Selasa, Mac 31, 2009

Tujuh Nafas lagi.

Ini hari sejarah juga. Pengarah menghadap barisan-barisan hadapan FINAS dan ternyata ini bukan cabaran yang calang-calang. Lagi derau dari jumpa Kadi atau Mudim. Sistem pernafasan dan pembuluh saraf menurut laporan dalam keadaan ultra-abnormal. Katanya, Mustapha Maarof ada duduk sekali. Hero klasik gua tu - selain Jins Samsudin, Ed Osmera dan lain-lain. Perhitungan kali ni adalah perhitungan yang lagi dua-tiga step lagi akan jadi true punya. Itupun berkat keringat, doa dan usaha. Darah pun kita ada main jugak. Tu yang kena urut tu bagik alignment balance balik. Kalau tak haru jugak. Yang ada magik-magik tu, kira bonus agaknya. Tulang dan sendi sudah padu, urat dan darah sudah teguh. Gua yakin mesti jadi. Gementar dan debar dah jadi adat. Harap semua ingat jurus dan pencak.

Sekarang masa dah sampai... dah sampai turn. Esok lusa nak kena jalan lagi. Silap-silap kena pecut terus !

" ...Hanya keyakinan dapat merestui, hakikat cinta yang sejati. "

Isnin, Mac 30, 2009

Ahad, Mac 29, 2009

transformer LLN rumah gua selalu padam waktu malam biarpun bukan musim Earth Hour.

Walaupun gua dan bapa gua tidak menceburi lapangan politik dan tidak bekerja dekat ibu pejabat-ibu pejabat yang ada 4 waktu makan-minum, namun setiap masa perkembangan dunia itu kami sering perhati dan analisis. Makanya, di pagi hujung-hujung minggu ini sesudah Subuh dan bertadarus (sudah menjadi kelaziman bertadarus sekeluarga hari Ahad selesai solat walaupun mata gua lebih berat ke lelap), bapa gua telah buka story pasal soal intipati perhimpunan dewan raksaksa. Sebenarnya gua yang warm up dulu sebab protes headline berita semalam. Banyak yang diperbincangkan kami walaupun jarang-jarang benar masa-masa sebegini wujud. Gua bentangkan bagaimana permainan-permainan dan kemahiran-kemahiran yang ada pada orang tertentu berbeza dengan orang yang lainnya. Bapa gua pula dedahkan bagaimana politik zaman dia banyak hitam-putihnya dari putih-hitamnya zaman gua. Gua sambung tentang bagaimana politikus greek dan gerakan kolonial/kapitalisme 'sudah kacau' ini kawasan dan Sukarno punya plan nak wujudkan gabungan kerajaan Nusantara dengan komposisi 5 negara berwajah 'Melayu' disalah-erti sebagai Konfrantasi tahun '63. Hudud Fisabilillah ramai orang tak faham. Makin lama makin pekat nampaknya diskusi. Gua yang elok tadi ngantuk tiba-tiba segar-bugar. Gua story bapa gua lagi macam mana entry last minit masa sidang membawa impak pada sesebuah organisasi dan sedikit ilmu teatetrikal sangat membantu. Bapa gua cuba tutup bual bicara dengan elok 'cakap sama bikin dari bikin tak serupa cakap'. Bapa gua memang handal bab-bab motivasi pagi. Mata pun tak rasa nak ngorok lagi.

Gua keluar cari akhbar di hujung minggu.

Bapa gua keluar jogging.

Kami teruskan hidup seperti biasa sehingga sidang seterusnya tanpa mengharapkan sangat pada subsidi, komisen dan injuksi.

Sabtu, Mac 28, 2009

Jumaat, Mac 27, 2009

" ...mereka tidak pernah putus asa mem-brainwash gua. "

Dalam pada gua mengikuti perkembangan dan makluman terkini dunia komik dan filem, gua mengaku dengan jujur yang gua tak berapa into benda-benda seperti anime dan manga. Bukan sebab gua anti tetapi kurang serasi dengan citarasa gua. Tapi ada juga benda-benda yang datang dari negara matahari terbit itu yang gua suka dan minat. Minima juga angkanya seperti Gatchaman, Akira, Kamen Rider, Karas dan adalah beberapa listing lain. Bagi gua, heronya mestilah menjurus ke arah kebaratan sikit supaya tak nampak far off sangat yakni melampau-lampau exaggerationnye. Tak salah nak exaggerate. Cuma jangan sampai gua mengkarate papan keyboard dan terbelah dua sambil menggelengkan kedua bola mata. Fusion stroke ala-ala Joe Mad, Hideo Kojima atau Masashi Kishimoto mungkin diterima lagi walaupun ada masanya off jugak. Sebagai contoh: Mati hidup semula pun gua tak akan dapat masuk ke dalam lingkungan konco-konco Gurren Lagann atau One Piece sedangkan gua diasak berbilion kali supaya melayannya sebab kata kutu-kutu lain, ceritanya best giler. OK.

Gua tau gua bakal akan di kritis sedikit masa lagi.

Hari ni Lobak suruh gua tengok apa yang Zedd suruh dia tengok. Yang ini gua suka.

Always: Sunset on Third Street (Ōruweizu: San-chōme no Yūhi)


p/s (1) :
...berkampung kejap gua nampaknya tadi dekat lubuk lanun dekat-dekat area sini. Terjumpa pula blue-ray
JODHAA AKHBAR, cerita epik Hindustan yang gua buru sejak sekian lama !

p/s (2) :
...KLIK aje la kat sini

Khamis, Mac 26, 2009

Gua baru sahaja selesai marathon Khairy dengan Salih.

Kagum juga (!)

Mana-mana peluang untuk mendalami ilmu pengetahuan walaupun sudah larut malam, tetap gua tidak akan persiakan biarpun waktu-waktu ini adalah waktu yang sangat tepat untuk gua berdengkur dan bergusti dengan mimpi-mimpi indah tatkala sejuknya embun malam yang berhembus mendayu angin syahdu nan lalu seindah puisi dan syair cinta di taman larangan berbunga mekar.

Orang kata amal jariah itu tidak mengira masa, tempat dan ketika. Gua rasa sebab tu malam gelap, siang terang. Tambah-tambah pula pada musim yang tidak menentu ini. Berapa kerat yang aje yang tinggal, ye tak ?

Rabu, Mac 25, 2009

Ini boleh mendatangkan makan...

Nama kejadian.

Peta ke tempat kejadian.

Peluang sudah pun terbuka untuk menjadi seorang performer dan juruhandal program game show. Ini hari adalah pusingan hari pertama gua berhadapan bakal-bakal peserta LAXMANA ni. So far, memang mengejutkan dan magis juga bakat-bakat orang Malaysia yang datang apabila mengetahui ada pula rancangan yang seiring dengan Istana Takeshi, Telematch, American Gladiator, Fear Factor, WWE Raw dan lain-lain lagi. Memang real gua punye cerita. Masing-masing dengan style masing. Semangat lain macam. Tak sangka, pucuk di cita ulam pegaga. Sedap di makan, masak lemak. Tambah pula kalau guna beras siam gred tinggi. Peh!

Ah. Cakap banyak tak guna. Masuk hari ni, esok ada lagi pemilihan dan ujibakat. Gua kasik tambah satu lagi extra hari Ahad untuk lu orang yang tak sempat bnak datang pada waktu kerja. Tambah semua, ada TIGA HARI cukup. Tiada alasan lagi yang harus diberikan.

Peta dah gua kepilkan kat atas ni. Telefon gua pula on dan sedia cas untuk menjawab panggilan kalau nak datang ataupun tersesat jalan. Mana kutu-kutu yang beriye-iye sangat, borak bukan main punya lebat itu hari ? Aweks-aweks juga turut diundang. Datang, jangan tak datang. Ni kalau gua dedah hadiah ni, jangan cakap gua tak bagik pembayang pula. Rezeki jangan ditolak.

Ingat. Usaha tangga kejayaan. Terima kasih.

Selasa, Mac 24, 2009

Isnin, Mac 23, 2009

Mutiara Bahasa Pilihan sahabat-sahabat.

" ...Kitai-mengkitai bukanlah budaya kita "

- Abu 'BOB' Hanifah. Budak Subang (sekarang dah duduk Puchong). Kereta Wira dia sekarang dah pakai tong gas NGV, katanya boleh pegi lagi laju, lagi jauh. Ingat gua nak jeles, pigi dah! Gua lagi terer, dah makan separuh tahun gua bawak kenderaan tanpa cukai jalan yang aktif dan sahih! Ada saingan?

Jumaat, Mac 20, 2009

masihkah ada sinar harapan itu...

Yang terbakar di corong audio speaker komputer gua sekarang adalah Keliru (Ramli Sarip), Dajal (BPR), Pembakar Perasaan (Search) dan all-time faveret Hati Syaitan (SYJ) dalam keadaan 'loop' yang diiringi oleh lagu-lagu rock kental yang lainnya. Jari-jemari sedang gagah dan rakus mengetuk-ngetuk keras punat mata keyboard. Kepala gua dalam ribu-ribuan tempat dalam satu masa. Kedua-dua bola mata gua tepat ke jantung skrin komputer yangt merah menyala. Gandingan pinggul, paha, betis dan tapak kaki gua rasa nak lari pecut 100 meter dengan Ben Johnson versi steroid. Batang tulang belakang gua makin meradang merobek kulit. Barisan gigi geraham gua terkacip rapi dan rapat meruncing gusi.

Bukan sebab gua dah jarang-jarang menang Winning Eleven dengan Bob atau gua selalu sengkek bila time nak masuk separuh bulan akibat kegawatan. Bukan jugak sebab gua tak puas hati banyak benda kena 'ban' kat Malaysia ni. Jauh sekali kempunan nak makan nasi briyani bawah opis hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat.

Gua hanya mahu pandai kira-kira dan bijak ilmu hisab.

Khamis, Mac 19, 2009

ADA BERANI ?!

* Inilah peluang bagi kita menonton kembali filem Kembara Seniman Jalanan pada skrin panggung sebagaimana tahun 80an sambil menggigit kuaci dan meneguk sirap. Yang ligat dalam kotak pemikiran gua sekarang adalah ingin mengajak seorang awek yang sudi. Siapakah awek yang cukup rock, sporting dan berjiwa rakyat itu ?

' Recce '

Ini adalah filem ke ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS 2008/09 oleh geng Indeworkshop. Pertandingan gilang-gemilang yang dianjurkan oleh Astro Kirana dengan kerjasama Tayangan Unggul serta X FM selaku radio rasmi ini diadakan khusus bagi menghargai serta mengiktiraf hasil seni kreatif bakal-bakal pengarah berbakat negara untuk diketengahkan di persada seni perfileman dan pengarahan. Ia telah mengundang semua pengkarya yang berbakat termasuklah golongan profesional, pembuat filem, pelajar ataupun pengarah sambilan yang berwarganegara Malaysia.

Buat pertama kali, terimalah seadanya untuk tayangan umum.

Penilaian dan Komen dialu-alukan. Terima kasih





Arahan: Shazrol Suhaime

Rabu, Mac 18, 2009

KAMI MAHUKAN ANDA SEBAGAI SEORANG GAME-SHOW-ER !

UJIBAKAT PENCARIAN
L A X M A N A

LELAKI DAN PEREMPUAN
BERUMUR DI ANTARA 18 - 45 TAHUN
AKTIF, RIANG DAN LINCAH
SIHAT TUBUH BADAN


TARIKH:
25 & 26 MAC 2009

JAM:
10.00 PAGI - 4.00 PETANG

TEMPAT:
CAPITAL STUDIO
KAWASAN PERINDUSTRIAN TAGO
BANDAR SRI DAMANSARA

Slide 1
KL Motion Picture Company Copyright©2009

LAXMANA merupakan sebuah program televisyen realiti berdasarkan siri TAKESHI CASTLE (Jepun) dan TELEMATCH (Jerman). Laxmana adalah gabungan komedi dan cabaran-cabaran sukan ekstrim dengan pemilihan peserta yang terdiri dari kalangan orang biasa. Ia memaparkan aktiviti lasak dan ‘gila-gila’, prop yang lengkap dan terkini serta lawak jenaka yang bersahaja.

Ia mengisahkan Sultan Ludin yang ingin mencari Laksamana baru. Laksamana lama telah terbunuh dan Sultan Ludin, permaisuri dan seluruh orang-orang besar istana yang terdiri daripada Bendahara, Laksamana dan 4 hulubalang sudah lama ingin mencari pengganti laksamana yang baru. Setiap minggu, persembahan cerita akan bermula dengan lawak jenaka dan seloka-seloka lucu oleh pembesar-pembesar istana. Mereka menyuruh orang-orang bawahan mereka untuk mencari laksamana baru yang layak.

Matlamat utama program TV Laxmana sepertimana Takeshi Castle dan Telematch dahulu adalah mempersembahkan sebuah game show yang menyeronokkan, diselang-selikan dengan humor. Ini amat ketara berkurangan dalam industi hiburan di Malaysia.


HOTLINE 017-327 6788



SILA BAWA SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT

Selasa, Mac 17, 2009

Isnin, Mac 16, 2009

Kalau dah kental, tidak kemana.

Dulu, semasa gua berkira-kira sekiranya gua tidak lulus UPSR selepas tamat darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Subang Jaya - cuma ada DUA(2) JALAN : Lari dari rumah dan merantau ke Amerika Syarikat dan jadi seniman jalanan profesional serta buktikan pada dunia ATAU belajar tassawuf sebagai protes sistem pendidikan nasional yang olang-aling. Tapi tak ramai yang tau, dalam pada zaman era kebangkitan dan kegemilangan zaman rock dekad 80an, gua juga menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi rock bertaraf bintang. Itu time, banyak lirik-lirik lagu rock kapak dan rock syahdu terkini yang gua hafal. Semuanya masih kental di ingatan. Perwatakan rocker juga sangat bergaya dan 'in' dengan jiwa gua walaupun tidak dibenarkan berambut panjang oleh Lembaga Displin Sekolah. Tapi pada usia semuda itu, gua ada azam. Macam vokalis kumpulan Lela dengan Mamat Exist. Mamat umur baya-baya gua dah pandai pegang duit besar-besar, dah pandai pasang awek sana-sini, dah pandai keluar suratkhabar sisipan Pancaindera sebab pandai gosok baju sekolah sendiri.

Masa berlalu pergi. Amerika gua dah pergi. Ilmu Tassawuf pun gua dah dalami walaupun tak khatam abis. Cuma kini, gua sedang giat dan gigih memantapkan keteguhan vokal gua selepas bertahun berlatih di arena karaoke singgit mahupun karaoke ber-buffet ala Barat. Impian gua kian terlaksana. Benarlah bak kata orang tua-tua dulu...

Nantikan. Lebih memukau dari Kassim Selamat, lebih menggoda dari Osman Jailani sebelum operation.

Tengok kaki pun boleh tau, berapa jauh range suara kedap parau gua boleh pergi.

menaruh kabut serangkai mawar dengan harapan.

Untuk yang mengikuti perkembangan filem semasa, pasti sudah ramai yang tau filem GENG (featuring karakter Upin & Ipin) telahpun mencecah lebih RM5 juta sekaligus memecah kutipan kotak panggung yakni dalam bahasa inggeris ‘box-office’. Dengar cerita, ianya tetap diteruskan tayangannya sempena permulaan cuti sekolah dan sambutan yang tidak pernah surut-surut. Panggung wayang dok full manjang dek budak-budak yang tergila-gilakan Upin atau Ipin. Oleh itu, sudah pasti ramai yang ingin mengetahui, apakah filem seterusnya yang akan dikeluarkan oleh Les Copaque, produksi yang bertanggungjawab ke atas filem kejayaan itu tadi? Dah. Dah ada dah pun upcoming projek dalam development. Live-action pula tu. Judulnya...


'Zaiton'.


Sebuah filem pasal penyanyi sexy dan sensasi pada dekad 80an bernama Zaiton Sameon yang bakal dibintangi oleh Nurul, juga seorang penyanyi popular era 90an. Betul. Gua serius dan bukan main-main.


Ada komen?



Ahad, Mac 15, 2009

Sabtu, Mac 14, 2009

Probably the least understood process described with linear contigency.

How many crosslines in our dear life have we succumb onto a situational enigma whereas one can't ever be truly original again when it comes to being true and loyal towards their heart's wish for universal clarity?

The Moving Finger writes: and, having writ,
Moves on: nor all thy Piety nor Wit,
Shall lure it back to cancel half a Line,
Nor all thy Tears wash out a Word of it.

- Omar Khayam

Where does it lead us to? Patience, as they say is a virtue. But in virtuality, can we see things in clear and proportionate measure? I, have for more than once believe that the system have never been perfect. Actually, the system are only fragments of the world's structural abstraction. I felt the remorse for human kind today. Living in dis-organization scheduled by aristocrats in modern environment and superficial atmosphere. Some might say that left is the right way to the left, some might say right is the wrong way to the left. They refuse to take the upper and lower options. Sky is no way down. Down, on the other hand is clearly not going up neither. We follow clearly just by order and jugdemental thinking when all else does not work. Functions does not always result to satisfaction. I resides to the fundamentals of other road less travelled: The elusive road uncharted by any explorers of the unknown, ways that may be perceived by some as unorthodoxical. There's no oxygen to where we're going. Not even tiny glimpse of lights or hope for a hitcher riding our back for compensation.

Yes, the road is long and swindling.

Yes, the road is dark and gloom.

Yes, the road is vague and hazardous.

But I will never stay unfocused for matter worse than this. Go back there where your soul and wit belongs. Help is on the way. Do not feel helpless as strength and courage is over-rated by some. What ever goes green will surely turn yellow.

And yellow is a bright color. Sooner. Or later.

Jumaat, Mac 13, 2009

The Serious and The Dangerous. This is how the people have got to their true form. By being you and me.

By now, some of you people might have known that TIME is only metaphorical allegory of our life without the substance of feeling and emotions. When people have certain targets and particular objectives, they tend to challenge themselves towards that single or multiple aim of direction.


Take myself for instance. Falling for the same trap over and over again without knowing the fact that it will eventually be less important that it has already was in the end. Work is just work. Fooling around is just habits and so is putting your head first without spilling your guts on the floor. I may at times be brave and bold but I am no soldier when it comes to taking risks in a girl’s heart. And yes, this is the part where I start to ramblingly think about the sinkable sentiment. The four letter word soaked in scarlet red and flowery ambience and aroma and all that. No matter what you do, you had to have that ambitious effect on your endeavors. So what if people called you an overzealous, fanatical, megalomaniac, poyo-ristic creature. Go ahead and do you think. That’s what you’re made of and that is where you will be and done when everything else doesn’t even bother to make sense. Either me or you believe this is an endless-emotional conversational coherence, we already obtained that understanding. It has occurred from the moment you learn how to make mistakes and making it again the same twice or more. It’s the unwritten law of human slacking and lacking. The true lesson here is acceptance. Trying to cope what is not yours and making it into something useful.


We don’t wait for a shooting lucky star or a total blue eclipse or for a white World War just to happen in order for us to make amends. If now is right (or maybe wrong), decision in inevitable. Be certain. The rest has already started it's track.



Khamis, Mac 12, 2009

Malaun pun boleh masuk senarai.

Gambar paling handsome di internet.

Mungkin ramai yang tak kenal dengan Joaquin Guzman Loera. Warganegara Mexico. Umurnya pula dalam 54tahun. Dia antara paling popular dan paling berpengaruh di negara asalnya. Gelarannya adalah 'El Chapo' (si Ketot), protege kepada 'El Padrino' (si Godfather). Semalam, namanya tersenarai dalam carta orang terkaya oleh Forbes. Industri yang diceburinya adalah perniagaan dan perdagangan. Jualbeli dan urustadbir. Antara nama kumpulan niaga kendaliannya berjudul 'Los Chachos', 'Los Negros', 'Los Texas' dan 'Los Lobos'. Asetnya adalah melebihi USD1 bilion. Dalam senarai tu, dia dapat nombor #701.Kira OK la kalau nak compare dengan kita ni. Dah la gaji kena potong dek EPF la, insurans la, kredit kad la, yuran tu la, yuran ni la. Jangan kata nak dapat masuk senarai, magazine Forbes pun tidak kita baca. Tambahan pula, dia mana income tax kejar. Kerja dia tax free. Untung benar jadi beliau. Tapi...

Apa barang yang didagang dan diniaga?

Dadah. Jenis kokain.

*&%$! Kepala hots dia. Macamana dia boleh kira ni?! Ha. Cuba try baca kat sini


p/s: Reward tangkapan dia pula adalah hanya USD5juta. Berabaloikah??

Rabu, Mac 11, 2009

Selasa, Mac 10, 2009

Cuba kau tengok langit. Kejap hujan. Kejap Panas.

1.
Semalam. Tengah baca buku macam biasa sebelum gua masuk tido. Baca punya baca, tiba-tiba telefon bimbit gua berbunyi. " Siapa pula yang memanggil gua di malam-malam Maulidur Rasul ini? Nak ajak pegi berarak ke malam-malam sebegini ? ".

Telefon di angkat.


Sesuatu yang tidak pernah gua duga berlaku malam ini dalam sepanjang rentetan sejarah hidup gua. Ternyata hidup ini memang selalu penuh dengan kejutan.

Gua ditanya pula tentang soalan Matematik Tambahan peringkat KBSM.

2.
Orang pegi kuliah nak belajar. Gua pegi kuliah nak tengok wayang pacak dinding. Best juga.

3.
Hari ini parlimen umumkan injuksi RM60 bilion lagi untuk memantapkan ekonomi negara yang dirempuh dek kegawatan. Katanya lagi, orang yang takde kerja dan kena buang kerja tak perlu risau atau gusar. Ada banyak kerja kosong.

Antaranya adalah ribuan posisi dan jawatan untuk guru sekolah, jururawat, polis dan tentera.

Ha'ah. Macam cita-cita gua time darjah satu aje ?


p/s:
Tahniah untuk member kamcing gua kat SMSU dulu, Ayen(Raazrin Shahbudin). Kawin jugak lu akhirnya.
Takziah untuk family Bajak(Abdul Razak) atas kepulangan ayahanda ke Rahmatullah. Kuatkan semangat, teguhkan diri.

Ahad, Mac 08, 2009

Hidup dan nasib roler koster

Awal bulan ini sahaja sudah ada siri-siri kenduri kahwin di kampung. Sekarang orang kahwin tak ikut musim macam dulu masa gua sekolah-sekolah. Kena tunggu cuti semester, baru orang kecoh-kecoh dan berebut-rebut nak bikin kenduri menandakan musim orang kahwin sudah pun bermula. Memang havoc kadang-kadang sampaikan tak cukup kakitangan nak pegi. Bagus jugalah pada masa ini, tidak lagi bagitu. Boleh lah delegate masa bila tiba time cuti. Takdelah terkejar sana dan terkejar sini.

Giliran kali ini adalah sedara belah mak gua. Pengantin adalah baya adik bawah gua. Sedara-sedara ramai juga yang datang tolong-tolong. Gua dah datang sejak malam Sabtu sebab wakilkan mak dengan bapak gua. Disebabkan kampung gua adalah rata-ratanya dari kalangan orang Jawa, upacara menolong tuan rumah dan gotong-royong sebelum dan semasa majlis berlangsung dipanggil ‘sinoman’. Yang datang nak tengok pengantin, nak mencekik dan tak tolong tu kita panggil ‘kondangan’. Maka disebabkan gua dah dikira sedara dekat dan anak sulong kepada keluarga gua, otomatis tanggungjawab gua untuk pegi sinoman dan tunjuk muka dan kacau apa yang patut.


Wah. Cepat benar masa berlalu ye, kawan-kawan. Malam itu baru gua perasan, sedara gua dah bertambah-tambah. Yang dah kahwin dulu, dah beranak-pinak. Ada pula pakcik-makcik gua, yang dah bersilih ganti dapat menantu-menantu, cucu-cucu. Moodnya macam raya Cuma time raya taklah semeriah ni sebab kitorang selalunya jarang dapat kumpul serentak. Sampaikan anak si Kamal, anak si Nora, anak si Ida, anak si Ju, anak si anu dan anak si polan pun gua tak berapa nak cam. Masing-masing dah berubah. Kalau tak dah besar, mesti dah bertambah jua kuantiti dan bilangannya. Gua pulak jenis yang curious. Tanya begitu dan begini. Last-last terkena batang hidung sendiri. Itu dah jadi perkara biasa dan siang-siang lagi gua dah readykan jawapan-jawapan yang berlainan agar tak nampak sangat gua terperangkap dengan keadaan ataupun auta lebih. Seronok keluarga besar, tambah lagi keluarga besar orang-orang Melayu-Jawa ni. Jenaka dan lawaknya semua fresh-fresh, ada aje idea dan ilham ak buat lucu. Tak macam Raja Lawak. Benda tak lawak digelakkan orang bukan sebab lawak. Ceh!


Bila siang time masa hari nak langsung, lagi ramai korum bertambah. Macam-macam rupa. Macam-macam cerita. Ada pasukan rebana dan gendang. Kompang sudahlah tentu. Pasukan rebana dengan gendang tu untuk show. Kalau ada masa-masa tertentu tu, siap ada karaoke. Dapat yang muda-muda Djnya, sedap juga halwa telingan melayan dan dibuai oleh lagu-lagu rock cinta dekad 80an. Dapat yang stok-stok DJ veteran ni, tahan la lu pop yeh-yeh.


Dah kumpul-kumpul ramai macam ni, sudah tentulah seronok. Rasa macam konsert.


Lebih-lebih lagi nanti bila kena kat konsert gua pulak. Apa cerita berangan nak kahwin??

Sabtu, Mac 07, 2009

Propa lebih tak ke mana.

Pada suatu hari, ada tiga sahabat baik. Nama mereka LINI, MING-MING dengan TUCK. Saban kali, mereka bertiga akan menolong binatang dan membantu haiwan yang dalam kesusahan dengan diiringi irama nyanyian untuk mengendurkan keresahan serta rasa panik. Sudah banyak binatang dan haiwan yang sudah berjaya mereka selamatkan. Mereka berjaya menyelamatkan anak beruk, kangaroo, gajah, buaya, tikus, platipus, memerang, penyu dan macam-macam lagi.


Entah macamana hari ni, ketiga-tiga hero ini tadi tidak berapa benasib baik. Mereka bakal menemui maut kerana terperangkap didalam perut paus ketika sedang menyelamatkan seekor anak ikan buntal.


Apa sudah jadi?


Kenapa jadi begini?


Bagaimana caranya mereka harus melepaskan diri daripada ajal yang tidak dapat dielakkan lagi?


Adakah hari ini hari terakhir kehidupan mereka setelah sekian lama bersabung nyawa, bergadai badan menyelamatkan nyawa-nyawa binatang yang lain?


Mereka tidak pernah menerima nasib dan berada dalam keadaan yang demikian. Entah berapa kali juga, mereka tidak pernah menerima kecelakaan seperti yang mereka alami kali ini.


Ah. Sudah.


Tapi mereka tak mudah kelam-kabut, tak kucar-kacir, tak menggelabah.


Sempat pula menyanyi dalam hujung-hujung nyawa itu. Bergelak-gelak, ketawa.


Akhirnya, LINI, MING-MING dengan TUCK tak jadi mati. Mungkin belum ajal. Paus itu pun bodoh. Badan aje besar tapi akal kecik. Ikut nafsu lebih.

Jumaat, Mac 06, 2009

Gua jadi racun.

Sebenarnya hari ini gua fikirkan ada lebih dari satu perkara untuk ditulis. Tetapi memandangkan nanti di baris akhir entri kali nampak semuanya akan kekal sama sahaja tanpa ada apa-apa perubahan dari segi pergeakaran orbit bumi dan matahari serta sudut-sudut kosmologi bintang, maka adalah lebih gua berterus terang sahajalah. Kerana berterus-terang itu tidak perlu lagi berselindung dengan kepura-puraan dan rasa bersalah dengan sesiapa melainkan kalau kita ada benda hendak dibohongi.

Kalau gua menulis dari sudut yang selamat dan tidak langsung sanggup untuk berhadapan dengan apa jua jenis kemungkinan beserta segala kebarangkalian yang bakal gua hadapi di atas keberanian gua tadi, apalah ertinya pengorbanan.

Tidak mahu belajar dari orang lain dan masa dulu?

Tidak mahu memandang kehadapan dan bercongak-congak untuk merancang?

Tidak mahu bercakap, mendengar dan memberi apa yang sepatutnya diberi dan bukan menerima apa yang sepatutnya tidak harus diterima?

Dulu ada sorang tu, pernah pesan kat gua. Tapi gua macam dengar tak dengar. Acuh tak acuh. Yang sorang lagi pun, bagi pesan yang lebih kurang sama. Ada lah gua dengar sikit walaupun tak sepenuhnya. Datang lagi sorang, pun sama. Kali ni gua duduk betul-betul. Dengar sampai abis. Tapi tak tau berapa banyak yang masuk dalam kepala otak.

Akhirnya, datang semua orang tu. Cakap serentak. Dengan pesan yang sama. Dengan pesan yang dulu.

Tapi gua menjawab: "Laaa... apa pasal tak cakap awal-awal???"


Sekarang gua terbaring dalam ICU. Masih lagi sakit. Tak kebah-kebah. tak pulih-pulih. Tak baik-baik. Tak nak makan ubat. Tak nak ikut pantang.

Khamis, Mac 05, 2009

Lebih elok kalau ditelaah dahulu bukunya. Kalau malas atau tidak punya kesabaran membaca, boleh juga. Tapi elok baca.

Nasihat untuk orang-orang yang nak tengok dan belum tengok lagi filem WATCHMEN nanti :

Kena fokus dan konsentrasi dari mula sampai abis, tak kisahlah lu orang dah baca atau belum grafik novelnya. Pastikan takde badigol main tendang-tendang kerusi kat belakang atau ada malaun jadik komentator dalam wayang. Kerusi wayang pula harus tip-top. Tidak menyenget atau mengufuk ke kiri atau ke kanan mahupun ke bawah. Tau serba sedikit tentang latarbelakang perang-perang yang Amerika pernah join tengah tahun 80an dulu, jargon-jargon politikal dunia, skandal dan teori-teori konspirasi era Nixon-Reagan dan tau belajar bersabar bila filem main babak cakap panjang-panjang. Bonus kalau membesar sebagai fanboy komik era 80an. Tambah lagi kalau dah baca komik dia 2-3 kali. Mesti sampai siap sedia dah pegi toilet, dah makan, dah itu dan dah ini. Panjang juga ceritanya. Biarpun begitu, ada juga yang dipotong untuk merobek kocek lu orang nanti sebab dipaksa beli dvdnya untuk adegan-adegan potongan itu tadi. Jangan memandai nak compare WATCHMEN dengan 300. Range komik 12 isu takkan sama dengan range komik 5 isu. Lainlah kalau mata dan badan lu orang diperbuat dari bahantara yang bionik. Mungkin dia akan adapt dan putar sampai 8 jam. Pendek cerita, cerita dia berat sikit la nak hadam untuk sapa-sapa yang expect something yang ringan dan comfy kalau nak disamakan dengan filem komik superhero yang lain.


Yang ni ada soundtrack lagu Bob Dylan dan Simon & Garfunkel pula. Dan untuk rekod juga, setelah menonton berpuluh-puluh adaptasi komik, buku, siri TV dan video game... gua masih merasakan adaptasi CHARLIE'S ANGEL adalah yang terbaik. Ramuannya serba-serbi mencukupi dan sesedap rasa.

Rabu, Mac 04, 2009

behind the scenes of the most famous emerald intergalactic spacecop... perhaps maybe, next to Gaban !



Green Lantern: First Flight finds Hal Jordan recruited to join the Green Lantern Corps and placed under the supervision of respected senior Lantern Sinestro. The earthling soon discovers his mentor is actually the central figure in a secret conspiracy that threatens the philosophies, traditions and hierarchy of the entire Green Lantern Corps. Hal must quickly hone his newfound powers and combat the treasonous Lanterns within the ranks to maintain order in the universe.

Sounds decent enough for me.

Selasa, Mac 03, 2009

Gayour dan kerja amalnya.


Katanya hadiah. Gua dah berang tapi terima juga sebab lu dah kasik. Lagipun kita ini orang timur, penuh dengan adat ketimuran. Terima kasih. Suka atau tidak, gua pendam jadi dendam. Gua akan selesaikan dengan lu nanti di Pesta Buku tahun ini tahun! Perhitunganku denganmu belum pernah selesai! CHAISSS!!! BERANI LU!

Isnin, Mac 02, 2009

Ahad, Mac 01, 2009

29

Soalan : Apakah signifikannya nombor ini dalam Tamadun Peradaban Manusia Moden pada tanggal hari ini?

A. Tiada apa-apa.
B. Ada apa-apa
C. Sekejap tiada, sekejap ada.
D. Signifikan tu apa dulu?

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Bertahan

Bukan senang untuk bertahan setiap hari jika tidak banyak sokongan yang sewajarnya aku dapat dan perlu datang pada tepat waktu. Mungkin saha...