Isnin, Ogos 31, 2009

INI MAJLIS MAKAN-MAKAN MASSCOMM : Edisi Buka Puasa 2009

Buffet pertama gua untuk Ramadhan tahun 2009 ini. CHARGAASS... CHARGASSSS!!!

Meja gua dalam majlis. Tak silap gua wakil ketua meja ni adalah Khairil Nizar. Sebab gua tengok muka dia ada tokoh jadi ketua. Gua hanya wakil melantak satay.

Ni meja yang lain-lain. Mus dah dalam darah daging dia suka bagi ceramah motivasi bergerak. Gua taktau sama ada ini ada dalam agenda program majlis.

Gua tengok meja ni bagus. Tahu adab dan protokol majlis rasmi. Tak kecoh-kecoh macam meja kita. Gua harap wakil meja ambik nota untuk reunion akan datang.

Antara jemputan berikutnya yang turut hadir. Sempat jugaklah gua bersalam-salaman. Dah beranak pinak dah diorang ni. Alhamdulillah. Gua bila lagi?? Aahh... ini soalan perangkap! Bedebah sungguh!!

Ya. Nampaknya wakil meja sedang menjalankan tanggungjawab luhurnya kepada meja makan. Sapa yang perasan, selain itu juga dia menjalankan amanah kepada rakyat Malaysia kat atap Parlimen masa perarakan Merdeka. Biasanya dia dalam konti bilik berita. Berita subuh atau berita orang dah dengkur. Sebelah tu pula, Sri tengah naik kembang tekak tengok wakil meja makan.

Ejai. Dia ni kalau makan ke, tak makan ke... memang spesis tak reti tutup mulut. Gua tak kisah, janji lu happy, tak kena tinju dengan tokey restoran, gua OK. Tapi perlu ke lu buat begini depan kamera orang lain? Rosak la Kodak.

Fizah dan keluarganya. Tak silap gua, berjiran dengan M.Nasir kat Sungai Buloh nun. Terbaik. Kirim salam dia, kata bila nak buka puasa ikan bakar sama-sama gua.

Ex-classmate sekolah kat Subang, ex-classmate kat ITM dan macam-macam 'ex' lagi. Ezuin ni kahwin awal dulu kalau tak silap gua masa budak-budak sibuk tengah balun tesis. Dah jodoh lu. Siapalah gua untuk menghalangnya.

Tukang organizer, tukang senyum, tukang kontrol ayu. Yang belakang tiga ekor tu... tukang nak kena kepala shuffle dengan gua (sirap bandung dalam jag atas meja tu gua dah lama saspek dia ada bubuh 'ais'. Bukan ais batu. Sebab tu budak-budak ni mentol semacam)

Tengok muka pun gua tau, bila detik waktunya bini dah kena pantau dan kawal laki. Tak gitu, Ejai?! Time ni baru gua nampak lu sunyi dalam 2-3 saat. Heh! Tau la nasib lu balik nanti... tiket! tiket!! Hahahawau!

Benda lain kalau kena paksa, memang gua tak sanggup. Tapi kalau perihal dan bab makan-makan ni, kalau orang tak paksa... gua sendiri yang paksa diri gua sendiri. Kenyang perut kan suka hati. Itu moto kental gua.

Gua kalau ikut hati dan poket seluar yang tengah bocor sekarang, masa dia ni offer duit raya... nak aje gua ikut beratur sekali dengan budak-budak ni. Tapi gua ingat pesan mak gua : " Jaga diri, hiasi peribadi. Jangan malukan keluarga, nak "

Hafez : " Bila mau abis nyekik daaa...?? "
Khairil Nizar : " Diam daa! Kau apa tau tentang seni pemakanan dan nutrisi alam "

Cuba teka. Mata gua pandang kamera ke, pandang jurukamera ke atau pandangan tersasar??

Serius cakap. Gua ingat mulai sekarang, gua dah taknak kawan dengan Ben sampai Raya Haji.

Dem. Keras betul kas-kas dia bubuh dalam siput sedut tu. Khairil gua taktau dia guna ilmu apa, steady dia persis Justin Timberlake.

Tinggal muka-muka ni aje yang berani bergambar di hujung-hujung majlis. Ahmad Iznan dari tadi histeria tengok Mikel Jeksen datang untuk berbuka sama.

Tapi ada satu persoalan yang sering timbul saban tahun tatkala datang bulan Ramadhan. Kenapa kerap dianjurkan Majlis Berbuka Puasa tetapi tidak pernah ada Majlis Makan Bersahur? Gua tak pedulik. Gua nak tunggu jugak sampai time sahur. Masih ada lagi ruangan yang terbuka dalam arena perutku.

p/s : Laporan lengkap majlis ini boleh didapati di laman sesawang Facebook gua.

kredit foto: Dzeti/Mus/Nan

Ahad, Ogos 30, 2009

EDISI MUQADIMMAH : Re-union buka puasa dengan tiba-tiba aku datang pula.

Gua ingat nak bikin review sikit pasal majlis tadi walaupun keadaan sahsiah biologi tubuh gua ni macam tak mengizinkan. Tetapi buat masa ini, hanya nota ringkas secara runcit-runcitan sahaja yang gua mampu.

Gua tengah senak ni, bai.

Semangat punya pasal, gua gagahi jua. Sebabnya adalah kerana sebelum menulis ini dan sehingga kini gua punyalah melampau-lampau kenyang dan cukup bernafsu membaham satay, nasik briayani, murtabak Singapura, roti jala, daging salai, siput sedut kas-kas, bandung ais dan macam-macam lagi menu jamuan dan juadah yang amat hebat itu. Ianya masih tidak kebah lagi. Mulut pula bukan takat aktiviti dan kekdah mengunyah sahaja, malah disusuli dengan banyak lagi kurikulum tambahan lain yang juga. Ada yang beradab dan penuh adat ketimuran. Ada pula yang bersepai udang tak tentu pasal. Serta bermacam-macam lagi kegiatan bersosial yang bermoral dan kadang-kadang, kurang moral. Gua berjanji esok lepas sahur gua akan lakukan ulasan menyeluruh. Itupun sebab atas gesaan dan desakan tukang anjur majlis dan rakan-rakan seangkatan gua tadi. Jadi gua harus tahu kenang budi. Jangan tak tau, gua sendiri pun terkejut dengan kedatangan gua.

Ini semuanya bermula dengan tindak tanduk Iznan yang cukup gestapo itu. Ada ke patut, mengangkut gua dengan secara terjah dari depan gate rumah gua walhal tatkala itu gua sudah bersiap-siap hendak mengorak langkah kaki ke rumah Mak Ngah gua kat kampung. Macam teroris perangai lu, Nan. Nasib baik dia berniat baik. Kalau nasib tak baik, tak dapat pula gua pegi makan buffet buka puasa yang hebat itu tadi. Apa pun, thank you Nan, Thank you Zeti, Thank you Mikel Jeksen dan Thank you semua yang terbabit bikin gua bunting ini malam. Jimat waktu tidur gua tak payah bangun sahur.

Eh, jap. Mikel Jeksen ada datang ke tadi??

Nak tanya ni. Kenapa style pose si Khairil tu, mana-mana foto posisi wajahnya mesti sinonim dan sama? Takde gaya lain ke, bang??

Sabtu, Ogos 29, 2009

re-union aku tak datang, geng.

Kalau ikut jadual, hari ni adalah re-union bukak puasa dengan geng-geng masa kat ITM dulu. Iznan kata dia handle, pastu gua tanya balik, Nazi kata Dzeti yang handle. Mana satu entah. Kompius aku dibuatnya.

Tak penting. Yang penting bagus inisiatif-inisiatif mengadakan re-union ni. Merapatkan silaturrahim di bulan kemuliaan ini. Aku sokong. Tapi, aku tak pegi.

Bukan sebab aku taknak pegi atau tak boleh pegi. Sebab just aku tak pegi. Kalau ada sebab yang aku nak bagi pun ialah sebab aku tidak cukup 'haul' untuk pegi. Mungkin next time. Aku rasa pasti ada next time. Puasa pun lama lagi, insyaAllah kita akan berjumpa jua di siri-siri jelajah buffet bukak puasa di venue yang lain. Jadi, untuk semua kawan-kawan yang jemput aku tempoh hari, awal-awal aku mintak maaf la. Aku kosongkan kedatanganku. Harap ada yang sudi makan dan jadi wakil melantak buffet tu untuk aku. Ingat, jangan bagi chance pada yang lain bila makankan untuk aku. Biar setimpal dengan nilai juadah.

Baru solid steel puasa kita semua. Terima kasih.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Einstein should have lived longer to explain this theorem to us all. I am in no position to do so. Unless you can understand it yourself

Nobody will know for sure what is in you unless you tell them the real thoughts you wanted to get across. I, in the other hand choose to do so only when the TIME really calls for it. Precision is important. Not saying that I prefer to be boundly dramatic about this matter but at a certain selected occasion or events in life, timing can be everything. One second you don't comply nor react, then its all over for you. The second second won't be as same as the first second. An alternate reality will promptly re-create itself a brand new choice for us. Meaning that, either you tell them or not, at any given time, if the opportunity does not appear to be relevant, automatically it will become indefinitely meaningless.

This is purely theorical, and also practical in so many of us.
.

Khamis, Ogos 27, 2009

Rabu, Ogos 26, 2009

The sharp crossroad.

Its raining outside. Gut so cold.

Almost shivered and froze my fingers. Still thinking about what comes next after tomorrow. Yeah, I know. I know. The 'now' is more important that the 'before' or the 'after'. But I need to solidify things every now and every then. The future is gray the way I see it today. It used to be pure 'white'. It used to be solid 'black' too. But 'gray'. It's hard to deal with gray. I'd be lying if I did not say this out loud. Friends heard. Family sense. It's puasa month and there is a more greater and graver feeling than being hungry or thirsty. The emptiness leaves a void deep. Broad and deep. It's frightening once I have a glimpse of it.

I am again stuck in that intersection.

The sharp crossroad.

And the rain and the cold and the void isn't helping me at all.

Selasa, Ogos 25, 2009

Awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila. Sungguh. Aku yang tulis ni.

.
Ya. Inilah tajuk entri aku untuk kali ini. Ianya berjudul 'Awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila'. Barangkali ada yang bertanya, kenapa dipilih tajuk yang demikian pula ya? Sebabnya mudah dan senang untuk dijawab : Sebab awek itu punya idea la yang suruh aku bubuh tajuk ini. Ada ke dia cakap dia tak percaya yang aku memujai dan menggilai dia. Berbuih mulut aku cakap, dia masih tak percaya. Asyik ditanya berulang-ulang kali sambil dengan selamba mengukir sengihan kambing. Nasib baik kau cute. Dah, sekarang ni aku kena buktikan pada dunia kenapa perlu dinyatakan secara terang dan terbuka. Ini semua gara-gara awek yang aku puja tadi adalah awek yang aku gila juga.

Pertama kalinya, dalam konsep memuja seorang awek yang kita minat, seringkali dinamiknya akan menjurus kepada perkara-perkara yang membuatkan kita melakukan anjuran-anjuran dan inisiatif-inisiatif yang luarbiasa. Yakni, yang tidak konvensional. Sekiranya kita memikat awek dengan cara yang konvensional atau biasa-biasa sahaja, ia tidak akan nampak special(istimewa) di mata awek yang kita ngurat atau pikat tadi. Awek itu pasti mahu kelihatan oustanding(menyerlah) kerana hasil cubaan kita untuk memenangi hati serta perasaannya tidak akan nampak cliche. Jadi, nak tak nak, kita kena gila serba sedikit. Cara inipun telah terbukti zaman-berzaman. Qaysh Muzahim(Majnun) dan Romeo Montague juga pernah melakukannya biarpun ianya fiksyen semata. Tambah pula, elok juga fiksyen dijadikan sandaran contoh kerana kedua-duanya mati akibat kebangangan masing-masing bukannya kegilaan. Ah. Cinta itu kadang-kadang memang buta tak tentu hala. Lupakan saja contoh yang tak best tu.

Ini adalah usaha dan ikhtiar aku ke arah membuktikan kepada awek yang aku puja dan gilakan itu. Usaha ini akan dimulakan dengan 10 sebab kenapa aku suka pada awek yang aku puja dan gilakan itu :

Sebab 1.
Awek yang aku puja dan gilakan itu cun. Bukan cun-kerepot sepertimana yang termaktub dalam Kamus Dewan edisi yang terkini itu. Tetapi dalam ertikata cantik, comel, cute dan cargas pula mencari hati aku. Aku suka pada makwe yang pandai-pandai main cinta dengan aku.

Sebab 2.
Awek yang aku puja dan gilakan itu mempunyai fahaman 'rock'. Rock disinilah bukanlah hanya sekadar menghafal lagu-lagu rock kapak dan rock leleh era 80an atau menonton filem ROCK arahan Mamat Khalid semata-mata, tetapi rock dari pengistilahan berpendirian teguh dan kental umpama batu yang keras. Hence, 'rock'. Awek sekarang sudah jarang dan rare-rare sekali elemtal rocknya. Awek yang aku suka ni ada jiwa rock.

Sebab 3.
Awek yang aku puja dan gilakan itu sungguh sangat ada unsur time complacency(menyenangkan masa). Dia datang tepat waktu di masa aku mahukan seorang awek yang aku puja dan digilai. Mungkin faktor ini banyak membantu tatkala aku mencari-cari seorang awek yang layak untuk dipuja dan digilai.

Sebab 4.
Awek yang aku puja dan gilakan itu unik. Dia tidak seperti awek yang aku puja dan gilakan sebelum ini. Mereka sama ada jual mahal, banyak berdolak-dalik, peluang tidak linear pada keadaan dan berbagai-bagai lagi. Mujurlah tidak ada awek yang aku puja dan gilakan itu jenis yang ambil kesempatan terhadap kekayaan pekerti dan kemewahan budi bahasa ini.

Sebab 5.
Awek yang aku puja dan gilakan itu sebenarnya suka kat aku juga. Tapi aku rasa dia nak test aku dulu sebab dia tak percaya yang aku puja dan gilakan dia. Aku rasa sebab dia confuse aku ramai kenalan wanita. Takpe. Nanti lama-lama dia tahu... yang mana makwe, yang mana awek.

Sebab 6.
Awek yang aku puja dan gilakan itu bagi aku syarat yang boleh aku penuhi. Tak macam separuh awek tu. Ada ke suruh aku makan durian dan ajak aku tengok cerita hantu Korea. ICU la aku nanti.

Sebab 7.
Awek yang aku puja dan gilakan itu tinggi, rambutnya lurus, kulitnya cerah dan bermata bayi. Pasti ramai kutu-kutu dan pemuda-pemuda akan menyenaraikan kriteria ini dalam agenda awek idaman mereka. Aku beruntung kalau dapat awek yang aku puja dan gilakan tersebut.

Sebab 8.
Awek yang aku puja dan gilakan itu minat bolasepak. Walaupun dia minat Mengencesteh United tapi aku jenis tak kisah. Sebab dia ada tanya masa Malaysia lawan Mengenchesteh United hari tu, "Beckham main tak?". Aku jadi lega satu macam.

Sebab 9.
Awek yang aku puja dan gilakan itu tak memilih makan dan minum. Senang bawak pergi date kalau tengah sengkek. Yang aku ingat, dia suka order air suam. Paling kuat pun sirap ais.

Sebab 10.
Awek yang aku puja dan gilakan itu kelakar dan suka buat lawak yang cukup lucu dia sendiri tak gelak. Bagi aku, talent itu hadir pada insan-insan wibawa humornya bertaraf dunia seperti Rowan Atkinson(Mr.Bean) atau Meor Ahmad Fuad Meor Badri(Din Beramboi).

Maka itulah dia antara sebab dan alasan kenapa awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila. Aku memang tak tahu malu menulis benda ni sebab awek yang puja juga adalah awek yang aku gila. Jadi benda ni aku anggap gila aku pada awek itu. Jadi, macamana kira ni? Lulus ke tak? Kalau tak, aku kena buat benda lagi gila dari memuja dan memuji sahaja kerana mungkin ianya tidak cukup hebat.

Seperti makan durian dan tengok cerita hantu Korea.
.

Isnin, Ogos 24, 2009

Sebab Marvel nyaris bangkrap satu masa di era 1990an dulu : IMAGE COMICS


Dekad 90-an adalah dekad yang mana ledakan indutsri komik populis mainstream/kapitalis meletus terlalu dahsyat. Aku yakin ramai kawan-kawan seangkatan yang sekapal dengan aku setuju bahawa antara punca Marvel hampir muflis satu masa dahulu disebabkan oleh 7 orang artis komik berprofil tinggi membawa bersama semangat dan jatidiri masing-masing dan menubuhkan Image Comics.

Ya. Ini termasuk juga Rob Liefeld yang licik itu.

* Lagi video di KEDAI KOMIK™ EXTRA

* * *
.

[INCEPTION] Described as a contemporary sci-fi actioner set within the architecture of the mind from The Dark Knight director Christopher Nolan. Nolan wrote the original screenplay and hopes to shoot the sci-fi action film for a release during mid 2010.

'Rashomon' film art

How can you be a devoted film fan and still show off your love of movies without looking like a child? Well, you will have to make sacrifices. There’s really no way to hang up that STAR WARS or LORD OF THE RINGS poster in your living room while people comes to your house during Hari Raya or social-gatherings like kenduri and stuff and not come off as a little kid unless you directed that movie (and even then you got some explaining to do jugak kan?).

The solution: find classic, beloved films and either get the original poster or find some gifted artist's take on the film and the poster they made for it. Online as usual, I stumbled on a giant pile of incredible poster collection today by one artist Kent William's poster for the restoration of Akira Kurosawa’s Rashomon. If Williams’ art looks familiar, it is perhaps because he also did the art for the beautiful graphic novel version of Darren Aronofsky’s The Fountain.

If only I can just get this piece. It’s gonna be classing up my room once it get framed. It’s supposed to be a limited run.

Thank you Matt Goldberg and Joblo

Here's another piece of news from the wonderful world of comics. Now, you can bring motion to your favorite superheroes and make Marvel Comics come to life ala Spider-Woman Motion Comics! Marvel is teaming up with Aniboom and giving you the chance to bring motion into comic book and change the world of comic books forever. Make the pages of fan-favorites Wolverine and Nova come alive using images, audio and scripts provided by Marvel to create top quality Motion Comics Books starring some of the worlds finest comic book superheroes. Give life to the first seven pages in your most imaginative and unique way possible. Grand prize is USD10,000. NUFF SAID!

Ahad, Ogos 23, 2009

Dengan demi kerana ini aku lafazkan Wallahua'lam ( ...Allah jualah yang lebih mengetahui akan sebenar segala-galanya)

.
Kadang-kadang, ada orang yang suka bergantung hidup pada nasib. Dan kadang-kadang pula, ada orang yang TERLALU suka bergantung hidup pada nasib. Ada bezanya disitu. Tapi tidak pada aku kerana aku kurang faham apatah lagi mengerti secara total tehadap konsep nasib. Nasib atau luck ini selalunya datang pada keadaan-keadaan yang tidak kita jangkakan sama sekali. Dari nasib baik atau ke nasib kurang baik yang datang kepada kita semua sehari-harian. Nasib, kismat, suratan, tuah. Sama sahaja maksudnya. Ia bersifat tidak menentu yang berkemungkinan besar kebanyakannya berpunca asal dari sikap manusia itu sendiri. Nasib ini tidaklah tally sama sekali dengan konsep Qada' dan Qadar kerana ia lebih kepada fahaman kepercayaan dan ketentuan daripada Tuhan yang sangat mendalam. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang lemah bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapan-Nya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu, kita masih boleh terusan berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya - Allah mampu mengubah takdir kita biar apapun cabaran dan dugaan dan pancaroba yang mendatang. Bukannya bergantungan nasib ciptaan manusia yang amat rapuh itu.


Dan hari ini, satu keajaiban telah berlaku di atas limpahan rahmat anugerah kurniaan Yang Maha Tahu.

.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Jumaat, Ogos 21, 2009

Roald Dahl says it's OK.

.
...some people, when they have taken too much and have been driven beyond the point of endurance, simply crumple and give up. There are others, though they are not many, who will for some reason always be unconquerable. You meet them in time of war and also in time of peace. They have an indomitable spirit and nothing, neither pain nor torture nor threat of death, will cause them to give up.

- Roald Dahl, THE SWAN


When you’re writing, it is rather like going on a very long walk towards many crossroad, valleys, mountains and things. And you get the first view of what you see and you write it down. Then you walk a bit further, maybe up on to the top of a hill and you see something else. Then, you write that and you go on like that, day after day, getting different views of the same landscape. The highest mountain on the walk is obviously the end of the book because it’s got to be the best view of all, when everything comes together and you can look back and see everything you’ve done all ties up. But it’s a very, very long slow process. It starts always with a tiny little seed of an idea, a little good germ and that even doesn’t come very easily. You can be mooching around for a year or so before you get a good one. When I do get a good one, I quickly write it down so that I don’t forget it, I don’t dash up here and start to write it. I’m very careful. I walk around it and look at it and sniff it and then see if i think it will go. Because once you start, you’re embarked on a year’s work and so it’s a big decision.

One of the vital things for a writer who’s writing a book or scripts or whatever, which is a lengthy project and is going to take about a year is actually how to keep the momentum going. To be confronted with a blank page is not very nice.

A writer once taught me the finest trick when doing a long book, which is simply said in his own words - “ When you are going good, stop writing ”. And that means that if everything’s going well and you know exactly where the end of the chapter’s going to go and you know just what the people are going to do, you don’t go on writing and writing until you come to the end of it because when you do, then you say, " well, where am I going to go next? And I get up and I walk away and I don’t want to come back because I don’t know where I want to go ".

But if I stop when we’re going good, as the writer said, then we know what I am going to say next. You make yourself stop, put my pencil down and let go of the keyboard and everything. You walk away. And we can’t wait to get back because I know what I want to say next and that is incredible and we have to try and do that.

Every time, every day all the way through the year or so. If we stop when I am stuck, then we are in trouble.

Apa kes ni, brader ??

.
Paul Tassi beri maklumat ini pada gua :

" For most of yesterday, I was trying to think of what the Na'vi reminded me of while watching the AVATAR trailer. It was on the tip of my tongue, then suddenly, I started seeing it pop up in comments everywhere.

DELGOVATAR.

That's right, the movie that you never heard of until after it set the record for the worst opening weekend in history, grossing a mere $511,920 despite wide release in 2,160 theaters. The comparisons of AVATAR to DELGO have been floating around the internet for the past 24 hours now but now someone actually sat down and decided to make a visual side-by-side comparison of the two. The results are pretty damn conclusive and practically warrant a likeness lawsuit from the lowest grossing movie ever to be filed against the director of the highest grossing movie ever. How’s that for irony?

Check out some of the undeniably similar comparisons below and click on them HERE for even more. "


Ah, sudah. Ni baru tunjuk trailer-nya sahaja.








AVATAR. The upcoming James Cameron film
.

" Selamat berpuasa untuk semua "
.

30 hari aje. Itu pun banyak faedah, manfaat dan syafaatnya. Baik untuk zahir dan batin pula. Badan pun perlu overhaul juga.
Penting tu, ye tak ??

( rujuk gua kepada diri gua sendiri )
.

Khamis, Ogos 20, 2009

a puro dolor.

Pagi-pagi buta tadi henset gua dah memekak menggerakan amaran tanda ada sms masuk. Disebabkan gua hanya dapat tidur selama lebih kurang dua jam sahaja sejak dari malam tadi, gua buat-buat pekak aje merangkap tak berapa nak ambik pot sangat dengan sms tersebut. Gua perlukan tidur yang cukup dan sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan kewarasan diri. Baru sedap.

Selang beberapa minit, dia berbunyi lagi. Kali ni bukan sms tapi ada call in.

Ah! Malas gilababi gua nak angkat. Makin lama, makin panjang deringan. Jenis orang yang tak reti give up! Dengan perasaan berat hati, berat mata dan berat tangan... gua jawap jugak.

" Gua dah ada depan rumah. Cepat turun "

Aduhai. Bob rupanya.

Gua dah lama tak jumpa Bob. Baru gua teringat, Bob (atau nama sebenarnya Abu) semalam ada warning gua dia cuti 2 hari. Memang selalu dia cuti Khamis-Jumaat pun. Bob tak macam orang-orang keje pejabat lain. Dia jarang merasa cuti hujung minggu Sabtu-Ahad. Dia keje dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan suratkhabar Melayu-Pro-Kerajaan nombor satu di Malaysia sebagai supervisor mesincetak. Kuat kederat si Bob ni walaupun badannya kecik. Tak macam kebanyakan Bob yang gua kenal. Seingat gua, dia dari lepas abis SPM dulu pun dah gigih bekerja kat Carrefour. Masa dia keje tu, katanya dia sempat satu bumbung dengan Mawi sebelum dia jadi bintang. Gulung sushi dengan timbang-timbang barang bubuh tanda harga. Tak macam gua, malas. Abis tingkatan 5, hanya lepas satu keje aje. Itupun tak tahan lama. Keje kedai VCD cetak rompak kat Subang Parade. Itu zaman VCD cetak rompak tak berapa haram lagi. Sekarang ni aje yang salah disisi undang-undang.

Tujuan Bob sebenarnya gua dah tau sejak dari semalam lagi. Dia dah lama tak berentap 'Kesebelasan Pemenang' dengan gua. Mesin PS2 dia pun jarang panas 2-3 menjak ni.

OK, hal-hal macam ni kalau negara dilanda perang nuklear sekalipun memang pasti gua tidak sanggup menolaknya. Sarung baju, siap lebih kurang, terus gua naik motor Honda Cawan Bob. Selalunya kalau pegi rumah Bob, gua pandu kereta sendiri. Memandangkan kawasan rumah Bob dekat dengan balai dan tambah pula dengan nisbah 1 bulan : 1 saman yang wujud dalam kuota pemanduan gua dewasa ini, semalam Bob cakap dia rela jemput gua sehening pagi dekat rumah gua demi perjuangan 'Kesebelasan Pemenang'. Budi Bob sebagai sahabat yang cukup akrab sampai bila-bila gua takkan lupa. Dan banyak kali juga gua terhutang budi dan terhutang duit dengan Bob. Ada la jugak dalam beberapa situasi, gua dan Bob banyak belajar erti survival sejak dari kecik sampai la sekarang bersama-sama. Dia banyak berpengalaman dengan gua, di kala susah atau pun di masa derita.

Gua jarang-jarang jadi pembonceng motor. Apatah lagi menunggang motor. Disebabkan si Bob ni adalah seorang bekas jaguh mat rempit masa era puncak dia keje gudang elektronik dulu kat Sunway, jantung gua bolehlah diibaratkan melayang dan bertebaran jatuh hancur berderai melata ke bumi entah ke mana semasa membelah side mirror kereta dan kesesakan lalulintas menuju destinasi yang dihajati tatkala warga kota berpusu-pusu menuju ke tempat keje masing-masing. Bob buat muka selamba rock dia sambil boleh buat-buat tanya, " ...lu Ok tak kat belakang tu? "

Liciknya soalan kau. Nasib sampai. Gua ingatkan dah nak kena puasa kat ICU aje esok lusa.

Disebabkan dia cuti dan gua pula 'cuti' juga, kami mengambil hari ini dengan perlahan dan senang (slow and easy) sebelum pertempuran benar-benar bermula. Kami mulakan dengan acara bersarapan pagi di satu resroran mamak dekat area rumah Bob. Sedang ligat mengunyah roti tampal, Bob bukak cerita. Bob kalau bukak cerita, semua cerita-cerita sensasi yang gua jarang dengar dalam suratkhabar atau saluran warta berita kat TV. Dari kes mati mengejut masa keje, kes mandrem-memandrem, kes roadblock dekat area tol sampailah kes kenapa Mengenchesteh United kena tapau dengan Burnley. Cerita Livefool kalah tak pulak dia bukak mulut. Gua pun takmo usik perkara sensitif tu, kang tak pasal-pasal kena balik rumah jalan kaki. Gua mana tau naik bas area rumah Bob ni.

Kami juga cuba mengelak untuk berbicara kes -kes teknik dan taktikal terbaru yang terwujud dalam liga 'Kesebelasan Pemenang'. Itu sudah menjadi sumpah dan tangkal azimat pemain-pemain. Ada sekali tu, gua bagi tau satu skill maut golkeeper kat satu kutu ni... sampai sekarang dia derhaka tak sudah. Kalau ikut hati, nak aje gua sumpah kutu tu jadi Jalan Tuanku Abdul Rahman di malam hari Raya. Puas hati gua.

Perut terisi dan sessi pun bermula. Dari pagi membawa ke tengahari, berenti makan nasi, rehat kejap-kejap layan History Channel kat Astro lepas tu sambung main balik sambil borak-borak diselangselikan dengan acara carut-mencarut dan segmen kritik-mengkritik yang cukup membakar perasaan.

Hujung saingan, liga Kesebelasan Pemenang dengan Bob pun tamat (setakat ini) dengan keputusan-keptusan yang agak samarata. Bob walaupun dah lama tak tarung dengan gua, sudah masak dan hampir lali dengan corak permainan gua. Cuma gua lagi puas hati bila tengok dia kalah. Alasan dia kadang-kadang tak masuk akal. Usepp pun tak bagi alasan macam mana si Bob kasik.


Sikit masa lagi dia akan keluar. Jangan main gila.

Balik tadi masa hantar gua, Bob ada bagi satu amanat kat gua. Gua tak pernah dengar amanat tu. Amanat tu buat gua pikir panjang sambil longlai berjalan menuju ke kafe siber berdekatan untuk menulis entri ini.


P/S : Bob sekarang ada duduk kat satu area Puchong dengan bini dengan anak ponmpuan dia yang baru lahir. Dia masih tak heran keje gua yang konon-konon glamer tu. Katanya, glamer macamana pun, esok lusa suratkhabar tu orang recycle jugak bikin paper lama.

Rabu, Ogos 19, 2009

Goal! 3 : Mengambil Atas Dunia (skrin hijau)

Ni kalau adik gua tak sound itu hari, memang sampai ke sudah gua taktau pun ceritanya dah keluar. Unfortunate sekali, ia adalah DVD release dan tidak akan ditayangkan di pawagam seperti dua filem sebelumnya. Gua dah layan se-round. Tiba-tiba rasa nak call budak-budak turun padang sekarang jugak main bola dari pagi sampai malam. Tak boleh tangguh lagi. Esok lusa tak boleh, bulan Ramadan. Yang nyatanya bukan sebab gua motivasi atau terasa inspirasi bolasepak. Tapi, lebih ke arah lepas geram. Gua cuba untuk tidak mencarut.

Gua takkan review atau komen kalau lu orang belum BERANI tengok lagi. Berani tengok? Ha??! Beranii??!!! Berani ke?? Chaisss!!!

Selasa, Ogos 18, 2009

Metallo H1N1.

Dalam siri tv TERMINATOR itu hari dia baru kena bunuh. Tapi dia datang balik sebagai sebuah entiti cyborg yang baharu dalam musim SMALLVILLE akan datang. Selama 2-episod, seorang wartawan baru dari Daily Planet bernama John Corben akan akhirnya ditakdirkan menjadi Metallo secara eksiden! Biasa la... banyak orang jahat dalam komik memang jadi teknik gitu. Eksiden dan eksperimen dah jadi lumrah.

Luar alam komik, jangan kata eksiden. Internet diskonek sesaat dua pun boleh jadi lumpuh. Percayalah!

The MARVEL Digital Project.

Kalau ikut kalendar yang dah gua coreng, masuk area hujung bulan ni adalah tarikh penting untuk pengikut, pengumpul dan pelayan komik semua. Mereka sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan motion comic original pertama dari Marvel di alam sibermaya (yang mana ia juga akan diterbitkan dalam bentuk print). Untuk 5 episod pertama ini, iTunes akan memaparkan secara eksklusif wajah baru semesta Marvel dengan siri komik yang cukup menggegar dada.

SPIDER-WOMAN : Agent of SWORD.

Dia telah diculik berdozen kali, dicurik identitinya berulang-ulang dan pernah menjadi musuh paling bahaya dan durjana! Dari bermulanya AVENGERS DISASSEMBLED sampailah ke SECRET INVASION. Cuba peratikan dimanakah letaknya peran si perawan lelabah ini. Namun kini, dia kembali untuk membalas dendam dengan vendetta tersendiri.

Komik ini adalah hasil karya pemenang anugerah Eisner dan tersenarai dalam carta New York Times berulang kali, yakni saudara Brian Bendis dan Alex Maleev. Misi Jessica Drew adalah untuk mengembalikan maruah dirinya yang sudah lama tercalar dan membuka lembaran baru buat hero-hero Marvel sejagat. Salah satu lagi contoh lembaran baru yang dimaksudkan adalah Digital Comic Reader dari Sony PSP ini umpamanya :



Gua suka yang print. Feel dia lagi lebih. Lu boleh rasa jiwa komik tu kalau lu pegang dengan telapak tangan dan jari-jemari lu yang mulus dan tulus lagi kudus.










p/s : Lagi info tentang komik-komik era digital Marvel di sini

Wanita dan Kasih: Suatu jalur yang tidak terlerai.

Dalam makna yang lumrah wanita ialah perempuan. Namun persoalannya: Siapakah yang boleh dinamakan sebagai wanita? Adakah gadis sunti dara muda serta siapa sahaja yang selanjutnya daripada itu. Hakikatnya, wanita lebih menjurus kepada perempuan yang sudah cukup matang dan dewasa serta sudah menegtahui kedudukannya dalam memberi peranan kepada dirinya, masyarakatnya dan agamanya. Justeru, itulah wanita yang cukup sifatnya. Yang sejati.

Menurut perspektif Jawa, perkataan 'wanita' diambil daripada bahasa Sanskrit dan seterusnya digunakan dalam bahasa Kawi yang kadangkala dikenali sebagai wujudnya (orang perempuan). Tetapi, apabila perkataan ini digunakan oleh masyarakat Jawa, kata ini telah dikupas secara etimologi iaitu perkataan wanita ialah gabungan dua perkataan 'wani' dan 'ditata' ialah diatur dan 'nata' bermaksud mengatur. Jika dicerna maksud sebaliknya, kita dapati perkataan wanita membawa makna perempuan yang berani dalam menghadapi apa sahaja peraturan yang sudah ditentukan oleh agama dan kepercayaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Sehubungan dengan ini juga, banyak gambaran wanita yang berani mempertahankan haknya sebagaimana yang dipaparkan dalam cerita-cerita seperti Syair Siti Zubaidah dan cerita-cerita panji seperti Hikayat Panji Semerang. Tidak disisihkan pula kisah-kisah sarat moral seperti Rabiatul Adawiyah mahupun Zulaikha. Secara tidak langsung, kebanyakan cerita memaparkan kegigihan wanita yang sanggup berkorban demi kasih kepada orang yang disayangi. Dengan pemaparan serba-sedikit, peranan wanita yang berani mempertahankan haknya amat sesuai dengan dilihat daripada pengertian yang bersangkutan dengan keberanian. Jika ditelusuri dari perspektif Islam, kelahiran Hawa pada dasarnya adalah untuk menjadi teman pendampingan (kanca jejer) kepada lelaki (Adam) dan makhluk insani bernama wanita hanya muncul setelah Adam dijadikan. Dalam pengertian lain, ini menunjukkan wanita lahir lebih kemudian daripada lelaki dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebanyakan wanita bersandar kepada kasih lelaki untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna, begitulah jua sebaliknya.

Sebagai sarana untuk terus dikasihi, wanita akan berusaha menampilkan dirinya secantik mungkin agar disenangi oleh pihak yang diharapkan. Tidak menghairankan jika hingga ke zaman sekarang ini pun, ilmu-ilmu yang menjurus kepada pengekalan kecantikan ini masih didambakan. Baik yang asli ataupun saduran.

Cantik luar dan cantik dalam. Cantik rupa dan cantik jiwa.

Isnin, Ogos 17, 2009

: 9.58 secs - He did it again.


At first, rival Tyson Gay suggested that Bolt's 100m record was within his grasp but Bolt dismissed the claim and instead noted that he was more interested in Asafa Powell's return from injury. The final was the first time Usain Bolt and Tyson Gay had met in the season and the American ran 9.71 seconds, just 0.02 off Bolt's world record run in Beijing. However, Bolt finished some distance ahead of Gay, improving the world record to 9.58 seconds to win his first World Championship gold medal.

Taking over a tenth of a second off the previous best mark, this was the largest ever margin of improvement in the 100 m world record since the beginning of electronic timing.

Sikit pun tak sesal filem HALO tak jalan.

Ternyata sebuah filem yang telah meng-reinvent genre ke kawasan yang serba baharu. Sumpah kalau Peter Jackson bagi duit kat Neill Blomkamp bikin filem Gerak Khas atau Sembilu Kasih sekalipun, ia akan jadi super. Adunan alegori-alegori politikal dan komentari sosial di dalam kepompong sai-fai realistik yang disaduri unsur (anti)moraliti kemanusiaan dengan sudut yang cukup drama estetikanya.

3 tahun lagi? Tadahal lah.

Ahad, Ogos 16, 2009

Sabtu, Ogos 15, 2009

Captain America Reborn #3 is an important issue. Trust me.

A peek at Leinil Yu painting process for the variant cover of Captain America: Reborn #3. Pre-Orders anyone?

THE STORY: Dr. Doom and the Red Skull together again. What is the fate of the original Captain America, Steve Rogers and how can he help save himself from the accidental trap he's found himself in?? All this and more, as the Avengers and the Fantastic Four battle insane odds to save Marvel's Fallen Son!

imbuhan perlawanan persahabatan.

Gua baru sebentar tadi nak gerak gi stadium tengok bola sama adik-beradik dan konco-konco. Katanya FOC. Friendly Malaysia lawan China, hari tu miss Malaysia lawan Kenya gara-gara sessi cubauji X-Box. Niat gua terbatal bila-bila pabila dapat tau kena bayar pula tiket masuk.

Alah. Ni yang berat. Next game lawan kat Stadium Raja Fahd Arab Saudi pula. Kecoh betul la nak lawan bola time-time orang nak sembahyang Tarawikh. Nanti terlepas pula waktu moreh.

KICK ASS kickers.

Looks very tongue in cheek, trying to mix the comic book action with some humor. Yes, also mild gory-ness. Matthew Vaughn is a terrific director and I have 'hopes' for this project. If not, Mark Millar. Reading the comic book, it's about a fanboy/geek who attempts to reinvent himself as a real-world costumed superhero named Kick-Ass. Seems doomed to failure because he’s not athletic nor coordinated until he runs into real bad guys with real weapons. Sorry, not spoiling anything.





Jumaat, Ogos 14, 2009

On a look out for JOE THE BARBARIAN soon... its really that good.

In January 2010, Grant Morrison and artist Sean Murphy will have me in awe with the upcoming six issue mini-series. Again, fills my cup of Tongkat Ali. Especially the art work.

Another brilliant new Vertigo title. A collaboration that the writer describes as “Home Alone meets Lord of the Rings.”

I believe they wanted to do one of those Narnia-style worlds in a wardrobe-type stories. Seems like it took lots of hard energy and time to do this one. Grant Morrison said it's about a little kid who has diabetes, which makes you hallucinate if you don’t take your medicines. And something happens to him in his home. The kid is in a dream state where he’s seeing all his toys come to life as they’re fleeing their village after an attack. It’s fun to create generic characters based off of existing characters, but to change them just enough to avoid legal problems.

Ahehe.

A quick glance reveals (obviously) Batman and Robin, plus dead ringers for The Transformers, the crew of the Enterprise from The Next Generation, G.I. Joe, Dick Tracy and … M.A.S.K.(?!) among others. More preview over here

p/s: From the look of things, it’s going to be a follow up on Seaguy and one-upping Mark Millar’s 1985.

Khamis, Ogos 13, 2009

persoalan yang membuntui lebih dari isu PPSMI

Kenapa jadi pantang mak bapak kalau asah pensil depan belakang?

Kenapa kalau terhantuk kepala dengan member satu kelas(sengaja ataupun tidak sengaja), mesti nak kena hantuk balik?

Kenapa kalau bawak basikal pegi sekolah, bila sampai aje pintu masuk utama kena turun basikal lepas tu heret basikal tu sampai tempat letak basikal?

Kenapa masa cikgu-cikgu takde pergi mensyuarat, kelas jadi lagi senyap berbanding dengan masa cikgu ada?

Kenapa budak-budak lagi gerun tengok pengawas dari cikgu?

Kenapa subjek PJ adalah waktu pertama sekali dalam jadual sekolah?

Kenapa kalau pergi pusat sumber selalunya budak lagi banyak tak baca buku dari baca buku lepas tu kalau nak pinjam buku mesti setiap kali tu jugak kad pusat sumber hilang?

Kenapa kat masa bunyi loeceng pertama kena bediri macam patung, loceng kedua baru boleh gerak masuk kelas masing-masing atau perhimpunan?

Kenapa selalu kalau kena kenen dengan makwe, mesti kena kenen dengan makwe kelas lain waktu agama islam?

Rabu, Ogos 12, 2009

Selasa, Ogos 11, 2009

The Write Environment


THE WRITE ENVIRONMENT COMIC BOOK SERIES features interviews with three of the giants in the comic book industry, Marv Wolfman, Mark Waid, and Geoff Johns. These respected writers provide invaluable behind-the-scenes insights into the creative processes that lead to their award-winning comic book scripts.

the truth is written all over our faces.

The average person tells three lies in ten minutes of conversation. Well, how 'average' and how 'converse' eh? Are you one of them?? Well. Enter another post-CSI show of investigations, reaching the truth through applied psychology: interpreting microexpressions, through the facial action coding system and body language.

Would'nt I watch that when I was 9.


It's been a while since I last sat on the comfort of my own home and layan TV serials. The fondest was way back when I was a budak sekolah yang tersangat Indiana Jones-type, watching those slick archtypical heroes with the likes of MacGyver, The A-Team, Streethawk, Knight Rider and Airwolf. Back then, the shows weren't many. There's no ASTRO, there's no cable TV, there aren't even DVDs, Box Sets and Torrents. We are solid purist who watched problems-of-the-week themed TV shows that our favourite heroes had to solve. Those are one of the best memories of my childhood. The plus factor is: The hero never-ever... EVER kalah atau mati. Tak percaya boleh semak.

Today, TV stations are so luxurios. We even had the internet and pirates to add the 'extra assistance' if we missed any on the tube. Options are endless. And I would have a go on my chances and options. Watching Lie To Me on one of those stations. Turns out that serials today are more complex and critical. The story is about Dr. Cal Lightman (Tim Roth of The Incredible Hulk and Reservoir Dogs fame) who can detect the truth by analyzing a person's face, body, voice and speech. When someone shrugs his shoulder, rotates his hand or raises his lower lip, Lightman knows he's lying. By analyzing facial expressions, he can read feelings, from hidden resentment to sexual attraction to jealousy. But as Lightman well knows, his scientific ability is both a blessing and a curse in his personal life, where family and friends deceive each other as readily as criminals and strangers do. Lightman is the world's leading deception expert, a scientist who studies facial expressions and involuntary body language to discover not only if you are lying but why.

Ooh. Popular science. Just my cup of Tongkat Ali.

It was episode 3 and I am instantly hooked. It's a compelling new drama series inspired by the scientific discoveries of Dr. Paul Ekman, a real-life specialist who can read clues embedded in the human face, body and voice to expose both the truth and lies in criminal investigations. And I wonder, what other television serial is out there waiting for me to explore and implore. Time! Time! Oh, dear time!

Better buckle up. Burn Notice is on next. Nampak sangat aku takde keje lain nak buat.


p/s: Life isn't as simple as I imagine now that I'm all 'grown-up'. How I wish Kam-Kam, Chickedees and Choki-Choki can be household names once again.

Isnin, Ogos 10, 2009

Sudah up satu piala !

Jenis orang tak banyak cakap.

Ini pula jenis orang yang banyak cakap.

Chelsea telahpun berjaya memenangi trofi pertama mereka untuk perlawanan pembukaan musim baru 2009/2010. Kekalahan dengan pasukan over-rated itu telah membuktikan segala. Patut dah menang 2-1, tapi gol akhir yang itu budak score sengaja diberikan untuk menambahkan unsur-unsur drama. Biasa la, cerita seasonal memang macam gitu. Dia ada thrill manjang.

Anak rusa Nani tu ingat dia best tapi tak best. Akhirnya, bahu dia yang terkehel tak tentu arah entah ke mana. Tengok macamana Carvalho dan Lampard beri tunjuk ajar dengan bimbingan turnaround game yang menarik. Lepas tu boleh pulak Evra tu cuba-cuba nak sauk Ballack. Kereta kebal lu tau macamana sifat dia?? Kegembiraan yang bersifat sementara juga buat anak-anak bernama Rooney bersama Owen itu. Heh! Owen. Sampai sekarang gua tak percaya dia dah masuk Mengencesteh United.

Keputusan muktamad 4-1 melalui pukulan penalti. Ben Foster lawan Peter Cech. Ini lagi satu kes khas. Ah, yang penting ada lagi beberapa target piala hendak pergi. Selamat berjaya dan tahniah untuk skuad Carlo Ancelotti.

Majulah Chelsea untuk Chelsea!
*

Ahad, Ogos 09, 2009

Sabtu, Ogos 08, 2009

.
Langau Hijau.


Gua selagi dapat berita yang menggegarkan neuro cortex. Rasmi : Jay Chou akan ganti Stephen Chow Sin Chee yang sepatutnya gantikan Bruce Lee untuk watak KATO dalam filem GREEN HORNET tahun depan. Betul. Ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian.

Jimi pasti suka gilababi akan berita ini.
.

Jumaat, Ogos 07, 2009

makbul mustajab dari maulana.

Malam begini, gua sedang berguru dengan seorang sahabat di facebook. Ilmu dan pengalamannya cukup luas serta tinggi pada hemat gua. Tinggi mana dan luas mana, itu hanya Tuhan yang tahu. Tapi gua rasa hikmahnya serba serbi, tambah-tambah lagi pada malam seumpama Jumaat ini. Ada banyak kelebihannya.

Tanpa diluah, tahu gua sedang melayan masalah. Tanpa diucap, tahu pula dia bertanya itu dan ini. Tanpa dikata, tahu juga dia memberi pesan dan nasihat sebarang yang ada.

Gua rasa diisi. Makin lama meneguk, makin segar rasanya.

" Temu hulu hilir menyusur.
Adat hidup temukan mati.
Jangan tuan terus masygul.
Adat wira harus tahan uji. "

" Ya kalau begitu aku berjanji. Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi. Titian takdir seruncing manapun ku seberangi. Di mulut naga gemala sakti terkunci. Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti. "


Langgam yang akan gua ingat sampai gua jaya.
.

Khamis, Ogos 06, 2009

jahanam kau foo keong !

Gua dah ternampak menatang ni kat kedai foo keong a.k.a Panjang. Jantung gua jadi tak tentu arah. Berdebar dia lain macam, ibarat nak kena suntikan BCG bercampur-baur dengan perasaan dipanggil ke pejabat guru besar atas sebab-sebab yang super bingai. Apakah gua perlu membayarnya dengan wang ringgit hasil kerja buruh yang memang haram gua tak suka? Nak download pula, budak Pinto itu pasti tidak tahu akan lubuk special feature dan extranya.

Makin lama makin bersepai memikirkannya.

Dan hati gua jadi ledak padu maut bila gua baru dapat konfirmasi tadi bahawa perayaan Natal nanti, akan keluar edisi istimewa 5 disc-nya. Apa kau nak mampos?!

Penyakit.

Penyakit macam jenis penyakit. Ada penyakit yang boleh diubat dan dicari penawarnya. Ada jenis penyakit pula yang sengaja dicari dan diundang musibahnya. Penyakit datang dan pergi. Penyakit muncul dan hilang. Penyakit biasa, penyakit luarbiasa. Kata akarnya tetap 'sakit' kira dibuang sisip imbuhan. Katanya juga, penyakit pembuang durja-durja dosa.

Punca penyakit dan sebab penyakit berbagai rupa, bentuk dan cara. Yang pantas, yang perlahan dan yang sederhana. Kadang-kadang, dalam keadaan yang tidak disangka-sangka - datang penyakit yang tidaklah terasa 'sakit'nya. Sedap. Penyakit yang sedap. Menyenangkan. Menyegarkan. Menyelesakan. Tidak langsung mendatangkan mudarat dan azab. Namun apakah ini juga layak digelar penyakit?

Tepuk dada, tanyalah selera. Tapi jangan tepuk dada kuat sangat. Jangan bertanya-tanya yang bukan-bukan pada selera. Kerana itu adalah sumber utama penyakit yang sebenar.

Rabu, Ogos 05, 2009

Tak abis-abis berangan. Mat Jenin pun mesti iri hati dengan gua.

Gua banyak kali terbayang situasi ni :

Apa agaknya akan terjadi pada diri gua sekirannya gua dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara kapitalis serba pop seperti Amerika Syarikat serta mendapat peluang berkarya dan berkerja di Hollwood? Ke manakah kedudukan gua hari ini barangkali.


Tapi akhirnya gua akur. Orang berangan tutup mata. Gua berangan bukak mata. Apa daaa...
.

Selasa, Ogos 04, 2009

APA KATA SURVEY 1

Ya. Survey sulung sudah pun selesai dijalankan.

Dan nampaknya respon yang diberikan adalah agak samarata bezanya biarpun hanya segelintir sahaja yang mengatakan blog gua yang berwajah baru ini best, cun, ada gaya, handalan dan marveles (11%). 33% beranggapan ianya di tahap boleh tahan aje dan masih boleh dibaiki lagi. Yang kata ianya biasa dan takde banyak perubahan pun ada juga (22%). Maka yang lainnya, cukup tak suka, menyampah, stupid-damdam, anti establishment dan menganggap perubahan yang dibuat setakat buang karan komputer (33%).

Nak buat macamana. Bukannya kita boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau tak, dah lama dah blog gua ni dapat anugerah terbaik dunia kategori jiwa rakyat. Gua tetap akan cuba dan terus cuba menggapai pelangi selagi daya. Kata bidalan, hanya jauhari mengenal...

Apapun, terima kasih kerana mengundi dan mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang terlampau berfaedah ini walaupun tidak ada ganjaran menang motor atau gelaran jutawan diberikan. Kalau ada komentar susulan atau nasik tambah, ulas terus secara langsung dalam ruangan komen dibawah. Nanti bila gua senang, akan cuba dilayan dari semasa ke semasa.

Baiklah. Untuk survey seterusnya, soalannya berbunyi :


CORAK PENULISAN ATAU GENRE YANG JENIS APA LU ORANG BERKENAN GUA TULIS DALAM BLOG NI DAN AKAN BACA TIAP-TIAP HARI BILA BOS TAK NAMPAK KAT OPIS ?


* Fikir-fikirkanlah. Esok gua bagi pilihan objektifnya kalau dah ready, orait.
.

Isnin, Ogos 03, 2009

Lubuk untuk orang bujang yang ada dapur.

Nasi Goreng Gaul. Antara resipi klasik nan istimewa yang disajikan untuk tatapan kita semua. Ramsay dan Oliver bakal merembeskan perspirasi liur mereka.


Mula-mula gua fikir adik gua hanya berbakat dalam permainan muzik bergitar. Tak caya, lu orang boleh ke sini untuk bukti nyatanya. Namun, baru-baru ini pula, gua ada terserempak satu lagi rahasia yang cuba disimpan adik gua bersama-sama konco-konconya.


Gua telah terjumpa DAPUR BUJANG !

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Hari Ini Aku Demam.

Entah apa pasal, hari ini aku demam. Jenis demam yang selalu aku akan rasa dan alami setiap tahun. Bermula dengan resdung, sakit belakang, w...