Sabtu, Februari 06, 2010

Gua teringat perasaan ayam hutan semalam.

Hari ini gua bertemu semangat setelah lama tidak meletakkan apa-apa entri dalam blog keramat ini. Sebab apa bertemu semangat sekarang? Apakah semangat itu sudah hilang sebelumnya? Kenapa dan bagaimana boleh jadi yang sedemikian??! Bila masa pula gua menulis secara konsisten dan malar pula?? Haha. Itu biasa. Tidak cukup gila. Sedangkan kambing pawah boleh kejang pabila disergah gagak inikan pula manusia mahkluk murbawan seperti gua sendiri.

Seboleh-bolehnya gua tidak mahu mengemukakan alasan dan ulasan berkenaan kenapa gua tidak menulis lebih kerap kalau nak dibandingkan dengan dahulu-dahulu. Pada yang tahu, tahulah. Pada yang tahu, nasib badanlah. Har har har har harun!

Namun, apa pun yang terjadi: Cerita tetap cerita. Dan niat untuk bercerita selagi termampu dan diizin Tuhan akan tetap ada selagi 'ada'.

OK? Esok gua cerita. Nak layan Sin Chan jap. Tiba-tiba hati jadi berbunga, perut terisi rerama.

0 comments:

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Bertahan

Bukan senang untuk bertahan setiap hari jika tidak banyak sokongan yang sewajarnya aku dapat dan perlu datang pada tepat waktu. Mungkin saha...