Ahad, November 30, 2008

Perbalahan dua darjat !

Walaupun 3 saat sahaja dalam alternate opening, ia begitu penting. Begitu penting!

Dari dulu sampai sekarang, ego dan darjat selalu membezakan manusia sesama manusia. Hukum dunia semata. Gua puas menasihati Lobak. Dan akhirnya dia malu sendiri. Memang lu tak makan dek nasihat. Chaiss! Serik gua nak orderkan lu Blue Ray cetak rompak lagi!!!

" Gua cakap ada Captain America dalam DVD INCREDIBLE HULK, ada la! Yang lu dok pause-play-pause-play sampai berjam-jam tu... sapa suruh?!! Tak caya jugak lagik"

Sabtu, November 29, 2008

Jalan-jalan carik Jalan.

Gua banyak berjalan. Dan gua yakin jugak ramai juga orang yang banyak berjalan. Mungkin ada yang perjalannya lebih jauh dari gua. Ada jugak yang kurang berjalan. Mereka lebih suka naik kereta. Kereta sendiri, kereta orang dan kenderaan awam. Banyak jugak yang malas gila nak jalan, duduk atau baring kat rumah lagi bagus. Jalan jugak tu. Boleh jalan!

Bila penat berjalan, gua tak rehat. Gua rehat dalam berjalan. Penat itu kata para bijak pandai hanyalah permainan minda dan gurauan dalaman. Gua jalan punya jalan, lama-lama gua jumpa macam-macam cara untuk jalan. Penting jugak cara jalan ni. Tak semua lorong lurus, kadang-kadang ada selekoh tajam dan simpang untuk belok. Kat sini, cara gua jalan selalunya lain dari orang lain. Terutama sekali kalau simpang atau selekoh tu ada lampu isyarat.

Lepas tu, kalau jalan tu terlalu lama sangat lurus, gua suka lari laju-laju. Gua pecut! Gua kencang! Gua pantas! Kat sini penat dan letih akan cuba membuatkan lu menggelabah tak tentu arah. Ah! Asal tak mudarat atau tak membawa mati, gua nak lari laju-laju jugak. Saman? Esok-esok banyak duit, gua bayar. Time raya kan ada diskaun bayar saman. Lagi, apekejadah nak saman: gua bukan bawak kereta?

Jam atau kesesakan jalan raya, banyak jalan pintas . Itu pun pagi dengan petang atau kalau ada demonstrasi jalanan atau polis nak kejar orang jahat pecah masuk rumah orang kaya. Gua orang baik. Polis tak mampu nak tahan gua.

Kadang-kadang, gua bertemu jalan mati. Gua tak berhenti! Malammmm sikit gua nak berhenti!! Sama ada gua rempuh jugak jalan tu atau gua nekad bikin jalan sendiri. Asal bukan jalan wakaf anak yatim, lagi gua giat bikin jalan. Entiti seperti JPJ dan JKR tidak dapat menghalang gua kerana gua adalah peneroka bila jadi macam ni. Mereka sama sekali tidak ada jurisdiksi kerana jalan itu gua yang usahakan. Kalau nak halang jugak, gua halang mereka balik.

Cuaca kemarau dan iklim lebat membasah itu hanyalah lumrah alam. Gua hanya perlu pasang raincoat atau payung atau cuma memperlahankan jua kembali perjalanan gua.


Jalan punyalah jauh. Dah banyak tempat gua lalu.

Tapi gua hanya ada satu tempat lagi gua belum singgah.

Mana itu tempat?

Jumaat, November 28, 2008

INILAH DIA ' PROJEK SUPERHERO MALAYSIA ' ! : part 2

Ok. Ok. Kita sambung cerita itu hari. Jangan gusar-gusar. Gua tak lupa...

Karakter seterusnya dalam siri ini : BELANG !

Konsep ada, tapi gua tak konfiden bab praktikaliti. Anyway, ide yang boleh dikembang. Pilihan model OK. Bagus.

Lagi poster, standee, t-shirt, tumbler, flyers, merchandise dan lain-lain jua.

Lecturer dan juri berkenaan mengagumi ketekunan dan kerajinan group bikin produk.

Breakdown costume concept BELANG. Layout kitab identitinya begitu indah... NGIAUUU!!!

Last showdown is LANGSUIR !

Poster LANGSUIR dengan tagline " Cahaya dari Kegelapan ". Hhmmm....

Selesai semua presentation, kita mesti buat post mortem. Bancuh sikit mana yang tak larut. Baru ilmu padat dan sebati. Itu pesan masih gua berguru dengan Sun Tzu dulu.

Sorang-sorang juri bukak mulut dan buah fikiran. Yang mana dapat dibuat panduan, yang mana dapat dibuang di sempadan.

Gayour cakap dulu. Ah! Gua dah duga... speech dia aje makan 2-3 jam. Aie dah bengkek, Pekin dah boring, gua lagi la bengang!!! Tapi bengang dalam tenang la. Orang bagik masa 5 minit la! Chaisss!!! Roy gua taktau pikiran dia layang kemana. 5 minit pertama gayour berucap gua rasa semua dah off focus.

Tengok tu. Bercakap lagik! Bagik chance orang lain la weeiiii!!!

Ahahaha! Turn Aie pulak. Phieeww, lega naluri gua dan rakan-rakan. Gayour senyum tanda masih tak puas hati membebel! Mata gua pula tampak liar... weehooo!!!

Pekin memberikan beberapa-rapa pointers-pointers dalam presentation itu hari. Gua mencongak-congak apa nak bantai bebudak ni. Kasar sangat kang, terserlah kegarangan darah Jawa gua. Lemah-lembut sangat kang, nampak gua bagik muka kat gadis-gadis yang ada. Ahhh!!!

Ni apahal tetiba kecoh ngalahkan protes harga minyak ni?! Dammit!

Oh! Aie nak kasik hadiah untuk presentasi terbaik. Yang bebudak baris depan tu memikirkan ikhtiar hendak menjualnya di eBay sekiranya menang. Dasar hutangan PTPN!

Aie : Dan pemenangnyaaaa.....
Gayour : Gua. Gua. Gua. Gua. Gua.
Roy : ~~~~~~

Macam biasa, sessi otograp dan conteng-conteng atas kertas, ambik gambar-gambar nakal, cuit-cuit manja, bla bla bla....

Aha! Gua dipaksa, lu terpaksa. Senyum gua ikhlas-paksa!

Orait. Itu sahaja untuk semester ini. Insya Allah semester depan kita akan berjumpa lagik dengan projek-projek baharu yang lebih menggetar! Terima kasih semua. Terima kasih atas usaha. Terima kasih atas keyakinan dan semangat kalian semua! Gua support lu orang!! Syabas. Gua yakin ada yang bakal menggegar industri komik dunia satu hari nanti. Mungkin awek baju kuning tu... sapa yang tahu?! Gua pun tak tahuu... Eiyahoooo!!!!


kredit gambar dan kamera murah: Sherif Mazli Ibrahim

Khamis, November 27, 2008

catatan seorang vigilantis.

Menjadi 'vigilante' bukanlah kerja mudah. Beban berat yang dipikul adalah sangat mencabar. Kita tidak akan mendapat kredit apatah lagi sanjungan dan pujian. Ye la,kan? Nama aje 'vigilante'. Bukannya dapat apa-apa. Ah! Bukan jenis 'darah' gua pun.

Kita memperjuangkan keadilan dan menegakkan kebenaran. Tidak kira apa jua kosnya.

Sekarang ini, gua mengalami keperitan tulang belakang yang getir, mata yang lebam-lebam, bengkak dan bisa pada sendi-sendi, 'cramp' dan seliuh seluruh anggota serta senak pada perut dan sebak di dada. Secara psikologikalnya, gua masih steady. Akan tetapi, fizikal gua mungkin perlukan sedikit rawatan fisioterapi dan pemulihan kardiovaskular.

Gua setakat sakit-sakit badan sikit, gua tak kisah. Apatah lagi gua memegang 'title' lelaki sejati yakni jantan budiman. Gua akan harungi jua apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Malam ataupun siang. Hujan ataupun kemarau. Musim raya panjang ataupun time kerja kencang.

Pada sudut mental pula, neuron dan 'synapse' gua juga tetap kental. Syukur... Alhamdulillah. Setiap hari, silih-berganti, ada sahaja laporan dan tohmahan yang tidak berasas ditujukan pada gua. Walaupun niat gua dan tujuan misi gua baik, masyarakat dan orang-orang pesimis tetap memandang gua sebagai epidemik kepada sistem sosial. Gua bukannya buat salah. Cuma cara gua bergerak sahaja yang ekstrim malah radikal kadang-kadang. Ah! Takpe. Ini bukan negara yang berfahaman sekular pun. Lagipun, bukan cara gua untuk mem'bunuh' si durjana yang berkeliaran dan bersepahan itu.

Hari ini gua duduk depan komputer canggih dalam markas persembunyian rahsia gua dan menulis semua ini untuk catatan rekod peribadi gua untuk rujukan di masa akan datang.


Apakah perlu gua menukar modus operandi gua untuk memuaskan hati 2-3 pihak?

Apakah perlu gua menjadi super-poser dan hanya memakai kostum warna-warni bertujuan show-off sahaja tanpa ada apa-apa impak kepada semua?

Apakah undang-undang manusia bersifat objektif dan sifar subjektiviti?

Apakah ini yang kita mahu wariskan pada anak-anak pemangkin generasi akan datang?


Gua makin membara. Gua makin menyala.

Masanya sekali lagi untuk menghidupkan jentera dan menjana tenaga.

Dunia memerlukan gua!


CUT TO:
Melompat tinggi dari bangunan ke bangunan.
C/U tepat ke muka watak utama. Lagu tema / runut bunyi bermain kuat.

Rabu, November 26, 2008

KINTA !

Tayangan Perdana Filem Malaysia Kantonis, KINTA 1881 arahan C.L Hor akan di tayangkan sempena Festival Filem Kuala Lumpur Antarabangsa (KLIFF 2008). Filem tersebut akan ditayangkan secara percuma dan mengalu-alukan kedatangan para media, peminat filem, blogger dan karyawan tempatan. Ini adalah salah satu filem pembukaan kepada acara berprestij yang akan di adakan pada 29 November 2008 di PWTC Kuala Lumpur, KLIFF Awards Night. Untuk makluman anda, filem KINTA 1881 akan menemui penonton sebenar di pawagam pada tahun 2009 dan pada anda yang ingin menonton pada 27 November 2008 bersama para selebriti tanahair, penggiat filem dan para media, bolehlah menghubungi urusetia KLIFF 2008. Untuk makluman lanjut, sila melayari laman web www.sinemamalaysia.com.my.

MALAYSIA PREMIERE,
' KINTA 1881 '
27 NOVEMBER 2008
GSC PAVILLION 4.30 PM

Bedesup Yob!

Filem ini mengisahkan kemelut para imigran cina yang berhijrah ke Lembah Kinta, Perak sekitar tahun 1800 sebagai pelombong bijih timah. Dan keringat mereka diperah secara paksa oleh Master Hoong, seorang peniaga dan ketua kongsi gelap. Confirm ada banyak babak-babak bergasak, stunt-stunt ngeri tahap gila khinzir dan stok makan penerajang!
Filem ini dibintangi oleh
Patrick Teoh, Robin Ho (bekas jurulatih Wushu kebangsaan), Michael Chin, Kuan Fei Jun, David Bao dan Albert Yuen.

Selasa, November 25, 2008

Tapak Lepak Atok James : SEBUAH WARISAN NEGARA

Barangkali ada yang bertanyakan, visual apakah dan di manakah lokasi ini berada. Ya, ini adalah salah satu daripada tapak warisan legenda bagi mereka yang pernah membesar di Subang Jaya sekitar dekad 90an sehinggalah pada penghujung riwayat tempat ini pada awal kurun ke-21.

Apa sudah jadi? Terabai dan terbengkalai legasi yang dimana bersama sejak sekian lama?

Gua akan membongkar rahsianya sedikit masa lagi... Kalian semua diperlukan.


Gambar FACEBOOK Ihsan:
Arip the Don.

Isnin, November 24, 2008

THIS IS THE MALAYSIA NATIONAL TEAM KIT LAUNCH 2008/2009 !

Just like it said on the scoreboard. The ALL NEW Malaysia National Kit for the 2008/2009 season was launched on Saturday, 22 November 2008 around 3 pm at the Stadium Cheras, KL.

The insider is all here. Proud to be the 12th Man.

Back in my press-ing days, I could possibly grab some freebies or doorgifts here. Did I miss those days? Yeah.

NIKE did a splendid work on their Ad campaign compared to the previous one.

Ooohh. Only if my writing gig-payment can be paid upfront now.

Slick aye?

Main model. Aidil Zafuan

Here's the crowd I suppose...

Free Nike giveaways include muffler and posters.

Live energetic rebana beat-roll and chant to uplift the mood. And spirit, I guess.

Players coming out from the large billboard !

ENTER : HARIMAU MALAYA !

Irwan Fadzli. Those on the rear view are all junior players.

The bearer of the National Team Captaincy: Shukor Adan
Make us proud in Rajamangala, mate!

Photo Credits: Afiq Rudzi

Ahad, November 23, 2008

bak kata pepatah, " mengharap bulan jatuh, tapi rupanya hanya snow... "



Malam tadi semasa ber-Facebook Messenging, gua sudah kena aib dengan Koi.

Katanya,

" Lu nih naper, kakiwayang la, apa laaa... dah main kat wayang daaa!.

Lu nih ketinggalan.

Pegi la tengok. Jangan sampai gua booking kan tiket untuk lu.

Gua rasa kesal lu taktau...

TERHINA! "

- merujuk kepada kekhilafan gua terhadap filem animasi STORMRIDER: CLASH OF EVILS yang sedang galak di tayang kat panggung GSC.


Sumpah gua tak dimaklumkan. Maafkan gua. Gua hanya lebat mendapat jemputan Madagascar sahaja. STORM WARRIORS arahan Pang Bersaudara nak keluar Raya Cina, gua tau la.

CHAISS... Ini mungkin tanda kecil-kecil jodoh gua dah nak sampai, jawab gua tenang kepada Koi tanda coverline. Siap lu koi, lu ingat lu sorang boleh jaga Marion Kaunter!

p/s: Tapi what the heck, Koi?! Gua terserempak dengan versi rip offnya di YouTube. Jikalau di torrent atau rapidshare, itu tidak mengapa lagi!?!!

Sabtu, November 22, 2008

Jersi ALTRA! MALAYSIA (2008/2009) NIKE HOME : AFF SUZUKI CUP

HARIMAU MALAYA

Di negara-negara besar bolasepak dunia, memiliki jersi pasukan yang disokong dan diminati menjadi suatu kebanggaan. Tanpa mengira jatuh dan bangun pasukan mereka, jersi dipakai dengan logo pasukan tersemat di dada menandakan perasaan bangga yang tidak terhingga. Setiap kali pasukan mereka bermain, warna-warna pasukan akan membanjiri stadium sekaligus mencetus semangat kepada pasukan mereka untuk mencapai kejayaan.


Altra (Bahasa Malaysia) atau ‘ultra’ adalah satu ‘subculture’ yang wujud di kalangan peminat bolasepak sesuatu pasukan. Acapkali, sokongan yang dipamerkan oleh Altra dikatakan lebih daripada kebiasaan atau kebanyakan penyokong pasukan tersebut. Perkataan ‘ultra’ itu sendiri, yang berasal dari Latin, bermaksud ‘melebihi’.

Altra biasanya fanatik dalam menyokong pasukan mereka. Mereka mempunyai lagu-lagu tersendiri serta sorakan yang unik dan tidak segan silu menunjukkan sokongan mereka walau apa pun keputusan perlawanan. Yang penting, semangat yang ditunjukkan di atas padang mestilah setanding dengan sokongan Altra. Mereka akan menuruti pasukan mereka ke parlawanan-perlawanan seberapa kerap yang mungkin, samada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan, tanpa mengira samada jaraknya jauh ataupun kos yang tinggi. Itulah cara mereka membuktikan kesetiaan.


Walaupun begitu, Altra juga sering dikaitkan dengan kegiatan negatif seperti pelampau bolasepak atau budaya 'hooligan'.

Di dalam konteks kancah bolasepak tanahair, sudah tiba masanya Altra ini diberikan ertikatanya yang tersendiri. Mungkin tradisi bolasepak di Malaysia tidak sehebat di Eropah atau Amerika Selatan. Nah! Mungkin juga negara-negara Asia seperti Korea atau Jepun. Namun, kita perlu ingat bahawa terdirinya negara Malaysia hanyalah lebih kurang 50 tahun dahulu. Walhal, kebanyakan kelab-kelab di Eropah telah mencipta dan menghidupkan tradisi mereka sejak lebih daripada 100 tahun!


Sokongan kepada bolasepak Malaysia secara umumnya perlu dikembalikan. Jika tiada sokongan, bahkan jika dihujani caci-maki tidak tentu hala, pastinya banyak bakat-bakat yang ada tidak lagi sanggup bergiat dengan bolasepak Malaysia. Yakinlah bahawa, jika setiap kita memainkan peranan, pasti lambat laun bolasepak Malaysia akan menampakkan kemajuan. Yakinlah, peranan peminat menjamin kecemerlangan serta halatuju bolasepak Malaysia!


ALTRA ADALAH PEMAIN KE-12 DI ATAS PADANG.


Pasti ada Altra bolasepak Malaysia di luar sana. Jangan main gila. Gua tengah semangat ni. CHAISSS !!!


ATAS: HITAM/KUNING - Home
BAWAH: BIRU/KOLAR STRIPE MERAH - Away






kredit: harimaumalaya / akualtra / nikefootball

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Masih dalam kerugian.

Ya. Macam biasa aku akan cakap: "Masa berjalan begitu pantas" Walaupun bukannya dihamburkan secara colloquial, aku tetap masih l...