Rabu, September 29, 2010

Selasa, September 28, 2010

Bila kawan-kawan sudah jadi selebriti...

Model: Bahrudin Bekri

Aku kenal budak-budak ni tak la lama sangat. Malah tak pun sampai setahun. Orang tua-tua cakap baru proses nak kenal hati budi. Tapi tak aku sangka, dalam diam-diam rupanya mereka memasang niat untuk menjadi bintang. Menjadi selebriti. Kali ini siapa nak beli buku, memang betul-betul kena 'judge a book by its cover'.

Kerana apa?

Kerana model covernya adalah selebriti dalam pembikinan dan ada unsur-unsur pelaris 'dalaman'. Khabarnya negosiasi untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai penyeri muka depan buku-buku ini menelan kos yang tinggi dan banyak, sama tinggi dan banyak macam nak suruh David Beckham jadi model kicap Tamin. Yang sorang tu pulak aku dengar dah dapat tawaran berlakon cerita 'Karipap-Karipap Cinta 2: Penangan Karipap Goncang'. Dahsyat. Dahsyat. Memang dahsyat.

Model: Wan Haeqal

Model: Poji & Salleh

p/s: Cover buku kat atas ni aje bakal akan tercetak lebih 18 kali dengan booking alih-bahasa ke 156 buah negara seluruh dunia termasuk beberapa buah negara komanwel dan jajahan komunis. Dengar cerita, orang beli buku ini pun sebab covernya cantik dan sesuai sebagai perhiasan meja time hari raya itu hari biarpun tebal buku ini adalah setebal buku panduan telefon. Ada kau kisah??!

Jumaat, September 24, 2010

visionary dan futuristic pada hakikat insan (Fuff! Gila tassawuf title entri gua ini hari)

Tadi aku baru balik dari Selvan. Macam biasa tabii aku kalau aku menghadapi jadual kerja yang begitu padat di pejabat atau di asak oleh tugasan-tugasan yang bertubi-tubi atau terlalu menghadap urusan-urusan rasmi dan formal, Selvan adalah salah satu dari escapism aku yang lazim. Sebelum ke Selvan, aku sempat menghadiri sessi mesyuarat bulanan kelab megi goreng yang diasaskan oleh aku sendiri dan beberapa co-founder yang lain. Antara AJK tetap kelab ini adalah seorang penulis, seorang kartunis, seorang designer dan seorang mat romeo. Kami berkongsi-kongsi pendapat tentang pelbagai isu semasa dan topik-topik terkini yang jarang diperbincangkan secara terbuka seperti yang tidak dipaparkan di mana-mana media massa. Macam mana teknik terbaru tidur tanpa kantoi di pejabat atau apakah teknik mengayat atau mengusha makwe yang terbaru umpamanya. Kami memang dianggap sebagai satu kumpulan 'think-tank' yang begitu serius membincangkan isu-isu sedemikian sehingga kadang-kadang perbincangan itu memakan masa-masa berjam-jam lamanya. Intelektual sungguh rasanya setiap kali diadakan forum perdana ini.

Oh. Berbalik pada Selvan tadi. Aku kalau ke Selvan kalau tidak mencari komik Marvel atau DC yang sudah dicantas murah harganya, pasti akan mencari majalah Wired atau majalah-majalah filem atau majalah-majalah tentang penulisan atau buku ataupun yang seumpama dengannya. Aku suka majalah Wired sebab dia kena dengan jiwa aku dan dia selalunya akan ada isi-isi yang mendahului zaman. Aku suka pada benda-benda yang visionary dan futuristic. Lagi tak faham, lagi aku suka. Aku balik ke rumah dengan isu Wired Jun 2010 tentang dunia Pixar sebagai covernya dan komik Ip Man #2.

Sampai di rumah, kelihatan jiran aku sedang beraya sambil berbual dengan kedua orang tua aku tentang rancangan mereka hendak mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi. Kedua-dua ibu dan ayah aku sudah pun mengerjakannya pada tahun 2008. Mungkin mereka sedang meminta tips dan pointers daripada orang tua aku sedalam-dalamnya sambil-sambil memerli-merli aku dengan soalan 'Bila lagi?', 'Sapa masak untuk kau hari ni' dan 'Mana duit raya Uncle?'. Disebabkan aku sudah usia begini, aku jawab dengan jenaka yang sama levelnya dengan semua statement-statement itu tadi. Aku lebih sedap dan layan main dengan Rayyan yang sudah pandai banyak buat trick baharu dan mutu lakonan-lakonan gaya Hollywood dan Bollywood yang mutakhir dan klasik sekaligus. Rayyan adalah anak buah aku yang berusia 1 tahun setengah yang sudah bijak berkata 'awek' di Sunway Pyramid masa raya tempoh hari.

Aku makin lama makin terer akan perkara ini, yakni perkara yang cuba mengenakan, membahan dan meng-attack aku secara zahir dan batin dari jarak jauh mahupun dekat. Sebabnya aku orangnya ialah merancang, visionary dan futuristic.

Eh! Apa aku merepek ni. Tujuan aku buat entry ni bukannya nak cerita pasal megi goreng, Selvan, orang pegi haji ataupun kelicikan aku menjawab soalan-soalan cepumas daripada jiran-jiran tetangga tentang rumahtangga.

Tujuan aku sebenarnya adalah nak bikin entry pasal orang yang suka emo pasal benda yang tidak perlu emo.

Ah! Lupakan ajelah.

Emo bagi aku adalah untuk pondan dan budak-budak punk sahaja. Dan aku benci pada pondan dan budak-budak punk yang tak tentu hala walaupun aku sedar manusia tidak dapat lari dari bersifat emo. Dalam konteks ini, emo yang aku maksudkan yang sama tanda arasnya dengan pondan dan punk itu tadi adalah emo*&%$@#! (klu-nya: Ia bermula dengan huruf 'P' jugak).

Pandai-pandailah korang. Korang bukannya budak-budak tadika ladybird lagi.

Khamis, September 23, 2010

Selasa, September 21, 2010

happy day on a birthday (emotion edition)

I started work today after a long week of Hari Raya holiday. Office was fun as usual with stuff and things happening around. Some are pumped up for work and more work after the break but more are eager to let the mood of Hari Raya still looming on them. Me... was just plain me. Work and play. Play and work. But that was not the hightlight of the day.

The highlight of the day was after work. It is because today was my sister's birthday and I got to be with the whole family to celebrate it. A tradition, I supposed. One family being celebrated at home with big feasts or a cake to share at least. And so there I was, after work. At home on time, precisely where everyone in the family should be. Mama, Babah, Nana, Faris, Abang Ngah, Ayu, OG, Jiji, Rayyan, Miqa and of course his mother and the one being celebrated - kakak. We had KFC tonight. We had great fun eating KFC. Happiness is in the air. Smile and laughter can be heard every where. Rayyan and Miqa was again at the center of attraction. Mama was laughing out loud and babah was happy with their commotion. My sisters and brothers can't have enough of them. As I was lurking behind those smiles and laughter, I suddenly had this emotional breakdown. I mean literally and metaphorically.

Emotionally breaking down for a split second.

I can see how happy having a family is. Both my nephews had grown up so fast now. Rayyan is now 1 and half years old and Miqa being 6 months. Both adorably cute and astonishingly amazing. Deep inside, without anyone noticing or knowing in that exact room, I am deepy touched. I mean, yeah. That feeling of having kids and a wife and bringing up a family. How proud and glad it is to make Mama and Babah happy. Abang Ngah has done that with Ayu. Kakak has done it with Jiji.

And me? Where is my stand in this? Whats my role? Do I make them as happy as them both? How is it that differ them from me?

Now. Isn't that a thought to ponder and wonder with.

Isnin, September 20, 2010

Ahad, September 19, 2010

Cuti dah abis. Esok kerja. YEAYYY!!!

Selamat tinggal kuih samperit? Selamat tinggal lemang dan rendang ayam? Selamat tinggal mercun thunderclap dan star-traveller? Selamat tinggal jalan-jalan rumah awek lama dan awek baru? Selamat tinggak konvoi raya? Selamat tinggal open haus? Selamat tinggal nasi itu dan nasi ini? Selamat tinggal tido lambat dan bangun lambat? Selamat tinggal cerita hantu, cerita lawak bangang dan cerita rempit dan cerita drift? Selamat tinggal OPS Sikap? Selamat tinggal? Selamat tinggal??!

Oh. Oh-Oh-Oh!

Belum lagi. Belum lagi selamat. Apatah lagi nak meninggalkannya.

Bak kata orang melayu: Raya kan sebulan. Ye tak??

Selamat tidak akan aku tinggalkan.

p/s: Kalau ada yang tinggal selamat pun adalah duit raya dan cuti-cuti yang kehabisan sudah

Sabtu, September 18, 2010

re-master

See, the thing about having so much of an off day from work is getting simptoms that you don't want to have. Normally it will be the usual and casual ones like laziness, boredom caused by lack of activities and adjusting to the nature of not having fixed work and fixed time. But for me, it was always the simptom of 'Hey! This is so much fun than being at one place at one time' kind of simptom. Clinically, it is not an epidemic or disease but its a thing that have been consuming my mind and body since before this past 10 days or so.

It is the simptom of working out some master plan for the some master thing. And I am such a master mind at that. A-heh-heh!

Rabu, September 15, 2010

at least, aku cuba

Masih hari-hari raya. Masih cuti panjang. Masih lagi berfikir-fikir nak bikin apa dan nak buat apa sepanjang pengisian cuti yang panjang sempena raya ini. Membaca buku-buku yang banyak dibeli namun belum selesai khatamnya, mengemas dan mengurus bilik yang sekian lama sekian tidak ubah seperti tongkang pecah, menulis skrip dan cerita yang sudah hampir siap tapi tidak siap-siap lagi ataupun berseronok-seronok saja dengan adik-adik dan kawan-kawan yang sudah lama aku tangguhkan dahulu sebelum raya.

Jadi, apakah kiranya cukup cuti yang panjang ini untuk aku isi semuanya itu termasuklah dengan perkara-perkara peribadi yang tidak akan aku catatkan di sini?

Well.

At least, aku cuba.

Isnin, September 13, 2010

Ahad, September 12, 2010

Raya Hari Ketiga

Raya ke-3 kalau jatuh hari Ahad biasanya akan ada; 1) Family lain dan orang lain start datang rumah gua 2) melayan Melodi Raya ramai-ramai sambil tengok cerita apa entah diorang merepek kat TV raya-raya ni 3) dah boleh start konsentret benda-benda lain yang takde kena mengena dengan raya yang tertangguh 2-3 hari lepas.... Yang lain semua 'akademikal' bak kata bos gua dalam bilik meeting

Sabtu, September 11, 2010

Metaforika di hari raya

Raya ni dia punya level padat dengan penat macam mengalahkan 3 round jamu kenduri kawin, 2 round main final bolasepak, 1 round tengok trilogi movie LOTR atau SW atau HP. Tapi happy dengan puas dia mengalahkan segala jenis happy dan puas yang ada dalam planet bumi.

Jumaat, September 10, 2010

Khamis, September 09, 2010

10 jenis skrip yang akan selalu kerap kita dengar pada hari-hari akhir nak raya

  1. "Wah! Kejap betul bulan puasa, tau tau dah raya"
  2. "Dah nak raya kita esok ye?"
  3. "Baju raya kau dah siap? Kaler apa? Berapa pasang? Wei! Apa pasal baju kau sepesen dengan baju aku ni woi??!"
  4. "Kueh tunjuk kau ada berapa jenis tahun ni?"
  5. "Berapa target collection duit raya kau tahun ni (untuk budak-budak) / Berapa lama agakk-agak kau boleh bertahan sampai gaji masuk ni, beb (untuk yang tak berapa nak budak)"
  6. "Cuti kau balik mana?"
  7. "Cuti raya kau berapa lama?
  8. "Agak-agak kau malam raya ni, kalau pegi Jalan TAR boleh dapat tak diskaun harga borong (*isi nama item raya yang belum lengkap) aku yang tak dapat masa aku cari kat (*isi nama pusat membeli belah) hari tu?"
  9. "Berapa banyak roadblock/jem daaa??!"
  10. "APPAAA??!!!! Raya semalam... gila%$#@ apa diorang ni?!!"

Isnin, September 06, 2010

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

SYAWAL 1431H

Aku tidak tahu berapa ramai orang yang masih mengikuti perkembangan blog aku sehingga ke hari ini. Tapi yang aku tahu, blog ini masih mempunyai pembaca dan pengikutnya yang setia. Biarpun sudah 5 tahun blog ini wujud, saban tahun jualah aku akan utuskan ucapan hari raya buat semua yang ada menyedari akan kewujudannya. Jadi untuk tahun ini secara lazimnya seperti mana ucapan-ucapan yang biasa aku akan mulakan dengan:

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah. Raya bakal menjelma lagi dan Ramadan akan pergi meninggalkan kita semua dengan 1001 cerita yang menerbitkan rasa keinsafan serta keredhaan. Suatu macam semangat dan tenaga baru untuk kita sama-sama mensyukuri nikmat dan kurniaan-Nya yang tiada terhingga. Aku masih lagi seperti macam puasa-puasa yang terdahulu. Acapkali datang bulan yang tersebut, nyawa aku bagaikan dijelmakan dengan rasa-rasa istimewa. Rasa-rasa yang jarang hadir pada masa-masa yang lain. Ya, aku kadangkala beremosional dan bersentimen tentang Ramadan. Aku punya banyak sejarah apabila datang Ramadan. Dari zaman kanak-kanak aku sehingga ke zaman remaja aku dan kini bila tiba dewasa yang akhirnya kunjung tiba, bulan puasa inilah yang banyak mengajar aku tentang erti sebuah pengalaman. Makna kehidupan yang berterusan. Fahaman sebuah pengorbanan. Hakiki sebuah penjiwaan terhadap cinta-cinta yang kita inginkan pada dunia ini dan dunia yang satu itu. Biarpun aku tahu akan kelemahan dan sedar akan kelupaan aku yang bersifat fitrah semulajadi manusia, aku masih mahu memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Bulan Ramadan adalah bukan yang ternyata sempurna untuk menzahirkan segala niat-niat yang tersebut. InsyaAllah. Dan pada tahun ini, sykur aku kerana sekali lagi diberi kesempatan. Diberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk ‘meminta’ dan ‘merayu’ agar segala amal dan ibadah aku mudah-mudahan tidak dipersiakan begitu sahaja. Sekali lagi ingin aku ingatkan pada diri aku sendiri – aku hanya manusia biasa. Tiada bermaya menolak dugaan-dugaan selagi iman tidak kukuh di dada, tiada berupaya menghindar akan ujian-ujian selagi takwa tidak teguh di benak jiwa, tetap ada sisi-sisi kelemahan dan sudut-sudut kekurangan serta punya banyak laras-laras hati yang masih perlu aku penuhi dengan isian-isian nurani yang dapat memupuk keikhlasan supaya dapat menjadi insan yang lebih baik, biarpun tidak sempurna.

Dan maka dengan ketidaksempurnaan itulah jua, dikesempatan Syawal inilah juga: aku ingin memohon jutaan maaf dan ribuan ampun kepada hati-hati dan jiwa-jiwa yang pernah aku sakiti dan rempuhi, yang pernah aku guris dan calar. Kepada ibu dan ayah yang terlalu banyak memberikan aku segala kasih-sayang, yang sanggup berkorban tenaga dan masa untuk aku mendewasakan diri sehingga ke hari ini dan yang sanggup merelakan kemahuan serta kehendak aku yang aku rasakan kadangkala ‘melampau’ dan ‘megecewakan’ harapan mereka, aku pohon kemaafan dan pinta keampunan daripada mereka. Hujung kepala hingga hujung kaki.

Aku bersalah. Aku berdosa. Aku cela dan hina diri aku sendiri kerana sudah terlalu banyak kebodohan dan kejahilan aku perlakukan sepanjang hayat yang seringkali sahaja melukakan hati mereka. Zahir dan batin aku serahkan agar-agar disucikan segala kesalahan dan kesilapan aku itu. Maafkan aku andainya bersikap biadap, ampunkan aku kiranya terjadi derhaka. Aku bersalah. Aku berdosa.

Pada keluarga aku, terutamanya adik-beradik aku juga aku pohonkan diberi maaf. Mungkin aku terlalai dengan kurniaan ikatan darah yang kuat dan pertalian kukuh ini. Dan aku mungkin juga seringkali melewakan dan jarang mengendahkan kebersamaan yang kita semaikan selama ini. Anugerah yang tiada ternilai ini aku mahu nyatakan adalah yang terbaik pernah aku perolehi. Kalian adalah tunjang, nadi, daging, tulang belulang yang begitu ampuh dan sebati. Ibarat roh dan nyawa, kita semua adalah ‘hidup’ kerana kesatuan itu. Rupa dan wajah kita, gerak dan langkah kita, malah sepakat dan muafakat kita itulah yang membuatkan kita kuat dan kukuh. Aku sebagai abang mahukan pemberian maaf itu kiranya aku tidak melalukan peranan aku dengan baik apatah lagi sempurna. Ampunkan aku kerana kerap lari dari tanggungjawab dan sering mempersia-siakan amanah yang sepatutnya aku penuhi. Demi Allah, aku tidak mahukan apa-apa pun keburukan apatah lagi sebarang muncul kecelakaan serta malang menimpa keluarga kita ini. Demi Allah, aku bersumpah untuk perbaiki diri aku agar dapat memegang amanah dan tanggungjawab itu dengan setiap kepercayaan yang kalian berikan.

Begitu juga aku panjangkan kalimah-kalimah keinsafan ini kepada saudara-saudara aku yang masih bersama mahupun yang sudah lama meninggalkan aku untuk bertemu Yang Maha Esa dan Yang Maha Satu. Kita selalu ada persamaan dan pembulat bicara namun kita juga kadangkala punyai perbezaan dan percanggahan rasa. Kita tidak mungkin pernah dan akan pernah berbalah-balahan dan kita akan terus-terusan berada dalam ‘keadaan’ itu selagi kita berpegang pada tali persaudaraan yang ada. Kiranya ada yang hitam, minta sama-sama kita putihkan. Kalau ada yang terlanjur, harap dapat ditarik semula agar sama-sama kita dapat yang baik-baik hendaknya.

( *Ini aku tujukan istimewa buat mereka-mereka yang hebat berbual mesra dan berborak ria, bergurau senda, pengumpul ceria tidak kira apa perkara dan benda bicara setiap kali diadakan acara keluarga seperti kenduri-kendara, jemputan makan-makan, undangan baca Yassin dan solat berhajat, kunjungan, ziarah-menziarahi dan bermacam banyak lagi yang tidak terhitung himpunannya. Orang kita memang legend-legend belaka! )

Yang penting dan mustahak: kepada kawan-kawan karib, sahabat-sahabat sejati, rakan-rakan akrab, teman-teman seperjuangan yang dekat dan jauh, yang lama dan yang baru, yang sama-sama berjuang, yang sama-sama memahami, yang sama-sama mengetahui bertapa tingginya akan nilai handai dan harga taulan. Kalau aku terkasar bahasa, tersilap tutur, kalau jenaka dan gurau yang aku persembahkan tidak berkenan pada masa dan waktunya, kalau ada yang termakan hati berulam jantung, kalau ada yang berkecil rasa dan memendam kecewa, kalau ada yang menyimpan hampa dan bermuram durja, kalau ada yang berdendam kesumat dan menaruh benci, kalau ada yang marah, kalau ada yang terkurang, kalau ada yang terlebih – aku minta maaf, aku minta halal. Atau paling tidak pun, aku minta agar janganlah dipanjang-panjangkan segala rasa kurang elok yang datangnya daripada aku itu . Aku tidak berdaya tapi aku tetap mahu mencuba untuk kamu, kamu dan kamu. Perilaku aku memang selalu tersasar budimannya, tingkahlaku aku sering dan kerap terpesong adab sopannya. Aku susun sepuluh jari agar aku dapat diberi kemuliaan di bulan yang penuh kerahmatan ini.

( *Ini aku tujukan khas buat setiap orang yang pernah wujud dan muncul dalam hidup sepanjang berada di tahun-tahun persekolahan di Subang Jaya, di ITM Shah Alam, di Karangkraf, di KLP Entertainment, di Warisan2020, di KL Motion Pictures, di Filmscape, di Astro, di PTS dan di mana saja tempat atau persinggahan yang pernah aku jejaki sebelum dan selepas ini. Termasuk juga ex-makwe, awek-awek pujaan dan akhirnya akan jadi bakal isteri aku nanti. Yang mana satu? Hanya Tuhan Yang Tahu! )

Terhadap guru dan perguruan aku, terhadap kenalan-kenalan aku yang mendatang dan akan datang, terhadap insan-insan terpilih yang terdahulu daripada aku dan zaman aku, terhadap Rasulullah, para sahabat, wali-wali, sufi-sufi dan juga ahli-ahli yang bakal aku ketemui kelak. Maaf zahir dan batin juga yang aku hasratkan. Aku dambakan kalian. Aku mahukan kalian. Aku rindukan kalian.

Aku sedar bahawa seluas laut mana sekalipun kata-kata kemaafan, selapang hamparan langit dan bintang mana sekalipun lafaz-lafaz keampunan yang aku harapkan atau mungkin juga seberapa banyak kalipun aku kerap mengulangi salah, silap dan dosa yang aku lakukan tiap-tiap ketika pada semua dan setiap yang aku maksudkan di atas – aku tetap aku. Yang ada kelemahan, kekurangan dan ketidaksempurnaan. Segala salah, segala silap dan segala dosa itu benarkanlah hanya aku yang tanggung dan pada semua dan setiap yang aku kenali, kiranya sudi: Maafkanlah sekali lagi di sinar lebaran Aidilfitri demi pada keindahan Syawal yang mulia ini.


SELAMAT HARI RAYA
| MAAF ZAHIR DAN BATIN

Klik yang berikutnya di bawah ini untuk perutusan tahun-tahun yang telah lalu :

RAYA 2009
RAYA 2008
RAYA 2007
RAYA 2006
RAYA 2005
RAYA 2004

Ahad, September 05, 2010

bangun pagi terus berfikir fasal art

Ini sudah masuk hari-hari last sebelum kita menutupkan tirai Ramadan 2010. Gathering cukup, event-event buka puasa cukup, buffet cukup, karaok cukup, dateline cukup, semua cukup. Cuma sebagai insan yang mudah lalai dan alpa pada arus dunia yang cukup lagha serta membuai, tarawikh aku dan moreh aku tak cukup, apatah lagi qiamulail. Tido pun dah tak berapa asyik. Dulu kalau kat sekolah aku boleh bagi alasan sebab apa tak pegi qiamulail. Sebabnya takde geng nak tido sebelah bilik mayat masjid darul ehsan dan tak seronok bakar mercun sorang-sorang tepi sekolah agama. Sekarang aku dah takde banyak alasan yang kukuh. Aku cuma harap puasa aku cukup hari dan waktunya macam tahun-tahun sebelum ni tanpa ada apa-apa halangan yang kronik lagi dramatik seperti negara dilanggar darurat atau alien menyerang bumi tanpa usul periksa. Aku nak raya dengan aman dan penuh keriangan disamping keluarga dan kawan-kawan tersayang.

Hari ni aku bangun agak terlebih awal dari hari-hari sebelumnya untuk bersahur. Semuanya gara-gara lepas buka terus pengsan sebab semalam adalah hari yang sangat padat dengan acara-acara amal jariah dari pagi sampai ke senja seperti Infaq puasa dekat madrasah (Batang Kali bukan dekat Pahang) yang ofis aku anjurkan dan juga Infaq Polis Trafik yang Ops Sikap edisi ke-21 anjurkan. Cilakak. Tak pasal-pasal kena saman dalam area kampung. Nasib baik abang polis tu cakap ada diskaun dan boleh bayar lepas raya. Tapi kalau diskaun boleh bayar dengan kuih raya lagi bagus dan cemerlang. Jimat kos duit aku nak beli apa-apa barang keperluan nak dekat-dekat raya ni. Komik atau butang baju melayu atau sandal croc cap Mydin umpamanya.

Sedang aku menunggu baju-baju dalam mesin basuh yang ligat berputar nak berenti, adik aku yang keje engineer kapal terbang tadi lepas balik qiamulail kat masjid, awal-awal dah sound aku nak ajak menziarahi iKea. Lagi awal lagi bagus untuk mengelakkan rusuhan. Ada agenda besar. Nak cari almari mahu bikin mini library. Nak beli rak buku katanya sebab bahan bacaan kat rumah dah tentu hala kedudukannya. Ada yang atas meja makan, ada yang atas tangga sebelah telefon rumah, dekat tepi berandaada yang atas TV, atas peti ais dalam tudung saji, ada yang atas katil, katil, tepi katil, dalam katil, dan sebagainya. Pendek kata susah juga sejak kebelakangan ni nak dibezakan mana katil aku dan mana buku sebenarnya sebab buku-buku tu dah ada form katil dan tilam dah aku perhatikan.

Aku dalam masa beberapa second terus setuju. Bagus juga sebab rumah keluarga aku tidak ada dalam senarai lawatan infaq Ramadan ofis yang ada menyediakan sumbangan rak buku enam tingkat dari iKea. Boleh jugak aku usha-usha rak dan meja untuk budak-budak editor aku letak buku dan entah apa lagi barangan kat ofis lepas raya nanti. Tidak la aku dicap lagi sebagai tapak pelupusan, pegawai DBKL atau tong sampah oleh Zura Tohid dan Hidayah Ismail. Aku mahu buktikan bahawa selama ini tanggapan mereka terhadap premis aku berkerja adalah mapan, bermaruah dan comel sama sekali. Aku tidak salahkan mereka kerana mungkin mereka tidak faham art dan abstrak yang cuba aku anjur dalam kawasan tempat kerja.

Art aku adalah taraf Picasso dan Warhol.

Halus dan sungguh mendalam.

Sabtu, September 04, 2010

Jumaat, September 03, 2010

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Bertahan

Bukan senang untuk bertahan setiap hari jika tidak banyak sokongan yang sewajarnya aku dapat dan perlu datang pada tepat waktu. Mungkin saha...