Rabu, Mei 25, 2011

This is what I think of my job previously

You don’t find a job that you like.

You create and invent a job that you like and love on your own terms. Which is what I seldom said to myself at times like this.

Bosses and businessmen don’t exactly know what you had in my mind until they’d seen your success. Well, that is what I would do if I am in their place. Success means money for them. If it works, its money. If it generates income and profitability, then only they will come to you and shake your hands and said a little something like, “You’re good, I have something that’ll will make us great and even better working together”, or “What do you need now that can make more than this?”

Been there, through that. Almost.

Here I am jobless(again) not finding satisfaction(again and again) because of bosses and businessmen. I like that spirit and motivation going on for me at my last place but that place was own by strictly bosses and businessmen. Unlike most of the people who work for them which aren’t. Their effort to put up something more profound rather than their monthly salary, extra allowances and comissions awes me. I like these people. People who understand the whole core process of working for something that they’re willing to fight and strive for, other more than money.

Please don’t get me wrong here because I am not playing the blaming game. Those things are pathetically childish.

I am just saying that, money does matters when you enjoy what you are doing. Liking the idea of going to work on a daily basis, creating new and genuine innovations in order to challenge oneself to make brilliant products and services. Inventing surroundings that caters creativity and joyous mood for building careers.

These is what real job are made of. Pure, real and simple.

And later on, I am going to explain to myself why I quit my last job and leave the company at the bosses and businessmen disposal. And once again, not playing the blaming game. This is just like one of those ‘so that you know’ thing.



I think he understands what I'm talking about
.

Selasa, Mei 24, 2011

'Dalam keaadan begini, aku lebih senang layan cuaca dan Bon Jovi'

* * *

Dalam keadaan begini, aku lebih senang
layan cuaca dan Bon Jovi.

Cuaca lebih serasi dengan dengan aku,
Dia tahu apa yang bergolak dan beralun di dalam,
Guruh petirnya
Terik getirnya
Terang
Gelap
Basah
Kering
Iklim yang tidak menentu, suasana yang membungkam kalbu
Aku lebih senang layan cuaca.

Aku juga lebih senang layan Bon Jovi.
Bon Jovi adalah rockers abadi,
Muziknya rock
Rentaknya rock
Jiwa, isi dan hasratnya juga rock
Rock yang keras, kental.
Rock yang padu, jitu.
Rock yang punya pendirian.
Rock yang ada pegangan.
Alunan muziknya mengulit perasaan
Membakar semangat untuk tabah dan berpegang pada hakikat
Hidup tidak seindah harapan dan impian
Cinta tidak semudah yang disangkakan
'It's my life'
'Always'
dan
'Have a nice day'

Cuaca semalam cerah panas
Cuaca esok mendung hujan
Cuaca memang sukar diramalkan
Cuaca memang susah dimengertikan
Cuaca adalah rapat dikala begini
Tidak menyusahkan, tidak pula menyenangkan

Bon Jovi pesan,
'You give love a bad name'
Kemudian dia menempelak,
'Crazy'
'Eveyday'
Tapi dia ingatkan kita semua,
'Livin' On a Prayer'
Sehinggalah aku tersedar,
'This ain't a Love Song'

Cuaca
Bon Jovi

Kau datang dan kau pergi bila diundang dan bila tidak dijemput
Sekarang ini aku perlukan kau
Kau buat aku senang hari ini

Isnin, Mei 23, 2011

SNEAK PREVIEW | Terima kasih semua kerana menjayakan Siri Workshop MANTERAWORKS buat pertama kalinya dalam sejarah dunia !

Nantikan pengumuman workshop yang seterusnya tidak lama lagi, dengan lebih banyak ilmu teorikal dan praktikal, perkongsian kreatif serta rahsia alam komik dan kartun.

Berikut adalah video klip EXCLUSIVE daripada Prinsipal Direktor :



Inisiatif Siri Workshop MANTERAWORKS 2011/12

Jumaat, Mei 20, 2011

Khamis, Mei 19, 2011

Perutusan rasmi sempena pelancaran Siri Workshop MANTERAWORKS 1/2011


SIAPA FAIZAL MUKHTAR?

Banyak feedback dan respon yang aku dapat bila promosi ini mula digerakkan lebih sebulan yang lalu. Ada yang kata aku akan keluar dengan novel/buku dengan judul yang di atas. Ada yang kata aku akan keluar dengan komik dan majalah baru. Ada yang kata itu adalah tajuk filem yang bakal diarahkan, dituliskan dan dilakonkan aku sendiri.

Hehe. Aku hanya mampu tersenyum kerana gimik aku ini sebenarnya menjadi juga kerana ada yang memberi perhatian. Ada yang mempersoal dan bertanya. Ada yang mahu tahu dan ingin tahu. Ini menunjukkan bahawasanya 'everything is according to plan'

Well, biar saya beri jawapannnya.

Ini adalah explaination kepada viral kempen 'Siapa Faizal Mukhtar?'

Sepertimana anda dan anda yang sedang membaca tulisan ini, aku sememangnya seorang yang sukakan komik sejak dari dari dulu lagi. Lama-lama bila sudah jatuh hati dan jiwa kian rawan, aku sudah mula mencintai komik. Makin lama aku mendalami, menerokai dan meresapi komik dalam diri, makin aku rasai bahawasanya aku sekadar hanya suka komik dan cinta komik. Malah lebih daripada itu sebenarnya.

Maka dengan jujurnya, aku ingin membuatkan pengakuan terbuka (dan aku rasa ramai juga yang sudah tahu akan pengakuan ini): AKU INI GILA KOMIK.

Ada banyak sebab kenapa aku jadi obses dan taksub pada konsep prima sebuah komik. Teruja, terkesima dan terkenan pada segala tema, genre, displin dan sari dunianya. Perkara yang paling indah dan mempersonakan tentang komik adalah apabila cerita yang ‘sedap’ dan lukisan yang cantik bercantum, bergabung menjadi satu hasil seni yang cukup unik dan kompleks. Tidak kiralah kita ini peminat komik barat Amerika dan Eropah seperti Superman, Batman, Spider-Man, X-Men, Disney dan lain-lain. Mahupun penggemar Manga dan Manhwa dari belah Asia seperti di Jepun, Korea dan Hong Kong umpama Dragon Ball, One Piece, Naruto, Pedang Setiawan, Perwira Laut dan sebagainya. Di negara kita juga kini sudah banyak terhidang judul-judul komik dan kartun yang mempunyai golongan pengikutnya yang tersendiri. Kita ada Gila-Gila dan Ujang bagi yang meminati humor dan jenaka, komik-komik keluaran Art Square dari pengeluar majalah Gempak, barisan Komik-M dari PTS yang semakin lama semakin berkembang serta pelbagai lagi siri animasi dan hasil novel grafik keluaran tempatan seperti Upin dan Ipin dan Boboi Boy yang popular itu. Memeriahkan lagi arena komik dan kartun kita di persada antarabangsa, kita bertuah punyai ikon seperti Dato’ Lat yang sudah mencapai tahap legendaris. Malah, bakat-bakat muda dan bertenaga lagi segar semangatnya seperti Zid, Adijin, Tan Eng Huat dan Billy Tan sudah pun mencapai status internasional.

Ini merupakan masa yang paling tepat dan TERBAIK sekali untuk berada dalam semesta komik, tidak kira di pentas lokal mahupun persada antarabangsa.

Dunia sudah mengikhtiraf komik dan kartun sebagai sebuah cabang seni yang cukup berpengaruh dan aliran media yang sangat berprospek dan berpotensi tinggi. Lihatlah bagaimana saban tahun di pawagan-pawagam berdekatan kita, ada saja filem yang berputar sekitar komik, kartun dan pengembaraan superhero. Tahun ini saja barisan filem hebat seperti Thor, Captain America, X-Men (Marvel), Green Lantern (DC) dan Tin-Tin (Eropah) terhidang untuk dinikmati oleh peminat komik sejagat. Aku masih ingat lagi bermulanya ledakan atau ‘serangan’ komik ke filem ini sebenarnya secara tidak rasmi bermula pada tahun 1998 iaitu semasa keluarnya Blade lakonan Wesley Snipes ditayangkan. Mungkin ada yang akan menyangkal fakta ini kerana pada tahun 1978 apabila Richard Donner menganugerahkan kita Superman lakonan Christopher Reeve dan Tim Burton pula memberikan kita Batman versi Michael Keaton pada 1989, namun hakikatnya belum wujud elemen sezaman dan tidak ada continuity dalam mewujudkan nafas sendiri buat filem-filem komik keluaran Hollywood. Biarpun komik Blade tidak sehebat filemnya pada waktu itu, pada hemah aku ia berjaya mempengaruhi Hollywood untuk memberi perhatian yang sewajarnya untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem-filem adaptasi daripada komik, kartun ataupun novel grafik.

Maka, pada tahun 2000 sebuah lembaran baharu telah tercipta. Filem X-Men arahan Bryan Singer telah menjadi peneraju rasmi untuk filem-filem komik untuk sedekad akan datang. Setiap tahun bermula pada tahun tersebut, sudah menjadi syarat wajib bagi Hollywood untuk mengeluarkan filem-filem adaptasi komik, kartun dan novel grafik. Siapa sangka, akhirnya aku dan ribuan malah jutaan penggila komik yang lain dari serata pelusuk dunia dapat melihat superhero-superhero melalui koleksi yang dibaca selama ini hidup dan ‘beraksi’ di skrin wayang! Malahan, indusrtri filem Hong Kong juga terkena tempiasnya dengan filem-filem blockbuster Stormriders, A Man called Hero Dragon Tiger gate. Lebih mengejutkan, apabila Bollywood yang terkenal dengan filem-filem roman cinta dan drama bermelodi sadur tarian juga turut serta. Filem ‘Krishh’ lakonan Hrithik Roshan dan tahun ini hero terutama Hindi, Shah Rukh Khan akan keluar dengan filem superhero pertama dibintanginya yang bertajuk ‘RA-One’.

Komik boleh terbentuk, terhasil dan terjadi dari apa saja yang terlintas di pemikiran dan hati kita. Akal yang kreatif dan minda yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan disadurkan pula dengan elemen-elemen konvensional seperi moral dan pengetahuan akan membuatkan sesebuah karya komik itu ada ‘berisi’. Kita masukkan pula unsur-unsur alami seperti budaya, tradisi, mitologi, magic, fable dan fairy tale, humor dan jenaka, sains dan teknologi, sejarah, akademik dan sebagainya jurus-jurus bidang ilmu yang ada. Tatkala lukisan terlakar dan strok tercanting di atas kertas sama ada secara manual atau digital, maka disinilah jati keindahan berlaku. Skrip, dialog dan plot bergerak seiring dengan panel dan muka surat, dari lembar ke lembar hingga terhasil-siap sebuah komik yang lengkap dengan kaver kulit penarik daya. Kesemua paduan fiksyen, kejituan fakta dan keberhasilan seni inilah yang pasti membuatkan komik dan kartun itu unik lagi istimewa setiap satunya.

Sebuah karya komik mempunyai sifat pragmatik yang ideal dan dinamik dalam menyalurkan fahaman dan pengaruh, ilmu dan maklumat, moral dan displin untuk semua peringkat usia dari setiap golongan masyarakat bagi seluruh lapisan manusia yang mahu memahami dan mengetahui kandungan mesej, biarpun yang terpapar jelas mahupun yang tersirat rahsia.

Jadi, apa hubungan dan kena-mengenanya semua ini dengan inisiatif Siri Workshop Manteraworks yang bakal bermula pada hari Sabtu, bersamaan dengan 21 Mei 2011 ini?

Jawapan untuk persoalan di atas banyak. Objektifnya juga begitu terungkai jela-jelanya. Akan tetapi, hanya ada satu penjelasan nyata kenapa kita semua sebagai peminat, pencinta komik harus menyambut dan turut serta dalam inisiatif yang dianjurkan. Masanya sudah tiba sekali lagi untuk kita sama-sama menggerakkan sesuatu untuk menjadikan komik sebagai wadah ilmu serta khazanah penting untuk generasi kita buat menyambung legasi yang terdahulu dan zaman akan datang.


Inilah, SEBUAH HORIZON BARU SEMESTA KOMIK MALAYSIA

Sejarah sedang mula dicipta. Anda dijemput untuk berada di lembarannya.


Faizal Mukhtar
Direktor,
MANTERAWORKS

MANTERAWORKS™. Keseluruhan Hakcipta Terpelihara © 2011.

Rabu, Mei 11, 2011

lantangan 'panas' ini

Macam-macam alasan dan ulasan diberikan tentang suhu yang melanda negara sekarang. Dari yang logik, separa logik, tak logik dan hyper tak logik langsung. Bagi aku, kemarau ke, ribut salji ke, itu semua perlu. Perlu itu dalam keadaan sekarang.

Kasi test tengok siapa yang paling 'lantang'. Lantang bersuara dan lantang berdiam.

Lepas tu, kita tengok siapa yang kena!

Selasa, Mei 10, 2011

Ubah untuk kaya. Supaya dapat beli oksigen, beli air paip dan beli masalah.

Ada sesetengah orang berpendapat yang kita akan berubah bila kita sudah kaya.
Maknanya, apabila kita sudah ada cukup kemampuan malah berlebihan pula daya kemewahan dalam memiliki dan mengumpul harta. Kita mengecapi level financial freedom. Bebas untuk membeli apa saja yang kita inginkan. Tiada had dan batasnya untuk kita menjadikan apa yang kita hajatkan di depan mata sebagai hak mutlak kita asalkan ianya punya nilai dan harga. Duit adalah teman akrab kita. Wang adalah kawan karib kita. Dan ini belum pun diceritakan lagi tentang kaya dan raya.

Ya, aku rasa sesetengah pendapat itu boleh dipakai. Perubahan perlu dalam hidup. Demi kebaikan dan kemajuan diri sendiri, kita kena kaya. Punya harta yang kukuh. Punya nilai tinggi dalan berbelanja dan memiliki supaya lebih banyak punya pilihan dan lebih banyak punya habuan. Aku juga punya kenalan dan saudara yang kaya. Sama ada memang sudah tersedia kaya, yang berusaha keras untuk kaya, yang tidak sengaja kaya, yang kaya sebab sengaja kena kaya, yang kaya takkan miskin-miskin, yang kaya di luar batas, yang lupa diri yang kaya, yang ingat diri bila kaya, yang kaya betul atas sebab yang tak betul, yang betul-betul yang kaya sebab perlu kaya untuk kaya dan macam-macam lagi jenis kekayaan-kekayaan material dan dunia.

Yang aku hendak sampaikan di sini bukan kaya budi dan kaya bahasa, mahupun bukan kaya sopan dan kaya santunnya. Itu kaya katergorikan lain.

Ada beberapa orang guru aku memberitahu kita kena kaya kalau hendak berjaya dalam hidup. Mereka kata kaya ini essential dan adalah key kepada gerakan-gerakan kita akan datang. Inisiatif akan menjadi sukar dijadikan kenyataan kalau tidak punya kekayaan di dunia moden ini. Aku masih ingat pesan Ami Masra, pesan Dhojee dan pesan Ainon. ‘sekarang semua benda pakai duit’, ‘ada duit semua benda jalan’, ‘kalau kau nak, kau kena kaya’, ‘nak tolong orang, kaya dulu’, ‘kaya akan buat kau senang’. Itu antara amanah nasihat yang aku pegang. Senang aku menghadami nasihat dan pesan kepada perguruan-perguruan aku kerana mereka telah buktikannya kepada aku. Bahawasanya ia benar. Dan bahawasanya ia perlu. Penting dan perlu pula. Yang ketara, mereka bersependapat zaman sekarang adalah ‘zaman duit’. Semuanya serba-serbi duit dan bagusnya menjadi kaya (dan raya kiranya boleh) adalah untuk mengelakkan masalah dan menghindari masalah. Memang ya, kawan-kawan aku yang sudah kaya tidak banyak masalah. Mereka berubah sama sekali. Sudah mula boleh buat benda yang aku sendiri tak rasa dia boleh buat masa dia tak kaya dulu. Aku senyap-senyap rasa jealous pada kawan-kawan aku tu. Dan ada masa pulak, rasa nak terajang pun ada jugak dengan kawan-kawan aku ni sebab berubah jadi tak best. Tapi dia peduli apa, sebab dia dah kaya. Itu lagi satu hal yang tak baiknya jadi kaya ni sebab ada juga perubahan yang tak best. Aku mintak jauh nanti bila aku dah kaya. Tu belum lagi aku bukak cerita kawan lesap sebab bawak lari duit kawan bila dah kaya, kawan kena tipu kawan bila dah kaya, kawan dah kaya kawan yang tolong kaya masih tak kaya-kaya dan macam-macam lagi cerita History Channel yang panjang dan tak best untuk di tune in.

Kerana itu, aku tekad untuk kaya dan akan cuba segala daya halal yang termampu untuk kaya. Aku semakin hari semakin tidak tahan dengan tekanan-tekanan yang memerlukan aku untuk kaya.

Antara sebab tertekannya aku adalah buat kali ke berapa juta bilion kali entah, kereta yang aku bawak sekali lagi mati tengah jalan sebab takde duit cukup nak isi minyak. Dan selalunya bila kereta aku mati tengah jalan minyak kosong, aku susah nak bagitau orang mintak tolong. Sebab salah aku tak kaya dan main lenjan aje naik kereta macam orang kaya.

Padan muka aku. Sapa suruh bawak kereta guna minyak. Lain kali guna la kereta isi oksigen atau air paip. Lain kali kalau aku dah kaya, aku mahu beli tu semua. Beli minyak, beli oksigen dan beli air paip. Hilang satu masalah juta bilion aku.

Sabtu, Mei 07, 2011

Aku mahu tapi aku masih tak dapat

Lewat petang tadi, aku sempat singgah ke kedai buku MPH Subang Parade. Sejak dari kecil, Subang Parade sudah menjadi hideout dan port in exile aku. Dulu, Subang Parade terkenal sebagai sebuah shopping mall paling panjang di rantau Asia Tenggara. Kat situ ada Toys R Us pertama di Malaysia, ada Grandy's, ada White Castle, ada Cineplex dan macam-macam lagi. First kerja aku lepas SPM pun dekat situ jugak. Aku kerja kedai vcd cetak rompak kat tingkat atas sekali. Masih tu dvd belum berapa nak baik sebab dvd masih baru. Dan membuka kedai vcd cetak rompak kat Subang Parade pun tidak jadi hal sebab kedai itu di-coverline oleh kedai game.

Kedai tu sekarang dah takde, tak silap aku dah digantikan dengan kedai butik. Malah, semua kedai-kedai yang aku sebut tu pun dah takde. Cuma yang ada la 2-3 port aku dari kecil yang masih kekal. MPH adalah salah satu daripadanya. Subang Parade sekarang terpaksa bersaing dengan Empire yang baru bukak sebelah dia dan Sunway Pyramid. Summit aku tak kira sebab Summit kat USJ tu pun aku tengok macam mati segan hidup tak mau. Kalau takde GSC, boling dengan tempat karaok kat situ, aku rasa dah lama jugak Summit arwah. Kalau nak diikut ranking, maka Subang Parade lah yang paling gagah berdiri semenjak tahun 1988 lagi.

Aku berjalan dan berlegar-legar sekitar kedai buku kegemaran rakyat Malaysia itu. Sesekali aku berhenti bila aku ternampak beberapa judul yang aku rasakan menarik untuk diberi perhatian yang lebih. Tambah lagi kalau buku itu ada elemen kegemaran aku. Dan sesekali juga terjumpa juga di rak, buku-buku yang ditulis oleh kawan-kawan. Ya, kawan-kawan aku yang sudah berjaya menulis dan melahirkan beberapa buah karya yang cukup membuatkan aku berasa sangat cemburu, teruja dan bersemangat semua dalam satu waktu yang sama. Bahruddin Bekri, Zaki Zainol, Zahiruddin Zabidi, Rohidzir Rais dan lain-lain (Oh! Secara tidak sedar, baru aku perasan yang kawan-kawan penulis aku ni mempunyai aliterasi huruf yang sama seperti ZZ, BB dan RR. Dahsyat!). Sedangkan karya buku aku masih belum muncul-muncul lagi. Entah bila, aku sendiri tidak dapat jawab soalan itu dengan sendirinya walaupun aku rasa masanya sudah tidak jauh. Cuma, bila kali ini biarpun kedai buku sudah jadi port regular aku untuk melepakkan diri tatkala mencari-cari arah dan tuju, sudah jadi satu port yang sentimental. Macam seorang pesara askar yang datang melawat tugu negara ataupun seorang bekas nelayan turun ke pasar membeli ikan. Ianya akan jadi sedikit sayu dan otomatik sebak-sebak sikit.

Aku rindukan dunia editorial.

Kerana aku telah berjanji dan berazam pada dalam diri aku, apabila hampir seluruh jurusan dan lapangan penulisan yang ada, akhir sekali aku ingin bermukim dan bermakan di alam buku. Aku sudah masuk dunia majalah sebagai jurnalis, aku sudah masuk dunia komik sebagai penulis komik, aku sudah masuk dunia produksi sebagai penulis skrip, aku sudah masuk dunia pengiklanan sebagai penulis iklan/copywriter dan macam-macam lagi termasuklah sebagai blogger dari masa ke semasa. Anugerah peluang yang aku perolehi pada akhir tahun lalu sangat menggembirakan aku kerana aku sudah mencongak untuk berkerjaya (kerja dan berjaya) selama yang mungkin di tempat itu. Kalau di tempat-tempat yang dahulu, aku hanya singgah setahun dua dan aku yakin bahawa Tuhan menguji aku dengan pelbagai dugaan untuk aku sampai ke sini.

Dahulu, mula-mula dahulu aku diambil bekerja di syarikat majalah nombor satu negara untuk develop satu branding majalah komik dan kartun untuk menyaingi market yang ada. Tidak sampai dua tahun, majalah itu tutup. Aku dicampak ke majalah lain. Tidak selang beberapa lama selepas itu, aku menanam niat untuk keluar dari situ kerana jiwa aku sedikit demi sedikit sudah mendak. Aku buat kerja rupanya bukan sebab duit danb gaji tapi sebat passion aku pada komik. Mujur ada sebuah kompeni internasional yang menginginkan aku menjadi penulis komik sepenuh. Sejujurnya itu adalah dream job aku. Menjadi penulis komik dan berkenalan dengan kawan-kawan seperjuangan yang sama arah tuju dan sehati dan sejiwa dalam memperjuangkan dunia karya yang ada.

Tapi bagi setiap dream yang sudah tercapai, aku sudah ada setting impian yang baru pula. Dan sekali lagi tidak sampai dua tahun, bukan saja komik-komik di kompeni itu ditutup malah dengan kompeni dan isi-isinya sekali. Ujian aku berterusan. Aku terus berkelana dan syukur aku sempat berguru dengan seseorang dalam dunia produksi sebagai seorang penulis skrip TV dan filem. Hayat aku disitu juga tidak lama kerana niat aku memang untuk berguru dan bukan bekerja sangat kerana aku tahu bagaimana senario dunia penulisan skrip bersangkutan bayaran dan seumpamanya.

Kemudia aku ke sebuah kompeni TV kabel terbesar di Malaysia dengan syarat kerja berkontrak. Juga sebagai penulis skrip untuk program. Sehabis itu, aku mencari dan terus mencari. Dengan berkat usaha, kesabaran dan kegigihan aku, aku akhirnya diterima bekerja di di sebuah syarikat penerbitan buku yang cukup prolifik setanding malah lebih pop dari DBP. Di sana aku akan bersemayam lama dan mengorak langkah aku dalam dunia buku yang pada hemat aku mempunyai makan tertinggi dalam semua lapisan dan cabang pengkarayaan yang ada.

Tuah kali ini betul-betul menyebelahi aku. Tidak sampai pun beberapa bulan aku di sana, aku telah dinaikkan pangkat menjadi ketua editor. Sebuah jawatan yang sama sekali tidak terjangkakan oleh aku sendiri kerana bagi aku, aku masih baru dan perlu banyak belajar lagi. Namun rezeki itu akan datang pada waktu yang benar-benar tepat. Di samping itu juga, aku berkesempatan bertemu dengan ramai kenalan dan kawan baru yang cukup mengagumkan aku. Termasuklah nama-nama penulis yang aku jumpa di MPH Subang Parade itu tadi. Aku juga terus berguru dengan dua-tiga orang guru yang bagus. Dunia buku sememangnya tepat dengan jiwa aku. Dan pada hujung tahun yang lalu, aku diberitkan unit kelolaan aku akan bakal digabungkan dengan unit komik! Ini bukan sahaja datang sebagai an ultimate dream come true malah aku dapat membayangkan betapa alliance ini akan terius memberi seal kepada portfolio aku dalam bidanng komik dan buku sekaligus.

Ternyata telahan dan ramalan aku meleset sama sekali. And the rest they say is history.

Aku terus membelek-belek buku kawan-kawan aku dan isi yang ada di dalamnya. Ada juga beberapa buku itu yang covernya dilukis oleh Jimi dan Lobak, kawan aku merangkap artis komik dan kini bekerja sebagai editor kreatif merangkap ilustrator dan designer untuk kompeni buku itu. Jimi, Lobak and me came a long way to get us to the same place as we are today. Cuma Jimi dan Lobak got to do what they do and excel best: Being an artist and express their most passionate talent and skill on paper, being paid monthly with extra incomes flowing fluidly like nobodies business. Aku bangga dengan Jimi dan Lobak sebab we've been through a lot. Dan aku bangga jugak dengan Zaki dan Haeqal yang bersama-sama aku dulu menggerakan unit lama aku sebelum ia digabungkan dengan unit komik. They are blessed and I am sure they are happy where they are now.

From here onwards, its a whole new route for me. Aku tahu apa ultimate goal aku dan aku secara generalnya sudah sampai ke tempat dan ke makam itu. I love comics and I love books. And i've been to that place where I can be both one and the same but I am not allowed to. But God forbid me for now. Maybe God is testing me again for the best of time and place later on.

I have to admit. Times are hard now and I am not used to being 'difficult' but I believe that God knows what is best for me. Maybe also that there are still more than some missing links in my life. So close yet so far and so away.

Keep on moving. Keep on trying. Keep on doing what I do best and never ever give up no matter what.

Demmit. I'm whining again, am I?

Khamis, Mei 05, 2011

Now, I finally found the grand equation to 'The Ultimate Discipline' theorem. It's a magic-miracle... and FUN too!

Hari ini, atau lebih tepatnya malam ini iaitu beberapa detik yang lalu aku telah mengalami momen pencerahan. Momen 'eureka'. Momen yang bagi aku hanya datang dalam keadaan dan pada masa yang sangat rare dan tidak terjangkakan. Momen ini adalah ibarat momen ketika mendapat idea cuma ianya tidak akan datang sekerap dan seumpama mendapat ilham atau inspirasi di dalam gelungan, lingkungan momento idea.

Aku dapat bayangkan bagaimana Copernicus menemui jawapan tentang bahawasanya matahari itu adalah pusat bima sakti dan bukannya bumi, bagaimana Benjamin Franklin bertemukan elektrisiti, bagaimana Galileo dan Newton serasi dan serasa bertemukan graviti dan bagaimana saintis serta perintis dalam medan dan lapangan mereka bertemu pada momen-momen menuju puncak cipta. Bagaimana Spock senantiasa ada jawapan-jawapan dan alasan-alasan rasional dalam sebarang masalah atau cabaran dalam Starship Enterprise walaupun masa itu Captain Kirk dah cuak nak mampus atau bagaimana Batman boleh selamatkan Justice League lebih daripada sejuta kali walhal dia hanya seorang saja berbanding keahlian Justice League yang beratus itu.

Ya, mungkin juga contoh di atas banyak menjurus kepada penemuan dalam jurusan dunia sains dan fiskyen tapi itulah jiwa yang sedang meresapi semangat aku sekarang. Sains adalah logik dampingan akal dan rasional yang kerap aku pertimbangkan dalam proses pemikiran aku. Itu lebih vital bila keadaan menjemput aku membuat keputusan. Mungkin ada yang mempersoalkan kenyataan ini kerana aku tidak mengaplikasikan elemen yang lebih penting iaitu Islam.

Begini. Islan itu sudah darah dan daging aku. Jadi, yang mengalir dan berjalan dari dulu, sekarang dan akan datang sudah tentu dan sudah pasti Islam agama tunjang paksi amalinya. Jadi, tiada persoalan aku tidak membancuh dan mengadun elementari Islan agama di situ.

Aku bukan saintis tapi aku sering menggunakan kaedah, eksperimen dan natijah sebagai proses penaakulan minda. Dan hari ini aku berjumpa dengan satu penemuan besar yang selama ini (atau lebih tepatnya, SUDAH TERLALU LAMA!) aku mencari dan mencari dan mencari akan solusinya.

Soalan: 'Kenapa aku menolak DISPLIN dalam diri aku sedangkan aku tahu akan kelebihan, manfaat dan syafaat berguna yang ia akan berikan pada aku?'

Jawapan: Displin sudah lama wujud dalam diri aku. Cumanya, kau tidak sedar sehinggalah hari ini yang displin yang aku lakukan dan laksanakan itu sudah menjadi tabiat dan habit yang tidak tersangkal lagi. Sedangkan aku melabelkan displin itu sebelum ini suatu fahaman yang membosankan, membebankan, menjengkelkan, mengetatkan, mengeraskan dan membataskan diri.

Ya. Aku sudah lama berdisplin pada gerak kerja, aktiviti dan rutin yang aku lakukan hampir setiap masa. Aku jarang gagal untuk menghadirkan diri ke pawagam pada setiap hari pembukaan cerita baru setiap Khamis kerana tidak mahu miss akan cerita baru yang bakal panas menjadi bualan khalayak, aku tidak pernah miss YouTube, blog dan Facebook setiap hari, aku tidak pernah miss makan nasi tiap-tiap waktu makan nasi tidak kira siang dan malam, aku tidak pernah miss tidur bila aku letih dan ngantuk, aku tidak pernah miss bernafas serta menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan aku tidak pernah miss pada benda yang wajib aku tidak wajar miss. Macam game bola melibatkan team Harimau Malaya atau Chelsea, macam komik-komik wajib baca sama ada yang aku beli, pinjam atau download terus bila terdesak dan lain-lain lagi 'kedisplinan tegar tidak tersangka' aku itu.

Itu displin aku rupanya walhal sebelum ini aku anti-displin kerana persepsi aku pada displin adalah agak dangkal, cetek dan lewah.

Displin kini bagi aku, AKHIRNYA adalah 'fun'. TOTAL FUN.

Apa yang perlu aku buat sekarang adalah lakukan perkara yang benar-benar passionate buat aku dan akan mendatangkan impak yang amat impresif pada portfolio aku sebagai manusia di masa-masa akan datang. Aku tidak perlu tunggu mood untuk datang dan menjemput aku untuk bergerak dan terus lakukan sesuatu. Aku tidak perlu tunggu masa yang perfect untuk aku siapkan masterpiece aku. Aku tidak perlu berlengah dan mencuri masa dan tempat yang comforting sangat untuk aku menyiapkan segala sesuatu. Aku tidak perlu menunggu imbuhan itu dan ganjaran ini untuk aku tunjukkan pada sesiapa akan siapa aku yang sebenarnya.

Momen ini adalah momen special. Momen yang abadi. Momen bagaimana aku dapat embrace displin dan jadikannnya code of ethics aku untuk menakluki dunia.

Oh. Ini belum aku ekspresikan lagi betapa aku lebih emotionally hyped-up and personally viable for any unwanted negativity lagi. How fun discipline is now for me bila aku dapat tahu yang semuanya kini has came down to the right spot!

p/s: Thank you. For those who it may concern. Much love and kudos.

Selasa, Mei 03, 2011

Meniti terang di kala gelap

Bila aku lihat cuaca di luar sana akhir-akhir ini, serba tidak menentu. Mungkin alam yang aku sedang amati ini adalah imbasan kepada gelodak yang sedang meruntun perasaan aku sekarang. Serba-serbi naik turun debar dan rasanya. Hendak aku turutkan semuanya tetapi keterbatasan senantiasa mengawasi setiap gerak dan geri aku.

Hari ini sepertimana hari-hari yang sebelumnya, aku masih lagi mengasingkan diri daripada rutin. Aku mengambil sikap beranjau ini kerana aku mahu sekali lagi mencari laluan kembara yang agak lama juga aku tinggalkan. Aku harus laraskan perasaan aku dengan keadaan semasa. Cuaca tadi yang terik menyinar dan menyengat, akan tiba pula mendung yang gelap dan menggerunkan. Seolah-olah meniti jiwa aku.

Kemarau atau bah, ribut atau taufan. Aku tetap mencari ilham yang abadi buat diri.

Isnin, Mei 02, 2011

Kalau aku susah. Kalau aku senang. Kalau dan kalau. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kalau-an yang melampau!

Tidak ramai yang tahu apa yang bermukim di dalam benak aku sekarang ini. Mungkin terlalu rahsia serta sulit untuk diceritakan pada orang lain ataupun mungkin juga terlalu terdedah sifatnya hinggakan orang senang saja bertanggapan terhadap aku perihal itu dan ini. Begitu juga apa yang sedang bermastautin di dalam jiwaku. Benak dan jiwa adalah dua elemental rohani manusia yang seakan-akan sama tetapi harfiahnya nyata tidak serupa. Satu berfungsi untuk memproses logik akal dan rasional perasaan, yang satu lagi dipertanggungjawabkan oleh zahir dan batin untuk membuat keputusan yang tepat sebagai dijadikan tindakan kepada pilihan-pilihan hidup yang diberikan.

Malah, sekarang ini banyak juga pilihan-pilihan hidup yang terpapar di hadapan mata. Naluri semakin membentak-bentak agar usai disegerakan. Manusia yang cekap dalam membahagi-bahagikan mana yang harus didahulukan dan mana yang harus dikemudiankan adalah manusia yang sangat bagus perancangan masa hadapannnya. Aku sedang dalam fasa itu. Fasa untuk menjadi manusia yang 'cakap serupa bikin'. Aku sedar bahawasanya aku kerap 'cakap tak serupa bikin' kerana apa yang aku cakapkan biasanya terlalu jauh sasarannya sedangkan aku sendiri tahu di mana tahap kemampuan aku. Di mana limit aku. Di mana tempat aku. Kesediaan aku membuat itu dan ini. Bagi aku, objektiviti dan subjektiviti hidup sering harus diselaraskan dengan kemampuan sendiri walaupun aku tahu, I can do more than what is perceived. In order to received, one must first achieved. Aku rasa dan aku percaya aku sudah achieve suatu tahap dalam hidup aku yang mana ketidak-mampuan aku sedikit masa dahulu kini sudah menjadi kesudah-mampuan.

Lagi satu adalah soal pengharapan. Harapan yang diberikan pada aku oleh orang-orang yang kerap memberikan aku kepercayaan itu selama ini. Kawan-kawan, kekasih-kekasih serta siapa saja yang tahu apa yang mereka 'tanamkan' dan 'laburkan' ke dalam diri aku. Mereka tetap ada dikala naik dan turun aku, di kala baik dan buruk aku, di kala kaya dan miskin aku. Aku pula tiada lain pengharapannya selain mereka tetap berada dalam kebersamaan itu sampai aku benar-benar maju malah selepas dan selepas itu.

Aku lihat sudah tiada apa yang mustahil untuk dilakukan di dalam dunia ini. Asalkan kita tahu apa yang kita lakukan, asalkan kita percaya apa yang kita percayakan dan kita cekal serta sabar apa yang sedang kita usahakan. Kerana kesusahan malah dugaan dan ujian yang sedang aku alami sekarang ini adalah dugaan dan ujian yang perlu. Aku perlu bergiat semula dan tumpu pada sasaran aku yang asalannya dahulu.

Kalau tidak kerana itu, aku akan hidup dan mati dalam keadaan yang sia-sia dan menyusahkan orang sahaja.


Oh. Point entry aku kali ni? Aku sedang dalam keadaan susah hati yang sangat dahsyat. Harap ini adalah perkara sementara kerana aku tidak biasa dengan ratapan-ratapan lewah sebegini.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

'Amounted Pressure'

Amount of pressure yang sedang aku hadapi sekarang ini adalah sangat luarbiasa. Akan tetapi ia terpaksa dikawal. Mujur sudah ada pengal...