Jumaat, Januari 30, 2009

Tiada yang lebih berdarah dari resdung berdarah.

Hawau betul, dah bertahun pasang azam baru... setiap tahun tu jugaklah gua mungkar menelan air batu, membaham seafood dan mencengkik ayam injeksyen. Walaupun gua happy hari ni ialah hari dapat payment tapi apalah harta dan wang tanpa kesihatan yang jitu untuk melawat ke Borders ataupun Kino ataupun kedai-kedai komik yang berdekatan.

Seperti burung kepatahan sayap... Dihati kecil ku menaruh harapan. Macam #*^&(% lubang hidung gua!!!

Khamis, Januari 29, 2009

* r e c c e


Roy sekali lagi bikin filem dengan kegemparan sendiri. Ape citer? Lu pegi SINI layan dulu, baru tau. Gua dah tengok raw cut itu hari. Satu je gua nak cakap: Beruntunglah lu orang ada filmaker kental macam Roy ni..

Rabu, Januari 28, 2009

Adaptasi AKU BUDAK MINANG ke drama TV

[ S P O I L E R - A H E A D ]


Atuk menjadi tempat Ujang meluahkan perasaan.

SIAPA tak kenal kartunis bernama Ujang. Watak kartun yang dicetuskan personaliti itu membesar bersama kelompok peminatnya sendiri. Selama tempoh itu jugalah nama Ujang begitu gah di hati pengikutnya.

Namun di sebalik itu, tiada siapa tahu kehidupan silam kartunis popular itu hingga wujud karakter kartun popular ciptaannya. Dan pastinya drama bersiri Aku Budak Minang arahan Zulkifli M Osman terbitan Niscam Media Sdn Bhd menyelongkar suka duka Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim Aton, 43, sejak zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Aku Budak Minang diadaptasikan daripada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan dalam komik Ujang terbitan Creative Enterprise. Menerusi 13 episod, ia akan menemui penonton di kaca TV2 tidak lama lagi.

Menampilkan Along (Kumpulan Cham) selaku Ujang, selain Baharuddin Omar (Atuk), Zila AF (Anor), Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).

Mempelajari seni mempertahankan diri.

Ujang berkata, inilah karya pertamanya yang diangkat ke kaca televisyen selepas 25 tahun bergelar kartunis.

“Sebahagian watak yang diwujudkan adalah karakter kartun yang pernah diangkat dalam komik Aku Budak Minang, manakala sebahagiannya adalah rekaan semata-mata. Ada watak yang diwujudkan tidak menggunakan nama sebenar bagi menjaga identiti mereka yang pernah bersama dan membantu saya selama ini.

“Saya berterima kasih kepada penerbit, Adam Mat dan pengarah, Zulkifli yang berminat mengetengahkan karakter kartun dan kisah hidup saya ke drama TV. Hampir 90 peratus jalan cerita yang dipaparkan berasaskan penceritaan dalam komik Aku Budak Minang,” katanya ketika dihubungi B*Pop.

Ujang berkata, kebanyakan watak kartun yang diwujudkan mempunyai pertalian dalam hidupnya. Apabila mengetengahkan karakter kartun Aku Budak Minang sekali gus menyingkap kehidupan silamnya.

“Watak Ujang, Atuk, Aca dan Emak adalah mereka yang menjadi sebahagian hidup saya. Mereka inspirasi saya dalam menghasilkan karya selama ini. Bagaimanapun, saya juga insan biasa yang menjalani hidup seperti orang lain. Apa yang berlaku pada diri saya ketika zaman kanak-kanak hingga dewasa menjadi paparan karya saya.

“Ibu pernah berkecil hati gara-gara saya mematikan wataknya dalam komik saya. Sekampung heboh mengatakan ibu meninggal dunia apabila saya mematikan watak ibu dan ayah dalam komik. Begitulah impak komik saya sehingga mereka benar-benar percaya ibu saya sudah meninggal dunia sedangkan niat saya hanya mahu mematikan watak ibu dan ayah dalam karya saya. Selepas menjelaskan perkara sebenar, ibu barulah faham, saya hanya berkarya. Saya tak pernah lupa, ibu antara pendorong kejayaan saya selama ini, manakala ayah pula sudah meninggal dunia,” katanya.

Anor menjadi kekasih Ujang di kampung.

Akuinya, mungkin ada yang menganggap kisah hidupnya penuh ranjau duri apabila sering dipukul ibu ketika kecilnya. Dia juga pernah lari dari kampung selepas berkecil hati dengan keluarga.

“Bagaimanapun, keluarga tidak pernah bersalah dalam apa juga perkara. Selepas kelahiran adik, Aca, saya sendiri rasa dipinggirkan. Akibat sering membuli Aca yang dilahirkan cacat, saya sering dirotan. Di sekolah pula saya menjadi kepala samseng dan sering membuli pelajar lain sebagai tanda protes apabila di rumah sering dipukul. Apabila direnungkan kembali, ibu memukul saya untuk mengajar saya menjadi anak berguna. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Along berkata, jalan cerita yang dipaparkan cukup unik kerana mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan dia negeri Adat Pepatih itu sepenuhnya.

“Saya terharu apabila watak Ujang ini ditawarkan oleh kartunis itu sendiri. Beliau datang mencari saya ketika saya berada di Gelanggang Raja Lawak lagi. Tak mungkin saya melepaskan peluang keemasan ini kerana saya antara jutaan peminat kartun dan majalah karya Ujang.

Saya masih ingat lagi, saya sanggup mengikat perut untuk membeli komik Ujang ketika waktu persekolahan. Mulanya saya tak yakin mampu membawa watak Ujang kerana memerlukan saya berdialog Negeri Sembilan, sedangkan saya berasal dari Johor. Tentu saya berdepan masalah.

“Namun, Ujang memberikan saya semangat dan begitu yakin dengan saya. Sebelum ini, saya sering juga bertemu Ujang dalam majlis tertentu, tetapi saya segan mendekatinya, maklumlah siapalah saya. Bagaimanapun, saya tak sangka Ujang memerhatikan saya dan memilih saya untuk membawakan watak dirinya,” katanya.

Along berkata, dia tidak menyangka di sebalik karakter kartun yang diwujudkan mempunyai cerita berkaitan hidup Ujang.

“Selepas membawakan watak Ujang, barulah saya dapat menyelami siapa diri Ujang yang sebenar. Saya diberitahu dialog dalam drama Aku Budak Minang berasaskan komik berkenaan, hanya sedikit saja ubah suai dilakukan. Ujang digambarkan sebagai seorang budak yang sering dipukul ibunya kerana suka membuli adiknya, Aca yang cacat. Ujang memberontak di sekolah. Sunguhpun begitu, Ujang sebenarnya menyayangi Aca, jangan ada yang mengutuk keluarga terutama adiknya yang cacat, pasti kena pukul.

“Atuk dan Anor menjadi tempat Ujang meluahkan perasaan. Air mata saya tak habis-habis menitis ketika melakonkan babak Ujang di kubur nenek, mengadu dirinya tidak disayangi keluarga,” katanya.




RAW CUT - Aku Budak Minang - Drama Promo (unofficial)

source: BERITA HARIAN

Angkara burung punai.

Apa beza cuti dengan tak cuti selain kalau tak cuti kena kerja dan kalau cuti, tak payah kerja? Jawapannya adalah kadar kemalasan, tahap pengambilan makanan dan daya tahan untuk tidak buang masa tak tentu hala. Gua habiskan cuti tahun Seladang TiongHwa gua dengan mesyuarat kahwin adik gua, pegi iKea, baca buku, layan TV dengan DVD, lepak runcit-runcitan dan bertapa.

Gua bangun aje pagi tadi, tengok dah hari Rabu.

Punai betul. Kejap aje cuti panjang kat Malaysia ni. Baik tak payah cuti.

Sabtu, Januari 24, 2009

Sapa pernah dengar lagu SYJ tu ?

Kita tak boleh buang masa lagi. Orang dah ke bulan, ke bintang, ke langit. Mereka telah bertemu makhluk asing dan hidupan di planet lain. Ini bermakna, segala teknologi yang ada barangkali sudahpun dikenalpasti boleh menyelesaikan persoalan-persoalan yang wujud sekian lama.

Tak tau. Benda dah depan mata. Dekat Al-Yahud jugak yang terlepas. Celaka!

Jumaat, Januari 23, 2009

Bila lepak kat food court, suka benor order benda lucu-lucu.

Kita perlu meluahkan isi ilham dan idea-idea bernas kita tidak kiralah di mana jua kita berada. Ini adalah untuk menzahirkan pendapat yang sama sekali berbeza dari sudut fikir serta sudut pandangan. Di sini dilampirkan gambar-gambar perlepakan yang membawa kepada perbincangan dan debat tentang kertas-kertas kerja yang berjudul :

" Permainan Video berunsur Arked era Super Contra dan Daytona yang Membawa kepada Perubahan Pola Hidup Muda-mudi era Shuffle menuju abad ke-21 tatkala Nasi Penuh di Ruangan Mulut. "


" Antara Asam Boi Gelas Besar, Lai Chee Kang Batu Campur dan Tembikai Perahan Segar : Halatuju Tembolok dan Masa Depan Isi Perut Nik Nadzru Iskandar "


" Polemik Mengorder Sirih Siam dari Phuket yang Tiada Kehabisan Umpama Retak Menanti Belah : Sebuah Enigma Yang Tidak Terungkai oleh Yongster "


NOTA: Geng Lepak Budak-budak MAGIC 15. Ironinya, gua tak main MAGIC kat CC15.

Khamis, Januari 22, 2009

Jadual gua banyak lari. Tuhan sahaja tempat mengadu.

Gua dengar pegi Mekah dahsyat. Pengalaman dia boleh diikhtiraf sebagai Ibu segala pengalaman. Bapak segala experience. Dan King segala memoribilium. Orang tua gua dah pegi dah Haji tahun lepas. Ada sorang member gua tu tak pegi Juara Lagu minggu lepas sebab dia ke umrah. Dua-dua gua kirimkan hajat yang sama. Cuma satu cara direct, satu lagi cara indirect la kan...

Senang cerita, gua teringin betul nak mintak something di hadapan Kaabah ni. Hajat gua serius tahap syurgawi. Bukannya sebab gua ketandusan doa atau kehabisan ikhtiar, tapi sebab gua tak rasa cukup rendah lagi depan Tuhan.

Rabu, Januari 21, 2009

Masalah paling koman di dunia ini (?)

Semalam dalam tidak berapa jam sebelum lewat malam, gua telah dalam perjalanan pulang ke rumah gua setelah bergelumang dengan kerja dan dunia luar. Gua bukannya balik untuk berehat atau merindukan isteri dan anak-anak di rumah, cuma gua perlu balik untuk mendampingi dan mendapatkan maklumat terkini secara bersemuka dengan orang-orang yang bermastautin di rumah itu yakni ahli keluarga gua sendiri dan bukannya jiran tetangga kerana jiran tetangga prioritinya kadang-kadang sahaja. Dan juga merasa sedapnya mandi malam di rumah. Mandi malam di rumah sendiri lebih sedap sebab air di bilik air selain rumah sendiri iaitu di bilik air opis rasanya lain. Kat rumah enak macam mandi dekat air terjun Niagara. Maka sebab itulah gua perlu balik.

Sebelum balik, gua kena tumpangkan kawan gua balik ke rumahnya juga dengan menghantarkannya ke stesyen tren di Kelana Jaya. Jangan risau, orang itu bukannya awek gua ataupun bakal tunang gua kerana dia hanyalah kawan gua yang dah jadi rutin kena hantar dia balik. Laki-laki pula tu. Boring betul. Kan ke best kalau Jennifer Love Hewitt atau Julia Rais mintak tumpang gua balik. Boleh belanja makan roti John atau char kuew tiaw belakang pasar kat TTDI. Kereta kawan gua tadi actually sudah bertahun mengalami masalah kereputan ataupun karat besi. Dia nak bikin tukun sebelah rumah pangsanya barangkali. Jadi, dia terpaksa tunggu tukun itu menjadi untuk mendapatkan modal pulangan untuk membeli kereta baru agaknya. Nampaknya, sejak kebelakangan ini, takde awek yang nak tumpang kereta gua kerana kereta gua sudah lupus cukai jalannya iaitu road tax sejak lebih setengah tahun lamanya. Mungkin awek-awek ini tidak cukup kamikaze seperti gua. Ah. Lantaklah. Nanti kalau gua dah beli BMW 3 series model paling mutakhir atau Honda City Spec-Sukan terbaru, barulah diorang bersepai dan kucar-kacir untuk menumpang kereta gua yang mahal dan moden itu. Tak jadi masalah. Gua paham sekali ini bukan masalah cukai jalan sebenarnya.

Sedang perjalanan hendak ke stesyen tren, kereta tanpa cukai jalan gua itu memerlukan sedikit habuan minyak petrol tanpa plumbum berwarna hijau dalam seringgit-dua. Gua pun landing ke stesyen minyak dulu. Itupun gua pau duit minyak dari member gua sebab gua memang betul-betul sengkek. Bukan kerana hujung bulan atau sibuk berbelanja untuk sambutan kong hee fat choy tapi gua memang jujurnya sengkek. Sengkek.


Jadi begini. Sebelum gua pulang ke rumah - sebelum gua setuju tumpangkan kawan gua balik - sebelum gua singgah ke stesyen minyak untuk isi minyak tanpa plumbum - sebelum gua terimbau zaman gemilang jennifer love hewitt dan julia rais - sebelum gua sedar yang gua sudah sengkek... gua ada tanya satu soalan kat kawan gua tadi dalam pada rancak-rancak dan ligat berborak.


Soalanya berbunyi begini: " Apakah dia masalah paling terbesar dan paling koman tapi selalu sahaja di hadapi oleh semua manusia di dunia ini dan susah nak di settle ? "

Dia jawab: " Duit "


p/s - Sampai sekarang gua musykil dan sangsi tapi macam setuju dengan jawapan kawan gua tu. Amacam ??!

Selasa, Januari 20, 2009

Hari-hari dalam muka surat.

Kemasukan gua ke dalam arena penulisan bukanlah bersifat tidak sengaja. Namun pada hemat gua, lebih pada bersifat semulajadi. Atas bawah alasannya lebih kurang sama. Kiri kanan mendesak dan menyuruh gua menulis, untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Kerana hari ini, pasti ramai yang sudah tahu: tidak semua yang baik itu baik dan tidak semua yang buruk itu buruk. Macam orang tidur, ada yang berdengkur kecil dan ada yang berdengkur besar. Lenanya pula diselang-selikan dengan mimpi dan igau. Gua tidak dapat ingat mimpi pertama gua. Sebab mimpi pertama gua sudah pasti sebelum gua muncul di dunia ini.

Ianya semakin jelas bila orang mula baca tulisan gua dan kenal pasti apa niat gua. Tapi masih banyak yang tidak jelas. Kenal pasti sudah.

Jelasnya... belum lagi.

Isnin, Januari 19, 2009

comics. in the words of scott mccloud



In this unmissable look at the magic of comics Scott McCloud bends the presentation format into a cartoon-like experience, where colorful diversions whiz through childhood fascinations and imagined futures that our eyes can hear and touch. Listen for a moving meditation on the nature of vision and for four indelible rules of life.

TEDTalks is a daily video podcast of the best talks and performances from the TED Conference, where the world's leading thinkers and doers give the talk of their lives in 18 minutes. Featured speakers have included Al Gore on climate change, Philippe Starck on design, Jill Bolte Taylor on observing her own stroke, Nicholas Negroponte on One Laptop per Child, Jane Goodall on chimpanzees, and LOST producer JJ Abrams on the allure of mystery. TED stands for Technology, Entertainment, Design

TEDTalks cover these topics as well as science, business, development and the arts. Watch the Top 10 TEDTalks on
The Brain Trust program.

Ahad, Januari 18, 2009

WEAPON X UNITE !

X-Men Origins: Wolverine

Wade Wilson/Deadpool (Ryan Reynolds), Remy LeBeau/Gambit (Taylor Kitsch), Logan/Wolverine (Jackman), Victor Creed/Sabretooth (Liev Schreiber) and Silver Fox (Lynn Collins).

The Gavin Hood-directed prequel opens in theaters on May 1st.

Sabtu, Januari 17, 2009

ROB LIEFLED - KESENGALAN BERTERUSAN!

Orang buta pun boley agak lu punya idea datang dari mana. Macam p*%#&$ !

Who or what is the SMASH! Captured and exiled by the Soviets in 1954, General Jacob Kurtz was transformed into something far greater and more terrifying than anyone ever imagined. His years lost to him, he is now captive of Project:Rebirth. Or is he? SMASH explodes back on the scene in this introductory one-shot that sets the stage for SMASH! to be UNLEASHED! Kalau berani sangat, boleh la beli. Keluar bulan empat nanti. Rasa nak hempuk bahu Rob Liefeld!

P/S: Lu ingat best sangat la buat komik ni. Bak kata R.Jaapar : KKHHTTUUIHHHH!!! Ketinggalan zaman, bai! Serius punye.

Jumaat, Januari 16, 2009

secara general, memang ramai orang cakap kat cikgu nak jadik askar masih masuk darjah 1 dulu...

Ini jam banyak betul musim yang datang. Tapi, kalau nak dicongak-kira, tak musim pun musim tu datang. Musim sakit, musim cuaca tak menentu, musim ekonomi bengkak, musim jualan komik murah, musim azam-azam baru tengah membara, musim kawin, musim beranak, musim bola, sonata musim salju, morning musime, semusim berlalu, musim itu, musim ini. Pendek cakap, musim akan 'in' bila-bila masa aje tak kira musim.

Faris adik gua sekarang tengah berperang dengan jangkitan kelenjar, Roy itu hari kena suspek denggi dan Lobak pulak kena attack dengan pijat-pijat betina yang ganas. Dekat setengah dozen kenalan-kenalan gua sudah mengalami dan melepasi proses pengembangkan zuriat - TAHNIAH SEMUA DAPAT ANAK! Ini termasuk jugaklah yang baru-baru kawin - SELAMAT PENGANTIN BARU, TAK BERAPA BARU jugak. Musim cuti sekolah tamat, bebudak balik sekolah. Musim Ekonomi dah start main roller-coaster balik. Musim Pengangguran walaupun ada sesetengah member tu dah dapat offer kerja. Syabas. Syabas. Jangan main-main atau tangguh-tangguh lagi la bila dah dapat keje baru tu. Rock... rock jugak, tapi jangan sampai jadi kutu. Pedulik hapa gua Iblis Merah Berdarah nak turun KL. Ingat nafsu gua, nak aje gua coach Harimau Malaya dari sekarang supaya dapat tiaw itu team. Musim Perang Ibu Segala Perang kat timur tengah tu tak masuk dalam kategori musim sebab ia lebih kepada proses 'penjadualan' berkala. Nanti lu orang tengok la macamana ending dia nanti. Ini gua tak sebut. Ini Quran yang sebut.

Bagi gua musim-musim ni ada kala macam tak relevan lagi sebab orang dah mula main ignorant complex. Ini zaman kalau lu lambat, lu tinggal la sana kat belakang line. Kat depan line pun belum tentu lu leader. Kita beratur pun bukannya semua jenis yang sabar. Macam beli tiket bola tengok final Piala Malaysia tahun-tahun semi-pro dulu. Ada yang jenis main baik pulak selalu kena henjut pulak dengan manusia-manusia gampang. Ada yang main bangsat. Gua percaya ini bukan jenis manusia, jenis yang suka aggress orang lain. Jangan tunjuk terer tak bertempat. Nanti jadi horror. Apa salahnya kalau nak prove a point pun, tunggu la masa yang ngam. Jangan main redah aje. Ni statement ni gua buat bukan sebab gua beron atau marah kat sesapa cuma gua frust la tengok paper dengan tv yang kerap manipulate keadaan. Kesian siot. Agak-agak la. Ini asyik bikin kecoh, gegar sana-sini. Hapak resolusi apekenamanya tu? Gua nak bantu tapi sampai bila? Limit gua pun ada jugak. Cuma limit gua jenis yang liang lahad punya. Waktu tu baru gua ledak kot...

Jadi macam ginilah. Disebabkan Ban Ki-moon tak layan blog gua, pak Arab sibuk punggah batu bangunan dengan tabur duit nak beli Kaka, lanun-lanun kat Somalia pun taknak carik peluang pekerjaan lain... musimnya sudah tiba untuk kita sekali lagi berfikir ramai-ramai secara berkelompok atau individual:

Siapa mastermind sekarang - Otak lu ke, hati lu ?


p.s : kalau lu orang jenis yang tak suka berat-beratkan kepala dengan ini entry, sahabatku Zeekaa mengesyorkan blog ini . Semoga terhibur.

Rabu, Januari 14, 2009

WORLD EXCLUSIVE FIRST-LOOK : " AKU DAN SESUATU " The Motion Picture PREMIERE ANNOUNCEMENT.



Semuanya bermula satu masa dahulu tatkala persada komik dan gelanggang kartun nasional berada di tahap yang amat warna-warni. Meriah dan terasa gegak dan gempitanya.


Pada masa itu jua, gua sedang sangat giat berilmu dengan banyak guru-guru, tidak kiralah yang ada di depan bola mata ataupun yang dari kejauhan - tidak pernah pun bersua muka. Gua yakin ilmu dan pendidikan tentang hidup itu bukan hanya sekadar buku teks sekolah, kerja rumah, ko-kurikulum dan di denda cikgu displin sebab patahkan batang paip makmal, sauk ikan kolam projek sains dan mencilok penunu bunsen bawak pegi camping atau pinjam buku library tak pulang-pulang.


Ilmu tetap gua pegang sebagai wibawa hidup dan isinya adalah pengalaman-pengalaman yang wujud diantaranya. Dan antara pengalaman itu adalah apabila gua dapat tatapi, baca dan hadam halus-halus karya-karya seniman seperti Ibrahim Anon, Hanafiah Ibrahim, Mazli Ibrahim (dua Ibrahim ini tiada pertalian), Rahim Muda, Razak Sofhi, Reggie Lee, Azman Yusoff, Nordin Yusoff (pun tiada pertalian), Nik Wafdi, Saadon Ishak, Zainal Buang, Zulkiflee Anwar, Zaharudin Sarbini, Jaafar Taib, Dato’ Noor Khalid dan lain-lain lagi sebagai antara beberapa barisan kartunis dan komik artis lain yang gua angkat sebagai karyawan yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ini sedikit nama-nama yang gua follow masa zaman gua menuntut dulu.



Namun untuk ini hari, ceritanya hanya pada satu nama. Satu nama yang start letup pada permulaan era 90an sampailah ke hari ini dengan bermacam bagai hasil karya serta sumbangan pada industri komik dan kartun Malaysia. Yang punya peminat, pengikut dan pengaruh serata tanahair, tua dan muda, hensem dan buruk, yang sudah akil baligh atau baru selesai mummayiz. Lukisannya boleh dilihat dimerata tempat. Mural dinding, poster, album lagu, sticker kereta, iklan, dan macam-macam lagi. Maka sudah tentulah nama itu tidak lain dan tidak bukan adalah SHAARI SULONG atau lebih solid lagi dengan dengan nama penanya AIE.


Karya-karya Aie start dari gua kenal dari kartun Koma masa Jenakarama sampailah macam title Abe (bersama Ujang), Pak Andak, Aku Hidup dalam Blues (bersama Toyon), Bleed-Off (dengan Karangkraf), Psychool, Loveville (dengan ArtSquare) dan lain-lain lagi judul yang mungkin sudah gua lupa. Sebagai tambahan, berapa kerat jugak yang tau dia ni ada buat voice over sebagai Singh dan Arba si Katak Puru dalam pelopor animasi bersiri Usop Sontorian. Dia juga pernah berlakon dalam siri TV suatu masa dulu. Sapa yang fanatik, wajib tau cerita apakah itu.


Dan of course juga, siapalah yang tidak tahu akan AKU DAN SESUATU.






Naskah keluaran asal AKU DAN SESUATU oleh Ole-ole / Unlimted Productions / Aie Productions dalam versi komik single bersiri.

Naskah keluaran kompilasi AKU DAN SESUATU oleh Al-Ameen dalam versi novel grafik. 4 jilid semuanya. Siri dalam novel grafik ini adalah (1.) Permulaan Sebuah Akhiran; (2.) Dia Yang Dulu; (3.) Cerita Dari Dalam; (4.) Saat Jiwa Bicara dan (5.) Dia Kembali.



Ilmu yang gua pinjam dari dia memang bukan sembarangan. Dari zaman sekolah-sekolah yang mana gua hanya cedok dan tuntut dari kejauhan sampailah membawa rezeki bersua muka dan bekerja bersama sambil bertukar-tukar buah fikiran, masih ada yang belum terisi. Ruangnya masih ada untuk kita sama-sama penuhi. Dan gua confirm jugak, yang bukan hanya gua sorang merasai dan menikmati hidangan-hidangan zahir dan batin dari saudara Aie. Ramai juga yang meminati, mengidola malah menyerap semangat yang ada pada jiwa Aie. SESUATU yang barangkali sukar untuk dimengertikan AKU sendiri. Kerana pemberian itu terletak pada keikhlasan penerima juga. Masing-masing dengan penghargaan masing-masing. Gua cukup percaya, di luar sana, ramai lagi yang punya kata-kata tribute yang lebih legenda dari gua.



Dia dah tahap warisan negara.


Bagi gua dan kawan-kawan, hanya ini sebagai balasan ilmu lu pada gua...



A K U D A N S E S U A T U

The Motion Picture



P E K I N I b r a h i m . A Y U R a u d a h



Indeworkshop / Warisan 2020 / Zahra / Different Motorworks / Manteraworks.


“ Jika sesiapa yang ingin menceburi bidang komik janganlah menghasilkan karya di mulut saja, sebaliknya tunjukkan melalui kayakinan pada karya anda sendiri. Biarpun orang mengatakan karya anda buruk dan kotor, janji anda berbangga dengan apa yang anda buat. Dalam dunia komik tiada siapa dapat mengajar anda untuk menghasilkan karya yang terbaik, guru yang paling baik adalah karya anda sendiri. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, sekiranya mendapat peluang, jangan sia-siakannya ”


- Shaari Sulong.



A K A N D A T A N G
2 0 0 9

Register di Facebook Group sekarang untuk update terkini.

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2009

SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG MEMBUAT SALINAN SEMULA TANPA IZIN

Segala isi kandungan (konsep, idea, ilustrasi, teks, dialog, skrip, terma dan watak ) yang terkandung di dalam skrip ini adalah hak milik persendirian, rakan-rakan kongsi perniagaannya dan/atau pemberi maklumatnya. Adalah tertakluk kepada hak cipta dan lain-lain perlindungan hak milik intelektual oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa. Kandungan ini tidak boleh disalin atau dicetak untuk tujuan dagangan atau pengedaran, malah ia tidak boleh diubahsuai atau dipindah ke dalam bentuk dan struktur yang lain. Apa-apa jenis penggunaan yang lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran, penyiaran, penerbitan semula, pameran atau persembahan segala isi kandungan ini adalah dilarang sama sekali.

Selasa, Januari 13, 2009

The nearest thing to a SANDMAN movie - possibly probable, my guess would differ from otherwise but I feel good about this.




A Morpheus and his Endless fan will clearly see this being as close as to a SANDMAN Motion Picture could be. There's an arc in the book referring to this flick. There's also numerous movie beforehand that has the same vibe and feel (THE FALL, PAN'S LABYRINTH, CAVE OF THE GOLDEN ROSES, etc.) but this one is the latest. Well, of course we have to take out the wardrobe, the ass-kicking, poppy-contemporary, vigilante detective ala Rorschach material potion out of the equation. And yah... Ryan Phillipe must go too.


M e a n w h i l e - - -

Selepas gua sukses pujukrayu Jimi dan Zool beli ini...



* * *

Gua berjaya memaksa Lobak beli ini pula !



( Ternyata gua memang licik menjalankan kegiatan perniagaan tanpa pengeluaran modal )

The all new Sideshow Collectibles Book Catalogue Volume 10 . This is a thick full color collected compendium showing all the latest Sideshow products as well some of the unreleased-discontinued items. Cha-ching!

Special feature / behind the scene galore, fanboys !

Isnin, Januari 12, 2009

Jangan harap gua nak tunduk sambil berjalan.

Gua sekarang sedang belajar-belajar semula untuk bangun awal pagi. Maklum ajelah, tilam dan bantal gua betul-betul posisi tebing Gaza dengan sempadan Yahudi laknatullah. Gua kena siap sedia dalam apa jua keadaan. Kemas-Siap-Gerak. Kawat-Acu-Tuju. Malam tadi punya hiba dan dukacita dikenakan 3-0 oleh Iblis Merah gua buang dan rejam dan campak jauh-jauh dari cabang memento mori. Gua nak tido pun tak ngam. Pet-pet-pet-pet. Bunyi SMS gua bergema mempersendakan pembaringan gua. Apa kes entah, gua dah silent pun dia memekak lagik. Baik Husaif, baik Syawaluddin, baik Syahiran, baik Amirul, baik Ali, baik Nazri, baik sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan pasukan nemesis itu gua akan layan dengan kata-kata nista sopan ataupun dengan hamburan sarkastik sekali pada hari ini jikalau di sapa bila-bila masa. Gua rasa nak tomoi tiang LLN sambil pejam mata tapi gua pendamkan sahaja amarah yang membara itu.

Jalan jem mengalahkan babakcerita Armageddon, Deep Impact, Independence Day dengan The Day After Tomorrow sekaligus. Sah hari Isnin.

Sampai studio pagi buta dengan niat nak layan Golden Globe. Acara wajib dan pemanas badan tiap tahun sebelum tiba musim Oscar. Gua hadap sambil telan Maggi Asam Laksa berulamkan setengah dozen samperit atas meja pantri yang datangnya entah dari mana. Gua jangka Heath Ledger akan dapat satu. Ricy Gervais akan buat kelakar. Akan ada newcomer dan cerita-cerita yang haram gua tak pernah follow atau dengar pun sebagai pencalonan. Anugerah khas juri yang pelik. Bla. Bla. Bla.

Atas meja dan masih layan TV sambil buat keje yang tertangguh Jumaat lepas ala-ala mamat dalam cerita West Wing tu.

Gua browse berita terkini hiburan sensasi macam biasa dengan Facebook, Newsarama, CBR, Joblo, Gmail dan lain-lain lagi.


Gua stop kejap. Gua pikir. Gua taip dalam blog.



Ada ke satu hari yang dilalui dalam hidup sesapa pun dalam dunia fana ini yang mana kita tidak dependable pada benda-benda rutin seperti melanggar ke barat, menghadam yang keras dan mendongak kepala ke bawah?

Apa rahsia Tom Cruise ek nampak muda rumaja dalam tv?

Ahad, Januari 11, 2009

IDEALIS - LOLOQ.

Gua sekarang sedang menonton satu rancangan tv tribute untuk Allahyarham Loloq/Roslan Khamis/NurBisa/dan lain-lain alias. Dalam tv ni ada interview dengan hampir semua family, member-member kamcing, geng-geng lama dan manusia yang pernah terbabit langsung atau tak langsung dalam perjalanan hidup Loloq.


Hattan kata: “ Walaupun dia ni nampaknya kutu, tapi fikir dia one-up dari kita semua. ”


Amy Search: “ Dia ni kawan yang luarbiasa. Tidak ada yang biasa dengan Loloq. Dia sahabat sejati yang sebenar. ”


Mamat Khalid: “ Kalau Loloq takde dulu, mungkin aku pun tak ada sekarang. ”



Hariyah Yaacob, isteri Loloq: “ Dia hanya mahu dililihat dalam keadaan berdaya dan bermaya. Kicauan Loloq adalah kicauan untuk kita semua. ”


M.Nasir kata: “ Kalau semua lagu tu ada roh, mungkin nyawa lagu-lagu tu sudah bersemadi bersamanya. ”


“ Seorang yang cukup perahsia.Tak suka bawak benda rumah keluar rumah. ”


“ Teliti dan penuh dengan idea. Mesejnya sama ada tersimpan atau terbuka. ”


“ Polimatik. ”


Yang line teakhir tu, gua yang kata. Jujur cakap, gua tak pernah ada dialog formal atau coversation rasmi dengan Loloq. Ini bermakna arwah tak kenal la gua. Tapi dia ada pengaruh kerja-kerja gua. Very much supplemental figure. Gua mungkin pengikut terbesar M.Nasir dan secara otomatiknya ini membuatkan gua pengikut terbesar Loloq juga.


Cumanya beza kat sini, attention/spotlight pada Loloq kurang signicant pada mata media. Orangnya dah pergi, baru macam-macam reveal. Maybe ini petanda seorang seniman yang real. Yang true pada perjuangan. Tak pedulik sangat soal populist atau commercial atau mainstreaming. Jadi, apa strength Loloq. Rata-rata jawab lirik. Wording pada lirik ada kala tenggelam pada mereka yang hanya khayal dan langsung hanyut dalam melodi serta alunan irama. Tabii ini ketara. Jadi, bilamana getar muzik itu digema, apa sebenarnya yang kita tangkap? Rythm dia ke? Melodi dia ke? Beat ? Feel atau mood ? Syahdu ? Cintan ? Rasa nak banging ? Nak body surf ? Pejam mata ? Menangis ? Insaf ? Instrumental atau lirikal pun konsepnya, penghayatan tu kena ada. Ini yang membuatkan lagu-lagu ciptaan Loloq menjadi buruan. Jadi, penghormatan gua tetap. Tak ramai lagi dah orang macam Loloq kat Malaysia ni. Maybe kat dunia. Kalau ada pun tinggal berapa kerat. Bila dia dah takde ni, mereka-mereka yang faham macamana gerak manusiawi sekarang,yang faham macamana perjalanan seni dan challenge-nya, yang faham macamana nak survive, tipu daya orde baru dunia... akan tahu tentang betapa karya Loloq ni sungguh signifikan walaupun spotlight padanya bilmasa dia sedang rancak berkarya, kurang tidak adalah minimum. Daya kreativiti, lunas imaginasi, tahap intelektual, gagasan academia dan tujahan idealism : You will be remembered among the greats, Loloq.


Gua sampai sekarang masih lagi study dan dalami lagu-lagu yang terkandung liriknya Loloq, terutama yang terganding wibawa M.Nasir.


Polimatikal.


* * *


Dalam mana-mana himpunan-himpunan mahakarya seluruh dunia, pasti ada gandingan besar bertaraf legenda. Peranan ini terjadi sebagai suatu anjakan atau cataclysm sebuah ciptaan. Tidak kiralah kalau orang-orang ini buat apa atau bertemu apa sekalipun, there might be no such thing as a lone legend. Sama ada lu claim atau lu declare atau orang lain yang pandang lu sorang macam tu, mesti ada satu batang induk tulang belakang dalam hidup mana-mana manusia. Setiap manusia. Terkenal atau tidak. Yang besar atau kecil sumbangannya dalam masyarakat. Live or alive. We compliment each other. We inter-lock by nature or nurture. Reasonings. Rationale.



Gua pun langsung fikir panjang-panjang.


Gua ada terlalu banyak ‘hutang’ dengan orang.



Terlangsaikah semua hutang-hutang gua tu nanti?

Sabtu, Januari 10, 2009

AKHIRNYA, DAH NAK DEKAT MASUK 4 WORLD CUP BARU KAU NAK BUAT SALE! ( JUALAN MURAH-MURAHAN COMICS CORNER )


1998

NIK: Dud, komik lama diorang ni taknak jual murah ke? Dah bertimbun tak jual ni...

GUA: Betul la. Macamana, tak nak jual murah ke bro?!

HAFIZ: Dont ask me, dud. Ask the tokey la.


2002

IZNAN: Dud, komik lama diorang ni taknak jual murah ke? Dah bertimbun tak jual ni...

GUA: Betul la. Macamana, tak nak jual murah ke bro?!

HAFIZ: Dont ask me, dud. Ask the tokey la.


2006

NIEZAMUDIN: Dud, komik lama diorang ni taknak jual murah ke? Dah bertimbun tak jual ni...

GUA: Betul la. Macamana, tak nak jual murah ke bro?!

HAFIZ: Dont ask me, dud. Ask the tokey la.


2009

GUA (dalam hati) : Damn. Banyaknye kotak komik murah warna kuning kecoklat-coklatan. Mana pulak orang-orang dalam kedai ni, selalu pekat je hari minggu?! Nak gua borong semua kang, bukannya gua ada wang pun.

Jumaat, Januari 09, 2009

pandai buat duit kena masuk CNN



As you know, Amazing Spider-Man #583 hits the stands today. Well, in America at least because our shipments arrive on Saturday, latest. And how is America reacting to their President-Elect appearing with the Wall-Crawler? If there is any indication, with wallets open, apparently. Talked to one of my boys and it’s definitely been of those crazy fanboy/monumental event .

A line outside one comic shop before even it opened this morning. More than that, they received 20 calls before opening time, all asking about the Spidey-Obama book. They expect this scene to be mirrored across the country today as shops continue to open out all over America.

The question now: with comic books again getting a nice boost of attention and a likely boost in sales this week, how does the industry continue to capitalize on this moment?







source: newsarama.com

Khamis, Januari 08, 2009

Rabu, Januari 07, 2009

anarki sang kaki jalan kaki (mungkin fanboy best kept secret. mungkin lah, gua pun taktau maybe ada yang perasan sebelum gua)

Gua sekarang ketandusan sumber dan perantara buat seketika untuk berbelanja mewah-mewah beli komik macam dulu. Dulu gua rasa mewah dan bergaya sungguh beli komik tanpa rasa beringat-ingat dan waspada tentang keadaan ekonomi dunia yang mula dirasakan ke*&$%#@$nya sekarang ini. Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat dan langkah gua untuk berjuang mencari-cari port-port komik ekonomikal yang mana ada.

Dan baru-baru ini gua terjumpa satu lubuk dendam yang dianggap harta berharga di saat-saat genting ini di sebuah kedai majalah jenis lambak bernama Selvam di Cineleisure. Selvam lain pun tak boleh chelen Selvam ni sebab ini markas Selvam. Dulu dia bertaraf biasa-biasa aje. Malah, seleksi komik lama dan backstock pun sikit. Tidak impresif langsung. Title hampeh dan semuanya untuk budak-budak yang baru belajar nak baca komik.

Tapi sekarang gua anggap dia bertaraf World Cup sebab ada satu slot susunan rak komik yang best tahap esbestos seve ballesteros.
Harganya tidak sampai pun setanding dengan satu pinggan nasi ayam hainan kat food court pasaraya.

Selasa, Januari 06, 2009

Macam Alfonso, Attarturk... kita jangan jadi bangang!

Ada beza antara 'on time' dan 'on the way'. Banyak jugak bezanya. Sama jugak macam lu cakap 'dah nak siap' atau 'sikit aje lagi nak abis'. Atau 'agaknya' atau 'entah-entah'.

Nasib. Nasib. Luncai dah terjun. Labu tu agak-agak boleh support life Luncai sampai bila? Walhal, in the first place pun, labu bukannya dicipta jadi pelampung.

Isnin, Januari 05, 2009

Kawan-kawan gua semuanya penagih.

Betul. Gua mengaku gua memang ramai kawan penagih. Macam-macam jenis ketagihan, dari yang hardcore betul sampailah ke yang ringan-ringan sahaja. Tapi kebanyakannya memang stok tegar. Susah nak berenti ketagihan. Kat sini gua senaraikan jenis dan kategori member-member penagih gua. Harap beri tunjuk ajar:

Ketagih cakap.
Manusia tak boleh lari dari bercakap setiap hari sebab dah lumrah. Orang bisu pun bercakap jugak cumanya diorang tak bercakap guna mulut. Tapi macamana dengan member-member gua yang jenis menghoyan bercakap walaupun sampai tak payah nak cakap pun masih nak bercakap. Bukan gua nak menidakkan hak asasi manusia untuk bercakap. Tapi kalau dah bercakap membawak pada unsur-unsur syaitan, tak ke rugi aje sessi berdialog tu. Tambah lagi jenis yang suka cakap menipu untuk secebis solid attention. Siol! Ingat gua tak tau ke lu kencing gua. Malu la sikit.

Ketagih lepak.
Ini ada rentetan dengan ketagihan jenis yang kat atas. Lepak tak salah malahan banyak jenis lepak yang ok dan memberangsangkan. Gua pun satu hari at least mesti ada 2-3 sessi melepak. Cuma gua takdelah mengambil inisiatif untuk menjadikan lepak itu sebagai satu profesion apatah lagi perjalanan karier. Mana ada pelepak profesional yang dibayar gajinya tiap bulan? Jadi paham-paham aje lah bila gua kata gua tak dapat lepak, bukannya gua tak sudi cuma gua dah di booking untuk sessi lepak lain kat tempat lain. Gua pun penat dengan ngantok jugak. Lain la gua dilahirkan sebagai penunggu pokok Muntaha.

Ketagih makan.
Gua mungkin, diulangi MUNGKIN terjatuh dalam kategori ni. Gua memang gemar memakan makanan. Tapi tak confirm sangat sebab gua tak le jenis makan setiap 5 second. Itu bukan orang tu, jin tanah namanya. Tak pun hantu raya. Punya mewah Malaysia ni, mana-mana ada pot nak makan. Boleh memilih pulak tu. Kira mewah la Malaysia ni dengan makanan. Sebab tu gua paling pantang kalau orang komplen-komplen sangat pasal makanan ni. Kalau tak suka, sudah. Kalau tak sedap, carik lain. Kalau tu je yang ada, makan aje la. Bukannya boleh mati pun. Lain la ada racun lipas dalam tu. Puasa ok je. Tak bising pun. Tak puasa tak kira.

Ketagih internet.
Zaman ni, internet dah jadi lebih kurang macam oksigen. Sikit-sikit internet, sikit-sikit facebook, friendster, myspace, blog, wiki, youtube dan banyak lagi la. Termasuk la dengan gua-gua sekali. Agaknya kalau mat salleh tu tak bikin internet boleh spastik jugak bebudak sekarang ni sebab 'anggota' tak cukup. Tak dapat gua membayangkannya... dunia tanpa cyberspace. Kesian Hefner dengan Ozawa tak boleh carik makan.

Ketagih hobi.
Hobi secara definasinya memang seperti kita sedia maklum bermakna 'aktiviti pilihan mengisi masa lapang'. Apa yang gua dok perati sekarang, majoriti orang ramai sampai dah jadi menghampiri kewajipan fardhu ain. Dah ketagihan melampau sampai nangis-nangis, merajuk-merajuk, mengamuk-mengamuk, karate dinding, hempuk kepala kat tangga kalau tak dapat fulfill itu hobi. Pun, sekali lagi kategori macam ni memang ramai yang tergolong dari kalangan kawa-kawan gua. Main game siang malam sampai lebam-lebam mata dengan anak jari, mancing sana-sini sampai mengalahkan pro-golfer PGA Tour, kumpul komik, beli DVD pirate, burn DVD pirate, torrent dengan download bersepah dan hapa lagi tah. Halamak! Sikit punya horror da kategori ni sebab jap lagi mesti member gua kutuk sebab gua pun kena 2X5 jugak! Abis duit gaji kat situ aje. Camne bini tak kantoi sorok mainan jepun tu kat opis? kan? kan?

Ketagih buku.
Stok macam ni kalau dah kronik boleh jadik macam sorang mamat keje kat Borders yang selalu aje gua terserempak. Tak boleh lari dengan dia ni sebab dia punya kaunter jagaan dekat dengan rak komik. Macam Grinch pun ada, Count Dracula pun ada, macam Toyol Bachok pun ada. Tengah syok browsing-browsing dengan selak buku, tup-tup dia ada depan mata! Ntah hapa membebel gua tak tanya apa-apa lagipun. Rasa nak tebas aje misai dia yang macam A.Galak tak jadi tu. Ramai jugak kawan gua stok gini. Semua jenis buku baca. Dari kategori lexicography sampailah ke eshkrefemologi. Semua abis ditelaah dan dihayati sampai ada masa naik menyampah bila sebenarnya beli aje lebih, isinya korek kat internet. Pun sama la jugak dengan gua sekali. Aheheh. Macam kambing. Cuma takleh se-kambing mamat tadi. Serius gerun campur seram. Gua tekad antara azam baru gua taknak terserempak dia lagi. Senggugut!

Ketagih bola.
Bab ni, ramai geng gua dengan member gua suka tunjuk terer. Siap debat-debat lagi team dioranglah yang paling agung, paling kental, paling terer di dunia. Ah, dah nama kaki bola. Jap lagi masa main futsal atau bola kat padang, mula la semua nak tunjuk skill pemain pujaan memasing. Yang sorang tu konon nak buat trick shot Ronaldinho... jap lagi tersembam muka lekat tanah, jadi lawak Bujal aje hujungnya. Tak pernah berubah perangai bebudak Subang ni. Bookie gua tak tau ada ke tak di kalangan rakan-rakan. Rasuah ada. Itu time masa main kat sekolah team gua kalah sebab team kelas lain belanje referee nasik goreng wantan kat kantin. Bangkai! Belanje konon. Selalu jadi masa form 4.

Ketagih tido.
Hoho. Badan dengan metabolisme jenis macam ni jangan buat main. Ada sekali tu, gua pernah tunggu si Khairil@Lobo depan rumah, dia boleh tertido lagi dalam jamban. Walhal, siang tadi dia sehari suntuk tido. Rasa macam nak bom rumah dia pun ada jugak. Yang lagi sorang dua tu, asal ajak TGV atau GSC aje, dengkur. Itu lagi gua rasa nak sumbat bom dalam mulut! Tadi ye-ye membara nak tengok cameo la, apa la. Semua orang pun kena tido bila ngantok campur penat. Tapi kalau dah tabiat macam Zombie kampung batang pisang... apahal?

Ketagih usha awek.
Tak macam dulu, ramai lelaki lebih ketagih ngurat awek dari usha awek. Nampak sangat lelaki pasca milineum ni tak cukup jantan. Sampai ke sudah la jawabnya tu. Malas gua nak bimbing.

Ketagih berangan.
Ya. Gua cakap pasal lu... Pasal lu! Ni final yang penghabisan ni. Lebih baik berenti ketagihan lu sebelum gua hantar lu kat rumah Pengasih.



p/s: cuti sekolah dah abis. jalan tak jem pun? Hairan.

Sabtu, Januari 03, 2009

Cuaca tak menentu, sapa yang kuat komplen... dia yang akan kena sambar kilat dulu. Pegi la lu main layang-layang time tu. Nahas.

Semenjak, dua menjak ni takde kelihatan bulan di langit. Tidak juga kelihatan bintang. Puncanya? Gua sendiri pun tak tau. Gua bukan pakar kosmologi. Apatah lagi jurufikir constellation ataupun ahli astrologi. Lagi pun, gua tak into sangat semua tu. Lebih baik gua layan buku tulisan Ibn Sirin (Takwil Mimpi... sapa ada? Pinjam sat). Hujan dan panas pun tak menentu sama. Kadang banjir, kadang terbakar panasnya. Cepat-cepat la orang jumpa alasan kalau cuaca tak boleh nak diramal ni. Melainkan kalau benda tu ada kepentingan peribadi. Ada road block polis sejuta bilion kali pun tak jadi perkara. Janji apa yang dihajat tercapai. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kata pak tua tu. Nafsu dengan keinginan manusia ni mana boleh dibuat main-main. Tak baca paper tahun baru ke itu hari? Ah. Nampak sangat gua cuba berpolitik songsang. Lantak.

Lampu trafik tak selamanya merah. Kadang-kadang dia akan hijau jugak sekejap lepas dah oren. Tapi kalau kat KL ni, selalunya lampu trafik mula la rosak kalau tak maintain elok. Bukan apa, kalau maintain pun dia akan blackout jugak kalau ribut petir. Macamana tak sesak. Itu belum gua kira orang yang jenis darahnya cepat naik, nak mencarut, kaki gaduh, tak sabar dan dirasuk syaitan segera.

Kalau jenis yang pandai mengelat, bijak menipu, senang diampu, mudah diracun... selamatlah korang. Makin cepatlah proses penyahtinjaan diorang. Come on lah. Sedar. Bangunlah. Kalau tak kita, sapa lagi. Dah takde orang lain dah. Dah takde sapa dah. Ramai orang sama ada tak percaya orang, takkan percaya orang atau hilang kepercayaan terus sekarang ni. Tapi gua ada faith. Gua tak mudah goyang. Setakat beratur kat kaunter nak renew itu ini atau nak mintak borang sana sini, gua boleh sabar lagi. IC gua yang diiktiraf dan bertaraf smart card tu pun kalau tak clear lalu touch 'n go pun gua boleh blah lagi. Kena bayar cukai aje belum gua rasa. Sebab sekarang gua tak paham konsep dan ideologi bercukai. Nama pun 'cukai'. Macam skim pinjaman tu la. Kata nak bantu, apsal kena pinjam pulak? Ikhlas tak boleh ke? Kalau dah pinjam, bukan kena bayar balik ke? Tu dah kira agak menganiaya jugak tu kalau dah siap ada bunganya.

Chu-Kai. Chu-kaai. Pelik siol nama tu.

Pastu, kemana aje duit-cuit cukai tu pegi? Saham? KWSP? SOCSO? Telus? Serius telus? Itu hari gua ada dengar sorang ustaz tu cakap, kita tak tau pun mana duit tol kita disalurkan. Katanya perjanjiannya rahsia. Heran. Insuran tu semua credible? Pincang jugak gua nampak. Ada sekali tu servicing out. Gua taktau mana duit gua. Nasib baik kawan dari universiti dulu. Gua anggap halal. Lagipun dia baru lepas kawin. Taknak ganggu honeymoon lu. Tapi kalau lu baca, call gua. Gua nak sambung bayar ni. Gua pun nak selamat. Anyways, tu bukan point gua. Point gua ialah apsal kita kena bayar dan TERPAKSA bagi duit sedangkan kita perlukan duit tu untuk membeli tiket wayang, nescafe tarik dan komik setiap bulan? Tidak cukupkah semua pengorbanan dan kesengsaraan yang telah dibebankan oleh pemonopoli luar itu. Nak, tak nak, kena jugak beli.

KENA. TERKENA. MENGENA.


Dalam ramai-ramai orang, sapa yang sanggup? Moden sangat dunia. Terlalu moden.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

'Amounted Pressure'

Amount of pressure yang sedang aku hadapi sekarang ini adalah sangat luarbiasa. Akan tetapi ia terpaksa dikawal. Mujur sudah ada pengal...