Jumaat, Ogos 26, 2011

SALAM PERUTUSAN KHAS ISTIMEWA HARI RAYA AIDILFITRI | TANGGAL 2011 bersamaan SYAWAL 1432H


Saban tahun di ambang Hari Raya seperti ini, ketika usai berbuka puasa untuk hari yang terakhir tatkala kedengaran gemersik takbir Aidilfitri menandakan ketibaan Syawal dan berlalunya Ramadhan, hati pasti akan meruntun kesyahduan. Syahdu kerana mengenangkan sebulan yang pergi dan tidak akan kembali lagi untuk tempoh setahun lagi yang akan datang (insyaAllah). Aku lebih meresapi semangat Ramadhan. Syawal tiba untuk meraikan detik kesyukuran dan ketabahan kita mengharungi Ramadhan. Cubaan dan dugaanya, ujian dan tekanannya, perit jerih dan susah payahnya. Puasa dan Ramadhan menyerap masuk terlalu dalam ke lubuk jiwa terus membenam ke dasar nurani. Aku mula mengenal erti kedewasaan sejak dahulu lagi semasa Ramadhan menyingkap tirai hidayahnya. Membuka seluas-luasnya ilham dari fitrah ketentuan alami apabila zahir digamit ketabahan dan batin disuci keredhaan Yang Maha Tahu.

Alhamdulillah, ini masuk tahun yang ke-8 aku membuat perutusan khas sempena Hari Raya di laman blog aku ini. Ramadhan yang aku lalui tahun ini sekali lagi banyak memberikan aku pengajaran tentang erti hidup sebagai manusia di dunia yang fana ini. Punya puncak kelebihannya dan ada terkandung kekurangannya buat aku ratapi serta fahami seisinya.

Bila aku tahu aku lemah.

Bila aku tahu aku jahil.

Bila aku tahu aku tidak terdaya dan tidak mampu.

Bila aku tahu yang DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri aku.

Bila aku tahu hanya pada DIA aku harus memohon dan wajar menyerahkan segalanya.

Maka, berhari raya di kala Syawal akan mendatangkan lebih kurnia keinsafan dan ketaubatan. Bermaafan dan meluahkan keampunan. Itu adalah sifat manusia yang paling bersih. Yang mana kurang dan yang mana lebih, kita sama-sama akui. Sudah tentu nanti akan terpancar jua kebahagiaan dan kegembiraan yang sejati lagi hakiki.



KESYAHDUAN PADA KESAKSIAN

Memang banyak terdapat ujian dan dugaan setiap kali aku menjalani ibadah puasa. Makin naik harinya, maka makin banyaklah jua cubaannya serta tekanannya. Tapi aku anggap ini semua perlu untuk mengukuhkan kedudukan sanubari aku di dalam kehidupan. Buat menguatkan lagi pedoman aku supaya orang yang di luar sana lebih memahami niat aku yang sebenar-benarnya. Apa tujuan aku melakukan itu dan ini, begitu dan begini.

Mungkin suatu hari nanti, mama akan faham kenapa aku tidak dapat membelikannya sofa Ektorp jenama iKEA yang disebut-sebutkannya sejak katalog terbaru 2012 tiba di pintu rumah.

Mungkin suatu hari nanti, adik dan adik aku yang dua orang itu akan faham kenapa sejak melahirkan zuriat yang pertama dan kini bertambah dua dan tiga, aku tidak dapat menghadiah mereka cenderatanda buat meraikan ketibaan cahaya mata.

Mungkin suatu hari nanti, buat mereka yang mengharapkan aku memberikan mereka duit raya dan perkara-perkara yang perlu semasa raya dapat faham kenapa aku tidak melakukan yang sedemikian.

Mungkin suatu hari nanti, kepada yang mengambil berat pada aku, kepada mereka yang mengambil tahu dan mengambil pusing tentang kedudukan semasa aku dapat faham kenapa aku jadi seperti siapa yang aku jadi hari ini.

Mungkin suatu hari nanti, aku akan faham kenapa pada saat dan detik aku hampir menemui ajal tempoh hari, Tuhan masih memberikan aku peluang dan ruang kesempatan untuk meneruskan kehidupan dengan nyawa di badan teramat rapuh bila mati pasti akan datang menjemput bila-bila masa saja.

Mungkin suatu hari nanti, mereka dan mereka akan juga turut faham kenapa aku sekali lagi beruzlah diri dan mencari pintu-pintu baru, kenapa aku harus membiarkan dan mengabaikan, kenapa aku kena menghindar dan mempeduli, kenapa aku masih lagi tidak kaya raya di hari raya, kenapa aku terpaksa mengorbankan benda yang sedia ada untuk benda yang belum ada dan kenapa aku tidak memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditanya mengenai aku.

Aku berdoa pada suatu hari nanti, semua itu akan terlerai juga akhirnya.



INGATAN YANG BERPANJANGAN

Detik suka dan gembira akan selalu disimpan dalam sisi kenangan dan pastinya akan tersemat rapi bila aku mengimbasnya kembali. Memori berpuasa dan mengharungi Ramadhan semasa kecil terus lanjut ke sekolah, ke universiti dan langung ke alam kerja. Semuanya aku masih ingat dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Senyuman pasti menguntum, tawa terkadang terlepas tiada sengaja. Malah pada saat-saat susah dan sukar seperti yang aku lalui dan hadapi sekarang ini, ianya lebih-lebih bererti apa diingat semula. Tambahan pula, ia mengajar aku supaya lebih beringat-ingat dan waspada selalu.



Kenangan berbuka puasa beramai-ramai di samping kawan-kawan rapat lama dan baru.

Kenangan mengisi Ramadhan menuju Raya dengan cerita-cerita, makan dan minum, rancangan dan perancangan, mimpi dan impan.

Kenangan membina sahsiah baharu pada puasa ini pada puasa yang lalu dan puasa yang akan datang.

Itu semua adalah ingatan yang berpanjangan sampai bila-bila biarpun ke penghujung waktu.



BUANG YANG KERUH, AMBIL JERNIHNYA. MAAF ZAHIR, AMPUN BATIN

Kepada semua kenalan dan taulan, ahli keluarga dan famili, kawan-kawan, sahabat rapat, teman akrab.

Aku merayu pada kalian supaya dosa-dosa dan salah silap aku diampukan. Aku sedar aku terlalu banyak berbuat kalian terasa jiwa dan berkecil hati. Keterlanjuran kata-kata dan tutur ucap, kebaculan perbuatan dan keterlampauan perlakuan. Aku menyembah salam kemaafan. Aku meminta dibersihkan semua 'kehitaman' itu. Kerana aku hanya manusia yang tidak ada lebih dari apa yang aku mampu. Masih ada banyak kekurangan dan kelemahan yang nyata ketara.

Buat semua yang di rumah ini, yang ada di Subang Jaya ini dan di mana sahaja berada.

Buat semua yang pernah sebumbung dan selantai menuntut ilmu dunia dan pengetahuan akhirat dengan bersama.

Buat semua yang telah bekerja dengan aku, dari jawatan amatur aku yang pertama hingga posisi karier aku yang terkini.

Buat yang membaca blog, tulisan di FB dan perbincangan serta perbualan lanjut di YM dan sebagainya perantaraan media komunikasi yang lainnya.

Buat yang mahu tahu, ingin tahu dan makin faham serta kenal peribadi aku.

Aku benar-benar minta maaf. Aku betul-betul mohon ampun. Pada yang sengaja atau tidak sengaja. Harap-harap tidak disimpan di dalam hati terlalu lama hingga menjadi dendam kesumat dan pemusuhan hingga hadir kebencian yang meruncing dan merosakkan ikatan.


Semoga kita semua dapat apa yang kita mahu untuk Syawal ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


JAGA DIRI.



Perutusan-perutusan Aidilfitri pada tahun nan lalu pada blog ini :

RAYA 2010
RAYA 2009
RAYA 2008
RAYA 2007
RAYA 2006
RAYA 2005
RAYA 2004


Isnin, Ogos 22, 2011

Aku rindu pada pencarian itu

Hari ini selepas hujan, terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Terlalu banyak yang hendak diluahkan. Terlalu banyak yang hendak difikirkan dan diselesaikan agar tidak menjadi beban masalah yang kelak bakal menjadi terlalu mendadak serta menggusarkan benak akal dan isi hati.

Aku mungkin tidak dapat ceritakan semua tapi mungkin aku dapat sampaikan apa yang perlu. Aku perlu lakukan ini semua kerana bila sudah jelas nanti, aku tidak mahu mengulangi segala kesalahan dan kesilapan lampau aku yang pernah aku lakukan pada orang-orang yang mempercayai aku. Aku akur dan akui, aku tidak sempurna. Aku cuma mahu jadi completist, bukan perfectionist (kerana perfection itu tidak pernah wujud dalam kamus fitrah kejadian manusia)

Dari awal hingga kini, sensitiviti dan sentimentalisme diri aku masih tidak terjaga oleh sesiapa melainkan diri aku sendiri. Harap sebelum Ramadan tahun ini berakhir, dapatlah aku temui apa yang aku cari.

Dan sesungguhnya, aku tidak akan pernah mahu berhenti mencari dan terus mencari.

Sabtu, Ogos 13, 2011

Cheeni Kum

Aku jarang tengok Hindustan tapi bila ada peluang yang rare seperti hari senggang seumpama hari ini, aku akan tengok. Bila dah mula tengok, terus layan. Cerita hari ini tentang seorang chef yang cuba mencari cinta seorang gadis di tengah-tengah kota London lantas menemukan lebih daripada apa yang dicari. Lakonan Amitabh Bachan dan satu-dua pelakon baru dan lama yang aku sendiri pun tidak kenal dan tidak tahu namanya. Itu perkara enteng. Yang lebih penting adalah Amitabh Bachan tetap legend dan relevan, punya kelas tersendiri. Masih ada class acting dan masih memukau. Filem ini bertambah buat aku melekat kerana bebas nyanyian dan tarian melodramatik kerana lebih fokus kepada moral, falsafah dan pengisian kisah kehidupan dengan isu cinta yang unik.

Lantas aku terfikir sejenak: Kenapa aku jarang sekali tengok cerita Hindustan biarpun aku tahu ceritanya sangat bagus, sangat best dan sangat meresapi jiwa dan batin. Malah, seorang daripada Tok Guru aku pernah berpesan. Kalau ada peluang mahu belajar dan menjadi penulis skrip yang terbaik di dunia, pergilah ke Mumbai. Di sana katanya wujud sekolah ceritera dan perhimpunan medan penglipurlara terunggul dalam dunia penceritaan. Maybe 'The World's BEST KEPT SECRET in screenwriting'. Aku tidak boleh guna alasan tidak ada masa atau tidak ada peluang kerana aku boleh pula tonton 2-3 filem selain Bollywood in any given week(s). Aku boleh pula ke wayang dan tonton filem di sana ataupun di rumah melalui laptop aku yang handy-dandy ini.

Tak mungkin aku malu bahawasanya aku gemar tengok Hindustan kerana aku tidak malu pun tengok Hindustan. Mustahil juga tidak ada filem Hindustan yang tak best sebab hampir 99% sejaran tontonan Hindustan aku semuanya masih aku ingat ceritanya dan penangannya masih kekal hingga kini (dengan 'Kabhi Khushi Kabhie Gham' kekal mempunyai pukulan ending paling maut sekali! Boleh tunjuk cerita tu malam Raya?!! Gila mau tak melalak aku dibuatnya!!)


Atau mungkin juga...


Mungkin juga aku sangat sayang untuk beremosi terlalu dalam dan dirasuki oleh hidup yang selalu sahaja terkena dengan batang hidung aku sendiri acapkali menonton Amitabh Bachan atau Shah Rukh Khan melakonkan watak dan babak life aku on-screen.

Penuh emosi, sarat sentimentalisme, melodramatik perhubungan, kejutan demi kejutan demi kejutan, naik turun nasib, ketentuan dan takdir, ujian dan dugaan, anugerah dan hikmah.


Hidup cukup ironi. Cukup, cukup, secukupnya ironi.



Jumaat, Ogos 12, 2011

Bayangan Menyenangkan

Bayangkan kalau semua yang kita nak, yang kau dan aku nak, ada dalam milikan dan genggaman kita. Kereta sport berkuasa turbo limited edition berwarna hitam kilat yang kita idamkan, rumah banglo dengan design moden kontemporari tiga setengah tingkat dengan setingkat khas untuk ruang home office super exclusive yang kita angankan, ada home ampitheatre plus karaoke room (kalau Zaki Zainol katanya semua tingkat rumah dia mesti ada jakuzi kalau dia bilionair), semua set komik setiap keluaran setiap bulan setiap masa tanpa putus, makanan favorite pagi petang siang malam, percutian 5 bintang ke seluruh dunia, wang tanpa had belanja dan kredit kad bebas ansuran.

I really mean EVERYTHING and ANYTHING that we can and could possibly want - to the extend to the impossible ones too. Having unlimited reaches to limited(s). Financial freedom and excess to the world's best stuff and things that you can own. Imagine that.

No 'but(s)' this time. How would I become then?

Would I be the same me?

Would I be someone or somebody else?

Would I forget you and you?

Would I change myself and be different from now?

Would I have make this relevant or irrelevant when I'm richer then my current status?

Itulah cabarannnya kelak. Itulah ordeal yang bermain di benak fikiran aku. Aku tahu aku boleh kaya malah raya dan aku mahu kaya malah raya pula (insyaAllah bila rezeki itu sudah siap-siap untuk aku). Bila aku senang, aku rasa semua orang yang ada perkenalaan dengan aku pasti senang.

Kerana semua orang perlu senang untuk senang.

Khamis, Ogos 11, 2011

Looks grey to me.

There are things that I rather not tell and keep it for the rest of my life and there are things that I would like to share with the rest of the world. Things that are secrets in nature and will always remain secret, (well) forever. I could tell but only for those who are worthy of keeping it as a secret (still). Such things are very personal and will alter and change one's life if not comprehended and understood as it should be.

Hence, came this blog. For me to share secret. For me to tell and not to tell things which are meant in the open.

Truth be told, I just want to make sure that I can live my life to the fullest and leave no regrets in the future (meaning: older when old). Once so many times, I have witness old people talking (whining) on what they have done when they’re young and tend to blame younger people on their deeds which is not completely the same set of life scenario. Then came the blunt advice and unwanted argument. Quarrelling for those who can’t stand the procedure of this ‘old vs new’ outtakes. The endless debate on who needs who more. The relevance and the rationality. Justifying egos and agendas.

And so, where do I stand in all this?

When right is wrong and wrong is right, so many things seems grey.

Isnin, Ogos 08, 2011

Bulan Tabah. Bulan Sabar

Aku baru saja selesai berbuka puasa. Hari ini aku berbuka berpuasa di hospital. Bersama dua orang adik lelaki aku. Satu yang baru menimang anaknya yang kedua (perempuan) dan satu lagi yang baru saja dinaikkan pangkat di tempat kerja baru. New chapter, new phase, new life.

Di hospital kerana ayahanda menjalani pembedahan minor pagi tadi. Perlu untuk kurangkan malah hilangkan terus kesakitan yang ditanggung selama ini. Aku sudah lama memerhatikan dan mengamati keadaan ayahanda sejak sakit-sakitnya mula kerap datang dan pergi. Walaupun sakit ayahanda tidak serius dan kritikal tapi aku tetap ambil berat serta ikuti perkembangan kesihatannya. Ini adalah rekod hospital ayahanda yang ke-5. Aku harap semuanya akan bertambah baik untuk penyakit yang satu ini.

Seperkara tentang hospital yang aku dapat sematkan adalah betapa banyak ikhtibar, pengajaran dan petikan-petikan hidup orang yang aku kenal dan tidak kenal dapat aku jadikan buah fikiran. Kesedaran yang sempat singgah setiap kali ke sini sangat membangkitkan nurani. Anugerah fizikal dan mental serta kurnia batin dan zahir bukanlah milik kekal kita sebenarnya. Manusia punya kelemahan yang paling nyata ketara bila sakit. Yang kuat pasti tidak akan kuat selamanya. Yang gagah pasti tidak akan gagah selamanya. Sedih dan pilu juga melihat nasib-nasib orang yang datang ke sini. Masing-masing ada cerita masing-masing. Kalau dihimpun dan dikumpul semuanya, pasti segunung keinsafan jualah jawapannya. Pedih dan perit hanya mereka yang rasa. Kita hanya menanggung simpati, mereka menganggung impati.

Bayangkan kalau aku yang terlantar di sini (aku tidak pernah dimasukkan ke hospital setakat ini. Alhamdulillah). Sudahlah sakit, kebosanan pula aku baring sorang-sorang. Kalau 2-3 jam, 4-5 jam masih boleh tahan. Mungkin boleh layan komik, baca buku, tengok TV, tonton filem lalu laptop. Tapi kalau 2-3 hari, 2-3 minggu. Mahu rasa 'dalam penjara' rasanya. Sakit dan bosan. Mungkin tidak sinonim dengan aku status aku sekarang tapi aku bersiap sedia. Aku tidak tahu nasib aku esok lusa. Bulan depan. Tahun depan. Soal kesihatan dan penjagaan diri sendiri, kita semua boleh rapi dan mampu pantau. Tapi kalau Tuhan berkehendakkan kita sakit dengan kudrat dan iradatnya, kita kena tabah. Kita kena sabar. Ada sebabnya. Ada puncanya. Ada ketentuannya.

Aku harus hargai dan syukuri kesihatan yang masih ada. Manfaatkan kekuatan yang sempat ada. Usia tetap berjalan. Hidup mesti terus. Susah senang, kita yang rasa dan tahu. Orang lain mungkin boleh kongsi, boleh tolong dan boleh ringan-kurangkan beban sakit kita. Tapi selagi kita sendiri yang tidak merasanya, hanya masa yang dapat memberi jawapan-jawapan yang pasti.

Selasa, Ogos 02, 2011

Sudah terhantuk, baru nak mengadah

Kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita kehendakkan atau perlukan, memanglah sesuatu yang mendukacitakan. Bukan kecewa atau mengecewakan. Bukan sedih atau menyedihkan. Bukan hampa atau menghampakan. Cuma, mendukacitakan. Berduka tatkala cita itu tidak kesampaian. Mungkin dek kerana kurangnya persediaan dan bekalan, dek kerana ketidak-izinan Tuhan pada sesuatu yang kita hajati itu sampai kepada kita, dek kerana hal itu bukanlah milik kita yang sebenar-benarnya.

Aku sering mengalami keadaan 'mendukacitakan' itu dan sekarang adalah salah satu daripada ketika yang disebutkan.

Akur dan redha dengan keadaan semasa, aku sendiri tidak pasti bilakah ini akan berlarutan. Bak kata orang, 'Beringat sebelum kena'. Bila dah terkena macam inilah rasanya. Disebabkan tidak beringat-ingat walaupun sudah dingat berkali dan berulang-kali. Sudah terhantuk, baru nak mengadah. Bukan sekali juga. Malah berkali-kali jua.

Tidak ada apa-apa memang menyakitkan tetapi tidak punya siapa-siapa yang memberikan kita apa-apa lebih sengsara, siksa dan perit.

Syukurlah ada lagi yang mahu ambil tahu dan beri perhatian.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Masih dalam kerugian.

Ya. Macam biasa aku akan cakap: "Masa berjalan begitu pantas" Walaupun bukannya dihamburkan secara colloquial, aku tetap masih l...