Khamis, Disember 27, 2012

Dia buat, aku pun buat dan nak buat!

Bila kita tengok orang lain boleh buat benda yang dah lama kita idamkan untuk buat, kita rasa lagi terbakar nak buat. Kita tengok dia, kita pandang dia, kita fikir lepas tu: Apa yang kurangnya aku sampaikan dia boleh buat dulu dari aku?

Persoalan maca ni sebenarnya dah basi bagi diri aku sendiri sebab walaupun jawapan dia mungkin barangkali lain-lain dari satu masa ke satu masa yang lain tapi solusi dan penyelesaiannya actually tetap sama. Apa yang orang lain boleh buat sebenarnya kita boleh buat sama or even better asalkan kita ada kemahuan. Jalannya memang dah lama ada, cara memang dah tunggu dan tersedia. Ini adalah satu statement yang akan memalukan diri sendiri sekiranya tidak dapat dilaksanakan bila sampai ilham.

Well, new year is always an excelllent time do so. Wish me luck!

Isnin, Disember 24, 2012

Susun.

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum mulanya tahun 2013. Dan seperti biasa, aku akan sibuk merancang dan menyusun pelan penjadualan aku untuk 12 bulan yang akan datang. Perancangan dari aspek peribadi dan dari sudut profesional. Harus aku fikirkan tetang bagaimana dan kenapa untuk siapa dan bila supaya mengapa dan apanya jelas dan terang. Aku percaya 365 hari yang mendatang akan lebih mencabar dan menguji namun itulah yang aku mahukan.

Masa untuk menjadikan sesuatu yang lebih daripada sebelumnya.

Jumaat, Disember 21, 2012

Khamis, Disember 20, 2012

Maafkan aku kerana berlaku salah. Ampunkan aku kerana berbuat silap.


Apabila kita menghadapi kesukaran, aku yakin disitulah detik kita diasak dengan bermacam-macam jenis dugaan yang sangat meruncing datang menimpa. Yang paling dahsyat adalan tatkala kesukaran dan kesulitan  merupakan hasil daripada salah kita sendiri juga. Dan aku yakin, kebanyakan kesalahan dan kesilapan puncanya diri sendiri, secara sedar ataupun tidak sedar.

Maka, bertelingkahlah sang akal dan fikiran. Berentaplah sang hati dan jiwa. Tiada apapun di antaranya kecuali kewarasan, pengalaman, kesabaran dan pertimbangan yang sewajarnya untuk mengembalikan kekuatan serta semangat ke tempat asalnya. Jujurnya sekarang, aku sedang menghadapai detik sukar itu. Dan sepertimana lazimnya juga, aku akui dan redha ianya semua salah dan silap aku. Sebagai lelaki, itu perlu aku tanggung dan jawabkan. Sebagai manusia, itu yang harus aku tempuhi dan harungi sebagai bekalan berguna pada masa hadapan. Pengajaran daripada kesalahan dan kesilapan seperti inilah yang akan membuatkan aku berfikir lebih matang dan bertindak lebih dewasa. Kemampuan aku yang aku sendiri jarang hidupkan kerana mungkinnya aku terlalu selesa dan senang dengan anugerah berkat dan pemberian yang sebenarnya bukan milik mutlak aku. Aku akur, aku perlu baiki dan perbetuli.

Demi cinta aku di sini dan pada cinta aku di sini.

Akan aku lakukan yang terbaik untuk membentuk apa yang sepatutnya aku bentuk sudah sekian lama dahulu. Cuma kini, aku perlu selesaikan dan siapkannya sesempurna mungkin.   

Jumaat, Disember 07, 2012

Kepala cock kau!


Berapa ramai di antara kita yang tahu dan faham sikap manusia 100%? Sedangkan sikap dan sifat diri-sendiri itu kadang-kadang ataupu selalunya meragukan dan memusykilkan, orang lain apatah lagi. Nah, sekarang muncul pula new media baru macam FB, tweeter, instagram, blog, etc yang makin lama makin ‘mengada-ngadakan’ manusia. Dari seremeh-remeh perkara sampai la ke bangang-bangang perbuatan.


Aku terpaksa admit perkara ini kepada budak-budak junior dan juga beberapa budak-budak yang tak berapa nak junior setiap kali aku online. Bukannya sesuatu yang meresahkan pun sebab it’s non of my business atau bukan kerja aku nak melayan kerenah orang-orang macam ni. Cuma as a person yang invlove directly dengan ramai orang since aku pun dah start venture into business deal, marketing, PR and all, manusia particularly khalayak ramai yang bukan kawan atau famili aku telah jadi satu rutin yang aku kena hadap hari-hari. Macam-macam perangai, macam-macam kerenah, macam-macam pe’el. Not this say family member atau close friends tak pernah buat hal, just that when you practise and treat them like the latter, diorang ni kalau tak kena gayanya boleh naik lemak dan naik kepala. Like this other day for instance.

Orang ni mula-mula aku ingat customer aku yang baru dan ada interest untuk jadi regular because his interest in comic books. So, aku pun layan la dia macam mana aku layan customer kedai komik online aku yang lain. With respect and mutual patience. Nak dijadikan cerita, dia pun sebenarnya seller and has his own comic book business too. Mula-mula dia test aku dengan segala macam kerenah dia yang betul-betul buat aku tense. Then his delivery never turn out well. Dia mula la tunjuk belang dia kat aku. Aku fed-up. Aku dah dapat baca from a million miles away dia ni memang jenis manusia ulu. And that was that.

Honestly, ini bukan first time jadi benda-benda budak-budak macam ni. Dari orang yag ada latarbelakang cerdik sampailah ke orang yang aku sendiri taktau datang dari hutan hujan amazon celah mana. But in life, I have to admit. It is people like this that makes the world goes round and round and round and round…

They believe they’re right and smart but they’re not.

They believe they’re brave and bold but they’re not.

They believe they’re cool and calm but they’re not.

Most of the time, they are just plain cocky.

Isnin, November 05, 2012

Menjadi penulis dengan berbuku.


Kegemaran aku adalah dengan berjalan-jalan dan membelek-belek dan melihat-lihat dan mengagumi deretan buku-buku yang terdapat di mana-mana kedai buku sekalipun. Aku akan cuba untuk menghabiskan masa berjam-jam mencari dan terus mencari sebarang buku yang berkenan pada pandangan mata dan hati aku. Dan pada setiap kali itu jugaklah, aku akan bertanya pada diri sendiri, "Aku bila lagi?"

Menjadi seorang penulis tanpa mempunyai sebarang portfolio karya berbentuk buku atau novel hanya akan membuatkan aku sebagai seorang penulis yang tiada kredibiliti. Hanya penulis bertaraf biasa sahaja sedangkan dengan mempunyai terbitan buku, penulis akan diangkat ke satu tahap yang lebih meyakinkan. Apakan tidak, apabila aku melihat buku-buku di rak kedai, tambah-tambah lagi yang tebal-tebal itu, membuatkan aku berkobar. Kena pula dengan design dan rekabentuknya yang sangat best, terus menyentak perasaan aku dengan kuat.

Aku mahu jadi penulis berbuku.

Buku yang aku tulis itu mestilah terus-menerus dihasilkan agar aku dapat sampai ke tahap prolifik.

Maka journey aku sebagai seorang penulis akan tampak lebih jelas dan lebih kukuh.

Selasa, Oktober 30, 2012

100% loyal.


Kesetiaan merupakan satu sikap dan sifat manusia yang mana bagi aku makin lama, makin sangat rare untuk dikecapi secara total 100%. Ini perkara penting dalam perhubungan manusia tidak kira hubungan itu antara keluarga, kawan-kawan, rakan kerja, pelanggan dan lain-lain. Sifat setia selalunya akan mencerminkan kekuatan kita dalam mengukuhkan lagi ikatan untuk jangka masa panjang.

Aku honestly sangat menyanjungi loyalty. Kerana loyalty itu tidak ternilai harganya. Kerana loyalty itu tidak dapat dibandingkan dengan segala harta dan kemewahan dunia yang ada. Kerana taat setia itu, kita semua gain respect dan juga recognition.

Khamis, Oktober 25, 2012

Hidup mesti terus!


Nampaknya keadaan jem yang teruk semalam di jalanraya telah membuatkan aku berkeadaan demam hari ini. Sejak dari malam tadi sebenarnya dah rasa tak sedap badan. Cuma aku ni bukan jenis cepat berserah dan mengalah kepada keadaan yang sebegini. Memang tak best langsung kalau demam terutama sekali di hujung minggu. Aku gagah juga diri ke pejabat. Aku gagahkan diri juga demi tidak mahu mengada-ngada dan memanjakan diri aku. kan kata orang sakit dan keadaan tidak sihat itu membuang dosa-dosa kecil dan aku rasa bersyukur kerana aku dikurniakan nikmat itu untuk muhasabah diri.

Dan bercakap soal keadaan semasa, semakin hari semakin OK nampaknya segala usaha dan ikhtiar aku dalam menamatkan 2012 dengan pencapaian-pencapaian yang memuaskan. Perjumpaan dengan Ellyna (EL ONE) dan Faisal Hamdi (VIDEOGRAPHERZ) begitu meyakinkan aku bahawasanya selagi kita berusaha dan terus berusaha, maka rezeki itu akan terbentuk lalu datang dengan sendirinya dalam rupa yang menyenangkan hati. Ellyna kawan aku paling lama sejak darjah 1 dan Faisal seorang businessminder dan pejuang dalam produksi telah membuka lembaran baru dalam rancangan urusniaga aku. Sempat juga aku duduk dan diskusi dengan Yusry dan konco-konconya  tengahari semalam sebagai menerima jemputan menjadi strategic partner. Yusry juga adalah salah seorang sahabat aku anggap sebagai sangat menghormati dan menghargai landasan perjuangan aku dalam dunia kreatif.

Sharepartner Manteraworks terbaru selepas Adi membuat keputusan untuk bergerak sendiri dengan gagasan Black Titan kendalian beliau, telah membuka peluang dan inisiatif untuk aku melantik Resmanshah yang tidak kurang hebat juga pengalaman hidupnya. Pernah berada di puncak dengan ujian harta dan kejayaan, pernah jatuh dan terbenam teruk hingga terperosok hilang punca tidak tahu mana arah tuju. Tuhan itu adil. Dan manusia itu sendiri harus akui, setiap kejadian malah peristiwa yang berlaku dalam laluan kehidupan ada hikmah dan nikmatnya sendiri kemudian hari.

Tok guru-tok guru dan mentor-mentor aku juga masih lagi giat membimbing. Kepercayaan mereka kepada aku telah aku cuba balas dengan sesungguhnya. Peluang seumpama apa yang aku dapat ini tidak datang selalu. Ini adalah kurnia. Ini adalah kekuatan aku.

Jadinya, serangan demam hari ini aku terima dan dalam masa yang sama akan aku lawan hingga sihat semula. Banyak lagi yang harus diperlakukan!  

Selasa, Oktober 23, 2012

Hiatus


Aku sepatutnya menulis dengan lebih kerap. Obvious reason adalah kerana aku adalah seorang penulis. Not-so-obvious reason adalah aku ada plan dan jadual tertentu yang harus aku laksanakan dan muktamadkan (sama ada ianya jangka panjang mahupun jangka pendek). Dan menulis adalah salah satu daripada key factor untuk menuju sasaran dan matlamat itu.

Dengan berada dalam hiatus terlalu lama seperti ini, ia membuatkan aku berada dalam beberapa keadaan yang kurang menyenangkan. 1) Aku akan rasa serba salah dengan sesetengah orang yang telah sekian lama menaruh harapan dan menanti seberapa sikit atau seberapa banyak hasil penulisan dan karya aku yang belum atau akan ditulis, 2) Aku terhutang dengan orang yang mendambakan sesuatu daripada aku dalam bentuk penulisan karya, biarpun aku tidak berjanji apa-apa kepada mereka, 3) Aku tidak memenuhi janji pada diri sendiri dan tidak mengamalkan prinsip serta displin menuju tingkatan seorang penulis yang berjaya dan prolifik di masa hadapan.

Jadi, hari ini aku decide mahu kembali ke sini setelah sekian lama.

Aku rasa perangai aku ini tidak boleh dijadikan habit. Takut-takut nanti, impian tak tercapai. Dan apabila impian tidak tercapai pada waktunya, maka sesalan akan datang mengusik dan menyelinap. Pada waktu itu, tiada apa yang dapat selamatkan apa-apa atau siapa-siapa lagi.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Jumaat, Ogos 10, 2012

Perhimpunan yang dahsyat (untuk masa depan)


Semalam aku berkesempatan untuk duduk semeja dengan Muz(zawir), Nik (Nadzru) dan kemunculan istimewa kembali ke tanahair, Res(manshah) diiringi oleh abang iparnya. tujuan aku memanggil mereka berkumpul dan berjumpa adalah kerana ada satu tawaran yang aku rasa elok aku pilih secara ‘exclusive’ daripada aku letak kat FB, lepas tu tu disambut dingin.

Aku hendak menubuhkan panel penulis skrip untuk sebuah studio produksi yang mempunyai prospek dan potensi yang cerah untuk menggilap bakat serta membina karier mereka-mereka ini.

Mengenali mereka, aku sudah yakin malah pasti bahawasanya mereka semua berbakat. Nik, yang aku kenali sejak hampir 20 tahun dulu telah tenggelam timbul dengan minatnya dalam bidang penulis. Disebabkan pada peringkat awalnya perjalanan hidup Nik dalam bidang yang bukan menjadi minatnya telah diatur oleh kedua orang-tuanya, beliau tersasar ke sana dan sini. Mula-mula ambil jurusan kedoktoran kononnya nak sambung legasi ayahandanya selaku pakar bedah di SJMC dan jaringan klinik Dr. Nik Isahak. Kemudian, beralih ke bidang pengurusan perniagaan sehingga sampailah dia ke bumi Scotland untuk tamatkan pengajian ijazah dan masters. Balik KL, kerja CIMB 2-3 tahun lepas tu berhenti. Nik tak tahan tengok aku benda yang aku buat. Benda yang menjadi kegilaan click kitorang dulu kat sekolah. Aku berjaya jadikan minat dan alihkan bakat aku kepada profesion dan Nik mahukan sebahagian daripada itu jua. Cuma sehingga kini, ianya masih tidak teratur kerana kadangkala Nik can be undecisive (maafkan aku, dud. But aku terpaksa cakap untuk kebaikan kau. Aku tak nak kau jadi orang tua yang sesal dengan masa mudanya dan membebel tak tentu arah sampai hari mati kau). Ini masa aku arahkan kau ke jalan yang sepatutnya kau lalu.

Muz adalah protégé terbaru aku. Bakat besar, minat dalam dan punya buah-buah ilham serta idea yang padu. Baru-baru ini dia akan kemukakan usulnya untuk masuk IPCC. Aku bangkang dan tegah habis-habisan. Alasan aku mudah. Kau hanya buang masa kau dan buang masa orang. Tak cukup dengan itu, kau akan banyak buang idea-idea dan cerita-cerita terbaik kau kepada saluran yang salah. Macam orang terer main bola tapi disuruhnya masak kuih petang-petang tepi simpang, malam sikit jual burger. Bukan training untuk main bola petang-petang sampai ada scout recruit kau masuk kelab profesional macam Nazmi dengan Safee. Aku nak Muz pergi jauh dan keluar dari ketidak-tentuan yang wujud kat sini. Aku suruh dia belajar cara yang betul untuk berkarya dan mengeksploitasikan kemampuan dirinya ke jalan yang berbaloi akhirnya. Muz tidak muda dan tidaklah terlalu tua untuk mula menulis secara profesional. Dia cuma perlu bimbingand dan saluran yang betul untuk mengembangkan sayap impiannya (Fuh. Dahsyat ayat gua)

Res tak payahlah aku explain panjang lebar. Penulis yang dah memang ada portfolio dalam arena buku tanahair (aku tak nak sebut industri kerana scene buku kat Malaysia ni masih belum bersifat industrial macam filem dan muzik. Siapa cakap kita ada industri buku, industri filem dan industri muzik, aku label sebagai poser). Dengan beberapa judul buku dalam senaraian karyanya, Res ada beberapa dilema hidup yang mencabar juga. Sejarah peribadi dan setback profesional ditipu publisher, dugaan dan ujian berterusan daripada Allah (Allah sayang dengan orang yang diuji-Nya sebab bagi aku pasti ada hikmah dan ganjaran besar menanti), tuntutan dalaman dan gesaan batin yang mendesak. Res punya kisah hidup memang one of a kind. Dia more than worthy untuk projek yang aku sedang usahakan ini.

Jadi bila kami berkumpul dan mula buka cerita masing-masing, maka sudah tentulah akan keluarlah banyak kisah dan life experiences yang tidak disangka-sangka. Tambah-tambah lagi yang mengejutkan, melucukan, menyedihkan lagi tragis, mengajar dan membakar semangat kami.

Aku rasa bertanggungjawab untuk bawa mereka ke tempat yang sepatutnya. Tempat baru yang lebih menjanjikan pelangi dan harapan mentari (Fuh! Dahsyat lagi ayat gua ni)

Hopefully usaha aku ini yang berpadu dengan doa dan kesungguhan akan mengubah nasib kawan-kawan aku di atas. Mereka layak berada dalam kalangan yang terbaik antara yang terbaik. Cuma masa, kesempatan dan takdir akan menentukan.


p/s: Terdahulu, aku ada appoinment dengan Mat (Nazri) dan business partner-nya Faliq. Perancangan team fotografer Manteraworks yang lebih ampuh dan lebih strategik akan muncul dalam masa terdekat ini. 

Rabu, Ogos 08, 2012

Rabu, Ogos 01, 2012

Rezeki datang, rezeki pergi, rezeki menguji.


Hari ini aku terima jemputan berbuka puasa daripada Amirul dan Hazo, dua orang sahabat masa zaman aku berguru di bawah Wan Hasliza di KL Motion Pictures dulu. Amirul dan Hazo sekarang dah tak kerja lagi dekat KL Motion Pictures. Diorang sekarang berada di bawah bumbung RND Studio, satu kompeni baru yang ada dua orang lagi bekas orang kuat KL Motion Picture iaitu Dhojee dengan Rouge. Masing-masing ada portfolio dan forte yang kuat dalam bidang produksi filem, tv dan kreatif.

Berbuka puasa di Chicken Hartz Sunway (bagi aku sudah hilang daya penarik kerana tidak seindah dan sesyok dulu kerana banyak benda dan berubah, e.g deko, menu, dll) yang turut diiringi Adi selaku sidekick aku yang setia, sedikit-sebanyak perkara dan cerita menarik telah dibincang dan dikongsi bersama. Dari cerita-cerita lama sebagai warm up sampailah ke perkara-perkara yang lebih serius untuk pelan serta perancangan masa depan. Seperti yang dijangka, Amirul ada rancangan besar untuk aku. Aku ditawarkan untuk menulis skrip filem. Dua skrip filem/telefilem.

Ini sama sekali telah mengubati kerinduan aku pada salah-satu jurusan yang paling aku minati di dunia.

Harapannya dapatlah aku menongkah arus kembali dan terus berkarya dengan jalan yang ada demi membuktikan bahawa ruang dan peluang berfilem dengan gaya yang lebih natural dan lebih kreatif masih wujud di bumi bertuah ini. Dengan perkembangan arena filem tanahair sekarang ini, aku yakin masanya sangat kena pada keadaan. Perubahan yang perlu untuk masa yang perlu juga.


p/s: Aku semakin sedar setiap kali Hari Raya mahu menjengah, setiap kali itulah ada saja orang-orang yang entah dari mana datang dan menuntut wang mereka. Ada yang hak dan ada juga yang bukan hak. Ini membuatkan aku makin kental sedangkan rezeki baru mahu masuk perlahan-lahan, peringkat demi peringkat.

Selasa, Julai 31, 2012

Flashback puasa


Apabila aku imbas sekali-sekala (terutamanya dalam kesyahduan dan ketenangan bulan puasa ini) segala tulisan serta entri-entri yang merakamkan cerita-cerita terdahulu tentang perjalanan hidup aku hingga sekarang, terus momen menjadi sangat nostalgik. Betapa seronoknya aku bersama kawan-kawan yang lama dan baru melalui semuanya itu demi pengalaman.

Ya, mungkin muda itu terlalu cepatnya berlalu. Sedangkan aku jarang-jarang sekali mengakui bahawa usia itu sememangnya lebih rindukan ketuaannya.

Tentang kerja dan persahabatan, tentang kasih-sayang dan keluarga, tentang idea dan inspirasi, tentang impian dan matlamat. Itu antara initipati-intipati dan sorotan-sorotan kisah yang kerap menjadi buah ilham tulisan blog peribadi aku ini. Entah ke mana hilangnya semangat aku untuk terus merakamkan semua itu dengan malar sejak dua menjak ini, aku sendiri pun begitu segan untuk mendedahkan jawapannya.

Perkongsian tidak akan lengkap sekiranya tidak ada orang-orang yang mahu faham isi perjuangan hidup yang masih sedang cuba aku ikhtiarkan. Ada tu memang ada, cuma dulu itu tidak semacam sekarang. Namun itu tidaklah bermakna aku sedang sugul bermangu sesal kerana aku yakin bahawasanya takdir dan nasib itu boleh kita cipta sendiri.

Masa dan waktu akan menjadi penentu sama ada menjadi atau sebaliknya semua kerahan usaha, ikhtiar dan perjuangan aku menuju hasrat segala hasrat.   

Jumaat, Julai 27, 2012

Prime candidate for 'Tragedy of the Year'


A tragedy happened today. I accidentally stepped on my laptop of two years in the dark right after sahur time. And the whole world just got a whole lot darker and bleaker when I found that the monitor screen is cracked, I do mean really damaged-cracked. Imagine that with super level of atomic explosion just like the pic above.

That’s exactly what I’m feeling from the inside out. And multiply that by 10.

Isnin, Julai 02, 2012

Usaha murni yang berterusan


Semuanya harus bermula dengan niat. Apabila niat yang dilafaz di dalam hati dan di zahirkan secara lahiri, maka akan terbitlah usaha-usaha dan ikhtiar-ikhtiar yang membentuk iltizam yang lebih tinggi dan meyakinkan. Satu niat akan membuka bermacam pintu ilham. Selagi mana kita dapat meneruskannya hingga tercapai segala hasrat, itu bergantungan juga kepada diri sendiri.

Aku melihat semua itu terjadi kepada diri aku sendiri dalam tempoh beberapa hari yang lalu.

Membentuk peribadi baru dan keazaman lebih besar dari yang sebelum-sebelumnya memungkin kita menjadi lebih berani serta kuat menghadapi masa hadapan. Aku tidak lain dan tidak bukan, hanyalah mengharap yang terbaik dari segala usaha murni ini. Saham-saham dunia adalah saham-saham akhirat jua kiranya dihitung jumlah timbangtaranya dengan betul.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.   

Jumaat, Jun 29, 2012

Kental


Mungkin terlalu banyak yang masih perlu aku pelajari sehinggakan ke tahap ini apabila setiap keinginan mencapai matlamat itu semakin dekat dan menghampiri, ada saja siri-siri cabaran baru yang terpaksa aku hadapi. Di sinilah tahap kesabaran dan pengalaman harus dipergunakan sebaik-baiknya.  

Sebagai lelaki, itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana bila bertanggungjawab dalam hal-hal tertentu adalah mustahak dan amat penting.

Apa yang datang, siapa yang datang, bila yang datang: Aku harus hadap depan-depan dan terus-terus. 


Baru kental namanya!

Khamis, Jun 28, 2012

Sakit. Pedih. Sakit lagi

Gambar Hiasan

Aku harus nyatakan bahawasanya aku ini adalah seorang ‘closet perfectionist’. Maknanya, apa sahaja yang aku lakukan dan sedang usahakan, aku mahukan ia sebagai sempurna to the extend yang ianya lengkap serba-serbi walaupun tidak disedari orang ramai.

Namun ada sesuatu yang kadangkala menghalang serta membatasi kemampuan aku menuju ke arah seorang ‘completist’ yang ‘perfectionist’.

Sakit.

Justeru, sakit aku sekarang yang amat menguji dan perit ialah sakit gusi dan gigi geraham aku. Aku paling tidak suka sakit bahagian dalam mulut kerana proses pencegahan dan rawatannya bukan sekadar makan ubat dan sembuh sekejap lagi. Kau kena jumpa doktor gigi yang untuk aku ibarat berjumpa doktor sama yang bikin Frankenstein. Sakit, pedih, sengsara, rumit, azab dan lain-lain gambaran kata yang sama maksud dengannya.

Aku tengah alami sakit gigi dan gusi yang tenggelam-timbul sekarang. Oh Tuhan! Tolonglah hambamu yang lemah lagi hina ini.

Isnin, Jun 25, 2012

Mencari sentuhan Adikarya

Orang yang berhak untuk mempertahankan haknya dan memperjuangkan martabatnya perlu ada kesedaran bahawa kekuatan itu perlu datang dari sumber yang menyeluruh. Tidak kiralah sama ada saluran sumber tenaga itu datangnya dari ‘luar’ ataupun dari ‘dalam’. Ianya perlu dikumpul dengan sebaiknya dan seadanya untuk menghadapi hari-hari esok. Kerana mengharungi hari esok tanpa persediaan yang rapi dan cukup hanya akan membebankan diri sendiri.

Isnin, Jun 18, 2012

Apa yang (tidak) kena dengan Netherlands kali ini?


Adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila sesuatu perancangan dan percubaan itu tidak menemukan jalan elok menuju kejayaan. Mungkin kerana sebab-sebab dan punca-punca yang lazim seperti masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik. Hari ini, team Netherlands tidak layak untuk keluar dari pusingan peringkat kumpulan apatah lagi mara ke peringkat suku akhir. Lebih memeritkan, tidak ada satu mata pun dikutip dek kekalahan kesemua tiga perlawanan Kumpulan B berturut-turut dalam edisi EURO 2012 kali ini. Bayangkan sebuah team favorite seperti Netherlands yang punya rekod cemerlang dalam perlawanan-perlawanan peringkat kelayakan akhir menuju Poland/Ukraine dan juga reputasi selaku Naib Juara Piala Dunia 2010 kecundang begitu sahaja.

Kita bermain baik. Taktikal dan strategi kami juga cantik. Malah, semua pemain menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan begitu bersungguh-sungguh sekali.

Jadi, apa yang  tidak kena kali ini?

Boleh pilih salah satu yang di atas tadi: Masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik

Isnin, Jun 11, 2012

Segala hasrat yang (tidak) terbuku

Ada seorang sahabat yang sudah lama tidak ketemu menghantarkan aku sebuah SMS mengejut. Sungguh mengejutkan sehingga aku tidak tersangka bahawa sahabat itu tadi rupa-rupanya dalam diam masih mengikuti perkembangan aku sekarang. Tentang blog ini, dia bertanya sebuah entri yang sepatutnya aku habiskan tulisannya. SMS yang dihantar sungguh jujur ingin tahu dan sangat mahu.

Tentang sebuah retrospektif yang sepatutnya aku sudahi dan dedahkan kebenarannya yang sebenar-benar.

Ya, aku masih ingat juga sebenarnya. Cuma aku tidak rasa masanya cukup sesuai untuk aku menutup cerita yang aku mulakan itu kerana ceritanya ‘is far from over’. Bersabar dan bertabahlah wahai sahabat. Nanti bila tiba masa, akan aku ceritakan cukup-cukup pada kau kenapa jawapannya amat peribadi dan sangat sentimental buat diri aku sampaikan aku tidak sanggup lagi untuk menceritakannya di sini.

Aku juga faham sentimen dan hasrat kau yang berkehendakkan aku menyatakan segala yang terbuku selama ini. Kau baca dulu apa yang patut.

Selasa, Jun 05, 2012

Jumaat, Jun 01, 2012

Bersama Tok Guru di pertapaan



Ya. Kadang-kadang bila dalam perguruan, ada upacara menurun. Tak dijangka yang kadang-kadang, kadar kedahsyatan menurun itu boleh ke peringkat hilang kawalan dan hilang pertimbangan. Kelihatan dalam gambar, Tok Guru tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menurun sama.


* Foto ini diambil semasa pelancaran Pameran Kartun 2012 di Galeri Shah Alam, semalam

Selasa, Mei 29, 2012

Demi rasa ini

Merasakan perasaan yang bercampur-baur sekarang. Ada kala hati ini rasa suka dan gembira, ada kalanya jiwa ini rasa menghimpit dan kecewa pula. Namun, sebagai manusia aku rasakan ia agak lazim. Cuma betapa kuatnya kita dapat hadapinya.

Khamis, Mei 24, 2012

From all sides


This has been a challenging week as usual. And that too indicates the level of strength that I have to accumulate will have to double up even. More things coming meaning more new challenges. Be it new or old.

Take it all in, from all sides.

Khamis, Mei 17, 2012

'Complexity' rancangan aku mungkin sudah ada yang tahu sejak dari dulu


Merasakan hidup dalam keadaan yang tidak menentu kadangkala membuatkan kita senantiasa berfikir secara lebih kuat daripada biasa. Dan apabila kita berfikir lebih kuat daripada biasa, maka secara semulajadinya juga simbiotik psikologikal akal dan biologikal badan pasti akan bertindak dengan satu sinergi yang belum pernah wujud sebelumnya.

Ini aku panggil prosesor kedewasaan hidup.

Atau dalam bahasa mudahnya: Hidup umpama roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita dibawah.

Tapi aku sudah way pass ‘hidup umpama roda’. Kerana analogi yang aku rasai sekarang ini apabila hidup mula menekan, menarik, menolak, mencarik, merobek dan sebagainya berbeza mengikut siri-siri ujian yang Allah Taala datangkan pada aku. Apa pun terjadi, aku akan terus bersikap optimistik dan positif walaupun pada pandangan dan hemah orang lain di luar sana memadang aku terlalu ‘carefree’ dan tidak ada kewujudan masalah langsung. Normally, that is the biggest challenge that an optimist like me would most probably have to endure everytime. For me, to be in the depth and at the centre of the problem core itself is a no way out situation unless you have a way of being plain ‘cool’ about it. And by being plain ‘cool’ about it is to make all necessary emotional driven action in check. Not to to rush things and not to jump into conclusion. Problems need analysis and post-analysis to solve. To deal with problems is to deal and utilize with whatever experiences and exposures you had before hand.

Aku pasti hikmah datang dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk yang kita belum jelas tahu sama ada ia betul-betul berbentuk problematik ataupun sebaliknya.

Cuma sekarang, aku mahu dan akan terus bersikap ‘cool’ about it dengan menggerakkan segala jentera psikologikal berteraskan positiviti dan mekanisme biologikal berpandukan sifat optimistik yang terkumpul sejak dahulu.

Heck, aku kena tabah dan sabar dengan berlebihan lagi.    
    

Rabu, Mei 16, 2012

Guru Hari Selamat

Sungguh tidak aku sangka.

Dalam diam tak diam, ada juga yang mahu ucapkan ‘Selamat Hari Guru’ bersempena sambutannya pada hari ini. Ini sejarah bagi aku sebab belum ada yang buat macam ni pada aku secara rasmi dan terus-terang. This means there is someone or somebody out there that really appreciate me as a teacher and put my advices into good use. To be guided and to learn the art and the way.

Aku patut rasa terharu. Aku wajar rasa bersyukur. Aku harus rasa bangga.

Thank you in return. May all of you excel in any endeavors and undertakings. Endure challenges, take risks, be smart, believe in dreams, be strong and confident. Lots more to be learn and earn real soon!    

Selasa, Mei 15, 2012

Menggigit dan menajam bisa

Paling aku kena sabar dan paling menguji kesabaran ialah apabila ada orang-orang kat luar sana yang cepat sangat buat assumption atau jump to conclusion dalam satu-satu hal atau perkara. Membuat hukuman dan label-melabel lebih pantas daripada menggunakan kemahiran analisis akal fikiran untuk membuat pertimbangan. Ini biasa terjadi pada setiap masa dan setiap hari. Mungkin inilah fitrah manusia yang agaknya sedang dalam keadaan lupa diri. Tidak dapat tidak, hadapilah ia dengan apa bentuk rupa sekalipun walaupun yang sebenarnya amat menggigit dan menajam bisa.

Dalam peringkat hidup sebegini, aku rasa wajar aku lalui orang-orang yang seumpamanya ini untuk bekalan hidup hari esok.


p/s: Oh! Merujuk pada entri aku yang lalu, tidak sangka rupa-rupanya masih ada yang tetap dan masih mengikuti. Terima kasih dan salam hormat untuk kalian semua.

Selasa, Mei 08, 2012

Aku mahu tulis apa yang aku mahu tulis

Aku masih ingat lagi bagaimana bersemangatnya aku memenuhi setiap ruang dan isi kandung blog ini dengan tulisan-tulisan aku suatu masa dulu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja yang mahu aku tulis dan kongsi kepada semua orang yang mahu baca blog aku ini. Masa itu adalah masa yang sangat ‘best’ sebab blogging adalah sesuatu kawasan yang sangat ‘exclusive’ tanpa ada saingan-saingan yang setandingnya kecuali Friendster yang hanya kuasa saingan yang minimal.

Tapi sekarang kita ada Facebook, Twitter, BlackBerry, Instagram dan entah-apa-lagi aku pun tak berapa nak ingat dan tak berapa nak tahu. Benda-benda ini sedikit dan sebanyak telah memakan semangat aku untuk menulis dengan rancak di blog seperti waktu dahulu itu. Sama ada ini hanyalah alasan ataupun motif yang lebih kondusif untuk memberikan jawapan kenapa berlakunya kerongakan dalam jadual blogging aku, itu aku sendiri tidak pasti.

Aku cuma tulis bila ada benda yang perlu aku tulis dan bila masa aku mahu tulis.

Isnin, Mei 07, 2012

Hanya untuk aku fikirkan seorang-seorang sahaja

Bila fikirkan keadaan aku sekarang ini, semakin banyak pula yang hendak aku luahkan dan juga kongsikan. Cuma aku tidak dapat berbuat demikian secara terus dan direct kerana manusia punya emosi dan perasaan. Ada sensitiviti dan sentimen. Kiranya aku dedahkan dan ceritakan semuanya, pasti banyak perkara akan berubah. Banyak juga penerimaan dan ke-tidak-terimaan. Susah atau sukar, itulah dia hakikat hidup yang aku kena tempuhi kerana ujian-ujian inilah adalah untuk aku dan untuk aku sahaja.

Selasa, April 17, 2012

Resdung di hidung

Apabila aku menghadapi resdung, ianya akan mengganggu beberapa sistem badan. Dan apabila ia mengganggu sistem badan, sukar dan susah juga untuk bergerak dengan lancar kerana ia semuanya bermula daripada hidung. Hidung rupa-rupanya boleh mengubah hidup kita seharian kiranya tidak dijaga dengan baik akibat resdung.

Pedih woo…

Ahad, April 15, 2012

Titanic is epic gold

I watched Titanic in 3D with my girl today which turns out to be the 100th anniversary of the sinking (April 15th, 1912). After almost 15 years and seventh screening on the big screen, the experience had never fade away by a milimemorium.

Jack Dawson is classic.

Rose is classic.

The ship and story is epic history.

This is what box-office films are really made of. They spent USD200million and got USD2billion in return and still counting.

True Hollywood gold.

Ahad, April 08, 2012

Tarsem Singh ni makin lama makin gerek pulak

Pagi lagi aku dah gerak ke Melaka hantar adik aku balik ITM. Lepas tu aku terus ke Klang tengok member aku baru beranak. Bila petang sikit, layan wayang. Filem ‘Mirror, Mirror’ terbaru daripada Tarsem Singh. Surprising enough, dia sudah bukak layer baru dalam style of directing dia since his last film ‘Immortals’, ‘The Fall’ dengan ‘The Cell’.

Sabtu, April 07, 2012

Siang ke sana. Malam ke sini. Dua tujuan sama dan berbeza

Syazwan merupakan IT dan komputerman aku yang terbaru dan hari ini sedang dalam proses menyelesaikan masalah virus dan bebanan-bebaban laptop yang semakin lama semakin meruncing. Dari tengahari membawa ke petang dan akhirnya terus ke malam dia sedang bergiat dan berusaha gigih menyelesaikan permasalahan tersebut. Sambil-sambil itu, dapatlah aku bertanya-tanya itu dan ini tentang perkembangan dan dunia berita IT yang terbaru.

Malam pulak aku jumpa Acu dan Mr. Ashraf

Jumaat, April 06, 2012

Perjumpaan yang lama tak jumpa

Perjumpaan dengan seorang sahabat lama di sekolah dahulu bernama Heikal sekali lagi mengingatkan aku betapa masa itu berlalu begitu pantas. Last time aku jumpa dia tak silap aku masa form 4 atau form 5. selepas habi sekolah. Langsung kami tidak bertemu atau bertegur apatah lagi melepakkan diri. Masing-masing membawa haluan masing-masing.

Selang lebih kurang 15 tahun lepas tu baru dapat jumpa balik dan bertanya khabar cerita dan cerita-cerita panjang.

Sepertimana dahulu, Heikal tak banyak berubah. Dia sekarang jadi peladang moden, sama macam bapak aku. Mengusahakan tanaman projek cili. Aku jumpa dia pun pasal business dan marketing planning jugak. Business bapak aku dan business aku sendiri. Perbualan dan perjumpaan kami disertai oleh seorang lagi kawan baru bernama Azam. Kebetulan Azam in the same line of work as I do. Production, creative works and stuff. So, feel kind of lucky to have two good new men helping me out with my endeavours.

Selasa, April 03, 2012

Bersusah-susah dan berpayah-berpayah dulu, jangan kemudian. Kemudian nanti kau susah-payah kan orang lain pulak. Itu lagi horror jadinya!

Akhirnya aku dengan rasa lapang dada dan senang hati berasa sungguh gembira sekali kerana hari ini dengan secara rasminya telah berjaya melangsaikan installment(hutang) laptop aku dengan sempurna.

Tidak perlu lagi berpening-pening kepala dan bersusah-susah hati untuk mencari jalan bagaimana mahu melunaskan hutang yang tahun ini sudah masuk tahun keduanya dan tahun terakhirnya. Dulu masa ada kerja tetap, perkara yang semacam ini adalah hanya perkara enteng kerana hujung bulan pasti ada wang yang mencukupi untuk membayar skim bulanan yang aku sengaja pilih itu. Ada dua komitmen yang aku terpaksa lakukan: Satu pada laptop dan satu lagi kereta yang kini sudah ditarik oleh pihak bank. Pada muka aku, siapa suruh berani sangat. Kan kereta dah kena tarik. Nasib baik aku sukakan pengalaman dan pengajaran yang susah-susah dan payah-payah macam ni sebab aku tahu esok-esok aku akan jadi lebih kuat-kuat.

(whatever!)

Isnin, April 02, 2012

Mereka bukan wali tapi mereka sejati

Pergi berjumpa seorang ahli keluarga rapat, seorang askar dan teman seperjuangan dan seorang sahabat yang ‘ada-ada’. Berbincang dan bertukar pendapat tentang soal yang sudah pastinya berputar sekitar masa lampau, masa hadapan dan perancangan sekarang. Alhamdulillah apa yang aku dan mereka rasakan tentang apa yang berlaku pada hidup sekarang adalah sama. Kadangkala aku sengaja untuk tidak lama bertemu dengan orang-orang yang sedemikian rupa kerana mahukan pengisian yang lebih dan mahukan unsur dramatik yang juga lebih. Dari pagi membawa ke malam aku mengisi kantung jiwa dan dada dengan cerita terbaru mereka dan mereka. Ternyata berbaloi.

Ahad, April 01, 2012

Two movies and one tinkering thought (or two)

Today was mostly leisure and pleasure. Watch two new movies at two cinemas and see how it was. I guess Hollywood is still going for the same safe route again before summer starts there. Not to show too much but at the same time having that momentum going in strong before the next few month comes.

And when it comes, its gonna be one of those years that will make you said: “Wow. I never thought this year will come that they will actually make that movie”

Sabtu, Mac 31, 2012

Jumaat, Mac 30, 2012

Kembalinya ibunda Adi Nazri ke negeri hakiki

Pagi hari ini, ibunda kepada salah seorang antara sahabat baik dan akrab aku telah pulang ke rahmatullah meninggalkan dunia dijemput Yang Maha Esa. Mendapat berita tersebut dari mulutnya sendiri melalui panggilan telefon. Sambil itu susulan tangisan dan kesedihan yang mendalam membuatkan aku rasa pilu lalu sebak. Aku dapat rasa bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk kita berpisah dengan insan yang paling kita sayang sejak hari pertama kita di dunia apatah lagi dialah yang telah melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga kita, mendidik kita dan mendoakan kita siang malam demi kebaikan serta kebahagiaan dunia akhirat.

Dan aku terus mengimbau kejadian seperti ini dengan penuh rasa kesedaran, kekesalan dan keinsafan yang bersungguh.

Betapa apa yang wujud di dunia hanya bersifat sementara dan terlalu cepat dan pantas semuanya berlalu. Ramai sudah rupanya kenalan-kenalan aku yang sudah tiada kerana ajalnya menjemput. Kawan dan keluarga yang pernah berkongsi tawa dan duka. Yang pernah bersama-sama meluah dan memohon perhatian dan pendapat. Yang pernah rasa hidup dan kenikmatan-kenikmatan yang telah Tuhan berikan di dunia ini. Apabila mereka sudah tiada, maka semuanya juga sudah pergi bersama kenangan. Di saat-saat inilah, aku akan duduk diam sambil bertafakur dan fikir: Ini pasti akan sampai pada kawan dan keluarga yang lainnya juga. Pada satu hari, pada satu masa. Ia pasti tiba menjemput. Pada aku, pada dia, pada sesiapa sahaja, tidak kira jauh atau dekat, rapat atau tidak. Pada semua-semuanya yang muda atau tua. Yang lama belum berjumpa atau baru tadi telah bersua.

Yakni pada ajal dan maut.

Sepertimana rezeki dan jodoh, ajal juga adalah rangkuman tiga perkara yang tidak dapat ditentukan manusia kerana ianya adalah rahsia Allah. Sehinggalah saat dekat pada salah-satu daripada ketiganya itu, barulah rasa itu membuak datang bertubi-tubi dan bertalu-talu.

Rasa syukur dan gembira pada rezeki yang datang.

Rasa bahagia dan teruja pada jodoh yang muncul.

Rasa redha dan pasrah pada ajal yang tiba.

Ini semua membuatkan ujian dan dugaan sebagai hamba Allah di muka bumi ini semakin lama semakin mematangkan manusia itu sendiri. Usaha dan ikhtiar yang berterusan, tawakal dan tawaduk yang berpanjangan, doa dan syukur yang tidak ada putus-putusnya hingga berakhirlah segalanya.

* * *

Al-Fatihah serta salam takziah buat kau, Adi Nazri. Seorang teman dan kawan yang kerap berada di kala susah dan senang (selalunya susah) ke atas pemergiannya ibunda kau. Semoga kuat dan tabah, diharapkan terus berjuang, sabar menghadapi apa juga yang sudah Allah tentukan untuk kita semua di dunia ini dan di alam sana. Pada dia kita datang dan pada dia kita semua pulang. Allah lebih sayangkan mak kau macam mana Allah sayangkan dan akan lebih sayangkan kita semua nanti.

Sementara ini...

Hidup mesti terus.

Hidup mesti terus.

Hidup mesti terus.

Khamis, Mac 29, 2012

If this is 100 Bullets, we are like "The Trust".

Met an old friend today. He was what I say one of those friends that weren’t close to you before but is interesting to me now because of the level of achievements and experience and reputation one had gained over the years. He is now doing his own stuff, meaning he has currently have earned sufficient amount of readiness to do things independently. For the record, he is in the same line (more or less) and speaks the same language as I do.

Being a creative mind, we discuss how the world works according to us.

How money does not really control all. How being smart and slick is never enough. How the world keeps getting smaller and smaller and even smaller as we speak. How keeping a modest heart can be worthwhile for a long while.

Things are different when we both started. Naive and not knowing much. The world is a new playground. I am happy to have met him now because as we supposed to meet before, it would be a different story. Life’s education is stronger than we taught it ever would be and could be. And so he helped me by giving an advice or two of doing what I do best. Doing the things I love and passionate about in life: Ignore critics, believe in one self and keep the momentum going no matter what.

According to him since he started his business seriously last year, a sum of approximately RM100k is already on his payroll. Amazing what confidence can do to you if you have the guts and courage and just be ready to kick-off. Exactly the right motivational factor needed.

After a while, I think time can really tell.

From this point to that point: The journey is everything. The destination you have already know.

Thank you Ben for throwing me that line when I needed it the most.

Rabu, Mac 28, 2012

Makmal FB

Semenjak kehadiran Facebook (FB) dalam hidup, aku rasa sangat beruntung. Banyak perkara yang aku jalankan selama ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisyen sekali, malah berulang-ulang kali. Paling aku suka apabila social experiment yang aku lakukan di FB sering mendatangkan keputusan dan hasil yang memberangsangkan. Sungguh luarbiasakan sekali FB ini.

Terima kasih Mark Zuckerberg kerana tolong kawan-kawan.

Di FB ini, aku dapat melabelkan jenis-jenis dan kriteria-kriteria orang yang wujud di sekeliling aku. Dari aspek bisnes pula, jelas aku dapat kategorikan yang mana golongan profesional dan yang mana golongan amatur. Paling menarik sekali, level intelek dan bijaksana orang juga boleh diukur sedikit-sebanyak dengan FB. You can call it psychology or marketing strategy or political science or whatever but it works nicely day after day, time after time. Aku dengan sengaja telah memecahkan beberapa fasa aktiviti di FB aku mengikut target group yang aku sasarkan. Jelas menunjukkan sebilangan responden atau non-responden (ini bagi yang ‘like’ atau rujukan demografik FB), masih jauh tersasar dari expectation aku sebagai kawan. Kawan yang sepatutnya tolong kawan bukan sahaja di kala senang, juiga di kala susah. Sebilangan responden yang lain pula, walaupun silent responden atau pasif responden, masih boleh aku ‘baca’ aktivitinya. Impresif juga melihat kawan yang jenis ini. Yang lain pula ada yang jenis rawak. They themselves have no clues or any ideas what they’re sayinh or talking about just for the sake of FB popularity syndrome. Mereka masih belum sedar betapa once they enter the realm of FB, semuanya akan terekod dengan automatik, sama ada niatnya apa sekalipun. Dalam hal ini, psychological element is crucial. Impak mereka-mereka ini dari jarak dekat atau jarak jauh boleh menggambarkan cerminan peribadi semasa seseorang itu sama ada mereka ini ambitious, passionate, desperate, over-the-top, plain stupid and foolish, opportunist, etc.

Like today, aku telah mendapat benefit yang benar-benar bermanfaat dan berfaedah untuk dihadam untuk tulisan dan pemikiran-pemikiran aku yang akan datang, sama ada dari sudut peribadi mahupun sudut profesional. Walaupun ia tidak menyeluruh memandangkan ada lagi ramai orang especially kawan-kawan di luar sana yang belum ada FB, ianya tetap unconcise.

Aku terus study dan jalankan ujikaji aku secara berterusan. FB adalah makmal antara makmal terbaik bagi aku dewasa ini. It starts from your status and boils down direct to your activation to the other party online (or perhaps, offline)

Selasa, Mac 27, 2012

Its a zoo next to a zoo

Went to a place that was meant to be promising. A place where it seems like hopes and dreams are made of. But this hopes and dreams are sometimes dashed out by oppressor and not so good people. People who are in for the benefits of their own. Well now that I am more experience and having extensive and expansive brain cell, will not be easily get carried away with such hook-ups.

The lure of short-lived excitement. Happens to a lot of person, including me before. In many rooms, I can be easily the smartest and ‘in-the-know-how’. While most people, purposely let themselves be in that particular pretentious claptrap, letting their inner intellect be molested mercilessly.

It’s a horrid place. Yet still, a place that can remind us all how time will change eventually while people do not (unless if they want to).

Isnin, Mac 26, 2012

Masih sempat. Masih boleh

Tidak banyak yang berlaku hari ini melainkan perkara-perkara yang sedikit tertangguh akibat masa dan waktu yang sengaja ditinggalkan. Menukar kelemahan dan kekurangan kepada kekuatan dan kelebihan bukanlah suatu perkara yang mudah hendak dilakukan seorangan. Tidak mustahil. Cuma tidak mudah dan tidak juga begitu senang.

Kesempatan ini tidak tahu bila lagi akan datang seperti yang sebelumnya.

Aku harap kali ini aku dapat gunakannya dengan sebaik ada kerana semakin lama, semakin sempit rasanya hendak bergerak. Semakin berat mahu melangkah.

Sekali lagi, aku cuba yang terbaik.

Fokus aku hanya satu kini: “Buang yang keruh, ambil yang jernih”


p/s: Aku baru perasan lately entri aku banyak guna bidalan.

Ahad, Mac 25, 2012

Yang pahit akan manis akhirnya ( ...Ya, just like the song)

Berada dalam situasi yang tertekan biasanya pada orang lain akan mengundang masalah. Masalah yang berpunca daripada kesulitan-kesulitan apabila yang kita usahakan masih belum menjadi atau yang dicari masih belum ketemu dan kunjung tiba. Manakala tekanan yang datang pula berarah dari sudut yang betul-betul tidak terduga. Bila tidak tahan maka akan semakin runcinglah tahap masalah itu. Jalan penyelesaian pula makin lama makin menuju buntu. Ke sana salah, ke sini pun salah. Semuanya jadi serba salah.

Tapi tidak bagi aku.

Pengalaman telah banyak mematangkan. Dari pengalaman aku cari dan jumpa ilmu pengetahuan untuk satu-persatu aku tangani tekanan mahupun masalah yang mendatang dengan kemas dan cermat. Aku sedar tekanan dengan masalah itu wujud lazimnya atas sebab perkara yang logik. Ianya berbalik punca pada sahsiah kita dan peribadi diri sendiri juga akhirnya.

Orang akan mudah menyalahkan orang lain, menyalah takdir dan nasib, memyalahkan semuanya kalau ada yang tak kena sehingga tekanan itu menjadi punca permasalahan. Ini pada pandangan akal aku silap. Mungkin tidak sampai ke tahap salah tapi silap yang sering dilakukan orang berulang-ulang kali, sehari-hari, setiap waktu dan setiap masa yang datang dan pergi.

Alhamdulillah, aku kadang-kadang suka mencari jalan susah untuk berjaya. Walhal, jalan senang dan lenang itu banyak terbentang di hadapan mata. Aku tidak mahu malah enggan ke situ. Kerana aku yakin dan percaya, kesengsaraan itulah yang aku membuat aku lebih kuat dan gigih. Kerana aku selalu sahaja menjadi saksi betapa makin susah dan makin sengsara orang itu, makin ligat kudratnya untuk berikhtiar mencari jalan penyelesaian pada masalah-masalah yang dihadapi. Akal fikiran juga turut pintar dan pintas melahirkan idea serta ilham baru yang datangnya entah dari mana sebab yang apa-apa. Aku suka perasaan ini. Perasaan ‘striving through adversity’.

Tinggalkan apa yang bermain di benak kekalutan.

Hari ini aku susah. Semalam aku susah juga. Esok pun belum tentu aku tidak susah.

Yang senang akan datang bersama senyuman dan kegembiraan.

Sabtu, Mac 24, 2012

Mencari 'escapism'

Entah kenapa mood aku hendak menulis yang sudah sepatutnya datang awal sejak pagi tadi sudah tertangguh dan tertangguh dan tertangguh lagi sehinggalah membawa ke larut malam ini. Aku tidak malas apatah lagi ketandusan dan kekeringan idea. Aku juga menolak punca mencari alasan sebagai salah satu faktor penyumbangnya juga. Aku sendiri tahu yang tidak ada penghalang untuk aku menulis entri hari ini dengan lancarnya beberapa jam yang lalu.

Ya. Misteri itu terjawab juga kini.

Sememangnya aku telah semakin pandai dan semakin bijak mecari 'escapism' : )

Ngehehe.

Jumaat, Mac 23, 2012

Apa dia ni?

Bila tidak ada yang faham apa yang aku cuba sampaikan, aku akan cuba dan cuba lagi. Kerana bagi aku selagi mesej atau idea itu belum lagi menuju sasarannya dengan tepat, aku akan rasa tidak puas dengan apa yang sedang aku usahakan itu. Atau dengan kata lain, aku kena sama ada; 1) simplify subjek tersebut untuk persepsi umum, 2) berikan contoh atau misalan yang lebih praktikal, atau 3) cari jalan panjang dan berliku hingga semua orang faham, tahu dan mengerti.

Mungkin kompleksiti ini tidaklah sesukar yang mereka semua bayangkan. Aku kena kurangkan unsur filosofikal dan elemen retorikal.

Macam menulis. Selagi cerita yang aku tulis itu tidak ada penghujung dan penamatnya, pasti tidak ada siapa yang akan tahu penyudahnya. Tidak siapa yang akan tahu moraliti dan natijahnya. Tidak siapa yang akan tahu apakah cerita itu tadi betul-betul sudah habis atau berkesinambungan ke cerita yang satu lagi. Nyatanya di sini, cerita perlu ada penamat supaya semua faham.

Pemahaman manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza-beza mengikut tahap intelek, pengalaman, usia, latar belakang dan integriti seseorang. Biarlah fitrah dan takdir dan nasib sahaja yang menentukan.

Aku mahu orang faham dan tahu.

Apa dia niat aku.

Apa dia kerja aku.

Apa dia tanggungjawab dan hak aku.

Apa dia yang aku lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

Apa dia yang dia dan dia dan dia dan dia dan juga dia mahu daripada aku.


Semoga aku cuba lagi (hingga tamat)

Khamis, Mac 22, 2012

D.U.I.T

Aku sengaja berhenti sekejap daripada menulis sambungan terakhir kisah retrospektif kerjayaya aku untuk mendapatkan sedikit mood untuk untuk menyudahkannya (Ya. Barangkali ramai yang sudah sedia maklum bahawa apakah kerja aku yang terakhir di bawah majikan adalah yang paling istimewa dan paling ‘mengesankan’ kepada aku setakat ini. Tapi aku simpan cerita itu dulu).

Sekarang ini terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Maklum sajalah, masa yang aku banyak sia-siakan (dengan secara sengaja atau tidak sengaja sebelum ini) harus aku tebus dan gantikan dengan manfaat semula dengan lebih pantas. Dalam masa yang terdekat ini, aku harus kejar dua-tiga projek yang sedang giat diusahakan. Satu projek untuk menyambut kedatangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 hujung bulan hadapan, satu projek untuk mendapatkan dana dan suntikan modal yang secukupnya untuk projek-projek yang akan datang dan satu projek adalah projek peribadi. Terang lagi nyata, kesemua projek ini memerlukan wang.

Wang sebenarnya tidak sepenting yang kita semua sangkakan tetapi wang dapat selesaikan banyak perkara. Falsafah ini pertama kali aku dengar daripada adik aku sendiri. Langsung tidak sukar difahami namun kebenarannya jelas. Manakala ibunda aku sendiri pernah mengeluarkan sebuah teorem yang aku rasakan sangat berguna dan praktikal tentang wang:

D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal

Pernah juga suatu masa dulu, sedang aku hendak mengisi minyak kereta di sebuah stesyen minyak berdekatan dengan rumah, aku terserempak dengan seorang guru yang pernah mengajar aku di sekolah. Cikgu Aminuddin yakni cikgu Bahasa Melayu. Cikgu ni ada juga menyumbang karya-karyanya untuk diterbitkan. Kalau baca suratkhabar, dia pakai nama Ami Masra. Inilah cikgu yang banyak membakar semangat aku dan mencungkil bakat serta minat aku pada penulisan semasa di sekolah menengah (Di sekolah rendah namanya CIkgu Sa’ei). Aku menegur dia dan bertanya khabar. Dia menyambut aku dengan baik dan juga bertanya khabar aku juga. Di hujung perbualan kami yang cukup ringkas itu, aku masih ingat pesannya kepada aku sebelum berlalu pergi: ‘Zaman ini zaman duit. Semua pakai duit. Duit itu kamu gunakan. Bukan duit gunakan kamu’.

Mengejutkan. Ambil masa juga untuk aku khadam maksud tersirat di sebalik kata-kata Cikgu Amin itu tapi akhirnya aku dapat tangkap juga.

Bila sampai kepada satu kepada satu persimpangan yang lainnya dalam hidup yang memerlukan aku berfikir dan bertindak pantas kerana keadaan ataupun situasi yang menekan ataupun mendesak, duit itu harus aku cari. Aku cari bukannya kerana aku mahu beli bahagia. Bukan kerana aku mahu beli gembira. Bukan kerana aku mahu beli cinta. Bukan kerana aku mahu beli kepuasan apatah lagi keberkatan. Aku cari duit kerana konsep rezeki itu salah satu daripada sumber kekuatannya adalah harta. Dan harta dunia moden hari ini tidak dapat tidak adalah wang. Hingga ke satu peringkat, aku begitu mudah jadi serba-salah kerana wang disebabkan wang sudah mula mahu ‘guna-gunakan’ aku, bukan kerana siapa atau apa yang mampu dan boleh aku lakukan sebenarnya. Maka untuk tidak terlalu gusarkan soal itu, aku lipat kali gandakan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal aku. Aku mahu terus cari duit itu hingga ke tahap kaya dan jika diizinkan Allah ke tahap raya, agar kaya-raya.

Boleh aku agihkan pada keluarga dan kawan-kawan yang lebih memerlukan.

Boleh aku berikan pada dunia dan laburkan pada akhirat.

Boleh aku buktikan dan sedarkan diri mereka dan mereka yang duit hanya boleh selesaikan banyak perkara tetapi tidak semua perkara.

Rabu, Mac 21, 2012

RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 3

Bermula tahun ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena hari lahir aku yang telah lalu. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti KL Motion Pictures?


Aku sekarang berada dalam peringkat transisi mencari arah tujuan yang lebih besar dalam bekerjaya. Setelah hampir empat tahun melakukan kerja-kerja yang membabitkan komik dan kartun, akhirnya aku kembali semula ke aliran yang mana aku tuntut pengajian suatu masa dahulu ketika sedang belajar di universiti: Berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Ini terjadi berkemungkinan besar kerana keadaan yang memaksa dan terpaksa. Diakibatkan daripada penutupan studio KLP yang aku sertai terdahulu, aku mencari opsyen yang paling dekat dengan aku yakni berkarya dalam bidang yang membabitkan TV dan filem.

Kali ini aku sengaja menempatkan diri aku ke KL Motion Pictures di bawah tunjuk ajar dan panduan seorang yang produser/direktor/penulis iaitu Wan Hasliza @ Kak Liza. Aku mahu menuntut ilmu pengajian dan pengetahuan tulisan-tulisan skrip. Aku mahu belajar selok-belok sebenar dan jurus berkesa daripada seorang profesional yang betul-betul mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan skrip TV dan filem. Kak Liza terkenal kerana siri TV ‘Dunia Baru’ yang mana ia selanjutnya dijadikan filem di pawagam. Aku sangat berminat untuk berguru di bawah bimbingan Kak Liza kerana Kak Liza ada X-Factor yang selalunya aku akan cari dalam menuntut ilmu tertentu yang lazimnya tidak diajar di sekolah, pusat pengajian tinggi atau mana-mana sahaja. Di sana juga aku duduk bekerja di bawah satu bumbung dengan dua teman lama aku dahulu semasa di KLP iaitu
Lobak dan Adi. Mereka barangkali adalah pendorong terbesar aku mahu masuk dan sama-sama berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Semasa bekerja sebagai researcher dan pembantu penulis skrip di KL Motion Pictures, banyak yang aku pelajari dan alami. Aku belajar bagaimana mahu menghormati dateline dengan lebih berdisplin, aku belajar membuat aturan jadual kerja dengan lebih kemas, aku berpeluang berlakon dan menulis skrip secara profesional. Aku berkenalan juga dengan Sham(scriptwriter) dan Amirul(editor/produser.direktor). Dhojee(produser/direktor) dan Khai(produser/direktor). Encik Jamal(produser) dan Pali Yasir(DOP), Hazo dan Mujeed, Bangla yang aku rasakan cukup karakteristiknya untuk dijadikan watak dalam mana-mana filem atau drama. Malah ramai juga kenalan baru yang mungkin tidak akan dapat aku senaraikan semuanya di sini, namu kehadiran mereka-mereka ini cukup mendatangkan sesuatu yang berguna buat bekalan perguruan aku bersama-sama Kak Liza.

Seperti yang aku katakan tadi, kesempatan untuk berlakon di sini hadir dalam bentuk siri game show yang diusahakan dengan RTM. Sebuah game show yang di beri judul ‘Laxmana’ yang pada hemah aku adalah sebuah game show yang diinspirasikan dari game show-game show fizikal yang popular di Jepun terutama sekali ‘Istana Takeshi. Maka, merasa popularlah aku sejenak dengan screen time yang diberikan kepada aku setiap kali aku on air. Sungguh menarik sekali pengalaman menjadi pelakon. Semuanya itu berlaku dengan begitu pantas kerana tanpa aku sedari masa itu berlalu, aku mengambil keputusan untuk menamatkan perguruan aku sendiri bersama KL Motion Pictures dan Kak Liza apabila tamatnya penggambaran lima musim berturut-turut program ‘Laxmana’ dan terus sahaja melangkah kaki untuk beberapa ketika ke ASTRO untuk menyambut pelawaan oleh seorang sahabat yang kebetulan adalah produser di sana. Aku bekerja di bawah Azwin untuk membantu menulis skrip dan mencari idea baharu untuk musim terbaru dan terakhir ‘AC Di Sini’ yang ditukar kepada nama ‘AC? Sempoi’ apabila aku menyertaui team tersebut.

Di sana aku hanya bertahan tidak sampai dua bulan memandangkan aku hanya bekerja di bawah kontrak bersyarat. Aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja full time kerana tawaran gaji tidak setimpal dengan kerahan tenaga yang diberikan.

Selang beberapa bulan, aku mendapat panggilan daripada Nazri(Vovin) untuk sessi temuduga di PTS untuk menyandang jawatan sebagai editor buku. Aku diterima dan di sinilah bermula sebuah lagi lembaran hidup aku yang cukup panjang tetapi bersejarah buat diri.

Selasa, Mac 20, 2012

RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 2

Bermula tahun ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena hari lahir aku yang telah lalu. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti KLP?


Seperti yang ramai sedia maklum, minat dan nyalarasa aku terhadap dunia komik dan kartun terlalu kuat dan mendalam. Melalui nyalarasa yang menyala semenjak aku kecil inilah yang membuatkan aku terus dan terus mencari ruang dan peluang untuk aku mengembangkan minat, bakat dan kebolehan aku dalam lapangan tersebut. Alhamdulillah, semakin terasa yang aku kini berada dalam landasan yang betul.

Maka tempat yang sebenar-benarnya memenuhi impian aku itu menjadi kenyataan selepas aku berpengalaman di Karangkraf adalah di KLP.

Aku mula bekerja di KLP pada Februari 2007 setelah dua tahun berkhidmat di Karangkraf. Ada beberapa faktor yang membuatkan aku mahu berubah angin daripada sana ke sini. Di sini, yang paling utamanya fokus diberikan 100% pada penghasilan dan pembikinan komik semata-mata. Di sini juga, aku diperkenalkan dengan sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan aku yang mempunyai kekuatan dalam bidang komik. Studio ini walaupun masih baru bertapak dalam arena komik tanahair tetap mempunyai tempatnya yang istimewa. Terkumpul nama-nama yang telah prolifik dan bakal prolifik seperti Kromosom(Fythullah Hamzah; co ‘Urban Comics’), MF Ajif, Zool, Jimi, Lobakoren, Zedd, Bajak, Virus, Roy Ablah(yang kemudiannya mengemudi ‘Komikoo’), Nanzo(‘Anak-anak Sidek’) dan ramai lagi. Aku terasa sangat bertuah dalam ‘keluarga’ KLP bukan semata-mata hanya kerana suasana dan keseronokan bekerjanya sahaja tetapi disebakan kerana peluang yang hadir dalam hidup aku pada ketika itu sangat membuatkan aku rasa bertuah. Sekiranya dahulu semasa aku bekerja di Karangkraf, aku dikelilingi oleh semangat dan aura kartunis-kartunis tersohor tanahair, kini aku berada dalam disekeliling insan-insan yang mempunyai gift istimewa dan luarbiasa dalam dunia pembikinan komik yang bakal menembusi dan membelah pasaran antarabangsa.

Hampir dua tahun di Menara Summit bersama kawan-kawan di sana adalah suatu pengalaman dan kenangan yang sukar ditukar ganti. Keseronokan dan masa-masa yang dilalui sungguh meninggalkan kesan yang berpanjangan. Di sini jugalah secara rasmi gerakan keanggotaan Manteraworks dimulakan di bawah hampir kesemua krew KLP. Antara punca dan sebab terutama gerakan tersebut ditubuhkan adalah kerana progres dan momentum serta output yang dikeluarkan oleh syarikat sangat minimal dan kurang memberangsangkan. Sebagai sebuah kelompok karyawan yang sangat aktif dan rata-rata muda, kami mempunyai idea dan rancangan sendiri untuk melakukan dan membuat sesuatu. Banyak dan luas juga rancangan-rancangan kami.

Selain daridpada itu, kami berasa sangat bebas dan seronok bekerja di sini kerana berkemungkinan besar di atas lima faktor yang di bawah:

  1. Memandangkan operasi studio kami hanya beberapa langkah sahaja daripada shopping complex, maka berlegarlah kami untuk berfoya-foya dan kononnnya mencari idea apabila datang kesempatan itu. Antara aktiviti-aktivti lazim yang seakan-akan telah menajadi wajib pada ketiuka itu adalah tengok wayang, karaoke seringgit dan kadang-kadang boling.
  2. Di sini kami tiada pertimbangan dan fokus lain selain daripada komik semata-mata. Perasaan yang sampai ke saat ini sukar dirasai bila berada di tempat lain.
  3. Kami adalah sebuah unit yang bekerja untuk seronok dan seronok untuk bekerja yang mana itu adalah elemen penting dala m bekarya untuk menimbulkan mood yang positif
  4. Pertama kali merasakan gaji yang diberikan setimpal dengan kerja yang dibuat.
  5. Pengalaman dan sedikit reputasi yang diraih di Karangkraf sebelum ini tampak mendatangkan kesan apabila menyambung kerjaya di sini

Namun, semuanya itu berakhir menjelang pertengahan 2008 apabila segala yang diramal dan dijangka menjengah kenyataan. Akibat pentadbiran dan pengurusan yang kurang cekap dan tidak berapa efisyen, KLP Poduction yang aku cukup nikmati keadaan kerjaya selama hampir setahun lebih itu telah diisytiharkan tutup oleh pengarah urusan. Kami terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat walaupun rata-rata kawan dan sahabat yang bersama berjuang di sana tidak boleh dipertanggungjawabkan 100%.

Dengan langkah berat dan rasa hampa, aku tinggalkan juga KLP dan mengorak langkah dengan arus yang lain pada tahun itu. Ternyata aku hanya mampu berdoa dan berharap bahawa akan datang suatu hari yang mana kami semua dapat berkumpul semula dan menyambung legasi itu di bawah satu bumbung. Kali ini dengan nama yang kami cipta sebelum ini dengan perancangan dan corak masa depan yang kami lakarkan sendiri.

InsyaAllah.

Rabu, Februari 01, 2012

RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 1

Bermula hari ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena menjelangnya hari lahir aku yang akan datang tidak lama lagi. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti Karangkraf?

Semasa penghujung semester pengajian di UiTM yakni dalam tahun terakhir aku dalam jurusan penyiaran dan komunikasi massa, ramai kawan-kawan aku yang sudah aku jangkakan akan tamat belajar tepat pada waktunya sudah mencongak-congak untuk bekerja di mana dan memegang jawatan apa. Dengan erti kata lain mereka dapat grad on time. Aku, on the other hand sudah diramal untuk repeat dek kerana beberapa paper yang aku jangkakan akan diulang berkali-kali. Paper-paper itu sebenarnya adalah paper yang aku tidak minat langsung dan tidak ada kena mengena pun dengan dunia penyiaran yang aku dalami di universiti. Aku fed up menghadap mata pelajaran yang aku tidak ada inclination dan aku tidak dapat kuasai kalau nak dibandingkan dengan subjek-subjek lain. Tambah-tambah lagi kalau subjek itu memerlukan aku berkawat dab berbaris ala tentera atau subjek yang banyak kira-kira dan nombornya. Sumpah, tak ubah macam eksesais negara polis/komunis dan gerakan khidmat negara.

Jadi hendak dijadikan cerita apabila aku semakin hari semakin down untuk pergi ke kelas dan meneruskan sessi kuliah kerana aku rasa aku tidak akan habis belajar sampai bila-bila, ayahanda aku telah memberikan aku jawapan untuk dilema tersebut. Ayahanda aku memberitahu, dia tidak berapa kisah aku tidak habis belajar (walaupun aku dapat rasa dia kecewa juga) tetapi dia mahu aku jadi manusia berisi dan berguna. Kerana ayahanda aku sendiri tahu suasana dan keadaan di luar sana tidak sama dengan suasana dan keadaan semasa belajar. Aku menghela nafas lega dan bebas apabila ayahanda memberikan 'lampu hijau' sebegitu.

Aku pun sengaja menjadikan tahun 2004 sebagai tahun eksperimental aku dengan seberapa banyak odd jobs yang mungkin semata-mata mahu menguji dan mencabar kemampuan serta pengalaman aku sendiri. Dari menjadi editior studio ke pekerja stor ke entah apa entah kerja-kerja pelik yang aku sendiri sudah lupa. Tapi jujur cakap, aku banyak tidak kerja dari kerja kerana mungkin pada masa itu aku tetap menjadi seorang yang memilih. Sama macam perangai aku di UiTM yang memilih subjek yang aku nak dan suka saja. Sehinggalah pada suatu hari, doa aku dimakbulkan Allah. Memang suatu rasa dan pengalaman yang cukup magis lagi menakjubkan.

Seperti sedia maklum, nyalarasa minat dan passion serta semangat yang membara aku pada komik dan kartun tidak pernah akan padam dan tidak pernah akan putus. Seorang kawan baik daripada zaman ijazah UiTM yang pada masa itu bekerja di Karangkraf telah memberitahu aku ada satu peluang bagus dan besar yang bakal mengujakan aku: Karangkraf bakal tubuhkan satu department komik untuk memasuki pasaran grafik novel dan komik nasional pasca kebangkitan era Art Square seperti Gempak, Hype dan Utopia. Ini secara otomatik memerlukan tenaga produksi dan penerbitan untuk berada dalam unit tersebut.

Aku tanpa buang masa lagi membuat persiapan rapi untuk menghadiri temuduga kerja supaya dapat kelulusan untuk diserapkan ke dalam unit tersebut secepat yang mungkin. Semasa sessi interview itu, aku masih ingat lagi betapa itulah sessi interview dengan paling ramai sekali juruduga di daam satu bilik. Ada Sri Diah, ada Fir iaitu anak kepada Tuan Haji Karangkraf, Sharifah Abu Salem, Nazri HR dan dua orang lagi yang aku kenal tapi lupa namanya. Aku konfiden semacam walaupun aku sedar aku bukanlah pemegang diploma dan ijazah seperti kawan-kawan aku yang lain. Aku ditanya itu dan ini tapi alhamdulillah semuanya aku jawab dengan cool dan yakin ya amat.

Tidak sampai berapa hari ditemuduga, aku dapat kerja dengan jawatan Kadet Wartawan Muda ataupun yang dalam namecard aku kemudiannya 'Jurnalis Komik'.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan seronoknya rasa hati aku pada waktu itu. Inilah yang dimaksudkan dengan istilah 'Dream come true' barangkali kerana sejak dari kecil memang aku sangat suka dan minat dengan komik dan kartun. Walaupun pada mulanya, aku bercita-cita besar mahu menjadi seorang kartunis atau pelukis komik kerana aku sangat galak dan rajin melukis di sekolah tapi takdir telah menghalakan arah tuju aku sebagai seorang penulis. Hari pertama di tempat kerja memang satu debaran yang maha dahsyat. Rupa-rupanya aku adalah batch pertama yang diserapkan ke dalam unit baru komik bersama dengan kartunis legenda Gayour (yang akhirnya menjadi mentor aku yang paling akrab), Padi, Kobis Bungo, Amang, Niezam (yang menjadi editor aku untuk majalah yang bakal kami keluarkan) dan lain-lain lagi batch-batch yang terkemudiannya.

Maka, di sini jugalah bermulanya perjalanan karier aku sebagai seorang penulis secara profesioanal setelah sekian lama menganggur, tidak ada matlamat dan arah tuju hidup dalam bidang kerjaya yang jelas serta hampir-hampir kecundang dengan dugaan dan cabaran yang bertubi-tubi.

Bermula pada Disember 2004, aku dipertanggungjawabkan untuk handle majalah baru Karangkraf dalam department komik iaitu 'Gen-Y' yang diberi nama JOM – INFO/KOMIK/EKSTREM. Di sana aku bersama-sama team lain seperti Roy, Apai, Nani (yang kembali bekerja bersama aku di PTS kelak), Hadibi, Izwaa (kawan lama aku sejak zaman sekolah) dan ramai lagi kawan-kawan lain dalam majalah KLIK!, G3, e-BACA dan BINTANG KECIL.

Terlalu banyak kenangan, nostalgia dan memori yang best-best aku rasai dan tempuhi di sana. Secara peribadi dan secara profesional, kebanyakkannya banyak merangsangkan dan membangkitkan daya karya aku hingga ke puncak kerana persekitaran serta senario kerja yang asyik. Hendak diceritakan satu-persatu di sini rasanya mustahil. Ini adalah kerana sama ada aku tidak dapat ingat semua kenangan-kenangan manis di sana ataupun aku lebih happy kalau aku pendam dan simpan begitu saja. Namun yang jelas, it was one of the key moments in my entire life having a job and career doing comics surrounded by idols and icons you grow up with. Di sini jugalah aku berkesempatan untuk bekerja satu bumbung dengan legenda Aie dan juga legenda Ujang. Peluang yang rasakan sangat, sangat mustahil untuk aku kecapi suatu masa dahulu tapi menjadi kenyataan di Karangkraf. Sekali lagi, BEST YANG AMAT.

Sehinggalah pada penghujung tahun 2006, pengurusan mengambil keputusan untuk memberhentikan penerbitan majalah JOM dan aku diserapkan ke dalam majalah G3 dengan skop kerja yang kurang lebih sama. Di sini hati dan jiwa aku sudah berbelah bahagi. Sudah hampir dua tahun di sana, aku sudah kenal dan tahu selok belok dunia pekerjaan dan kenal orang itu dan orang ini. Akhirnya aku sedar sendiri: Aku perlukan nafas baru dan perspektif baru dalam berkarya dan berkerjaya. Aku mahu tukar dan pindah kerja. Aku tekad dengan keputusan aku itu atas dasar yang tiga di bawah ini:

  1. Aku mahu rasa ruang dan peluang baru yang ada di luar sana sejajar dengan minat dan bakat yang ada pada aku
  2. Aku mahu lihat muka baru dan pengalaman baru selain daripada Karangkraf kerana nampakanya passion yang ada dalam diri tidak seghairah dahulu semasa majalah JOM masih wujud
  3. Aku mahu adjust dan ubah persekitaran peribadi aku yang semakin lama semakin hampir tidak terkawal di sana dek kerana itu dan ini

Dengan langkah gagah dan berani, aku ditawar (atau sejujurnya aku yang menawarkan diri) untuk pergi bekerja di tempat baru atas rekomendasi Aura, colorist digital legenda komik tanahair. Akhirnya pada Februari 2007, aku pun menamatkan perkhidmatan aku di Karangkraf dengan mixed feelings yang sangat-sangat emosional sekali. Pengalaman dan portfolio terbesar dan masih lagi besar kerana di situlah aku diikhtiraf sebagai seorang pekerja tetap, sebagai seorang pengkarya dalam bidang komik dan kartun dan sudah semestinya sebagai seorang yang dapat menjadi diri sedniri dan membuktikan bahawa apa sahaja yang kita mahukan dan impikan dalam dunia ini, sememangnya dan sebetulnyah boleh menjadi kenyataan.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Masih dalam kerugian.

Ya. Macam biasa aku akan cakap: "Masa berjalan begitu pantas" Walaupun bukannya dihamburkan secara colloquial, aku tetap masih l...