasi studio kami hanya beberapa langkah sahaja daripada shopping complex, maka berlegarlah kami untuk berfoya-foya dan kononnnya mencari idea apabila datang kesempatan itu. Antara aktiviti-aktivti lazim yang seakan-akan telah menajadi wajib pada ketiuka itu adalah tengok wayang, karaoke seringgit dan kadang-kadang boling.
  2. Di sini kami tiada pertimbangan dan fokus lain selain daripada komik semata-mata. Perasaan yang sampai ke saat ini sukar dirasai bila berada di tempat lain.
  3. Kami adalah sebuah unit yang bekerja untuk seronok dan seronok untuk bekerja yang mana itu adalah elemen penting dala m bekarya untuk menimbulkan mood yang positif
  4. Pertama kali merasakan gaji yang diberikan setimpal dengan kerja yang dibuat.
  5. Pengalaman dan sedikit reputasi yang diraih di Karangkraf sebelum ini tampak mendatangkan kesan apabila menyambung kerjaya di sini

Namun, semuanya itu berakhir menjelang pertengahan 2008 apabila segala yang diramal dan dijangka menjengah kenyataan. Akibat pentadbiran dan pengurusan yang kurang cekap dan tidak berapa efisyen, KLP Poduction yang aku cukup nikmati keadaan kerjaya selama hampir setahun lebih itu telah diisytiharkan tutup oleh pengarah urusan. Kami terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat walaupun rata-rata kawan dan sahabat yang bersama berjuang di sana tidak boleh dipertanggungjawabkan 100%.

Dengan langkah berat dan rasa hampa, aku tinggalkan juga KLP dan mengorak langkah dengan arus yang lain pada tahun itu. Ternyata aku hanya mampu berdoa dan berharap bahawa akan datang suatu hari yang mana kami semua dapat berkumpul semula dan menyambung legasi itu di bawah satu bumbung. Kali ini dengan nama yang kami cipta sebelum ini dengan perancangan dan corak masa depan yang kami lakarkan sendiri.

InsyaAllah.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Challenge

Dengan pelbagai kandungan dan intipati yang ada dalam dunia media sosial sekarang, terlalu banyak idea telah dizahirkan hari demi hari. Ak...