Ahad, Februari 28, 2010

Sabtu, Februari 27, 2010

Presenting: the ALL-NEW Nike National Kit FIFA WORLD CUP South Africa 2010

Nike unveiled the new national team kits with several footballers at a global media event at Battersea Power Station in London.

After the excitement of the first day of the Write History launch last night, day two needed to pull out all the stops. From the exclusive national team kit catwalk to the recycled technology behind the uniform design, today strongly continued to deliver innovation.

Comfort and lightness were at the heart of the new national team kit blueprint, with Dri-fit reducing the accumulation of sweat, and the shirts’ meshed side panels dispersing body heat.


Appearances from a host of international footballers including Alexandre Pato, Clint Dempsey, Nani, and Ryan Nelsen, gave attendees a close up, personal view of some of the shirts that will be worn in South Africa.

Will one of those shirts be worn by the winning captain?



Many of the world's leading players, including Cristiano Ronaldo, Robinho and Ji-Sung Park will take to the pitch in South Africa this summer wearing the most environmentally-friendly and technologically-advanced kit in football's history.

For the first time, all of Nikes national teams, including Brazil, Portugal and The Netherlands, will be wearing jerseys made entirely from recycled polyester, each one produced from up to eight recycled plastic bottles.

Jumaat, Februari 26, 2010

Ternampak budiman.

Aku tak puas hati, betul punya aku tak puas hati. Makin aku cuba, makin susah dibuatnya. Aku tau, bukan senang kerja-kerja macam ni. Cuma aku harap, niat aku nak jumpa jawapannya dalam masa yang terdekat ni akan tercapai serta terlaksana dengan jayanya.

Sedikit sebanyak, aku dah usha line. Orang-orang yang dipercayai sudah pun memberikan makluman dan tindakbalas yang diperlukan. Aku tidak kira dan aku tidak kisah. Seratus, seribu, sejuta, sebilion sekalipun akan aku cuba dan cuba dan cuba dan cuba lagi sampai aku dapat. Mak aku selalu pesan, buat kerja biar sempurna. Kalau orang lain boleh, kenapa aku nak give up pula tak tentu hala? Usaha eskalator kejayaan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ya! Betul tu!! Aku mesti boleh. MESTIII!!!

Tapi sekarang, aku nak simpan dulu. Nak simpan dan peram dan tapa.

Barulah akhirnya nanti, aku akan tampak budiman.

Rabu, Februari 24, 2010

AKU, KAU & BOLA: Separuh Masa Pertama :: Kolaborasi KOMIK-M | MANTERAWORKS di KLIBF `2010


Penampilan pertama komik HARIMAU MALAYA: INILAH BARISAN KITA hasil gabungan mindakarya ampuh Faizal Mukhtar dan Jimi.

Kisah mengenai impian dan harapan.

Cerita tentang nyalarasa dan semangat.

Barisan darah pejuang berjiwa besar dan nadi patriotik berhati gempita mengharungi dugaan cabaran demi cabaran mengharumkan nama bangsa dan negara di mata dunia.

Inilah HARIMAU MALAYA...

INILAH BARISAN KITA!

Sebuah antologi himpunan komik senario dunia bola sepak Malaysia. Naskah ini wajib dimiliki pada setiap insan yang cintakan permainan sukan paling cantik sepanjang zaman, kerana ia menampilkan karya-karya kreatif karyawan Komik-M yang cukup mengujakan!

Prebiu EKSKLUSIF - TIGA[3] muka surat

muka surat. 5
muka surat. 6
muka surat. 7

( Klik imej untuk gambar lebih besar dan kualiti)

' AKU, KAU & BOLA: Separuh Masa Pertama '
978-967-5564-17-8;

9789675564178

Jumlah Muka Surat : 112 halaman

DAPATKANNYA SEKARANG!


Selasa, Februari 23, 2010

TANGH: KAMAL MASRUN'S ARTBOOK Vol. 1 MANTERAWORKS Limited Edition KLIBF`2010

Dari ilustrator dan animator TANGLONG, buat julung kalinya secara eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, dengan inisitiaf gerakan bersepadu MANTERAWORKS, mempersembahkan ---

HARGA PREMIUM | RM 25.00

Pada bermula tanggalnya 19hb Mac 2010 ini nanti, MANTERAWORKS akan melancarkan sebuah hasil usaha ilustrator dan animator prolifik TANGLONG @ KAMAL MASRUN dengan penerbitan TANGH : Kamal Masrun Artbook VOLUME 1 !

Siri ini adalah berinspirasi dari koleksi portfolio dan artwork terbaik TANGH sepanjang kariernya sebagai seorang seniman dan karyawan komik.

Cetakan self-published edisi terhad ini, diterbitkan melalui proses yang cukup teliti, perinci dan kualiti sekali dengan penampilan 40 variasi ilustrasi serta artwork pilihan terbaik. Mempunyai lembaran 52 muka surat(termasuk kulit buku) bersaiz A4, malah disertakan juga poster mega eksklusif hanya dari TANGLONG!

Ada diantara paparan karya dan kerja seni komik yang terkandung di dalam artbook ini, tidak pernah muncul dan BARU sahaja didedahkan kepada khalayak dunia buat PERTAMA kali!

Maka, inilah masanya yang paling tepat sekali untuk anda memiliki artbook unggul serba ISTIMEWA DAN EKSKLUSIF ini dijadikan koleksi peribadi anda sebagai seorang pencinta seni dan komik.

Pre-order SEKARANG di:
budaksapa@yahoo.com / TANGLOG @ KAMAL MASRUN
faizalmukhtar@gmail.com / FAIZAL MUKHTAR

Isnin, Februari 22, 2010

aku cukup isnin hari ni.

Mata dan dada aku memang cukup barai ini hari kat ofis. Sudah la tidur tidak sedap, mandi pun kucar-kacir. Member regular nak ke pejabat pagi-pagi buta lagi dah terpacak depan rumah. Tak bagi peluang langsung aku nak sikat rambut guna gel minyak formula kental berkrim. Rambut aku hari ni adalah ala-ala fesyen Emmet Brown pemecah teori fluks kapasitor. Sesampainya di ofis pula, keadaan menjadi tidak tentu arah kerana cuti hujung minggu, aku tidak sentuh kerja rumah langsung di rumah. Aku pegi jalan-jalan area KL sampai habis duit syiling dalam kereta kancil adik aku buat beli komik, pergi lepak kino dengan padawan komik aku, pergi lepak dengan budak-budak komik yang baru belajar nak jadi padawan komik, baca komik di rumah, baca komik di kedai komik dan di merata tempat yang ada komik.

Jadi, gerakan aku di pejabat menjadi padat. Kaki dan tangan aku turut sendat. Otak fikir aku berligatan dan berancakan. Ya! Aku kini menjadi orang-orang yang bolehlah dibanggakan ibu dan ibu mertua kembali suatu hari nanti.

Ternyata aku sudah jadi warga kerja yang telah merdeka dari belenggu kefasikan dunia materi.

D*&%$. Probably the best movie theme song of all-time, bebeh! Seriously.


Original music score composed by Harold Faltermeyer and guitar by Steve Stevens in the 1986 superhit 'TOP GUN'. The opening score itself charges up and gives goosebumps. It became a motivation for some of the people at that time to join the profession of arms in search of adventure, thrill and 'glamour'. Can't forget how this movie and Tom Cruise became a rage. This was the quotient to sway an entire generation of youth the world over.

Oooh. I really, REALLY miss the 80s so very much.

p/s: All this was possibly inspired after just watching that Sudirman Special on TV2 late midnite. And he's one great entertainer, I tell you. My childhood came alive by that and this and some other many things up till 3am in the morning!

Goodi-goodi-goodison park.

Hari ini adalah hari minggu yang paling senyap serta sepi sekali untuk hampir semua orang-orang dari Old Trafford cawangan KL.

Senyap.

Sungguh senyap.

Aku tidak sangka yang mereka ini rupa-rupanya pendiam-pendiam dan pemalu pula orangnya. Mungkin mereka sudah sedar dan insaf akan hakikat sebuah takdir. Oh. Betul kata seorang seniman agung itu: Sunyi itu indah.

Keh Keh Keh.

Budak biru yang buat budak merah, merah padam. Ini termasuk itu pasukan yang seri kat Kota Bharu malam tadi. Biru adalah warna yang gagah, by the way. (Baca: Kelihatan referee juga ceria meraikan kemenangan riang-ria The Toffees. Hairan pula Pak Ferguson tidak buat bising-bising masa press konferen tadi)

Ahad, Februari 21, 2010

NAGASATRIA :: Limited Edition KLIBF`2010 Exclusive T-Shirt

NAGASATRIA: Limited Edition "Nemesis" Black T-Shirt
Special Price: RM$35.50 //
Sizes: M - XXL
( click on the picture for a larger image )

NAGASATRIA: Limited Edition "Rangga" White T-Shirt
Special Price: RM$35.50 //
Sizes: M - XXL
( click on the picture for a larger image )

With anticipation for Kuala Lumpur International Book Fair(KLIBF) 2010 reaching a fever pitch this coming month, we here at TShirt Studio is offering limited edition premium Manteraworks/MS Legacy merchandise product available for advance pre-order only at this site!

Here is the only place where you can get NAGASATRIA Limited Edition KLIBF`2010 T-Shirt in advance! On sale are TWO(2) super exclusive t-shirts complete with the Manteraworks banner with fine illustrated work by foreknown comic artist, Niezam. These shirts are available in black (featuring NEMESIS) or white (featuring RANGGA of Nagasatria).

Don't forget that TShirt Studio Malaysia online shoppe is also your only place to get this exclusive t-shirt before KLIBF`2010 starts on the 19th to 28th of March this year.

So remember the next time you feel like showing off your devotion to everything artistic, beautiful and rare, stop by TShirt Studio for some great deals and exclusive merchandise!

To order, please contact;
ALIZAN (012-672 3128) OR email: nasyranms@gmail.com
FAIZAL (014-232 6690) OR email: faizalmukhtar@gmail.com

Jumaat, Februari 19, 2010

now you have got to make this happen.

I am getting irregular disorder again here. Meaning that, I have to go back and time-travel again. As much as I wanted to go there and make up my past mis-takes and mis-steps, all have been done. The only way I can make this happen again is not just by going with the flow but by flowing on the go.

And who says I am a complex character, eh?

Now, that remind me of something: Does one look hot when they're out cold. Or is it the other way round. Do remind me.

Khamis, Februari 18, 2010

ultimate kacau.

Untuk yang tahu atau sudah kenal lama dengan aku, dia akan cukup faham bila tatkala aku menggunakan perkataan 'ultimate'. Ultimate akan diaplikasikan bila aku serius memikirkan atau menaakul tentang perkaitan sesuatu perkara atau perihal. Dalam hal ini, tak ramai yang faham akan pengistilahan ultimate dalam hidup aku melainkan beberapa insan terpilih sahaja. Mereka faham benar mazhab ini. Mereka orang bertuah kerana sering mendengar dan sama memproses ultimate aku. Ironinya, asal-usul atau origin ultimate tersebut memanglah ada sangkut paut dengan bahan yang aku rujuk-rujukkan selalu yakni komik atau dunia seputar komik juga. Komik-komik yang berselingkar serta berputar dalam semesta ultimate. Lantas, life itu sendiri kadang-kadang atau selalunya sangat komikal sifat dan sahsiahnya. Bagi aku, kekomikan hidup adalah sama serius dan sama runcing dengan fundamental asasi dan harfiah-harfiah literal hidup, baik yang leksikal mahupun derivatif. Hakikatnya, aku juga mampu untuk membuat pertimbangan bila ber-ultimate.

Kacau pula adalah satu laras kata yang memperlambangkan keadaan genting, kucar-kacir, tunggan-langgang, kecamuk dan apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya. Keadaan ini berlaku akibat banyak perkara. Yang mana diantara lazimnya termasuklah rancangan yang dirancang tidak menjadi atau tidak mengikut rancangan asal, rancangan diganggu oleh syaitan yang sentiasa tidak putus asa dan hasad pada manusia yang lainnya, rancangan rosak sebab lain yang dirancang lain pula jadinya atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya juga.

Baru-baru ini, ianya berlangsung secara parallel. Aku tidak anggap ini masalah. Malah, ia hanya aku kategorikan dalam kepompongan mencabar dan menduga.

Ini adalah ultimate kacau. Aku harap ia tidak akan membiak-besar menjadi ultimate bilau. Kerana bila terjadi suasana, senario atau keadaan ultimate kacau-bila... aku sendiri pun tidak tahu apa mahu buat.

Sebab banyak benda aku ultimate buat, aku berani ultimate tanggung.

Kecuali ultimate kacau dan ultimate bilau. Sumpah aku akan jadi ultimate mati kutu.

Rabu, Februari 17, 2010

Sekeping kertas bermaruah.

Cuti panjang?! Ceh. Panjang berahak! Aku tak rasa macam nak eksyen sangat. Ini semua sebab kes menganggur panjang itu hari. Itu bagi aku cukup berahak dan berhabuk. Setakat ada dua-tiga hari nak balik kampung tempah jem dengan roti paun, nak pergi beratur panjang-panjang main gelungsur kat Mimaland, nak pergi makan ikan bakar dekat pelabuhan sampai berjam-jam tunggu menu masak... dah bukan agenda aku lagi cuti-cuti ni. Aku lebih sukakan cuti yang bertemakan kedamaian, kesucian dan ketenangan alam buana dan fauna. Sampaikan gerabak terbalik sebab trek bengkok dengan jiran terpekik terlolong gara-gara iklim ala-ala Las Vegas pun, aku boleh layan biasa seolah-olah macam Las Vegas tu aku pernah jejak. Aku sekarang kalau ada cuti jenis hatrik-hatrik ni, lebih terarah muhasabah diri dan pembersihan rohani.

Yang ada dalam kerangka rancangan cuti yang lepas-lepas ni pun, adalah banyak hal amal dan jariah. Hal-hal macam ni lebih senang dan mudah. Pahala pun dapat percuma. Dia tak payah pening-peningkan otak sangat. Duit pun boleh jimat ekonomi sikit. Nak buka cerita, hari minggu aku berkisarkan tentang bersih stor rumah orang tua aku yang aku rasa ada la dekat 18 milenia nan lampau tidak diselongkar dan disucikan. Macam-macam aku selongkar dan teroka. Bersih punya bersih, cuci punya cuci, entah macam mana terjumpa dan terdedahlah satu kotak surat cinta aku yang lama-lama. Zaman ubun-ubun nak kental. Zaman baru kenal apa itu jiwang, apa itu karan dan apa itu kapak. Terungkailah memori, terungkaplah kenangan cinta kenangan silam. Hanyut dalam bayangan sebuah misteri. Harum tiada wajah, mengelilingi aku. Dengan suasana yang terharu. Lukisan impianku, gambaran di mana... cuaca yang begini apakah mahunya?

Nasib aku yang jumpa dulu. Kalau mak aku yang jumpa dulu, maka panjanglah press conference kat dapur tu nanti.

Aku tak baca balik lagi secara khusyuk warkah-warkah mawar berduri tu. Tapi sekilas pandang, aku dah boleh agak lepas jugalah nak buat buku pedoman bercinta untuk pelajar-pelajar sekolah aliran KBSM. Cuma aku jangka lepas tu, aku kena abiskan beberapa riwayat dalam kalendar hidup aku kat Kamunting atas dakwaan pengaruh dan hasutan bawah akta penyalahgunaan buku kerja baris satu dan pad kertas periksa sekolah. Baru berapa lembar gua layan baca... Peh! Memang tak boleh belah sahsiah ketatabahasaan cinta aku itu jam. Siapa yang tahu pada era yang berkenaan, kuat betul pengaruh Sembilu dengan Saari Amrinya! Entah setan apa, dengan aku-aku pun boleh terjebak. Rock kepala paip kau.

Oh ho hohh! Fikir-fikir balik, ketemu jua pada aku sebuah jawaban!!

Patut la pun, aku ada hantar surat cinta dekat satu makwe lalu fesbuk itu hari dia macam tak makan. Dah ketinggalan zaman rupanya mazhab yang aku pegang selama ni. Dia kira macam dinosor-dinosor biarpun aku tak guna kaedah buku kerja garis satu atau pad kertas periksa sekolah.


Tak boleh dibiarkan ni. Apa nak jadi... jadilah.

Esok time waktu makan tengahari, aku mesti pergi Giant. Nak cari jenis kertas yang kualitas dari segi mutu dan grednya.

Selasa, Februari 16, 2010

selinap sungguh.

...that sort news, for me is unbelievably true. So much intrigue, too rich in drama. Twist and turns lurking at that very deep and hollow corner. Tidak pernah aku sangka, masih ada terlalu banyak lagi cerita, cerita dan cerita untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

Mungkin itu sebab, ramai yang menegur aku agar tidak gelojoh dan terlalu tergopoh-gapah. Katanya aku perlu lebih banyak bersabar. Timbangrasa. Dan yang paling penting sekali: Percaya pada wibawa sendiri.

Aku ingat tu. Aku ingat.

Ahad, Februari 14, 2010

KELUANG MAN RETURNS! ...AND BEGINS.

CONFIRMED: Aziz M. Osman next film is a live-action adaptation of the animated TV serial KELUANG MAN. Starring Nabil of Raja Lawak, shooting will begin April 2010.

KELUANG MAN was the result of the 52 episodes sub-sequential season run that was produced for a slot at TV1. Then, almost all of us forget his shadowy and bleak origins.

Well. Here I am to tell you just that and how I find this story of a local comic book animated hero... inspiring.

There are several locally made animated programmes on TV which many of us probably made no attempt to watch because we've already decided that they are not up to the standards of Disney or other western productions.

True. Especially when we talk about technology and state-of-the-art equipment which we definitely can't afford(yet). And when we eventually make the attempt to watch Usop Sontorian and happens to catch an episode that is not very entertaining, we then arrive at the verdict that local animation is not worth watching. But being a curious and hopeful viewer, I stand preserved and optimistic. Came Keluang Man, aired over RTM at 7pm every Saturday. I am glad I did watch it all. It came up despite numerous short comings, including the absence of trained and experienced animators.

At a glance, Keluang Man may give the impression that it is 'aping' Batman - First, because keluang is a bat species; Second, our 'hero' is wearing a Batman-like costume minus the bat logo/insignia plate on his chest. But believe me, that's as far as it goes and not without a logical explaination. You see, Keluang Man is a mental patient who wants to be a hero just like Batman. Obviously it must be this illusion of himself that lands him in the hospital. In his quest for adventure, Keluang Man would give the warden the slip to perform his heroic duty. In an episode that I saw, Keluang Man is summoned to Kelantan to be tested by a bomoh with magical powers. What is interesting is that Keluang Man is no superhero. He is an ordinary man who gets knocked about, runs when chased by a tiger or crocodile but eventually wins not by the strength of rippling muscles(which he does not have, by the way) but by chance and because he has a good heart.

Until now, that remain my favorite episode yet. I hope they bring the Bomoh too as the main villain on the big screen. That will make the movie having an ultimate touch, ala Chris Nolan BATMAN BEGINS or Brian Bendis ULTIMATE MARVEL. Hehe! I can already sense some fans out there crying foul ; )

Keluang Man was created as such because the creator did not want children to idolize the character the way they do to Batman and Superman. We have heard about children jumping from tall building trying to emulate and fly like Superman. But we don't think they would want to be like Keluang Man who comes from a mental hospital as well.

Whatever is rational, I find Keluang Man so much fun in its concept and very entertaining.

And a live-action movie of it --- would be spectacular!


p/s: Click HERE to know what wiki knows.

Sabtu, Februari 13, 2010

cair.

Tadi saya ajak dia pegi IB. Dia cuma jawab dengan senyum manis. Oh! Hati berbunga-bunga disiram pelangi jiwa. Entah ya, entah tidak. Saya hanya mencabar nasib sendiri.

Perasaan, oh perasaan.

Jumaat, Februari 12, 2010

Berkedudukan Pingat: Kejayaan BOOM! memberi sinar baru kepada dunia boling sejagat.

Barisan atlet boling BOOM (dari kiri) Asmadi Jones, Mazura Othman, Husna Adnan, Zaidi Ismail, Husaini Senin dan Faizal Mukhtar yang berjaya meraih pingat kejohanan di Wangsa Walk Bowling, semalam. Di belakang, juga kelihatan Safizal Mustafa dan beberapa atlet BOOM! yang lain.

KUALA LUMPUR 12 Februari - BOOM! mencapai kejayaan paling gemilang dan manis buat julung-julung kalinya malam tadi apabila berjaya meraih kedudukan pingat, pada hari temasya Kejohanan Boling Ten-Pin PTS 2010

Paling membanggakan, semangat padu dan kekentalan usaha yang tidak pernah padam memastikan sasaran posisi pingat BOOM! menjadi kenyataan. Dengan menjatuhkan jumlah penuh 4, 567 jatuhan pin, pasukan BOOM! sudah cukup kukuh untuk menewaskan pesaing tradisi yang senantiasa meletakkan pasukan ini dalam kedudukan tidak selamat. Dari awal lagi, pasukan-pasukan lain yang turut bertanding turut memberikan tekanan dalam yang acara berlangsung di Wangsa Boling, Wangsa Walk Mall. Namun, ianya dapat diatasi dengan ketenangan dan kesungguhan konsentrasi yang mendalam.

Kapten Kontinjen BOOM!, Faizal Mukhtar yang sama menyertai aksi menarik itu, telah memberikan kata-kata pembakar perasaan agar mereka terus juang dalam apa jua keadaan sekalipun semangat.

Menurutnya, beliau yakin atlet-atlet sangat berkeyakinan mampu merangkul pingat pada temasya yang lazimnya menjadi acara tahunan itu.

Sambil memuji barisan pemain boling BOOM!, beliau berharap, ''Semangat boling yang mencipta pingat pertama pasukan hari ini mampu menyemarakkan bara kegigihan atlet negara mencapai kejayaan lebih cemerlang di masa-masa yang akan datang, tidak kira beraksi di kejohanan apa sekalipun.''

''Kita merasa bangga dan bersyukur kerana mendapat pingat pertama dalam tenpin boling. Kejayaan ini manis ini bisa dijangka tetapi kita berharap atlet negara akan berusaha lebih gigih lagi bagi memungut pingat emas dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang,'' kata beliau kepada pemberita dalam dan luar negara selepas meraikannya bersama kesemua kontinjen BOOM! yang sanggup menunggu sehingga detik-detik tengah malam, demi menanti keputusan akhir.

Sasaran seterusnya untuk pasukan BOOM! adalah Kejohanan Boling Dunia di Munich, Jerman hujung tahun ini dan Sukan Olimpik London 2012.

Khamis, Februari 11, 2010

unguilty pleasure.

Most people have desirable guilty pleasure when no one's looking. Be it good or not so good, they just tend to do it no matter what happens or to what certain end. I guess some even reach to the point of habitual state. Habits of doing things in enjoyment despite feeling guilt over it when you and me are not watching.

Well. FYI: I don't have any guilty pleasure.

Because you know why?

My pleasure of doing things, seen or unseen does not come with any sense of guilt or any long subsequent regrettable mishaps. I love making unguilty pleasure. And today, I can see that it is working just... fine.

Ha!

Rabu, Februari 10, 2010

The Taking of Keramat 123

Keadaan di dalam gerabak LRT itu tiba-tiba menjadi genting. Suasana bertukar secara tiba-tiba. Sekeliling yang tadinya sepi dan sendiri dengan perihal masing-masing, berubah menjadi cemas dan hingar-bingar dengan suara-suara berbaur panik. Seorang demi seorang bingkas bangun dan bertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi sekarang ini. Kelihatan seorang nyonya tua yang memegang bag plastik pasaraya hiper menjerit. Jeritnya entah pada siapa dan untuk apa. Seorang pemuda berbangsa arab dan seorang eksekutif berbangsa eropah berpandangan sesama sendiri. Kiranya mereka juga dalam kaget.

Bingkas datang pula seorang pegawai penyelenggaraan gerabak. Dia juga kaget. Cuma tingkah lakunya sahaja seolah-olah menampakkan dia sengaja tidak mahu ternampak kaget oleh penumpang-penumpang. Selang beberapa minit kemudian, seorang lagi pegawai gerabak muncul.

" Baik. Saya pinta semua bawa bertenang, ya? Kita sedang mengalami kesulitan "

" Kesulitan? Kesulitan apa benda pulak ni?? ", detak hati aku mengatakan ini bukannya kesulitan yang biasa-biasa.

" Saya harap semuanya dapat duduk semula di tempat masing-masing dan jangan membuat apa-apa tindakan yang bodoh. Tindakan bodoh yang bakal menyusahkan diri anda sendiri! Faham??! " Suara kedua pegawai-pegawai itu tadi dengan tidak semena-mena berubah. Bengis. Ganas. Jahat dan durjana.

Dikeluar kan dari kemeja mereka dua laras mesingan separa otomatis. NEGEV LMG 5.56.

Si laknat bertopeng Mossad. Bangsat-bangsatan JDL!

" Jahanam! Keadaan lebih getir dari yang aku sangkakan... ", tangan yang mengenggam rel semakin kuat semacam hendak remuk besi waja itu.

Tidak sempat pun aku hendak melakukan sebarangan tindakan yang bakal menghantarkan mereka ke neraka dunia, seorang lelaki bertubuh sasa dan besar datang dari gerabak sebelah. Dia mengenakan topeng gas dengan ditangannya terdapat dua lagi.

Dia menghulurkannya kepada dua rakan yang kini sedang menendang-nendang penumpang supaya rebah ke lantai. Mereka mengenakan topeng itu dan tiba-tiba... Psssshhh!!!!

Gas sarin! Modus operandi persis gerakan Aum Shinrikyo 1995.

Dengan ketangkasan sepantas musang hutan tundra yang lincah, aku menerjah cermin keretapi itu dan terpecah seribulah serpih-serpihnya bertabur-taburan bagai pasir ditepi pantai. Jatuhan yang merebahkan aku ke lantai jalan itu adalah lebih kurang 20 meter. Tidak sakit. Sakit aku lebih kepada jembalang-jembalang yang merosakkan hari aku di atas gerabak tadi. Datang ke tanah orang, membawa onar dan engkar sahaja!

Aku bingkas berlangkah laju dan deras dengan dada terluka berdarah serta pipi muka tergores parut. Menuju ke ibu pejabat. Tetap ke ibu pejabat biarpun masa waktu masuk pejabat sudahpun jauh tersasar dari asal. Biarpun gerabak disergah pengganas bajingan. Dirempuh kejahatan.

Sesampainya di pejabat: Lega.

Tiada siapa sangat di situ. Hanya ada dua tiga orang. Pasti sudah keluar. Tepat-tepat waktu makan tengahari. Perut aku pun mendisplin kosong pinta diisi. Namun, kesumat aku yang tertinggal di gerabak LRT Keramat tadi masih tetap belum usai redanya.

Selasa, Februari 09, 2010

Manusia pembawa kaya di KLCC

Pada suatu hari, keadaan begitu tidak mendatangkan mood. Makanya tiga orang itu pun telah pergi ke KLCC untuk melanjutkan langkah mereka ke sebuah toko tingkat atas yang cukup terkenal rasanya. Sesudah mendapatkan idaman masing-masing, terus sahaja ke mahkamah makanan.

Lalu aku bertanya, " Ni diorang ramai-ramai, mana dapat duit nak beli itu, nak beli ini? Judul-judul barang kat sini dah le mahal nak mampos "

Kawan pun menjawab, " ...Alah! MLM "

Dan yang satu lagi satu sibuk menghabiskan kudapan berharga RM9.90 tanpa memperdulikan isu semasa.

Ahad, Februari 07, 2010

Sabtu, Februari 06, 2010

Gua teringat perasaan ayam hutan semalam.

Hari ini gua bertemu semangat setelah lama tidak meletakkan apa-apa entri dalam blog keramat ini. Sebab apa bertemu semangat sekarang? Apakah semangat itu sudah hilang sebelumnya? Kenapa dan bagaimana boleh jadi yang sedemikian??! Bila masa pula gua menulis secara konsisten dan malar pula?? Haha. Itu biasa. Tidak cukup gila. Sedangkan kambing pawah boleh kejang pabila disergah gagak inikan pula manusia mahkluk murbawan seperti gua sendiri.

Seboleh-bolehnya gua tidak mahu mengemukakan alasan dan ulasan berkenaan kenapa gua tidak menulis lebih kerap kalau nak dibandingkan dengan dahulu-dahulu. Pada yang tahu, tahulah. Pada yang tahu, nasib badanlah. Har har har har harun!

Namun, apa pun yang terjadi: Cerita tetap cerita. Dan niat untuk bercerita selagi termampu dan diizin Tuhan akan tetap ada selagi 'ada'.

OK? Esok gua cerita. Nak layan Sin Chan jap. Tiba-tiba hati jadi berbunga, perut terisi rerama.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Menahan Viral

Lebih kurang sedekad aku, perkataan 'viral' bukanlah sesuatu yang lazim digunakan dalam perbendaharaan kata harian kita semua. Jan...