Khamis, April 30, 2009

Gazet Panggung 'TRANSFORMERS DUA : DENDAM SI PEKECUNDANG'.


Tidak ada yang lebih syahdu dan meliurkan dari melihat trailer dan screencap filem baru yang ditunggu dalam HD padu. Bolehlah buat sementara menunggu ni. Bagi yang duduk hutan lipur dan masih menganggotai Parti Komunis, ini cerita TRANSFORMERS 2. Sambungan kepada TRANSFORMERS tahun 2007 dua tahun terdahulu. Lebih besar skop-nya, lebih terampil Hollywood-nya dan sudah tentu lebih kaya-raya intipati serta dayarasa Michael Bay-nya.

DAY 10 : Coup de'tat.



Photo: Digitelwerks

Took an episode off last night, to mention that episode was a season finale. Heard that Bell handled it well taking over Sultan Syah Ludin's throne for a day - minus the daulat, of cos. Ahehe. WOLVERINE was so-so, not ready to complain much. Also, saw the leaked final theatrical trailer for TRANSFORMERS 2. AWESOME.

Read the papers today. HIGHTLIGHT: Times Warehouse Book Sale at USJ19 Digital. Today until 10th of May. Price cut up to 90%. More info later.Have a good day.



LAXMANA Guerilla Production Blog

Rabu, April 29, 2009

DAY 9 : Panggung ini hari.

0-0. Itulah keputusan muktamad di Nou Camp pagi tadi, biarpun gua hanya tengok dengan kemampuan penglihatan 20%-30% sahaja gara-gara shooting dan Winning Eleven tanpa henti. Gua tak rasa rugi sangat sebab rata-rata penilaian gua macam tengok persahabatan estate. Kulur-kilir bawak bola tak kemana gol yang dicarik. Hampras betol. Ini bermakna advantage buat pasukan Chelsea. Harap-harap jumpa si Setan Merah lagi. Dendam kesumat tahun sudah masih membara.

Wolverine bukak hari ni kat Malaysia biarpun ini hari Rabu. Bermakna juga filem ini menandakan pembukaan summer movies untuk musim 2009. Koi dah tolong booking tiket. 8 semuanya. Pasti melegakan jiwa dan nurani. Harap-harap penggambaran berjalan lancar (baca: teori Apokalips - apa nak jadi - alifbata - ABC)

Sekarang menulis entri blog ini dengan Hazo di sisi (assistant Line Producer) sedang menceritakan biografi hidupnya secara 'live'. Rupa-rupanya dia ni budak kampung gua, anak duta Malaysia yang banyak travel dunia serta ramah, tamah, pamah.

Masuk ni dah 13-14 buku-buku bercorak cereka, biografi dan sains fiksyen gua dah boleh tulis dengan hanya lepak di sini.


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Selasa, April 28, 2009

DAY 8 : Pee Wee and Carrot Top can share my thoughts and feelings.

I think I am neither of the above. Still a premature or to be exact, amature. A well known fact that I choose to ignore by option. A peculiar rationale. An actor knows how to act on and off the set. An entertainer knows how to entertain when and where he or she requires to do so. And there's the performer, who will of course perform up to a certain feature where rarely an actor or an entertainer can achieve.

P.Ramlee is a perfomer.

Chow Sin Chee is a performer.

Rajinikanth is a performer.

Johnny Depp, De Niro or Christian Bale is your archetypical Hollywood performer.


I have lost my place in this arena. Forget the act. Forget the entertainment. But there's a performance all right. I am more of a joke. And I can see everybody clearly-apparently laughing and giggling out loud in silence. FYI, it's not the comedy or humour that tickles them.


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Isnin, April 27, 2009

DAY 7 : Epistemologi Erdogan dan Ahmadinejad.

Erdogan dan Ahmadinejad adalah penggerak kuat kepada usul 'Dunia Tanpa Zionisme' sejak berapa tahun lamanya. Yang sorang terang-terangan kasik penampar sulung kat David Ignatius yang tak paham-paham bahasa dengan Shimon Peres yang mungkin nyanyok akibat tua nak mampos kat Davos dulu. Yang sorang pulak isytihar Yahudi bapak segala racist betul-betul depan bapak segala Setan kat Geneva minggu lepas baru ni. "Holocaust adalah satu mitos bangang", katanya. Kenapa dunia duk sibuk sangat kat Switzerland tu pun, gua kurang mengerti.

Dapat duit nanti, mungkin gua try nak book tiket pegi sana. Sebab gua tau ini bukan soal politik atau sentimen. Gua nak tengok-tengok dan belajar-belajar apa yang patut. Kalau pasport gua tak lulus atau tak cukup duit pun, gua masih tetap nak smugglekan diri.

Ini hari ingat nak bikin Erdogan atau Ahmadinejad tapi mengenangkan Isnin dan ada pulak ramai kaum wanita, gua ingat nak tunda lain hari. Ilmu hitam dan ilham putih gua belum cukup ngam sangat. Justeru harus bertemu Maulan-Maulan moden pilihan itu tadi. Nak jumpa Ibnu Sirin dengan Jalal Rumi dah takde. Semoga Allah memberi rahmat dan keamanan ke atas jasad dan roh mereka yang bersabar dunia dan akhirat. Akal dan kehendak gua tidak setanding pedoman ITU yang masih belum kunjung dapat.

Suatu hari nanti mungkin dengan izin.


LAXMANA Production Blog

Ahad, April 26, 2009

DAY 6 : Lepas ni gua nak pesta buku sendiri-sendiri.

Ahad. Selalunya sama ada gua akan ngorok abis-abisan sampai kena gegar ke pasar atau gua layan komik dan buku sampai petang atau gua layan panggung. Kalau tak pun, ini hari gua plan nak ke last day pesta buku. Jumpa kroni dan kutu-kutu yang lain. Zid subuh-subuh shafie'e lagi dah booking gua untuk appoinment lunch sebelum dia balik Singapura. Maaf, gua sekarang terpaksa bersemayam ke MayaPura dahulu untuk urusan pencarian Laxmana. Sori dud, gua betul-betul tanggung jawab lagi ni. Esok lusa lu dah balik, kita cerita. Zedd, Lobak, Zaki, Roy. Termasuklah nama-nama ini yang telefon atau SMS gua tidak berangkat gara-gara kamera sedang di rolling. Niezam, kita merancang Tuhan menetukan. The comic is still in my mind. I apologize for the no-show at the Pekomik talk for the lauch of THAT online comic. Koi, gua memang nak karaok malam tadi, alih-alih gua koma lepas tengok bola sampai ke pagi.

Bermakna juga ini hari tamatlah penggambaran musim-2 game show tersebut. Apa yang terjadi keesokannya, hanya Tuhan yang tahu.


LAXMANA Production Blog

Sabtu, April 25, 2009

DAY 5 : Hari minggu pun kena shoot.

Jarang-jarang gua bangun awal pagi untuk pegi shooting. Memandangkan ikut schedule pun kena jugak datang hari minggu, gua gagahi jua. Hari ni takde jam. Lobak dengan Ajiff mesej gua suruh turun Pesta Buku. Acara sedang diubah oleh Pekomik. Gua hanya mampu muncul secara roh sahaja. Malam ini mungkin terlepas final FA CUP Selangor lawan Kelantan, gua hanya mahu tengok kebakaran.


LAXMANA Production Blog.

Jumaat, April 24, 2009

Khamis, April 23, 2009

Rabu, April 22, 2009

DAY 2 : make up *

Gua sekarang sedang menulis di dalam set semasa sessi rehat di antara episod. Semua krew produksi sedang melantak karipap gebu yang digandingkan dengan sirap pekat manis. Sambil gua melayan bebelan si Dhani pasal filem terbaru Mamat Khalid(pasca Estet), gua curik-curik mengelamun macamana gua perlu survive hari-hari yang mendatang. Harap-harap orang tua gua faham yang gua masih punya masa depan yang cerah dalam lapangan yang gua ceburi meskipun belum nampak lagi sinar-sinar keunggulan cinta yang benar-benar membanggakan keluarga, nusa dan bangsa.

Hari-hari kalau touch tebal manapun pun, kalau kena lighting ke, peluh membias ke... cair juga wajah yang di dandan.


LAXMANA Production Blog

Selasa, April 21, 2009

DAY 1 : Hari ini dalam lipatan.

Masuk hari ni, dah masuk post yang ke-900 gua bubuh kat sini. Mungkin satu rekod kebangsaan buat diri gua. Hari ini juga menandakan hari pertama penggambaran game show yang membabitkan pembabitan hardcore gua di belakang tabir selama 20 hari berturut-turut. 20 hari dari awal pagi hingga ke waktu malam. Ini bermakna dalam tempoh tersebut, gua dengan secara korbannya terpaksa melepaskan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sejak pertama kali gua ke sana pada tahun 1991. Memang tak pernah miss kecuali tahun ini. Ini termasuklah juga Anugerah Industri Muzik yang juga gua tak pernah ketinggakan sejak diperkenalkan. Kirimkanlah gua kekuatan dan semangat. Nak buat macamana, dah ketentuan Allah SWT.

Labu lah...Labu.


LAXMANA Production Blog

Sabtu, April 18, 2009

Pagi-pagi buta ada kutu / aweks mana entah dah main miss-call-miss-call sama gua. Tak tau ke gua sedang bermimpi di siang hari.

Tadi gua bangun dalam keadaan yang begitu membingungkan neuro cortex dan saraf tunjang. Gua trackback balik prestasi hidup dan kerjaya gua sepanjang suku pertama 2009 setakat ini dan ternyata terlalu banyak benda yang masih bersepai dan tidak tentuhala. Mungkin kerana gua terlalu banyak meletak benchmark yang bukan-bukan ataupun mungkin kerana gua terlalu dramatik dalam mengikut rentak orang-orang yang terlebih dahulu sukses dari gua. Orang nak ke bulan, gua pun sibuk nak ke bulan tapi hapa pun gua taktau pasal kejuruteraan angkasalepas.

Gua sedar yang gua masih lagi di bawah par. Gua tau gua malas. Gua tau suka berlengah. Gua tau gua suka curi tulang. Gua tau kemahiran gua di padang tidak se-fit dan se-Azman Adnan seperti dulu. Gua tau yang gua selalu kopak dan kering, tak kira la haribulan apa pun. Dan gua juga tau yang gua miss banyak benda yang tak sepatutnya gua miss.

Gua terpaksa salahkan diri sendiri.

Demmit.

Tiadakah pakej rangsangan ekonomi dari pihak kerajaan pusat ataupun jawatan dalam PLKN ke untuk insan lemah seperti gua ini ?

Jumaat, April 17, 2009

selamat berpesta di PWTC.

Ingat cara-cara dan jalan berhati-hati.

Sudah lama gua mengkaji dan menelaah tentang alam dan manusia. Bukan hanya buku teks alam dan manusia di sekolah rendah sahaja, tapi di luar teks tulisannya juga. Makin lama gua menggali, makin lama gua mencari, makin dalam lubang-lubang yang gua cipta. Tapi itu tidak bermakna gua tidak berani atau gentar untuk terus menggali dan menggali lagi dan lagi dan lagi. Perjalanan untuk ke dasarnya akan terus gua carik walau apa pun yang akan bakal gua temu. Gua takkan dapat ingat semua pesanan Luqman, Fansuri atau Hamka. Tapi gua masih ingat cara-cara dan jalan berhati-hati.

Mungkin di resume gua tertulis kalimah PENULIS. Tapi hakikinya gua lebih ke arah SAINTIS dan ARKEOLOGIS.

Esok lusa siapa yang tahu. Mungkin gua akan tertimbus di dalam lubang ciptaan gua itu sendiri.

Khamis, April 16, 2009

pengulas beriman.



Si Amirul masuk-masuk studio aje dah pasang menatang ni sikit punya kuat. Nak tengok bola kat sini, Astro dah kena potong. Kalau ada Astro pun, gua bajet ramai tak tengok jugak sebab malam tadi berapa orang sudah baik punya terbongkang atas sofa dengan rentak-rentak dengkuran yang merdu. Langsung takde rasa belas kasihan pada gua yang kena kantoi JPJ malam tadi. Chaiss! Dasar MU.

Malam Jahannam ( Kecundangnya seorang pembalap haram di tangan takdir kerna malang tidak pernah mengeluarkan bau )

Semalam adalah hari yang mengikut undang-undang Murphy walaupun yang sebenarnya gua pun tak berapa reti apa dan macamana undang-undang Murphy berfungsi. Siapa mamat mengada-ngada nama Murphy ni pun gua tak usul periksa. Uforia mengejar dateline dan kerja-kerja harian yang tak putus-putus datang secara impromptu, langsung tidak menjadi sebarang hal bagi gua. Janji gua ada keje tetap dan tak merempat tepi jalan jual dadah tepung atau merempit ganggu jiran tengah pagi buta atau kacau awek-awek kilang balik keje. Biasalah, ekonomi tengah merudum dan keadaan kewangan global tidak stabil. Alasan yang dah biasa orang gunakan untuk tahun ni termasuklah gua ni yang cukup jahil pasal ekonomi dan susutnaik kadar matawang dunia. Yang gua tau, duit masuk duit keluar. Duit ada, duit takde. Duit orang, duit kita.

Maka nak dijadikan cerita dalam keikhlasan gua mencari rezeki halalultoyibban sehari-harian, kerja gua dua-tiga menjak ni banyak mebabitkan adegan dan babak running-merunning. Nak tak nak kena la gua menaiki kenderaan untuk ke satu-satu destinasi. Selalunya gua akan menaiki kenderaan persendirian ataupun kenderaan syarikat bila mana perlu. Dan sseringkali juga, kalau perjalanan yang membabitkan destinasi dan lokasi-lokasi yang gua kurang familiar atau jauh-jauh belaka, gua akan lenjan kenderaan syarikat yang merupakan sebijik kereta Wira Aeroback cukup rugged dan kental. Minyak Petroleum pula ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Jadinya gua seronok buat kerja, tak la duduk mengadap komputer aje 24jam walaupun gua sedar skrip gua dah terbabas 2-3 minggu nan lalu. Haru. Haru. Apa la nak jadi dengan gua, nak kaya tapi kerja malas. Gua ingat buruh Bangla dengan Indon bagik 2-3 minggu tu, siap dah sebuah bangunan pencakar langit kat KL.

Sejak Isnin rasanya gua dah cover Taman Equin, Serdang, Kuang, Sungai Buloh, Pertama Complex, Bukit Jalil, Taman Orkid, Cheras. Malam tadi ada satu lagi destinasi gua kena hadap sebelum gua memanggilnya hari (call it a day) iaitu mesyuarat dengan kepala-kepala krew kat sound stage area Bandar Sri Damansara. Tapi sebelum gua ke sana, gua ingat nak tukar kereta syarikat dengan kereta gua. Kalau meeting tu macam agak-agak tak memerlukan gua sangat, gua boleh terus chalo balik rumah. Tak sampai setengah jam ber-meeting-an, gua dah sangap. Nampak sangat gua off focus. Pelan-pelan gua bangun dan angkat kaki menuju ke kereta Kancil 850 keluaran 1999 gua yang kukuh itu. Dalam perjalanan keluar, ada satu simpang bawah flyover dekat dengan area tak jauh dari studio gua dan sound stage tadi. Lebih tepat lagi dapat gua nyatakan ianya terletak betul-betul sebelum Plaza Tol Penchala, bersebelahan perumahan pangsapuri Flora Damansara yang selalu muncul di TV itu. Dari kejauhan, simpang tadi nampaknya kecoh dan sesak nak mampus. "Ah! &%$#!!! Ni mesti ada eksiden bangang kat depan ni... *&%$@! Jakun betul!", jerit gua dalam hati kuat-kuat tanda protes dengan sikap pemandu-pemandu Malaysia yang pantang tengok eksiden tak kira di mana jua berada. Kalau tolong tu takpe, tapi nengok aje macam tak pernah nampak eksiden seumur hidup.

Makin lama makin pekat jem. Kereta gua pun jalan terhangguk-hangguk, tersengguk-sengguk macam ayam kena paipon. Dalam seminit tu, tak sampai semeter pun pergerakan kereta-kereta. Slow... slowww.... sellowwww...

Tiba-tiba,

Jantung gua bergendang bagai alunan fengtaw tak tentu arah, aliran darah gua bersepai entah kemana, separuh nyawa gua bagai disentap sakratul maut! Bijik mata gua yang tadi mamai dan lalok dengan secara otomatis terbeliak macam nak terkeluar dari soket. Depan mata gua, gua ada nampak bayangan kon dengan lampu oren lip-lap-lip-lap berwarna belang jingga dan putih. Betul-betul kat tengah kon tu tertera rapi dan besar abjad " J.P.J " !

EKSIDEN APEKEJADAH!

Sudah. Dalam kepala gua dah muncul macam-macam kebarangkalian dan perhitungan: Apa sarapan gua kat lokap besok pagi, ada tak jalan pintas underground ke mana-mana sebelum tiba turn gua jap lagi, ada tak gua pernah belajar ilmu ghaib kat mana-mana qiyai sebelum ni, gua ada bawak porno ke dalam kereta, bila last sekali gua mintak ampun kat mak bapak gua... bla... bla.. bla.


"Op.. Ooopp! HAHHH!!! Ni apa kena kau ni, ni bulan lapan tahun lepas. Berenti sana!! Berenti sana!!! "


"Bak sini lesen dengan IC kau"

"Kunci ni aku tarik. Kau boleh call sedara-mara kaua datang jemput"

"Ni saya tak bagi saman ni, saya bagi perintah mahkamah"

"Kau tau apa salah kau??!"

"Apa ingat aku ni baru keluar kampung ke?!!"

"Pak Aji pun pernah menipu, bang..."


Semua kenyataan-kenyataan keras dan padu tu dan entah berapa banyak lagi kenyataan keras dan padu lain yang diarahkan tepat kepada gua, suara tersekat kat kerongkong manjang nak jawab. Gua hanya mampu menjawab dengan angguk-anggukkan lemah dan lembut, muka masam mencuka umpama anak dara sunti kena kawin paksa sama laki yang bukan pilihan hati. Air mata gua walaupun tak mengalir deras membasahi pipi tetapi ianya menderu laju jauh ke dalam lubuk hati yang sayu. Gua sipi-sipi nangis dari dalam.

Drama tersebut berlanjutan dengan siri-siri cerita panjang dan ceramah undang-undang serta motivasi dari pegawai-pegawai JPJ berpangkat tinggi dan rendah sehingga ke larut malam membawa ke awal pagi.

* * *

Perjalanan pulang ke rumah, gua cuba imbau kembali zaman-zaman kegemilangan gua mengganas gagah dan liar tanpa cukai jalan selama 8 bulan berturut-turut dengan syahdunya. Penuh sesalan. Gua insaf tidak terkata. Gua berikrar untuk tidak menjadi penjenayah jalanan tidak berprinsip lagi dalam mengikuti akta pengangkutan jalan (untuk sementara waktu).

Gua kecundang dalam kegelapan larut malam yang bening dan hening itu jua.


Moral:
Pastikan anda tahu dimana anda menyimpan dan meletakkan geran kereta anda supaya kelak ingin memperbaharui cukai jalan tidak menjadi kesulitan seperti saya. Cegah sebelum parah. Terima kasih

Rabu, April 15, 2009

( AKAN DATANG ) - Rosli Dhoby

© KL MOTION PICTURES COMPANY 2009




Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung :

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.


Salam sembah dari anakanda.


Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Selasa, April 14, 2009

Isnin, April 13, 2009

kita rata-rata sama seperguruan dalam hidup.

Novelis prolifik berbangsa Brazil, Paulo Coelho menulis di dalam bukunya The Witch of Portobello,
" Apabila sesebuah teks suci ditulis, ia mengandungi jiwa penulisnya yang menjadi instrumen untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Hakikat ini bukan saja benar bagi teks suci, tetapi bagi setiap ayat yang kita lakarkan pada kertas. Kerana tangan yang melakar setiap kata, menjadi cermin kepada jiwa si penulis. "

Sabtu, April 11, 2009

10 tahun sudah berlalu.

Selepas pembukaan Litar Antarabangsa Sepang dan Istana Budaya pada tahun 1999, gua selalu teringin nak lepak dan turun sana. Semua orang pun tahu, berapa sikit punya berat dia punya tiket pintu masuk. Dia tak macam lu tengok race malam minggu kat KL atau tengok kutu-kutu basking tepi divider longkang. Pot macam SIC atau IB diorang kena jaga status sebab taraf dunia. Dunia apa itu gua kurang pasti. Gua pulak jenis kutu yang bukanlah dari golongan yang ada-ada. Kalau ada sumber kewangan, hasilnya gua ngam-ngam guna untuk keperluan asas gua untuk hidup. Jarang-jarang la gua ada lebih untuk tabungan atau untuk masuk akaun ASB sebab gua ASB pun tadak. Macamana nak masuk duit, ye tak? Takkan nak bayar dengan... Ah!!! Buat letih aje gua story panjang-panjang.

Tapi orang kata kalau ada rezeki tak ke mana. Tunggu punya tunggu, sabar punya sabar, harap punya harap... dah nak masuk 10 tahun baru dapat gua jejak tapak kaki gua kat sana.

Dua-dua gua pegi dengan ehsan kawan-kawan tanpa mengeluarkan satu nota pun ringgit Malaysia.

Apa yang gua belajar lepas pegi sana?

Jumaat, April 10, 2009

...are you a member of starfleet ?

Kalau ada mana-mana kutu atau aweks atau yang datang kat gua dan bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi, " Oi dud / bro / bai ! ...filem apakah yang lu nanti-nantikan untuk tahun 2009 ni? ", mungkin dengan senang hati gua akan jawab TRANSFORMERS 2 atau TERMINATOR 4 atau WOLVERINE atau GI JOE atau mungkin juga HARRY POTTER 6 supaya nampak lebih ngam dan arus perdana walaupun haram gua tak tengok abis lagi Harry Potter 1 sampai 5. Banyak benor filem sequel-sequel 2-3 menjak ni sampai terkandas gua ( NOTA: antara alasan malas dan takde masa nak tengok ).Tapi jawapan untuk soalan ni gua dah simpan lama sejak tahun lepas.

Tahun ni baru boleh gua jawab sebab tahun lepas tak jadi.





Trekkie First... then the rest.

TRANSFORMERS 2: REVENGE OF THE FALLEN ( sneaking and peeking )

A good look at some of the digitally rendered Autobots and Decepticons in full-body action poses.

Fallen

Starscream

Fallen

Skids & Mudflap - Twin Autobots

Skids & Mudflap - Twin Autobots

Sideswipe

Sideswipe

Ratchet

Megatron

Megatron

Megatron

Ironhide

Devastator

Devastator

Ironhide

Starscream

Starscream

Skids & Mudflap - Twin Autobots

Sideswipe

Ravage

Ratchet

Ratchet

Megatron

Ironhide

Ravage

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Hari Ini Aku Demam.

Entah apa pasal, hari ini aku demam. Jenis demam yang selalu aku akan rasa dan alami setiap tahun. Bermula dengan resdung, sakit belakang, w...