Sabtu, April 30, 2011

mencari jalan baru menuju ke sana. jua. akhirnya. nanti. mungkin bukan hari ini. esok siapa yang tahu?

Ada seperkara-dua perkara berat yang agak mendesak akal fikiran aku agar bertindak dengan lebih hyper dan agresif. Apa tidaknya, hari demi hari aku melihatkan ada saja yang mencabar aku untuk bertindak mencari arah, menjejak aras yang lebih tinggi.

Aku minta maaf kepada kawan-kawan yang saban hari menjemput aku supaya tampil juga memunculkan diri ke perkumpulan pencinta-pencinta buku itu. Setelah hampir 21 tahun tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke pesta tersebut, aku terpaksa melupakannya sekaligus memadamkan niat ke sana. Setidak-tidaknya untuk tahun ini sahaja. Bukan aku tidak sudi atau aku tidak mahu, tetapi aku dalam keadaan yang fragile. Rapuh. Emosional. Sensitif. Penuh sentimen-sentimen. Aku tidak sanggup berhadapan dengan kepuraan-puraan diri sendiri sedangkan dalam diri aku sarat dengan gejolak yang tidak terbendung. Aku cintakan dunia ilmu. Mana pernah mungkin aku akan membelotinya. Teruskan, kawan-kawan. Berpestalah dahulu kalian tahun ini kerana tahun ini aku undur diri seketika mencari ruang sendiri-sendiri. Ampun, ampun dan ampun.

Sedang sekali lagi mencari(semula) jalan baru untuk menuju ke sana. Dan akhirnya aku pasti akan menuju ke sana. Kerana ini adalah jalan yang aku pilih. Yang terbaik untuk aku dan untuk kalian dan kalian semua.

Sekarang soal itu sedang ditangani. Entah berapa lama harus aku usahakan untuk ketemu jawapannya yang pasti, itu perlu berserah dan memerlukan penyerahan. Berserah dan menyerah pada yang Maha Hakiki. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Khamis, April 28, 2011

Musim Summer movies Hollywood bermula!


Dengan bermulanya tayangan perdana THOR hari ini yakni seminggu lebih awal daripada tayangan serentak seluruh Amerika, makanya juga ia menandakan bermulanya perlumbaan tayangan blockbuster summer untuk tahun 2011. Walaupun kita di sini tidak ada musim summer kerana di negara kita ini sahaja sudah summer setahun suntuk, tapi untuk penggemar dan peminat filem sudah pasti menanti-nantikan detik bermulanya musim summer Hollywood movies. Secara kasarnya, musim tersebut bermula pada bulan Mei hinggalah berlarutan bulan Julai.

Saban tahun, aku tidak pernah melepaskan peluang untuk menyenaraikan TOP 3 Wajib-Tonton tayangan filem yang Wajib aku Tonton. Tahun ini juga aku sudah siap-siap menyenaraikannya. Pada tahun lepas, filem Inception, Social Network dan Tron: Legacy menjadi pilihan. Kesemuanya bagus dan terbaik kecuali filem yang last itu yang hanya bagus biasa sahaja. Tahun ini aku mensasarkan Transformers 3: Revenge of the Fallen, Immortals dan juga Super 8.

Transformers 3 – Mungkin kerana aku suka work ethics dan produksi Michael Bay yang hilang akal itu walaupun rata-rata mengkritik karya beliau yang hanya dihujani limpahan hujan popcorn-popcorn emas. Mungkin juga aku adalah children of the 80s dan suka Transformers.

Immortals – Tarsem Singh adalah seorang pengarah underdog yang mempunyai latarbelakang produksi pengiklanan macam Micheal Bay dan Night Shyamalan. Filem beliau sebelum ini mempunyai darah yang pekat dari aliran sinematografi dan art direction-nya. Mencuba The Cell dan The Fall arahan beliau sebelum ini memang cukup mengesankan.

Super 8 – Steven Spielberg. JJ Abrams. Dua kolabarator yang bakal menggugat-goyahkan benak akal dan emosi aku secara personal dan profesional di panggung wayang. Siapa yang tak kenal Spielberg boleh lupakan terus panggung wayang dan jangan jejak lagi ke situ. Abrams pula adalah gugusan genius moden storyteller yang aku respect pasca Alias, Lost dan Fringe.

Jadi, seterusnya aku akan bentangkan TOP 10 filem Wajib Tonton aku untuk tahun ini:

• The Adventures of Tin-Tin: Secret of the Unicorn
• Kung Fu Panda 2
• Green Lantern
• Captain America: The First Avenger
• Karipap-Karipap Cinta
• Mission Impossible 4: Ghost Protocol
• Cowboys and Aliens
• Thor
• Immortals
• Transformers 3: Revenge of the Fallen
• Super 8

Ya, kelihatan jelas di sana aku terlebih satu filem dan cuba untuk menyelinapkan sebuah filem lokal. Ya, aku memang bias kerana filem itu ada sentimental value buat aku walaupun bukan aku yang direct, bukan aku yang tulis skripnya apatah lagi bukan aku yang jadi pelakon utamanya. Tapi itu filem adalah filem yang kena tengok untuk siapa-siapa yang suka cerita Melayu yang lain dari yang lain. Maksud aku, yang lain dari Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Tapi yang paling ketara adalah betapa sehingga ke masa ini, filem-filem superhero atau cereka-cereka adaptasi dari komik masih lagi mendapat tempat di dalam senarai pembikin filem dan pengikutnya. 10 tahun dahulu dan 10 tahun akan datang, aku yakin senarionya akan tetap sama.

Masanya sudah mula (sekali lagi) untuk summer movie marathonia!

Selasa, April 26, 2011

Isnin, April 25, 2011

Khamis, April 21, 2011

Rabu, April 20, 2011


MANTERAWORKS mempersembahkan,

'Suatu masa dulu, persepsi khalayak menerima KOMIK hanyalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Suatu ketika dulu, umum melihat KARTUN hanyalah bahan tontonan setiap petang dan hujung-hujung minggu. Suatu waktu dulu, ramai memahami medium visual fantastik dan grafik multigenre ini hanyalah berlegar seputar humor, superhero dan paparan picisan semata-mata. Kini, zaman telah membuktikan KOMIK dan KARTUN telah menerjah sempadan baru yang serba berani luarbiasanya' - FM


SEBUAH HORIZON BARU SEMESTA KOMIK MALAYSIA

Akan Datang | 21.05.2011


Dengan kerjasama BuzzPOP! | Indeworkshop | ThinkStudio | WalktheTalk dan disokong oleh PeKOMIK Malaysia

Selasa, April 19, 2011


'Komik ada di mana-mana saja. Di kaca televisyen, di skrin filem blockbuster Hollywood, di dada akhbar, di atas billboard lebuhraya, di cover-cover majalah dan buku, di wallpaper komputer, di serata hebahan iklan promosi dan di seluruh media massa yang lainnya. Ia perlu dikuasai untuk memperkasa jiwa seni kreatif masa hadapan. KOMIK adalah aset mahakarya modern kontemporari'

- FM


SEBUAH HORIZON BARU SEMESTA KOMIK MALAYSIA

Akan Datang | 21.05.2011


Dengan kerjasama BuzzPOP! | Indeworkshop | ThinkStudio | WalktheTalk dan disokong oleh PeKOMIK Malaysia

Isnin, April 18, 2011

Jumaat, April 15, 2011

Khamis, April 14, 2011

Rabu, April 13, 2011

Selasa, April 12, 2011

Isnin, April 11, 2011

Rabu, April 06, 2011

Berpatah arang jua?

Berkarya sambil berkelana dengan cara begini lebih demanding. Dari awal pagi tadi hingga sekarang ini, masih tidak dapat merehatkan diri kerana demand-demand tadi. Biarpun demanding, tapi ianya bagus untuk kendiri. Keberhasilan harian dan akan datang muncul dari dalam benak langung terus berakar kencang di bucu-bucuan minda langsung tertusuk ke lubuk dada. Membuak rasa, menongkah segala. Demi apa yang disuka, cita juga dicinta.

Itulah kepuasan jiwa.

Anyways, kobar ini selalu datang dalam melting pot yang berbaur-campur. Mixed feelings tidak dapat dielakkan kiranya kita semakin dekat dengan unchartered territory, pada unknown borders. Tapi orang kata, kalau tidak cuba maka tidak tahulah apa bentuk sagunya. Cuba bagi aku senantiasa adalah sesuatu yang bagus biarpun apa outfcomenya, good or bad, right or wrong, left or right, black or white.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Daya dan dalih.

Dengan adanya semangat yang sedang membara di dalam diri sekarang ini, maka tidak ada alasan lagi untuk aku berdolak-dalik atau melengahkan ...