Selasa, Disember 30, 2008

IMBASAN 2008 : Sebuah retrospektif sepanjang tahun

[7.]
JULAI

Chelsea turun Malaysia untuk kali kedua (match pertama masa Premiereship Asia Cup 2003), walaupun kalah tapi kalah yang best compare dengan team-team lain dalam tour tu. Ok la tu... bukan kena titik pun. Tapi tak puas. Apsal ek??


Ha! Terkejar-kejar kau, yob!


International Congress of Arvhives @ Kongres Arkib Antarbangsa ke-16 '2008. Apa kes pulak gua join benda-benda bertaraf Indiana Jones ni? Hanya gua dan gua sahaja yang tahu betapa terujanya gua.


Salinan naskah asal HIKAYAT HANG TUAH yang dipamerkan kat KL Convention Centre itu time. Ketar gila. Memang dari kecik dream gua nak tengok khazanah dunia ni.



[8.]
OGOS

Pembabitan dalam dunia Short filem secara tak rasmi gua yang pertama. Walaupun hanya taraf semut sahaja sumbangan gua, tapi semangat gua lain macam.


Chaisss! Dah tak nak buat komik pulak dah company gua dulu. Terpaksa gua kembali ke jalanan.



[9.]
SEPTEMBER



Menyelami pemikiran Mamat Khalid. Nasib gua tak lemas.


KedaiKomik Online gua kena jual.


[10.]
OKTOBER


Entri rasmi gua untuk MASKARA SHORTIES dengan Shazrol Suhaime@Roy.


Jumpa Tan Eng Huat dan pelancaran majalah art comic POPCORN.


Siri gerakprojek MANTERAWORKS World Tour bermula!


HARI RAYA AIDILFITRI 1429h yang syahdu dan merdu.



[11.]
NOVEMBER


' Projek Superhero Malaysia '
Edisi student UiTM, School of Art and Design - Printing Chapter.
Subject: Communication Design and Professional Practise.
Barisan juri musim ini: Gua, Pekin, Roy, Aie, Gayour.


Jersi BARU Malaysia - Season 2008/09


Siri TerjahTour MANTERAWORKS bermula!
Edisi NIEZAM UDIN



[12.]
DISEMBER


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FILM FESTIVAL '2008:
Business Matching Session dengan film maker dari seluruh antero planet bumi.


Siri TerjahTour MANTERAWORKS
Edisi ZEDDA


Pameran Senjata Tradisional: Misteri dan Kesaktian
Pertama kali gua pegang replika Tamingsari!


Siri gerakprojek MANTERAWORKS World Tour berterusan!

Ahad, Disember 28, 2008

IMBASAN 2008 : Sebuah retrospektif sepanjang tahun

[1.]
JANUARI


Dalam awal tahun 2008, gua banyak bercongak-congak macamana gua nak mengisi 365 hari berikutnya dengan perkara-perkara dan bahan-bahan yang berfaedah, bermanfaat dan prominen belaka. Jadi gua ambik kesempatan untuk kirimkan doa dan hajat kat mak bapak gua yang kebetulan di Mekah untuk menunaikan ibadah Haji agar semua impian-impian gua tercapai.

Sampai hujung tahun gua tak kawin-kawin lagi. Adik pompuan gua pulak yang nak kawin bulan 5 tahun depan. Nampak sangat gua tak cukup haul lagi nak carik bakal isteri.

Kad jemputan kawin adik gua bulan 2 itu hari. Dia dah pun selamat beranak minggu lepas iaitu bersamaan 19 Disember 2009. Tak pasal gua jadi uncle ini tahun jugak! Rezki Allah.

Masa ni, gua pun taktau apa kitorang buat. Gua budget Jim Lee dengan Alex Ross pun ada jugak angkat-angkat kotak dengan stok tak laku masa zaman diorang muda-muda dulu. Pastu Jim Lee dan Alex Ross dapat idea macamana nak berenti keje.


[2.]
FEBRUARI


Pertama kali gua dan gengsi masuk konti radio. Radio kerajaan pulak tu. Ada sapa entah itu hari, sebut reformasi ke apa entah. Nyaris tak kena lokap ISA.

Tengah pikir skrip promosi untuk malaun sebelah kanan gua.

Bangga sebab bekas company yang buat komik dulu masuk PREVIEWS. Sampai ke sudah tak sampai pun dekat Mind Shop atau Comics Corner. Kat mamak dengan Petronas ada la gua nampak.

Adik gua yang pertama kawin. Selamat kawin.


[3.]
MAC


Harijadi gua edisi 2008. Dah besar dah rupanya gua.


[4.]
APRIL


Blog rasmi gua sudah berstatus dot com. Sikit punya grand ke perasaan.

Jedi Masters Program kat KL SENTRAL. Dahsyat gua cakap lu...

Bertemu Pak Samad secara real. Dulu tak betapa real. Gua nyaris ambik order komik dari dia.


[5.]
MEI


Sepanjang gua kerja dan bergaji, gua tak pernah bercuti. Ini tahun gua pecah sejarah dunia! Gua landing kat Kepulauan Borneo di Sabah. Sikit punya solid awek Sabah. Awek KL boleh simpan sombong lu orang jauh-jauh.

Walaupun takde kena mengena dengan hidup gua, gua happy tengok gambar ni masa bulan ni. IMAGE FOUNDERS RE-UNION!

Gua masuk ITM balik. Dan mengajar. Rasa macam fairy tale sinetron Indonesia aje!

Kedai komik Online gua di bukak rasmi.


[6.]
JUN



EURO 2008. Menang-Menang-Menang-KALAH. B*%# PUNYA RUSIA.

HARGA MINYAK TAK PEPASAL NAIK.

Gua pulak kehilangan mata pencarian yakni kerja tetap bulan ni. Kembalilah gua ke gelanggang seniman jalanan yang gua rasa cukup tak best, menduga tapi seronok... seronok sebab apa?!? Seronok sebab gua dah boleh main WINNING ELEVEN bila-bila masa gua suka! HAHAHAH!!!!!


--- to be bersambung

Sabtu, Disember 27, 2008

A YEAR IN REVIEW : 2008

Coming soon.

Please don't leave your seats unless you're over for more important reasons like writing one for yourselves or pretending to be busy doing something over the weekend. And yes, perhaps... weddings. From dawn till dusk. Or also busy putting down yesteryears resolution on the sideline.

That one is a good excuse to leave your seats.

Jumaat, Disember 26, 2008

Khamis, Disember 25, 2008

Rabu, Disember 24, 2008

( EXCLUSIVE LOOK ) siri gerakprojek MANTERAWORKS WORLD TOUR 2008/09 : edisi JIMI & ZOOL.


AHF CONGRESS '08, KUALA LUMPUR MALAYSIA - POSTER ART


Nampaknya bebudak Manteraworks dah melampau. Semuanya degil, keras kepala, pakai iPhone canggih-manggih, suka-suka hati sendiri, tegar stayback kat studio, rebel, kuat melawan, order komik lagi advance dari kedai komik dan entah apa-apa lagi! GUA KAGUM. Bila gua cakap suruh kembangkan prospek dengan suruh carik portfolio, takdelah gua suspek sampai ke tahap ini!


Tahniah sebab dah mendekati pihak istana dan kerabat presiden. Ini terjadi walaupun gua boleh tahu lu orang memang tak kacip langsung nak pegang kayu hoki termasuklah gua sendiri! Ah, belakang kira. Tapi lain kali Zool, kasut putih pegi dating lu tu kasik ganti la bila jumpa raja-raja ni. Puas Jimi menahan tulah.

Apapun... Syabaassshhh!

Selasa, Disember 23, 2008

" KAMI SEDIA SAHUT CABARAN PERTIWI ! " - Majalah GEMALA SMSU '96

Sebelum orang kecoh-kecoh dengan Aidil Zafuan dengan Zaquan Adha, ada satu time tu tatkala zaman gua membesar memang ada beberapa pemain kembar yang cukup lekat dalam kotak memori gua. Nak cakap pasal adik beradik memang la ramai, tapi itu gua taknak sentuh. Hanya player kembar sahaja. Seingat gua, sebelum wujud kembar Tiga Nanyo dalam kartun 'Kickers' dulu, dah ada dah Tiga beradik Harimau Malaya Abdah Alif, Yunus Alif dengan Najib Alif. Tu belum gua bukak story pasal Hanapiah Ali dengan Khalid Ali, big brader kepada Zainal Abidin Hassan. Pemain antarabangsa tak payah cakap la... bersepah! Ada sekali tu pernah gua terbaca dalam majalah Shoot tahun bila entah masa sekolah menengah, ada player Nigeria sampai 5 beradik sekali main bola kat liga Itali. Dasar kilang betul Afrika ni.

Ya, kembali pada topik asas tadi. Ada ramai juga pemain kembar lain di serata dunia yang bagi gua cukup handalan seperti Andreas Ravelli dan Thomas Ravelli dari Sweden, Ebbe Sand dan Peter Sand dari Denmark dan sudah tentulah faveret gua, Frank de Boer dan Ronal de Boer dari Belanda.

Pernah dulu, gua digandingkan dengan player kembar. Walaupun tak tau berapa 'cap' dah gua kutip main dengan diorang tapi experience itu takkan gua lupakan. Sebab selalunya di sisi pemain handalan akan ada sayap yang membuatkan player itu terbang dan mencapai awan-gemawan sebagai pemain legendaris. Sapalah Bergkamp dan Kluivert di depan pintu gol tanpa kelibat kembar de Boer.

Itu hari semasa menghadiri sebuah majlis, kami dipertemukan semula sesudah semi-retirement dari dunia bolasepak semi-profesional. Mustadzim kini sudah berumahtangga dan bekerja di HQ Toyota sebelah tempat kerja lama gua dan Mustakim adalah seorang travelling chef. Mereka kini berjaya dalam lapangan masing-masing dan juga karier yang diceburi.

Kami semua setuju futsal melemahkan pemain padang, Honda CITY baru best inzal, ada awek atau sudah kahwin bukan alasan untuk tidak turun dan tempat lepak James kat SS19 perlu dibangunkan semula untuk memeriahkan kembali zaman perlepakan tegar suatu masa dahulu.

Jumaat, Disember 19, 2008

Pembuahan.

Malam tadi.


Panggilan terpaksa gua lakukan. “ Sorry, dud. Ini malam terpaksa cancel seat gua untuk YES MAN. Ada hal penting yang terpaksa gua pergi ”. Nadzru selaku member gua yang dah lama kenal gua sejak dari sekolah dulu dah faham maksud gua. “ I understand, bro. Go ahead. Congratz in advance! ” , jawab dia dengan slang omputeh yang cukup ikut Brit standard. Gua ucap selamat tinggal dengan member-member satu studio dan terus rempit dengan Kancil gua untuk pick up mak gua kat rumah. “ Dah solat belum? Belum solat, settlekan dulu. Jangan hutang-hutang dengan Tuhan ”. Mak dengan bapak gua teruskan sessi mind-reading kat atas meja study/meja makan dan biarkan gua tenang dan rehat-rehat barang seminit-dua.


Gua rasa dari tadi lain macam badan gua. Rasa seram-seram sejuk campur panas-panas suam kuku. Nak demam ada. Macam dah demam pun ada. Otak dan badan gua rasa tak ngam semacam. Kiri gua rasa macam dah beralih kanan. Atas gua rasa macam dah berpindah bawah. Tapi gua tak puas hati, boleh adjust ni. Gua tak boleh tak sihat 2-3 hari ni. Terutamanya malam ni.


Kancil bertukar Kia. Dalam kereta hanya gua dan mak gua. Adik-adik gua tinggal dengan bapak gua yang sama-sama kepenatan mungkin sebab lawatan ke Seremban hampir sehari suntuk tadi. Lawatan batiniah.


Sepanjang perjalanan, gua dengan mak gua berbincang sederhana-sederhana sahaja. Soal transmisi kereta lari, jalan KL dah banyak berubah dan lain-lain. Selepas jangkaan kesesatan itu, kami sampai juga ke destinasi. “ Patut la tak jumpa. Dia tutup lampu signboard ni. Visiting hours dah abis. ” Mak gua call adik gua kat atas. Selang tak berapa lama lepas tu, bayang adik gua masih tak nampak. Nasib baik. Ada sorang kakak turun tolong bukak kan pintu. “ Sekejap aje ye...”. Kami pun naik ke Tingkat 1 dan menuju ke bilik yang tertera nama PUAN IRDAYU IBRAHIM. Dalam bilik itu hanya ada dia dan FAZRI MUKHTAR. Adik gua. Kelihatan suasana semakin sentimental dan emosional. Serius dan mendebarkan. Mak gua memberi nasihat-nasihat dan panduan-panduan berguna kepada adik gua dan adik ipar gua sambil gua curi-curi dengar dan pura-pura konsentrasi menonton tayangan ulangan filem Tiga Abdul kali yang ke-2,891 juta. Ahehe. Gua kena ambik nota-nota penting. Berguna bila tiba time gua nanti. Harap-harap. Memang kepala otak gua tengah Kassim Patolon masa tu.


Tunggu punya tunggu, lepak punya lepak, borak punya borak. Masih dalam debaran dan suspen yang sama. Babak makin kencang. Kelmarin turn Khairy Jamaluddin. Semalam pulak Mazli Ibrahim. Dua-dua selamat dan sejahtera.


Sabar.


Belum masa lagi. Doktor dah induce. Ada lagi tiga lagi waiting list. Mungkin tengah malam. Mungkin awal pagi. Mungkin lewat pagi esok.





Hari ini 19 Disember 2008. Masa tepat 4 pagi lebih kurang.


Bertambah lagi seorang bilangan ahli keluarga.


Seorang HERO yang sihat dan sempurna.



Kelahiran AMMAR RAYYAN.


Haha. Happy gua tidak terkira. Tahniah, bro and wife! Gua tak sabar nak ajak anak lu turun padang sepak bola and curahkan ilmu WINNING ELEVEN gua yang melimpah ruah ini...



p/s: Gua sekarang adalah dengan rasminya memegang satu lagi jawatan baru.

Gara-gara Geoff Johns, hampir semua komik DC jadik best.



Saturn Girl, Cosmic Boy and Lightning Lad appears! Thank you Geoff for staying true to the lore.


Smallville has had its major ups and downs over the last seven years. There have been moments of genius right along side moments so head scratchingly bizarre (or boring). Critically and ratings-wise, this season has seen an upswing and it looks to continue that after the standard TV winter break. When it returns, Smallville returns with a bang featuring an episode written by Geoff Johns and starring the Legion of Super-Heroes. For those who are not aware, Geoff Johns also wrote the Superman and the Legion of Super-Heroes story arc in Action Comics #858-863.

It's tough to imagine there being a busier writer currently working in the comic industry (apart from Brian Bendis) or one who's enjoyed more recent critical and commercial success than Geoff Johns. In addition to masterminding the Action Comics, Green Lantern and Justice Society of America ongoing titles, DC Comics numero-uno scribe recently wrapped the celebrated three-part Rogues Revenge tie-in to Final Crisis and is currently hard at work at Final Crisis: Legion of Three Worlds and the highly anticipated Flash: Rebirth in 2009. And to top it all off, none other than Richard Donner the director of the 1978 Superman: The Movie himself recently endorsed him for the job of adapting the next Superman film to the big screen.

All in all, the newest Smalville trailer features good shots of each of the core three (though no power usage yet, we DO get the Legion fist raise), along with teases for developments with the other characters like Chloe, Doomsday, and Mercy. The second half of the season is shaping up to be some of the best Smallville yet and I can’t wait for January 15th of next year.


Geoff and his Legion founding members.


Khamis, Disember 18, 2008

BERANAK-PINAK SELAMANYA.

Tahniah buat Mazli Ibrahim AKA Gayour di atas kelahiran junior-nya malam tadi dengan selamat! And again... its a baby boy bebeh!

A FANTASTIC FEARSOME FOUR.





p/s: Gua ada beberapa cadangan nama. Lu nak dengar buah fikiran gua tak?

gambar circa 1990

satu hari kita ke Muzium Negara : PART 1

Itu hari adalah hari yang dirasakan sangat ngam untuk keluar dan jalan-jalan cari ... macam-macam benda! Last sekali gua ingat, gua pergi Muzium Negara adalah dalam lingkungan umur-umur sekolah rendah. Itu pun ada rombongan sekolah tak silap gua. Bersejarah betul. 20 tahun kemudian, inilah kali ketiga ke, keempat ke gua jejak kaki kat sini. Ah! Gua dah lupus ingatan. Gua rasa zaman budak-budak lagi banyak benda nak ingat macam nama-nama robot Transformers, episod mana yang Gaban kalah, buku sticker Panini gua dan lengkap ke belum serta berapa banyak tutup botol dengan batang aiskirm gua dah collect dari Murali dan Darmalinggam, jaguh lawan jentik tutup botol dan tepuk batang aiskrim sekitar tahun 1988. Itu time partner regu gua Ridzuan Bahari. Sama-sama pengawas sekolah.

Biasanya kalau ada opening day pameran-pameran, exhibition-exhibition, filem-filem atau keramaian-keramaian yang mebabitkan minat atau source material kajian tulisan gua... memang gua akan datang hari PERTAMA! Mentaliti ini gua semai sejak dari zaman sebelum gua jadi reporter majalah dulu lagi. Dan sekarang gua dah tak jadi reporter, tetap gua akan redah hari pertama. Hari pertama selalunya macam-macam benda best ada. Contohnya hari pertama PESTA BUKU, hari pertama JUALAN GUDANG, hari pertama TOURNAMENT BOLASEPAK dan begitulah seterusnya.

Maka ini adalah hari pertama PAMERAN SENJATA TRADISIONAL: MISTERI & KESAKTIAN

Show ni start dari kelmarin sampai la 4 bulan seterusnya. Memang gua dah aim lama dah pameran ni. Gua telah diiringi oleh escort-escort yakni member-member gua yang terbabit dalam lawatan kerja ini. Dan gua selaku ketua rombongan tak rasmi, bertanggungjawab atas segalanya. Ayuh! Kita ke sana... sanaaa... sanaaaa ...!!!

( caption tak sempat bubuh lagi. nanti gua bubuh. ada hal pulak tadi, download gambor pulak... sikit punya jinggut lama! )


















































...akan bersambung jua

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Dua Blog Harian Kekal Setakat Hari Ini.

Aku hanya berniat manu menyimpan dua premis blog harian yang kekal sahaja buat masa ini. Satu sudah tentunya yang ini. Yang sudah hidup se...