Isnin, Januari 31, 2011

&^%$! Dah masuk hari ke berapa dah ni... Aku pun dah lost count!

Terlantar di rumah buat hari ke-4 berturut-turut diakibatkan sakit 'after/effect' ataupun 'post-stress' syndrome, badan aku masih terasa sengal-sengal dan kepala terasa berdenyut-denyut kepusingan. Ya, untuk seseorang yang jarang sakit badan, demam apatah lagi rebah layu di pembaringan dan pergerakan terbatas akibat kelemahan-kelemahan ini, aku tidak dapat tidak tunggu sahaja ianya pulih sambil memaksa diri memakan ubat dan mengamalkan diet-diet tawar yang semestinya bukan kelaziman aku, apatah lagi kesukaan.

Hari ini Isnin. Dan sepatutnya hari ini aku menjangkakan sudah sihat semula agar dapat kembali semula membuat amal bakti di pejabat. Mata di buka perlahan-lahan. Tangan cuba diangkat dan dikuakkan agar pengaliran darah dapat berjalan sesempurna mungkin. Kaki juga melakukan angkatan aksi yang sama.

. . . .

ARGHHH!! *&%!!! *&^%$!!!

GAGAL LAGI.

GAGAL LAGI UNTUK MAJU KE PERINGKAT SETERUSNYA.

Maka, kembalilah aku ke tilam yang tidak empuk tersebut semenjak mulai sakit 5 hari nan lalu. Tidak sampai beberapa saat, henset aku menggera bunyi. Fie, 'pet-sister' aku call. Aku lebih suka panggil dia Fifi, sebab ianya lebih bernada 'pet-ish'. Hihi.

'Bang, jom breakfast!'

Pelik. Tapi tak cukup pelik untuk budak bernama Fifi. Setahu aku dia baru saja pulih dari operation perut yang agak kritikal dan kronik juga seminggu lalu. Alih-alih, pagi yang belum mencecah terang ni dah ajak aku pergi breakfast.

'Ya, right. Aku tengah K.O ni. Demam'

'AwwHhhh! Keciannya!'

'Shut up. Nanti tunggu aku bangun jap lagi...'

'Tak payah, jangan nak ngada. Kata sakit. Duduk rumah diam-diam. Tunggu OK baru boleh keluar'

'OK'

'Kecian dia sakit. Mana pergi girlfriend-girlfriend abang yang lain?? Kan Abang Long sakit??? Girlfriend-girlfriend abang... blablablablabla... '

Perbualan itu ditamatkan dengan suara Fifi terkekek-kekek kecil di hujung talian dan suara senyap dan termangu aku di hujung talian yang lagi satu.

Ahad, Januari 30, 2011

Jumaat, Januari 28, 2011

Kental terbuka walaupun sakit

Aku sekarang dalam keadaan kurang cergas yakni kurang sihat juga kategorinya. Nak dikatakan perubahan cuaca ekstrim yang mendadak semenjak pulang dari Beijing ataupun 'jet-lagged' ataupun apa-apa yang sewaktu dengannya, tidak pasti pula.

Yang pasti aku tidak dalam keadaan baik. Kondem sikit.

Jadi, ini hari aku bercuti. Harap-harap dalam masa 3 hari sampai menuju ke minggu akan datang, aku akan kembali 'super' seperti biasa.

Namun, aku telah berjanji pada diri sendiri tentang perihal kembara aku ke Beijing tempoh hari. 5 hari di sana ada satu pengalaman yang patut dikongsi kepada semua. Kewajarannnya terpulang kepada tanggapan masing-masing. Cuma aku nak cerita, bila kita berjalan dan melihat-lihat dunia dengan mata yang lebih luas...

Kita akan menjadi lebih 'kental terbuka walaupun sakit'.

Jumaat, Januari 14, 2011

you guys are awesome being there.

I was looking and I see things which are obviously there for me to make something out of it. Then, there's people.

Friends.

Old friends.

New friends.

Fresh friends.

I think I like them. They are inspiring me to do things.

Things that just meant to be.

This picture of me just 'rock'. Totally.

Rabu, Januari 12, 2011

Tuju Si Tujuh

Perjalanan hidup aku sekarang membawa aku ke sini. Ke sebuah tempat yang berperasaan. Mungkin ini satu perhentian, mungkin ini satu persinggahan, mungkin ini satu simpang bersiur, mungkin ini satu selekoh berselingkuh yang bakal membawa aku ke satu tempat yang lain pula. Tempat yang berperasaan ini sungguh menguji. Zahir diduga, batin dicabar. Sering bertanya-tanya. Kerap bersoal-soal. Dari mana hendak ke mana. Pada siapa untuk siapa. Bila masa ke semasa, apakah begitu dan adakah begini akhirnya.

Mujur ada jiwa-jiwa raga kental terpadu bersemangat sama. Yang berpendirian tinggi menyambut aku. Susah sama susah. Senang suka senang. Jadi aku berbalas-bicara, menongkah ilham, kongsikala, mencari punca masalah dan menjejak titik selesai.

Mulanya, aku bertemu Si Kamcing. Kemudian, aku bertemu Si Gila dan Si Licik. Lantas, Si Juragan. Dan Si Pemberontak. Si Pencak. Akhirnya, Si Gunawan.

Ini TUJUH yang membawa kepada puncak kata dan pembangkit semangat semula. Terima kasih atas nasihat. Terima kasih atas pedoman. Terima kasih atas panduan. Terima kasih atas kias dan tegur. Terima kasih hitam dan putih. Terma kasih atas bawah kiri kanan tepi sisi hadapan belakang. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Si Kamcing berkata kita kena keluar. Kita kena teroka dan terus teroka lagi. Berani berkorban. Buat apa saja demi apa saja yang kita perlu untuk hadapan masa.

Si Gila dan Si Licik berkata kita kena terus bersabar kerana mereka cara mereka. Kita cara kita. Cara kita dan cara mereka banyak beza. Bila ada ruang, bila datang peluang, kita rempuh dan tempuh!

Si Juragan berkata kita kena buktikan. Kita kena tunjukkan. Kita kena berkesan. Hanya dengan bukti, tunjuk dan kesan, kita akan jadi apa yang kita mahu jadi. Bukan pada mahu orang tapi pada mahu kita.

Si Berontak berkata kita perlu berehat dahulu. Kita perlu bertapa dahulu. Kita perlu diam-diam dahulu. Nanti kita bangun. Nanti kita bangkit. Nanti kita lari. Nanti kita laju dan nanti kita maju!

Si Pencak berkata kita harus susun langkah dan bersedia menempuh segala. Kita ini luarbiasa. Kita ini bertenaga. Kita ini orang 'ada-ada'. Kita ini jangan bagi muka. Kita jangan tunduk pada sesiapa.

Si Gunawan berkata kita sedia terbuka pada semua. Kita hadapi, kita sanggupi, kita gagahi, kita rasai. Kita perlu menjadi walau apa pun terjadi.

TUJUH kata semangat. TUJUH kata keramat. TUJUH kata penyimpul ikat dan juga pelerai nikmat. Aku sudah tahu apa perasaan ini sebenarnya. Kini, kembali aku menyusuri jalan yang lalu. Dapat aku rasakan panjangnya tempoh. Jadi, izinkan aku teruskan ini. Kerana aku mahu mengembalikan budi-budi pada percaya diri.

HIDUP SI KAMCING. HIDUP SI GILA. HIDUP SI LICIK. HIDUP SI JURAGAN. HIDUP SI BERONTAK. HIDUP SI PENCAK. HIDUP SI GUNAWAN.

HIDUP MESTI TERUS.

Khamis, Januari 06, 2011

Race tak puas hati

Aku betul-betul tak puas hati. Tak puas hati betul. Hati puas tak betul. Betul hati tak puas.

Ada ke patut di ambang tahun baru dan penuh kemuliaan itu hari, dengan semangat aku yang semakin hari semakin berkobar untuk menaikkan taraf hidup aku ke gear yang lebih tinggi, boleh suruh aku turunkan gear matikan enjin sekejap dan park tepi. Macam mana cerita ni? Nak race tak nak race? Kalau nak race, janganlah buat macam gini? Susahlah aku.

Sekarang aku tengah kacau, susah, kecewa, sengsara, dukacita dan pilu. Jentera perlumbaan aku ni bukannya boleh tersadai lama-lama. Nanti tak boleh dia nak 'lari' laju-laju.

Aku saspek ini semua kes salah perhitungan.

GAMPANG!

Tak boleh tidak, aku mesti carik jalan keluar dari ini race. Race ini maruahnya sudah tercalar!

Rabu, Januari 05, 2011

Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua kenalan dan taulan. Azamkanlah keyakinan diri nan padu serta kuat-perkasakanlah semangat jiwa untuk menempuh satu lagi pusingan 365 hari yang hebat. Semoga segala usaha, ikhtiar dan iltizam kita menjadi kenyataan yang hakiki.

AZAM BARU BARU adalah sebuah komitmen yang dicipta oleh insan untuk mencapai sasaran sahsiah, projek peribadi dan profesional serta reformasi-reformasi kendiri. Demi kemajuan gaya hidup. Demi refleksi masa hadapan. Demi memperkukuh cinta-cinta yang semakin hari semakin bersemi menuju abadi.

Untuk yang mempunyai azam dan pemegang iltizam,

Semoga mendapat yang dihajati.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Hari Ini Aku Demam.

Entah apa pasal, hari ini aku demam. Jenis demam yang selalu aku akan rasa dan alami setiap tahun. Bermula dengan resdung, sakit belakang, w...