Rabu, Mac 30, 2011

Siapa sokong saya berhenti kerja, cuba angkat tangan macam saya...

Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab Facebook kena block kat ofis time kerja. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab YouTube kena block terus kat ofis time kerja atau time tak kerja. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab Husna Adnan dah nak kahwin walhal dari dulu aku tau Husna Adnan nak kahwin sebab rugilah kalau dia tak kahwin sebab kalau tak kahwin memang rugi. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja, sebab department baru tak ngam dengan jiwa aku. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab aku merajuk walaupun aku sendiri tak pasti apa pasal aku nak merajuk, pada siapa aku nak merajuk dan bila agaknya last time aku merajuk. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab memang itu perangai aku bila dah boring dengan kerja yang ada kerana tidak cukup challenging dan menarik hati. Ada orang cakap, aku nak berhenti kerja sebab ada pakatan untuk menggulingkan aku kerana gagal membuktikannya dalam skandal video CCTV tempoh hari.

Eh? Takde, takde. Itu aku yang pandai-pandai cakap.

Orang memang dilahirkan untuk bercakap. Tidaklah bernama orang kiranya tidak bercakap dan berkata-kata tentang alam dan manusia. Tentang itu dan tentang ini. Pasal begitu dan pasal begini. Lalu si anu atau lalu si polan. Meluahkan perasaan dan isi hati melalui percakapan. Mengemukakan pendapat dan teori-teori selagi tidak mendapat maklumat soheh dan perincian yang rasmi. Dari sehalus-halus khabar angin hinggalah ke peringkat radikal-seradikal-radikalnya. Ini bukan masalah atau problem bagi aku sebab sudah lumrah manusia diberikan gift untuk melahirkan buah kata dan rasa. Suka sekali aku mendengar orang menyerlahkan karakter dan perwatakan mereka secara terbuka. Secara 'live' dan 'unplugged'.

Reasoning aku nak berhenti kerja ni adalah personal dan profesional kedua-duanya sekali, seganding dan bersatu, lafaz niatku bertemu... oh ho.. ho.. hoo! (eh, ternyanyi lagu Andalusia pula aku).

Siapa yang bertanya direct kepada aku sekalipun, tidak akan mendapat jawapan yang sama dengan jawapan yang aku berikan pada orang yang terdahulu dan jawapan pada orang yang akan datang. Tapi secara definitifnya, memang aku nak berenti kerja, cuma belum bertemu sebab yang betul-betul kukuh. Mungkin ada tapi tidak pula aku mahu dedahkannya. Again, personal dan profesional kedua-duanya sekali.

Dah sampai masa aku buat keputusan.

Kerana makin aku berlengah, makin aku berlakon yang semuanya OK dan makin aku membelai-belai dan memanja-manjakan kerenah dan perangai orang, makin aku jadi tidak kehadapan.

Masa depan sudah menjemput aku.

Aku harus mara.

Isnin, Mac 28, 2011

Besides art, music and movie – Food is also a language well-understood. This is food for your soul.

Sometimes, it is such good idea to run away from all the same things you see everyday and find newsome perspectives. And here I am, pearl island of the orient right here facing the beautiful blue beach. The view is magnifique. The weather is dodgy and soothingly cold. Just the place where I wanted to be right now.

I know that this one won't be long but I am asorbing as much as possible. If only I have sufficient time to be here longer, then I will do exactly that. If only I have sufficient affordability and cash(which I believe won't be much longer now), then I will do exactly that. If only can be such pessimism for some, but optimism too for others. I choose to be both - one and the same.

Well, what is it here, at this briefest of time, at the limitest of affordance, that I can digest for my well being? I can say that for a start, apart from the breezing ocean air, is the ambience of being on an island. Island is such a magical place. Yes, you have the readiness of the open ocean, the long and wide, unlimited possibilities of the strong and powerful sea. It is the feeling of 'unlimited possibilities' that compelled me.

(unlike being in the confined, small, limited, rigid, strict, boring, pressured and tense surrounding of an office space. Ok. Scratch 'space'. There is no 'space', metaphorically speaking)

Then, there are friends. Not new friends or old friends. Just friends, which are close to me that have the same amount of 'unlimited possibilities' but not with infinite proximity. Friends that like you for 'letting go of everything' and 'just care and don't care' for the wat you are. This are wonderful friends. Vibrant. Flexible. Colorful, colorful friends.

In a matter of hours, I am living back home with them. Within the range of less than 24 hours, the mood has change. Not drastically. But apparently.

I will return here. I will be back, grasping and embracing the similar mood, if not – more. I like more of this, even unoftenly. Frankly, I miss being a free spirit. A rebelious self wanting to say and do and express and making things the way you tend it to be. There can be a reasoning for all this and there can not be a reason at all. One way or another, I need to 'in' character back.

Memories are important. Being sentimental and nostalgic are equally relevant. Love drives all.

Khamis, Mac 24, 2011

deep, bottom line

Salah satu benda yang akan menjadi beban tekanan kepada kita, dan of course akhirnya akan menyusahkan kita ialah apabila kita duduk di tempat awam atau tempat makan kelas francais yang tidak dapat dikawal aircondnya. Ye, kalau cuaca panas terik memanglah sebab ianya dingin dan menyamankan suhu badan yang berpeluh-peluh. Ini termasuklah orang yang macam aku. Suka aircond. Sedap. Best. Tapi apabila terlalu lama, tambah pula kau dah ada resdung, bahana juga jadinya.

Aku sedang dalam keadaan itu sekarang sambil menulis entri ini.

Hidung aku gatal gila, meleleh tak stop-stop, kepala aku sakit dek resdung dan aku tak dapat nak slowdown kan aircond yang betul-betul mencanak kat dalam restoran 24jam dengan wi-fi percuma tempat budak-budak lepak. Kalau tak kerana itu semua, malas jugak aku nak duduk sini lama-lama.

Hari ini agenda aku di KLCC bersama orang kanan aku yang bernama Kimin. Kimin adalah seorang Creative Director/Photographer turn Marketing Exec. Keje kat tempat lama aku dulu, sama macam isteri dia yang aku kenal lebih dahulu dari dia. Dulu sebelum dia keje kat situ, dia keje dekat satu ad firm yang bergaji tinggi. Reason being dia berhenti mungkin kerana working hours di situ agak odd. Jadi dia join isterinya di situ mungkin kerana family. Ya, orang bila ada family sendiri akan selalunya lebih fokus, komited dan berwawasan.

Ok. itu bukannya topik aku di sini. Topik aku di sini adalah Kimin adalah salah satu daripada orang harapan aku bila aku ada kompeni aku sendiri nanti. Kimin, Deq, Nadzru, Jeremy, Adi dan lain-lain. Ada banyak kriterion yang membuatkan aku pilih dan mahukan mereka. Apa-apapun, ada hanya satu syarat yang PALING KUAT sekali di antara banyak-banyak syarat. Talent, everlasting effort, dreams, thinking out-of-the-box. Ya, itu semua obviously common. Yang membuatkan aku betul-betul mahukan mereka adalah: LOYALTY.

Mereka-mereka semua ini loyal pada aku. Tidak kira apapun keadaan dan kedudukan, mereka sanggup buat benda yang kadang-kadang aku rasa terlalu mengharukan. Yang tak logik pun ada.

Bottom line is, aku akan berhempas-pulas dan sanggup berkorban untuk orang yang loyal dengan aku. Yang punya alignment, interest dan the same level of mindset dengan aku. Ada yang melabelkannya 'mojo'. Ada yang kata 'aura'. Ada yang cakap 'ketentuan'. Bagi aku, yang penting adalah semangat.

Itu adalah line paling bottom dan paling deep.

Selasa, Mac 22, 2011

ikonikonal

Masih lagi di kopitiam berdekatan dengan pejabat, menulis dan bekerja tanpa gangguan dan sekatan internet. Berjumpa dengan klien dan sharepartner sambil-sambil berliburan di Facebook dan YouTube. Enjoy kerja selagi boleh walaupun pagi tadi dikejutkan sekali lagi oleh sms bos yang warning aku supaya buck-up. Ok, bos. Sori.

Well, inilah hari-hari cabaran aku.

Terpaksa menempuh beberapa perkara sebelum menempuh beberapa perkara lagi. Entah apakan jadi esok, aku hanya boleh bersedia menghadapi semua dengan keadaan aku yang sekarang ini. Kurang lebihnya, itu semua kuasa alam dan Tuhan. DIA penentu segala.

Salah satu daripada kegiatan kegemaran aku tatkala diduga dengan konflik-konflik serta permasalahan yang seperti sekarang ini adalah dengan mengkaji, study dan mempelajari apa yang telah dilalui oleh tok guru-tok guru aku sebelum ini. Pastinya challenge hidup mereka dan cabaran hendak ke puncak seharusnya lebih besar. Jadinya, aku akan ligat menggali, menggali dan terus menggali.

Aku buka cerita mereka.

Bruce Lee. Jay-Z. Todd Mcfarlane. Jime Lee. Neil Gaiman. Alan Moore. David Beckham. Zidane. Mark Zuckerberg. George Lucas. Michael Bay. Jimmy Choo. Mamat Khalid. A. Samad Said. M.Nasir.

Dan lain-lain.

Gigih dan tabahnya mereka tidak datang bersama populariti dan glamor.

Mereka dalam kelas tersendiri yang punya kelas tersendiri.

Entah kenapa tiba-tiba aku tergerak untuk study Jimmy Choo. Mungkin aku perlu study ikon kepada kaum hawa juga barangkali kerana aset hendak mahu jadi kaya adalah mungkin perlu mengenali 'what women wants'

Isnin, Mac 21, 2011

Chill selagi boleh

Antara gambar terkini aku yang paling chill. Dah la chill, cool pula tu.

Semalam adalah hari aku menyambut harijadi ayahanda dan anakanda Aduka Miqail bersama seluruh famili di rumah. Sudah pasti kalau setiap kali ada sambutan birthday, pasti ada jamuan makan-makan, doa selamat, solat jemaah, potong kek, bukak hadiah, gelak-gelak, borak-borak panjang dan lain-lain lagi. Kuatkanya ukhwah dan ikatan famili aku membuatkan aku rasa bersyukur dan serba-salah kedua-duanya dalam satu masa. Bersyukur sudah tentulah kerana ianya best dan menyenangkan sanubari dan serba-salah adalah kerana aku rasa aku tidak cukup menyumbang dalam keluarga. Dalam hati aku selaku anak dan abang sulung dalam keluarga, aku rasa terlalu banyak kelemahan dalam diri sendiri. Again, cara nak mengatasi dilema tersebut adalah dengan menjadi kaya-raya.

Hari ini aku ke tempat kerja dengan perasaan-perasaan yang sama aku hadapi pada minggu-minggu yang lalu. Hambar, tidak bermaya, kurang vitamin semangat dan entah apa lagi perasaan tak syok yang lain. Nasib baik ada Deq. Aku taktau pulak yang hari ni Deq ada interview kat tempat kerja aku. Macam biasa, kalau Deq datang aku pasti akan ajak dia lepak dan membincangkan beberapa rancangan masa hadapan untuk kaya-raya. Selain itu, sudah tentulah sessi karaok. Ya, kerja aku jadi macam tak ikhlas hari ni sebab tadi masa lunch aku curi pegi karaoke dengan Deq dan terbabas waktu rehat sedikit. Bagi aku, secara peribadinya adalah untuk meredakan tekanan, marah dan stres yang ada akibat larangan Fesbuk, youtube dan blog yang semakin berleluasa di ofis. Nampaknya sekarang, bukan aku sorang aje yang rebel. Nampaknya ramai juga yang rebel tapi jenis yang rebel coverline-coverline. Bagi aku itu normal kerana berYM dan mengumpat dibelakang bos sebab benda yang tak puas hati tapi takut nak cakap terus-terang kerana takut kena buang kerja dan takut sebab takde pengalaman nak konfrantasi adalah perkara biasa yang lama-lama akan belajar sendiri jadi rebel. Rebel for a cause takpe, bak kata James Dean.

Aku takpe. Sebab aku sudah 2 kali mintak berhenti kerja tidak diluluskan. Kawan-kawan yang ngam dengan aku saspek mungkin kompeni belum tau lagi nak bubuh aku kat mana dan sementara itu aku sengaja diplacingkan di tempat yang aku rasa kurang jiwa dengan aku. Ah, tidak mengapalah selagi ada rezeki di sini. Nanti kalau ada rezeki betul-betul nak ke tempat lain, aku just bagi aje notis berhenti kerja kerana betul-betul sudah tidak boleh komited. Aku tidak suka cari pasal yang bukan-bukan apatah lagi bermuka-muka. Aku orangnya jujur bertempat biarpun ada juga yang melabelkan aku sebagai kurang ajar dan mulut tak jaga. Itu mungkin juga betul kerana budaya kita adalah budaya menjaga hati dan perasaan orang biarpun hati dan perasaan sendiri dihenjak-henjak. Emosi manusia sangat fragile. Emosi manusia sangat fickle. Emosi manusia sangat rapuh. Emosi manusia berubah-ubah mengikut arah dan tiupan angin. Berhembus ataupun tidak berhembus.

Aku semakin tidak kisah akan ujian dan dugaan yang semacam ini kerana aku matang menghadapinya.

Aku pernah kecewa teruk.

Aku pernah sengsara gila.

Aku pernah hampir binasa kerana terlalu melayan emosi.

Jadi, dalam keadaan begini aku harus cool. Aku harus damai dan laid back.

Ya,

aku harus chill.

Kerana bagi aku chill adalah kunci kehebatan pada masa esok dan akan datang.

Sabtu, Mac 19, 2011

5 jam hanyalah permainan anak-anak saja buat aku. Aku hanya perlukan KONSISTENSI

Pagi-pagi lagi aku sudah keluar mencari talian WiFi. Kesinambungan aku ke dunia antara dunia. Aku bangkit pagi bukan sebabnya aku tak boleh tidur atau perut aku lapar tak lena tidur. Err. OK. Part perut aku tak lapar tu mungkin aku off sikit. Memang aku lapar. Jadi, aku cari tempat WiFi yang semestinya ada makan walaupun aku tau ada CC atau masjid sekarang yang ada sambungan WiFi, tapi takkanlah aku nak pegi CC kalau dah ada WiFi free kat tempat makan yang dah kira sekali dengan harga makanan yang aku order. Masjid pun kira tak manis la sebab ada juga kerja-kerja aku yang dianggap subhah dengan kepenggunaan WiFI di masjid. Jadi, sesudah Subuh aku telah pilih satu tempat untuk aku ber-chill dengan internet yang sangat ngam dengan jiwa aku. Tempat yang ada aircond, tempat yang ada makanan sarapan yang berkhasiat dan tidak ada harga yang mengarut sangat, tempat yang ada tempat duduk agak-agak selesa untuk aku duduk berjam-jam dan tempat untuk aku tidak kelihatan awkward untuk aku duduk berjam-jam.

Itulah dia aku dan WiFi, bukannya kerana aku tidak mampu memiliki broadband sendiri. Mungkin cuma aku belum cukup mampu untuk beli broadband sendiri dan lebih selesa gelandangan sebegini. Ini lebih cepat naik mood. Ini lebih rugged barangkali selagi aku belum kaya dan ada Unifi di rumah.

Sepanjang hampir 5 jam di tempat makan dan WiFI percuma ini, aku didatangi oleh macam-macam orang. Mula-mula tadi, datang seorang apek yang baru sebulan kerja kat sini. Dah mengadu macam-macam juga. Tapi pandai dia bukak borak. 'Awal datang hari ni? Ada problem ka?' Layan punya layan, aku dapat agak problem dia lebih hardcore dari aku.

Lepas tu, datang pulak satu family Cina ni duduk port sebelah meja aku. Dia gebang anak-anak kecik dia macam-macam. Dari cara kepengunaan handphone yang betul, ke pengisian masa terluang sisa cuti sekolah, ke apa yang budak-budak ni nak dari dia.

Kemudian, ada orang dari rumah kebajikan orang upaya yang biasa aku nampak datang mintak derma. Aku pun bagi alasan yang sama untuk mengelakkan konfrantasi.

Habis tu pulak, ada orang tinggal payung sebelah aku datang ambik payung balik.

Adik aku sms tanya pasal cupcake tak jadi beli nak digantikan dengan kek apa untuk harijadi Babah dengan anak buah aku.

Aku suka suasana awal hujung minggu macam ni. Idea memang banyak menyinggah. Kadang-kadang tak payah susah-susah carik pun. Kita hanya tunggu dan dia datang dalam bentuk pukal. Terpulanglah macamana kita nak huraikan bundle-bundle ilham yang tersebut. Badan aku yang belum bermandi dari tadi ni tidak menghiraukan 'bau-bauan sampingan' yang ada kerana ianya segar dek gumpalan idea dan ilhan itu. Aku bersyukur dikurniakan anugerah menyerap idea dan ilham yang bagus.

Bagi aku, pagi memang kalau bijak dimanfaatkannya.

Cuma sekarang aku kena carik jalan.

Carik jalan yang benar-benar efisyen.

Kenapa aku punya senang nak bangun on weekend, walhal on weekdays hari-hari kerja bukan main liat getah sekerap lagi aku nak bangkit keluar rumah layan trafik jem, masuk ofis nak mula kerja pagi-pagi?

Aku mesti merungkai misteri nusantara expose mistik ini dengan segera.




Hehe. You get it, right?



Jumaat, Mac 18, 2011

Projek MAJU MARA HARIMAU MALAYA 2011 kini di UiTM Shah Alam!

Hari ini aku berpeluang untuk menjadi guess lecturer/panel evaluator untuk sebuah assesment class, sekali lagi terima kasih kepada Roy. Yang membezakan kelas ini daripada kelas-kelas terdahulu yang pernah dihadiri oleh aku sebagai guess lecturer ialah aku diajak menjadi juri untuk sebuah projek yang bolehlah dianggap dream project aku juga.

Ini kerana sejak sedari zaman sekolah lagi, memang tabii aku suka berkhayal dan menconteng pada buku-buku kerja dalam kelas subjek yang confirm aku tak minat. Selain mencakar lukisan kartun, aku suka buat konsep design jersi bola. Ya, bagi aku jersi bolasepak sangat unik dan special. Kerana ianya mirip konsep sepasang kostum superhero. Punya design yang menarik, punya cutting yang best, punya color-color yang menggambarkan personaliti pemakainya, kaya-raya dengan ciri-ciri konsepsual. Tambah pula kalau jersi yang aku buat itu adalah jersi kebangsaan dan kebanggaan. Yang melambangkan simbol perjuangan agama, bangsa dan negara.

Maka, Roy sudah bikin satu assignment untuk semua student dia kali ni untuk buat design jersi baru pasukan bolasepak Malaysia!

Peh.

Nak tak nak, stim jugak aku mendengarnya. Suatu projek yang mana aku sendiri dijemput sebagai tenaga jurinya memang sesuatu yang mengujakan.

Terus-terang cakap, talent itu ada di mana-mana. Sama ada kita terus mencari dan menerokanya, sama ada kita sendiri yang keluarkan dan perasankan dari dalam diri kita atau mungkin juga talent itu bisa diseru.

And for today --- THESE PEOPLE DEFINITELY HAVE TALENT!

Khamis, Mac 17, 2011

Tour of the Wi-Fi!

Antara benda yang paling sukar, mencabar dan menghampiri bebal sekali selain daripada belajar matematik dan ilmu hisab adalah cuba untuk meng-adapt dan menuntut apatah lagi memahami ilmu IT dan teknologi-teknologi baru dunia moden. Yes, kita sekarang sudah mula diperkenalkan dengan iPhone4, iPad, tablet, smartphone, skype, torrent, twitter dan entah apa-apa lagi benda-benda baru yang akan kerap berubah. Dan sekali datang dengan kemajuan benda baru ini adalah ilmu untuk menggunakan dan mempraktikkannya. Aku sengaja memangsakan aku disitu. Bukan sebabnya aku kurang kemampuan atau tidak cukup up-to-date lagi tetapi kerana disitulah aku akan jadi jahil secara otomatiknya. Sama juga macamana jahilnya aku dalam dunia matematik.

Bapak aku dulu pernah cakap yang matematik itu mudah. Sebab jawapannya akan kekal sama walaupun apa pun formula, kaedah dan cara kita menyelesaikan permasalahan yang tersebut. Tidak seperti ilmu bahasa, seni dan sastera ianya terlalu subjektif dan sentiasa berubah-ubah dan bersifat fragile, fickle. Aku masih ingat lagi semasa kecil yakni semasa zaman sekolah, aku kerap sahaja bertembung mazhab ini dengan bapak aku. Bapak aku adalah seorang yang teknikal, sistematik dan displin. Semuanya harus mengikut aturan, kemas dan berjadual. Aku pula suka kerja-kerja spontan, impromptu dan tiba-tiba. Kalau ada yang silap faham, mungkin akan melabelkan aku sebagai orang yang gasak-gasak. Kontradiksi dan konfrantasi ini membuatkan sering bercangggah secara senyap dan batin dengan bapak aku sendiri. Tapi kami bercanggah, bukannya berbalah.

Tapi lama-kelamaan, aku faham dan tahu apa mazhab dan fahaman bapak aku itu. Dia mahu aku jadi orang yang sebenar-benar 'orang'. Bukan koman. Bukan biasa. Orang yang punya standard. Yang ada kelas tersendiri.

Tambah lagi bila sudah tamat belajar, memasuki alam pekerjaan banyak memerlukan aku menggunakan mazhab itu. Belajar, bekerja dan macam-macam perkara dalam hidup.

Lewat ini, aku dikelilingi oleh orang-orang IT. Orang-orang yang bijak-pandai dalam teknologi moden ciptaan dunia sekarang. Sekali lagi, aku ternampak 'blessing in disguisenya' di sini. Ada sebab baik dan menguntungkan juga aku ditukarkan ke jabatan baru ini. Paling tidak, mungkin ini antara sedikit sebab aku rasa selesa dicampakkan ke sini. Aku yang jahil lagi lemah ini wajar disekolahkan oleh pakar-pakar ini.

Aku perlu memgembara dan teroka selagi boleh. Selagi ada kemampuan dan kudrat untuk mengisi ilmu di dada dan isi di raga.

Alhamdulillah, aku berkenalan dengan seorang kawan. Kawan ini bukan kawan baru. Baru tak baru juga. Dia ni beza sikit dari pakar-pakar IT lain yang aku kenal. Aku boleh rasa 'mojo' kawan ni. Ada beza mojo dia ni. Kami sealiran fahaman dan mazhab walau berbeza kepakaran. Aku fikirkan kita dia dan aku boleh jadi satu pack yang powerful bila ada rezeki membina empayar suatu hari nanti.

Dan kawan aku yang seorang ini juga adalah seorang sahabat yang oportunis. Sama juga dengan kawan-kawan aku yang punya matlamat untuk 'pergi jauh'.

High five untuk ROBOT!

Selasa, Mac 15, 2011

Hari ini, kawan aku di FB dah masuk 1,111 orang

Setiap pagi dalam perjalanan ke menuju ke tempat kerja, ada beberapa laluan yang aku gunakan untuk sampai ke destinasi. Ada laluan biasa yang memerlukan kesabaran kerana tol yang diberikan percuma trafik jem, ada laluan lambat tapi selamat yang hanya best digunakan selepas jam 10pagi, ada laluan alternatif yang memerlukan kombo laluan 1 dan laluan 2 tadi, ada laluan ortodoks yang akan mengambil masa separuh daripada nyawa aku di jalanan dan ada laluan-laluan lain yang aku jarang-jarang pakai. Tapi ada satu laluan yang aku kerap pakai. Laluan ini aku suka guna kerana:

1. Nilai tolnya berpatutan.
2. Nilai trafik jemnya berpatutan
3. Nilai kesabaran aku berpatutan
4. Nilai pemandanannya berpatutan
5. Nilai jarak jauhnya berpatutan

Hari ini aku menggunakan laluan ini. Modal untuk menggunakan laluan ini adalah RM2.60, tidak termasuk duit petrol kereta. Sedang aku santai menyelusuri laluan ini sambil memikir-mikirkan ke mana arah tuju aku selepas kerenjatan aliran minat, kreativiti dan tahap semangat yang semakin hari semakin merudum di tempat kerja, aku sudah pasti akan melalui satu jalan tol yang dinamakan jalan tol Sungai Penchala. Jalan tol yang melepasi Curve dan iKEA Mutiara Damansara mempunyai pemandangan yang best. Aku akan meniti puncak khayalan di sini kerana lokasi bangunan-bangunannya yang ampuh. Lebih-lebih lagi selepas melepasi gerbang tol itu.

Di sebelah kanan gerbang tol itu, sekiranya kita hendak menghala ke Sungai Buloh atau Gombak tempat kerja aku yang aku sudah berkira-kira hendak berhenti itu, terdapat satu kawasan lereng bukit. Di kaki-kaki bukit itu akan kelihatanlah rumah-rumah banglo kelas eksklusif yang aku rasa bukan sembarangan orang boleh memilikinya. Fikiran dan khayalan aku makin kencang menerawang. Oh! Alangkah indahnya menjadi orang kaya-raya, rumah tepi bukit, tiada masalah wang, ada BMW X6, ada laman agam sendiri, ada ruang entertainment sendiri dengan set TV dan audio bertaraf dunia, ada PA, ada driver, ada bangunan bertingkat-tingkat dengan nama menara terpampang nama sendiri, ada syarikat yang bersyarikat lain, ada urusniaga bursa saham, ada pengikut setia yang sanggup berkorban dan berjuang bukan hanya kerana wang tapi juga kerana maruah bersama, ada masa yang senggang untuk bekerja dan beriadah, ada kelab bolasepak sendiri, ada produk jenama sendiri.

Fuh! Itu tak abis lagi cerita lagi tu. Kena pula driving sambil dengar lagu Jay-Z. Yang kerap aku looping adalah 'Empire State of Mind'. TERBAIK.

Bila aku tengok ikon-ikon, idola-idola, tok guru, mentor dan sifu aku semua; takde sorang pun yang miskin. Semua kaya. Bukan sahaja kaya ilmu dan kaya pengalaman serta status, malah mereka juga kaya wang dan kaya harta. Ini bermakna tidak dapat tidak, aku harus jadi kaya-raya sekiranya aku mahu mencapai tahap mereka-mereka ini. Paling koman pun, aku harus cipta satu jalan sendiri untuk ke sana. Ke tempat orang-orang kaya kerana bak kata salah satu mentor aku tu, 'Kalau kau kaya nanti, kau boleh tolong orang susah. Macam mana aku tengah tolong kau sekarang ni la. Kau susah, aku tolong. Cuma aku tak boleh tolong semua. Nanti kau tak belajar sendiri macam mana nak jadi kaya'.

Aku percaya aku akan punya empayar sendiri.

Aku tidak akan pernah berhenti memikir, mengkhayal dan memandu pada laluan-laluan yang aku pilih itu.

Isnin, Mac 14, 2011

Kawan-kawan yang faham bahasa kawan-kawan

Sejak kebelakangan ini, aku kerap ditanya tentang pendapat mengenai filem terbaru 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Sudah beberapa hari filem ini keluar di pawagam dan aku rasa ada juga yang sudah menontonnya lebih awal. Tapi, berdasarkan pertanyaan-pertanyaan dan persoalan-persoalan yang dihujani, ternyata ramai lagi yang masih belum menontonnya. Ya, aku akan berikan reviewnya nanti bila punya kelapangan dan punya kesesuaian waktu. Filem besar seperti ini perlukan sedikit ruang untuk mood masuk : )

Tadi semasa makan tengahari, aku semakin sedar yang kehadiran aku di syarikat tempat aku kerja sekarang mengibaratkan aku sebagai sebuah hub filem dan atau apa-apa sahaja yang membabitkan perbincangan seni kreatif. Yusry, seorang editor buku pengurusan dan bisnes baru sahaja menawarkan aku sebuah projek untuk kendalian aku. Projek yang membabitkan video dan juga penggambaran sebagai elemental utamanya. Dia percaya bahawa media dan yang seumpama dengannya merupakan sebuah agen pengajaran, dakwah dan penyebaran ideologi yang sangat ampuh. Aku bersetuju sama sekali.

Poji, seorang designer buku berpendapat bahawa banyak lagi yang harus kita belajar daripada luar. Kita ambil yang baik dan bagus, kemudian asimilasikan bersama dengan kebudayaan, indentiti dan personaliti kita. Dia banyak memberikan contoh-contoh yang aku rasakan begitu kena dengan perbualan kami. Aku yakin dia boleh pergi jauh kalau dia berterusan bersikap demikian – mengeluarkan idea dan hujah pendapat pada suasana dan keaadan yang betul.

Shah, sepertimana Poji juga punya pendapat yang lebih kurang sama. Cuma, Shah punya pengalaman yang setanding aku juga, baik dalam industri kreatif seperti filem dan advertising mahupun perekaciptaan dan penjanaan idea. Aku tahu Shah punya fahaman tersendiri kerana berbicara dengan Shah kadangkala membuatkan aku rasa segan padanya. Dia punya capability untuk 'merubah' dan 'membentuk' sesuatu yang baru. Aku akan tunggu masanya nanti tatkala ianya berlaku.

Makan tengahari bersama Yusry, Poji dan Shah adalah makan tengahari yang menyelerakan nafsu aku. Sudahlah makan nasi campurnya disponsor, intipati ceritanya menggamitkan perhatian dan semangat aku, dikeliling pula oleh orang-orang yang faham dan tahu ke mana arah dan halatuju cita-cita aku. Aku berharap dan berdoa suatu hari nanti, kawan-kawan yang semacam ini dapat aku kumpulkan dalam satu pasukan impian atau dream team untuk aku gerakkan banyak wawasan-wawasan dan impian idea-idea yang aku sedang aku bentuk di dalam benak dan sanubari dalaman. InsyaAllah.

Makanya, apabila melihat sebuah epik seperti Merong Mahawangsa muncul di pawagam selepas 'Puteri Gunung Ledang' 7 tahun dulu, aku nampak banyak kemajuan pada mentaliti dan iltizam orang-orang kita. Orang-orang kita yang dambakan pembaharuan dan pembinaan jati diri yang lebih real. Bukan hanya sekadar bisnes, bukan sekadar mengejar anugerah-anugerah ciptaan. Ya, bisnes dan anugerah juga perlu tapi juang bisnes dan juang anugerah tidak akan sama dengan juang seni dan juang semangat.

Manisnya lebih asli dan tulen.

Sabtu, Mac 12, 2011

Mungkin hadiah birthday babah untuk aku

Hari ini aku anggap sebagai salah satu daripada pemberian hadiah harijadi aku yang terbaik. Bapak aku menyarankan supaya pergi ke kursus pengurusan jenazah. Walaupun secara sedar tidak sedar, mungkin bapak aku tidak menganggapnya sebagai hadiah harijadi, namun pergi ke kursus pengurusan jenazah merupakan suatu token atau ingatan kepada hidup(mati) yang bertepatan setiap kali kita menyambut hari kelahiran.

Pagi Sabtu pada lazimnya akan kita layan dengan rindu-dendam tidur yang lebih panjang daripada biasa. Tidur yang cukup atau tidur lebih daripada cukup, bukan tidur yang hanya sekadar cuku-cukup sahaja seperti hari Isnin bertemu Jumaat. Akan tetapi, hari ini aku terpaksa bangun lebih awal kerana kursus tersebut bermula pendaftarannya pada jam 8 pagi. Awal jam 7 pagi sudah bersiap-siap dan terus sahaja ke bergerak ke Shah Alam. Perjalanan dari rumah ke Masjid Negeri Shah Alam di mana berlangsungnya kursus yang tersebut hanya memakan tempoh perjalanan kurang setengah jam.

Sesampainya di sana, rupa-rupanya keadaan agak meriah. Suasana kelihatannya sungguh berisi dengan orang yang menghiasi masjid dengan acara dan agenda masing-masing. Ada yang datang untuk mengaji, ada yang datang untuk bertemu dalam majlis ilmu, ada yang berceramah dan mendengar ceramah, ada yang berkuliah dan mendengar kuliah, ada yang ingin menjalankan akad nikah dan ada juga yang datang berkursus seperti aku dan adik aku.

Tepat jam 8 pagi, kami sudah ada di bilik seminar dan ternyata sambutan untuk kursus ini tidak mengecewakan. Boleh tahan ramai juga yang datang menghadirkan diri. Akan tetapi, seperti biasanya jugalah majoriti yang hadir adalah daripada golongan atau kategori yang muncul di masjid.

Ya. Orang-orang tua, ibu ayah, pakcik dan makcik, Pak Haji dan Mak Hajah. Ada juga dua-tiga kerat ‘orang muda’ macam aku. Tapi, itulah dia. Dua-tiga kerat sahaja.

Aku berasa cukup terlunas apabila dapat meluangkan masa hari ini untuk belajar dan berkenal-kenalan dengan dunia pengurusan jenazah. Cara-caranya menghadapi mati dan melayani si mati, apa itu Talkin, apa itu Qarin, apa itu Masbuq, apa itu Kafan, apa itu kapur barus, apa itu, air mawar dan apa itu insaf dan apa itu dan apa ini. Ustaz yang memberikan ceramah ini juga ‘menghiburkan’. Orang Jawa. Hehe. Orang Jawa jarang-jarang sekali mengecewakan aku. Aku berkata begini bukan kerana sahaja aku berketurunan darah Jawa-Melayu, tetapi memang benar terbukti orang Jawa adalah antara insan-insan cemerlang dalam pemikiran kreatifnya apabila tiba public speaking dan perform to educate, to entertaint and to impress the crowd. Berkemungkinan besar pada hemat aku, gen orang Jawa adalah gen performer, baik dari sudut profesional mahupun personal.

Aku pulang ke rumah dengan sehelai sijil. Walaupun aku masih tidak arif 100% tentang bab-bab dan hal-hal pengurusan jenazah dan penyediaan kematian tetapi aku puas secara batin kerana ada ilmu dunia bertembung akhirat yang aku pelajari hari ini.

Alhamdulillah. Tekad, komitmen dan nyalarasa aku untuk terus belajar erti hakikat hidup masih berkobaran hingga sekarang.

Selasa, Mac 08, 2011

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Bertahan

Bukan senang untuk bertahan setiap hari jika tidak banyak sokongan yang sewajarnya aku dapat dan perlu datang pada tepat waktu. Mungkin saha...