Sabtu, Februari 28, 2009

BRAVURA !


PERUTUSAN RASMI SEMPENA 5 TAHUN MANIFESTASI MIMPI
28 FEBRUARI 2004 - 28 FEBRUARI 2009


Tahun itu adalah 2004.

Bagi gua itu tahun adalah tahun yang sungguh experimental dan punk rock sungguh biarpun gua tak berapa nak layan lagu punk. Gua tak tentu hala. Gua takde kerja tetap. 2-3 minggu tukar kerja. 2-3 minggu tukar kerja. Kejap keje susun cek kat bank, kejap keje kelendan lori kargo top-up prepaid, keja keje jadi ma-chai dengan KRU, kejap keje promoter kat Port Dickson tapi banyak kejap takde keje langsung. Keluarga memandang enteng perjalanan karier gua itu time. Mungkin ujikajinya tidak berapa ngam dengan formula gua. Girlfriend gua pun lari sebab gua tak berapa komited nak serius dalam urusan kerja, yakni tiada masa depan dan tiada langkah-langkah nak keje pejabat . Kawan-kawan pun lebih menggalakkan gua huha-huha dari merencana wawasan. Soru selalu miss. Hutang-piutang tak payah cakap le. Pagi gua jarang-jarang lihat matahari terbit. Sebabnya malam sebelumnya dah lepak sakan gilebabs konon-kononnya takut dunia nak kiamat esok ataupun EPL akan dibubarkan sebab takde sponsor sebab semua game bookie dah susun. Kalau tak menurun kat mapley James ss19, mesti mapley James ss19 jugak. Hanya occasion-occassion istimewa sahaja kami akan melepakkan diri ke Uptown atau rumah baru Bob. Itu pun sebab nak lepaskan gian main Winning Eleven. Kesian Bob. Sampai rosak jahanam PS2 tu dia kitorang kerjakan.

Gua boleh diikhtiraf TOTAL KUTU. Entah hapa dalam kepala otak gua tahun tu, gua sendiri pun sukar nak shortlist-kan satu-satu. Ibarat semak disemai belukar, maka rimba belantara jualah hasilnya. Mungkin itu keadaan otak kiri dan kanan gua. Serabut.

Oleh kerna itu. Nak dijadikan cerita...

Dengan Kuasa AzzaWajalla, Satu keterujaan baru telah terbit dari dalam sanubari dan naluri gua. Dengan terpananya minat gua yang mendalam dalam penulisan sejak gua kenal pena kilometrico dan kertas kajang, suatu kejadian magis telah terjadi. Terutamanya penulisan yang bersifat jurnalistik/kembara. Maka blog gua telah wujud pada tanggal 28hb Februari dengan nama sulungnya SANDMANREBORN.BLOGSPOT (biarpun namanya nampak poser sikit tapi beredar masa, ia bertukar jua adanya ke FAIZALMUKHTAR.BLOGSPOT, gua follow taktik penjenamaan David Beckham). Kenapa gua pilih tarikh 28hb Februari untuk mula terbitkan blog ni, jawapannya esok gua reveal. Sebab tarikh esok pun, tarikh keramat.

Gua paling harus berikan kredit pada saudara Yong, Koi, Pipiyapong serta Jorn Barger yang telah menginspirasikan gua dalam arena pem-blogging-an dari dulu hingga setakat ini. Takrif gua , mereka mangkin influential blogger. Terima kasih buat kalian. Aktiviti gua yang tak tentu arah tadi tetap gua teruskan tapi blog telah banyak meyumbang kepada banyak kegiatan positif dan sihat (bunyiknya macam budak keluar Serenti nak insaf). Gua menulis kejadian-kejadian harian gua. Ada kala bila ada mood atau tengah naik syahwat, gua tulis betul-betul punya skill. Pablo Neruda dengan Albert Camus pun tak skill macam gua bila gua tengah stim menulis. Ada masa pulak bila gua off atau terlebih takde mood, gua copy-paste aje blog Neil Gaiman, penulis obsesi gua itu suatu masa dulu. Tidak bermaruah langsung.

Masa bergerak sekencang bencana tsunami tanggal Disember 2004. Gua terus-terusan menulis. Walaupun gua masih hijau dan sayuran lagi tapi itu bukan halangan. Pelbagai jua topik yang gua cover. Terutamanya peribadi, komik dan filem. Kadang-kadang bila ada peluang, gua kutuk dan hentam orang. Maklum sahajalah, darahnya warna pekat muda. Hati pun tengah membara. Dengan bara itulah gua mendapat kerja tetap pertama gua dengan sebuah kompeni majalah paling besar kat negara ni. Kalau gua tak cakap pun, gua agak korang mesti dah tau punya apa nama kompeni tu. Yang bestnya tu pulak, gua interview bukannya bawak sijil ke, portfolio kaler-kaler ke atau apa-apa anugerah kerajaan pun. Gua toya aje cakap pengalaman penulisan gua banyak dengan blogging. Walhal gua rasa blog gua bukannya solid sangat. Tapi dah rezeki, ye tak? Gua dapat jugak job sebagai Kadet Wartawan Muda kelas-2. YES! Gua dah ada akaun Socso dan EPF. Sikit punya besar jadi warganegara gua rasa. Kerja pula di Jabatan Komik. Mana ada lagi dalam sejarah urus tadbir syarikat atau pengelolaan pentadbiran dan pengkorparatan yang ada Jabatan Komik kat Malaysia masa tu?? Heck, sekarang pun mana ada lagi?!

Gua kerja dengan gigih, kuat, tekun dan main-main jugak bila boss tak nampak. Masa tu gua ditakdirkan kerja dengan batch-batch awal Jabatan Komik. Ada karakter nama Gayour, Padi, KobisBungo, A'an, Bella, Aie, Amang, Niezam, Apai, Roy dan lain-lain lagi sehinggalah membesar dan beranak-pinak Jabatan Komik sampailah ke pembubaran Jabatan Komik tu sebab komik tak laku. Komik gua ajelah tak laku. Komik orang lain ada lagi sampai hari ni. Mungkin konsep komik gua terlalu mendahului zaman yang mana orang sini masih tak boleh nak register isinya. Gua budget komik gua akan mencapai status cult kalau dijual di Eropah dan Amerika Utara. Apa-apapun yang berlaku pasca 2004 dipejabat Jabatan Komik kompeni itu, semuanya telah terakam dalam blog gua kerana gua tidak pernah menyisihkan blog gua dalam hidup gua. OKlah, gua tipu. Takdelah semua. Hampir semua. Gua sayang blog gua. Sehari tidak ber-blog, rindulah gua pada papan kunci dan layar skrin. Gua tak berapa ambik pot orang baca ke tak blog gua atau berapa banyak hit visitor pada counter atau income nuffnang gua mencapai ribuan ringgit Malaysia atau tidak. Gua sama sekali tidak berazam menjadi Sultan Muzaffar ataupun Chedet. Gua hanya berhajat menulis dan terus menulis asalkan dendam, niat, rindu, sayang dan mesej gua sampai serta tercapai.

Dari M.Nasir ke Fara Fauzana, dari komik Marvel ke KOMIKOO , dari filem Hollywood ke layar Maskara Short Filem, dari Sabah ke Bukit Kayu Hitam, skandal awek dan kekasih gelap gua, cerita tipu, cerita betul, cerita selindung-selindung, cerita terang-benderang, makan free, belanja makan, makan angin, makan lampu, aksi poser, spoiler, trailer, falsafah, psikologi, Hari Raya ke Hari Jadi... pendek kata semua gua pulun.

Gua tulis banyak guna gerak hati gila gua. Gua tulis jenis berontak. Gua tulis macam ni bila kalau ada orang baca nanti, dia tak rasa masa dia membazir dan kosong. Sebab dalam dunia ada lagi berbillion lagi blog. Lantaklah blog tu aktif ke tak tapi otomatik ada unsur creative competitiveness di situ. Gua mesti ada satu staple atau cop rasmi milik gua disitu. Ada blog jenis peribadi-emo-tak-tentu-pasal, ada blog korporat suka perdaya duit orang, ada blog media seronok brainwash masyarakat, ada blog propaganda dan politik syok kumpul pengaruh, ada blog setan kepunyaan Yahudi mabuk dan macam-macam lagik. Gua akan pastikan survival blog ini dengan jadi diri gua dan bukan terikut rentak blog setan atau Yahudi mabuk.


Jadi dengan segala maghfirah dan kurnia qaramah serta ketentuan , hari ini genaplah 5 TAHUN MANIFESTASI MIMPI terwujud di alam maya. Pertama, percaya. Dua, tak putus asa. Tiga, terus terima. Empat, tak berubah-ubah. Kelima, rela berserah. Enam, pentingkan yang sedia. Tujuh, yang terpaling istimewa.

See you in the next 5 years and more and more times to cometh.


P/S: Dan usah lagi lagi ditanya, kenapa MANIFESTASI MIMPI. Ha. ha.

Jumaat, Februari 27, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

1.

JEJAK BERTAPAK. NOVEMBER 2008 : Buat sekarang ni, gua nak bertapa barang seberapa apa barang yang mungkin. Dah sampai masa gua sambung belajar balik. Dulu masa kat ITM, banyak sangat repeat paper berunsur numeric sehinggakan terbiar sahaja ijazah itu tidak bertuntut. Gasak la krisis ekonomi ke, konflik timur tengah ke, berebut kerusi ke, rentap depan parlimen ke, sibuk berparti sakan sampai gerbang istana ke... janji semua orang masih ada hak dan suara nak menegakkan something. Betul atau salah, bukan kita punya judgement. Itu hak autonomy masing-masing. Ada agama, ada bangsa - korang boleh pikir sendiri. Gua lucky ada tempat nak sambung kesarjanaan gua. Yuran pula dibiayai sepenuhnya oleh majikan dan keluarga. Bila dah dapat keputusan nanti, gua akan bayar balik harga budi korang dengan nilai yang setimpal. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.

Rezeki Tuhan cukup untuk kita semua sama-sama makan. Tak percaya, pergi semak balik buku korang.

Rakan sekelas: Yang kiri sekali tu, ketua darjah. Yang pakai topi ketua stayback. Yang berjanggut tu, ketua torrent. Yang takde dalam gambar, ketua honeymoon. Masa ni baru fresh lagi merempuh alam rumahtangga. Yang lagi satu pun takde dalam gambar, dia ketua komplen makan. Bukan salah gua makcik tu tak buat karipap!

Khamis, Februari 26, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

2.














THE KLP YEARS. 2007-2008 : Perjalanan karier gua di sini adalah yang paling mantop dan solid. Walaupun tidak satu pun komik lengkap gua siap dan ada kat kedai, tapi betul la bak kata orang lama-lama, " Pengalaman itu jugalah guru yang TERBAIK ". Di sini gua kenal ramai kawan dan belajar banyak benda yang ada saling kait dengan kerja mahupun perkembangan hidup gua. Tak semuanya kembang, ada juga yang kempis kuncup jugak. Tapi takpe, itu pun namanya pengalaman. Banyak enjoy dan main, banyak jugak kerja dan kederat yang tergerak. Satu-satu gua simpan dan ingat sebagai bekal. Jangan ingat Winning Eleven PS3 Bajak tu gua tak amalkan lagi. Jangan ingat gua tak jalankan lagi perdagangan komik tanpa permit lagi. Jangan ingat takde aktiviti karaoke jamban lagi. Jangan ingat gua tak teruskan legasi yang kita bina bersama itu.

Haha! Sapa nak karaoke jamban singgit dengan gua ini hari?! Lepas tu kita tengok filem minggu ini Street Fighter yang ada Lana Lang tu. Peh! Syok siooollll... syok kepala *&^%$!!!!

Rabu, Februari 25, 2009

Selasa, Februari 24, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

4.




TEBIAT TERBUANG JUA. MAY 2006 : Show malam itu padat dan gamat. Lebih 40 ribu orang terhisteriakan kami. Itu adalah sama seperti kapasiti Stadium Merdeka zaman kemuncak Selangor di persada liga tahun 80an. Tiket sold out sekelip mata. Ramai lagi yang terkandas dan hampa di luar pintu. Liputan media sangat hiruk pikuk dan melimpah ruah. Kami ibarat jelmaan semula Elvis, Michael Jackson dan Beatles sekaligus. Woodstock pun tak inzal macam ni. Malam yang terpahat dalam Hall of Fame sebagai yang paling hiburan dalam show business.

Ternyata itulah show pertama dan terakhir kami. A nite to remember!

Academy Awards 2009 Movie Previews.



Did you get a little overwhelmed of seeing Slumdog Millionaire win things by the end of show? Did you turn off your TV before the Oscars attempted their ratings-boosting, looking-forward, shameless-promotional segment of upcoming 2009 films?

Because if you did, I’ve got that video from youTube here. It features Sherlock Holmes, Funny People, The Taking of Pelham 1 2 3, Public Enemies, Julie & Julia, The Soloist, Up, Fame, Terminator Salvation, 500 Days of Summer, Amelia, Whatever Works, Inglourious Basterds, Night at the Museum: Battle of the Smithsonian, Monsters vs. Aliens, Harry Potter and the Half-Blood Prince, Angels & Demons, Old Dogs, Ice Age: Dawn of the Dinosaurs, The Boat That Rocked, An Education, State of Play, Imagine That, G-Force.

No. Not THAT G-Force.

Isnin, Februari 23, 2009

KOMIKOO #8 is out. Ada cerita gua dengan Tanglong dalam. Enjoy.

" Sumpah, Darah & Keringat "
KOMIKOO #8
FaizalMukhtar
Tangh

Setelah lama sekian lama mencuba untuk berhubung dengan kebarangkalian wujudnya makhluk asing atau hidupan intelek di luar batasan galaksi kita, kini ianya tercapai. Namun apa yang dirancang tidak semuanya mengikut aturan. Gelombang signal yang dihantar telah disalah-tafsir. Sekarang, sebuah armada Perang Intergalaktik sedang menuju planet bumi kerana mereka telah menyahut cabaran perang yang ‘dihantar bumi’.


Namun, tanpa pengetahuan penduduk bumi – sebuah Inisiatif Rahsia telah lama diwujudkan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi situasi luarbiasa seperti ini. Dibawah dana dan naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, gerakan gempur misi ini harus dilancarkan segera!


Ahad, Februari 22, 2009

Sabtu, Februari 21, 2009

Jumaat, Februari 20, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

8.


KEUNGGULAN CINTA DARI SINAR MATA YANG BERGELORA. OGOS 2005 : Ah. Malas gua cerita panjang. Betul. Debar gua waktu ini memang tak pernah surut. Apa cerita dengar radio 24jam, follow AF macam makcik-makcik, join forum, pung-pang-pung-pang sana sini. Sampai kadang-kadang, makan nasik pun boleh terbabas. Memang gua kalau dah terjebak dalam kancah kewartawan arus perdana, tak dapat tidak gua ambil juga kesempatan yang bergolek untuk kepentingan peribadi. Dari dulu lagi dah gua dah plan ini rancangan. Macam biasalah, tak semua rancangan menjadi. Ada jugak rancangan tergendala atau rancangan dibatalkan untuk siaran-siaran langsung yang lain.

Tapi itu dulu. Sekarang tak lagi dah. Sungguh.

Gua dah beralih ke saluran TV pula.

Sikit punya thrill ke itu time. Nasib gua baik tak kena TERJAH.

Khamis, Februari 19, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

9.

Budak nakal memang begitu: (dari kiri) Ubi, Gayour, Gua, KobisBungo dan Roy. Ekspedisi sehingga menjelajah tanah jajahan Portugis Durjana.

Nyaris kehilangan punggung sendiri: Gua dan Botak walaupun bermusuh tapi demi demonstrasi jalanan, apa jua kami ketepikan.

Panas terik hujan basah bukan halangan: Persediaan demonstrasi jalanan sedang diperkemaskinikan. Kelihatan Padi pun tengah sibuk tolong. Tolong tengok awek.

Kami mahu makan tengahari!: Taugeh menerajui barisan utama sepanjang jalan berdemo. Takde sorang pun hon. Mungkin itu hari sorang pun takde mood nak hon kenderaan.


Apa ni, bagi majalah free?: Gua dan beberapa batalion lain sibuk buat amal jariah. Nak bagi majalah free pun, lari ke?! Pelik lu orang ni.

MELANGGAR KOTA MELAKA! JUNE 2005 :
Suka-suka hati pergi out station bikin kecoh. Demonstrasi jalanan, buat sepah sana sini, memekak macam budak lepas Serenti dan entah hapa-hapa perkara juvana lain. Tak banyak orang sanggup gaji gua buat keje-keje amal macam ni punya dahsyat. Nasib baik gua cepat insaf. Kalau tak, mesti gua tak insaf. Nakal dah jadi darah daging gua!

Rabu, Februari 18, 2009

Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

Dalam memperingati detik-detik bersejarah laman blog ini yang bakal menyambut ulangtahun keramatnya yang ke-5 tahun, apa kata kita imbau kembali kenangan nan silam yang menjadi memori evergreen sepanjang zaman.

10.

DARAH MUDA HATI PUN MEMBARA. APRIL 2005: Karangkraf sungguh mengasyikkan. Gua ingat kalau mati hidup semula pun, susah gua nak gantikan experience ni kalau dibayar dengan duit ringgit Malaysia banyak mana sekalipun. Tak sangka, rezeki. Naik gua, turun gua. Semua kat sini. Ini gambaran zaman-zaman awal gua gila glamer. Apa kes melawan editor sendiri ?!

Selasa, Februari 17, 2009

Apa kes ? (Masih belum beli lagi tiket ke konserto itu)

Gua sudah bertahun cuba untuk menerapkan kehidupan ala 'Beatnik' di kalangan rakan-rakan seperjuangan gua. Maklum sajalah, menjadi orang-orang yang kerjanya banyak berpandukan gerak emosi dan laras perasaan mencabar akal sikit nak survive kat sini. Gua mana reti nak ikat tali leher. Nak kilat kasut pun gua khilaf. Dulu kat sekolah masa jadi pustakawan, tali leher ada belit getah.

Nak tulis lain sikit, nanti orang tak baca.

Nak lukis lain sikit, nanti orang tak beli.

Nak adjust sini sikit, nak modify sana sikit... nanti orang menyampah pula takut-takut dikatakan syok sendiri. Bukannya anti-establishment atau takut, cuma nak elak orang di takuk kepompong steretype lama-lama. Ya, gayahidup dan wang penting di zaman pasca-milineum abad ke 21 ini. Takkanlah nak mengharap suntikan modal dan pakej rangsangan aje. Bukan tiap-tiap tahun gawat. Sapa dah tengok 'Sifu dan Tongga', angkat tangan?

Masing-masing la. Ada yang suka kiri. Ada yang suka kanan. Depan belakang. Atas bawah. Tidak juga gua menggalakkan keterbatasan anti-material dan golongan underachievers sebab banyak sangat bergantungan pada alasan-alasan anjuran gerakan subversif dan propaganda ciptaan sendiri. Tak salah lu nak radikal tapi jangan la ekstrim. Islam pun tak suka ekstrimism.

Gua pun peringat diri gua jugak sebab baru tadi gua lupa baca doa masa makan nasik goreng daging merah. Banyak gangguan (alasan lagi?) .

Ada sebab kita pilih apa yang kita pilih. Lu senang cakap. Gua senang dengar. Gua susah cakap. Lu susah dengar. Apa yang lu rasa dengan apa yang gua rasa, tak semua orang rasa. Jadi macamana?

Ada 'berani berontak' untuk kebaikan anak-anak cucu-cucu lu?

Isnin, Februari 16, 2009

WATCHMEN: TALES OF THE BLACK FREIGHTER Official Trailer



The comic-within-a-comic tells the tale of a castaway's mental and physical deterioration and damnation as he tries to intercept a ghost freighter headed for his hometown.

' Tales of the Black Freighter ' will get released on DVD five days after the Watchmen movie hits theaters on May 6, 2009.

The DVD will include a documentary-style film called 'Under the Hood' that delves into the characters' backstories. The Watchmen movie is expected to hit DVD itself four months later, followed by an ultimate edition in which the two are edited together into one megamovie masterpiece. POKAI DAN KAYAP JUGA GUA AKHIRNYA.

SOVIETS CALL DR.M ''IMPERIALIST WEAPON"
Ahah... DR.M mana satu ni ?

Ahad, Februari 15, 2009

Sabtu, Februari 14, 2009

Jumaat, Februari 13, 2009

Malam Jahanam Dunhill Double !


Satu masa dahulu iaitu pada penghujung 80an dan awal 90an, DUNHILL DOUBLE merupakan sebuah slot yang menyiarkan filem-filem blockbuster Hollywood yang disiarkan di RTM2 pada setiap Khamis dan Jumaat jam 10.00 malam. Filem-filem yang yang disajikan biasanya akan ada sekuel sambung-menyambung macam SUPERMAN 1 dengan SUPERMAN 2, JAWS 1 dengan JAWS 2, STAR WARS 4 dengan STAR WARS 5 dan entah bermacam title lagi. Gua tak berapa ingat sama ada terdapat ALI SETAN 1 dengan ALI SETAN 2 atau tidak dalam line-up sebab bagi gua ALI SETAN adalah filem blockbuster juga pada itu time. Ianya sudah tentulah ditaja oleh Dunhill sebab namanya pun Dunhill Double, bukannya kicap soya Tamin Triple mahukan keropok Kam-Kam Kuadraple (baca: Lawak takde kelas).

Slot ini terpaksa dihentikan di mana terdapat kontroversi tentang iklan atau jenama rokok kononnya untuk tujuan lain, walhal gua tidak pernah pun melihat iklan orang isap rokok Dunhill masa time iklan slot Dunhill Double itu. Lepas tu kalau tak lari perkiraan gua, diganti pula dengan slot PERILLY’S ACTION MOVIES. Gua tak banyak follow sebab cerita banyak ulang-ulang dan ada keganasan yang dibuat-buat. Bak kata Zack pada Azura: ‘Saya benci keganasan’. Apa kes hero filem liat nak mati? Tembak dekat pun tak mampus jugak si Van Damme dengan Steven Seagal tu.

Masa tu, gua tidak handal lagi pergi menonton wayang sebab TGV dan GSC tidak wujud lagi. Tambahan pula, gua masih di bangku sekolah dan banyak dedikasi gua banyak tertumpu pada bidang akademik dan lapangan bolasepak semi-profesional di sekolah. Yang ada pun hanya pawagam-pawagam sekolah lama (old school) seperti Rex, Odeon, Coliseum dan macam-macam lagi. Yang terdekat, tak silap gua adalah Smile Miniplex kat Subang Parade. Itupun sekarang dah tutup. Yang masih wujud sekarang dari kalangan pawagam-pawagam klasik ini pun banyak menayangkan filem-filem Tamil atau Hindustan. Ada lagi satu lagi dekat SS 15, namanya Pawagam P.Ramlee. Pun dah ranap sekarang sebab tapaknya dah jadi tempat makan Cina yakni Asia Cafe.

Semalam, gua dan sahabat-sahabat kutu wayang mengadakan sessi Dunhill Double. Ianya macam biasa akan diusulkan oleh malaun bernama Nik Nadzru Iskandar. Dia spesis kutu malaun yang suka suap idea-idea yang orang-orang pakai tali leher atau orang yang ada kerja punch card takkan tunduk punya. Nik dah banyak berubah semenjak keje dengan Dato’ Patrick. Eksyen dia lain macam.

Ayuh. Mahukah kita tonton wayang secara marathon back-to-back? Mula-mula kita tonton JUTAWAN SLUMDOG. Lepas tu kita tengok BENJAMIN BUTANG. Haha. ”, ujarnya sambil membeliak-beliakkan matanya sambil memetik-metik jari.

Kami yang terdiri dari kutu Nik, kutu Arip(sedara Nik), kutu Koi dan gua sendiri selaku ahli kutu tetap setuju sahaja tanpa banyak songeh. Kami tidak memperdulikan malam itu malam Jumaat ke, malam kerja ke, kala malam bulan mengambang ke, kerana kami masing-masing sedang mengenjoy ufuk pembujangan kami. Lainlah kalau kami sudah diijabkabul dengan wanita pilihan hati masing-masing. Sudah pasti disunatkan bercucuk-tanam.

Maka, kami kutu berempat pun menonton wayang dari jam 9.50pm hinggalah ke jam 3.30am

Kami gagahi jua demi menghormati Dunhill Double walaupun bola mata dah nak tersembul keluar, kepala dah high, pendarahan dalaman dan nak buktikan kami adalah orang-orang paling 'in' sekali bila time premiere wayang. Boleh lagak dengan orang time lepak nanti. Walhal, boleh aje singgah kedai Panjang beli DVD lanun anytime atau torrent suruh adik Nik torrent kan. Angkuh betul kenyataannya.

Kalau dicongak kira, ia merupakan satu pengalaman menonton wayang yang sangat bersejarah dan berdarah jua dalam rentetan riwayat kami berempat. Pendekatan dan ramuan pengarahan filem Danny Boyle dan David Fincher yang serba segar ini bukan sahaja gua sokong sebagai saingan terbesar Anugerah Akademi Oscar bulan hadapan, malah jiwa mereka nampaknya lebih kuat bikin filem drama-drama gitu. Mencabar betul nak hadam filem macam ni kalau dah syok sangat. Filem yang ditonton itu adalah filem yang bermutu tinggi setanding gaya, mutu dan keunggulan filem-filem Dunhill Double. Bertepatan dengan tema kami bersempena sessi Pesta malam filem Dunhill Double.

Tetapi pengalaman pahit dan hitam yang kami lalui diantara satu wayang ke satu wayang yang lain sungguh aib, durjana, hilang maruah, ISA, Yahudi-mabuk-pun-tak-buat,
macam setan, bangkai dan bingai sekali. Tak payah lah gua cerita panjang kat sini kerana hanya mendatangkan luka lama dan adalah hina sekali serta terlalu peribadi sifatnya. Malu aku, *&^% ! MALUU!!!

Lipas pun tak bingai macam ni.

Khamis, Februari 12, 2009

Transformers 2: Revenge of the Fallen UPDATE !

On the Transformers site, it was confirmed that several new Decepticons would form Devastator in Transformers 2: Revenge of the Fallen, and that he would have powerful upper body strength, similar to a gorilla. He will also be made up of 7 vehicles. The teaser trailer last week revealed a large robot at the end with a wheel which in actuality is Scavenger who transforms into a Terex RH400 Hydraulic Mining Excavator. For the record, he becomes the torso of Devastator in the movie. Not the actual full Devastator / Decepticon Combiners form yet. *&%#!

The original Generation 1 version from the TV series.

  • The Constructicons / Devastator consists several construction vehicles who can combine into a single robot, 100 to 120 feet tall. The name Devastator was mistakenly given to Brawl - a tank, in the first film. The name Bonecrusher, who was one of the Constructicons in the 1980s and Transformers: Universe was also used for a Decepticon killed in the first film. However, writer Roberto Orci stated during writing that neither character will be resurrected. No names have been revealed yet. The original Constructicon names Scrapper and Mixmaster appeared as drone units in the Transformers movie video game. Now, that's a hint for starters. Here the unoffical line-up so far which I dig, most of it from Wiki :
    • The Constructicon seen in the first television spot is a Terex O&K RH 400 Hydraulic Mining Excavator, similar to the original Constructicon Scavenger. He forms Devastator's torso.
    • A dump truck forms the right leg. It's individual robot mode was designed as fan art of the original character Long Haul. The fan art impressed Michael Bay enough to hire the freelance designer on to the film. Wow! ( baca: joshnizzi.com )
    • A bulldozer forms his left leg.
    • A front loader forms his right arm.
    • A crane is his left arm.
    • A cement mixer is the head, while another machine forms the back.


Rabu, Februari 11, 2009

ada chance, gua nak kerjasama dengan Christian Bale.

Gua harap lagi ramai pelakon umpama Christian Bale akan muncul di bumi Malaysia demi memeriahkan lagi arena perfileman disini. Dia pelakon yang jujur dan sangat berbakat dan tidak pernah menyembunyikan rasa tidak puas hatinya, walaupun perkara itu perkara yang bakal menggugat karier dan keseluruhan profesionalismenya. Licik pula dia cover line bila bikin slack. Terasa ingin berguru.

Dia sangat efisyen dan komited.

Dia sangat fokus dan bersungguh-sungguh mendalami watak.

Dia sangat serius dalam kerja-kerja lakonannya. Sangat serius.


Kalau asyik kecil hati, dendam dan merajuk sahaja - bagaimana mahu maju?

Selasa, Februari 10, 2009

ibarat nak mandi pagi pun tak senang.

Sapa tanya gua lagi mana Scolari pegi, gua hempuk dagu dia tepi divider jalan. Tanya la Ray Wilkins. Gua nak mandi pagi pun tak senang. Bersepai telefon bimbit gua dalam bilik air nak jawab itu ini. Kalau tanya soalan-soalan lazim aje takpe, lainlah kalau gua betul-betul owner Chelsea. Gua bolehlah tawar Azman Adnan ke, Dollah Salleh ke.

Cuma kalau tanya gua, sapa gua pick sebagai pengganti dia: Best recommendation gua adalah sama ada FRANK RIJKAARD atau GUUS HIDDINK.

NOKTAH.

Isnin, Februari 09, 2009

will not contemplate. will do it now.

what a blessing in disguise, ain't it. No one saw it coming, no body saw it going. And if it is all up to me... I'll still be standing here waiting for tomorrow. But perhaps, I'm thinking or imagining things a bit much than usual. Or too un-usual.

Ah. Bugger.

Might as well give it a shot. On the head. I'll save the heart for laters. Or soon. Depends.

I just wanted to see it ALL by myself.


* * *

Here's a thing about life you lots should ponder about before moving on.

Never, ever: Let it fall out of place.

Ahad, Februari 08, 2009

Sabtu, Februari 07, 2009

VALKYRIE VS Pakcik hamlau yang tak abis-abis membebel bagi komentari memekak dalam panggung.

Gua rasa nak libas dan benam jurus sulung gua tapi memandangkan gua pun ada rasa hormat pada penonton lain dan tidak suka kurang ajar pada orang tua, gua pendamkan sahaja hasrat gua untuk melibas dan membenam. Gua kan penyabar orangnya. Jujur pula.

Tapi bara orang lain yang berdekatan gua, gua terasa sampai ke tulang sumsum. Orang macam ni layak tengok wayang pacak sahaja sebab suara lagi kuat dari Dolby Surround.

Jumaat, Februari 06, 2009

Khamis, Februari 05, 2009

oh boy. here come's uncle Todd again.

Image Comics has provided fanboys of the 90s (refer: Lobak, Jeremy, Nanzo, etc) with an EXCLUSIVE FIRST LOOK at artwork from Haunt, the long awaited project that unites creator and artist Todd McFarlane with Spawn and Invincible writer and new Image partner, Robert Kirkman.

No thanks for me. Is 2009 marking back the return of the 90s after Rob Liefeld's horror Smash ?? Chaplang, siot! Agak-agak kepala budak baru masuk Tadika pun dah boleh agak, Haunt dengan Smash ni tiru karakter apa. Takkan lah tak upgrade walau seinci pun.


On a more brighter note: CIVIL WAR is now a video game. YeaY!

Rabu, Februari 04, 2009

this really works... if you're in Darjah 3 Teratai back in '89.

Napoleon Dynamite:
Well, nobody's going to go out with *me*!

Pedro:
Have you asked anybody yet?

Napoleon Dynamite:
No, but who would? I don't even have any good skills.

Pedro:
What do you mean?

Napoleon Dynamite:
You know, like nunchuku skills, bow hunting skills, computer hacking skills... Girls only want boyfriends who have great skills

Pedro:
Aren't you pretty good at drawing, like animals and warriors and stuff?

Napoleon Dynamite:
Yes... probably the best that I know of.

Pedro:
Just draw a picture of the girl you want to take out... and give it to her for like a gift or something.

Napoleon Dynamite:
That's a pretty good idea.


Thank you, Napoleon.

Selasa, Februari 03, 2009

kegiatan seorang bujang (tak berapa) senang.

Bukan main layan tido gua semalam lepas :
  1. Bangun pagi sebelum Pak Bilal bangun.
  2. Main bola macam nak tercabut pangkal paha selama 2 sessi berturut.
  3. Kejar skrip sampai blank nak tulis apa.
  4. Makan nasik umpama buka puasa waktu lunch.
  5. Mandi lewat malam yang panjanggg...
* Peh! Dahsyat bai. Lain macam dia punya lentok gua cakap lu. Gua tak tipu. Sikittt aje lagi, gua nak sambung karaoke lepas nombor 5 tu. Kalau jadik, sampai lusa gua lelap!!

Takde kena mengena dengan cerita. Saje bubuh, nampak sikit gua buat kerja.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Masih dalam kerugian.

Ya. Macam biasa aku akan cakap: "Masa berjalan begitu pantas" Walaupun bukannya dihamburkan secara colloquial, aku tetap masih l...