Jumaat, Oktober 31, 2008

Tarbiah dan tazkirah sendiri-sendiri di malam terakhir Hari Raya.

Orang buta pertengahan usia dengan tongkatnya itu sedang gagah menunggu bas di sebuah perhentian sekitar kawasan Batu Tiga, Shah Alam di pagi hari.

Pengawal keselamatan berdarah Nepal itu, Abdul Dhani sedang sibuk tegar membaiki itu dan ini, melayan kerenah dan hal manusia di kawasan apartment mewah berdekatan Mydin USJ di tengahari.

Hartono seorang buruh kasar bangunan komersial itu sedang tenang membonceng isterinya, Sulastri dengan basikal tua hitam setelah selesai mengerjakan kemasan rumah orang kaya merata-rata hingga di petang hari.

. . . . . .

Gua hanya membaham kenyataan lampau dan kerisauan masa hadapan yang tidak menentu serta melayan bunga-bunga cinta yang kian berguguran diselang-seli mengunyah-ngunyah makanan rapu RM1.80 dan menggogok air mata air dalam botol plastik depan Petronas sambil berborak-borak tentang urusan duniawi dan ukhrawi dengan berfikir bagaimana hendak membayar semula hutang adiknya yang RM40 itu di malam hari terakhir Syawal tahun ini.



Ternyata kita semua 'pendatang'.

Khamis, Oktober 30, 2008

Seriyusss... apabende plak ni?!

p/s: oh... gua nak tepuk tangan lama-lama jugak untuk Zid di atas keKARASan tangannya bikin orang-orang Tatsunoko memleleh kejap lagi!

Selasa, Oktober 28, 2008

Kisah yang best dilayan hari ini selain Legenda Bruce Lee, Blue-Ray SE7EN, main badminton dengan awek-awek Pak Lan dan minum sirap ais.

Tiba-tiba hati gua yang membara panas gara-gara bola sepak sudah reda dan terpadam jua...

Selama ini, gua rasa hari Selasa jadi indah sebab Kaisara. Kurang-kurang satu anugerah Emmy dalam tangan kalau show cerita jalan kat Hollywood.

Serius tak tipu. Bikin sikit style High School Musical, berjela orang putih beli t-shirt gambar Sari Yanti kat Disneyland.

Harap dapat bertahan sampai bermusim-musim lagi. Sapa-sapa tau, mana boleh gua beli box set KISAH KAISARA dari season satu sampai yang baru ni? Nak bikin koleksi.


p/s : syabas untuk Dickee & Zeekster... akhirnya! Gua pikir gua pun takmo ketinggalan lagi daaa!! Lu orang dah nak langsung, bulan depan gua nak sambut anak buah, ada member tu dah tambah lagi satu. Apa kes pulak gua menganggur?! Esok confirm turun KL carik peluang pekerjaan. Gua nak tambah harta.

Isnin, Oktober 27, 2008

Xabi Alonso tu apa kes ?



BIADAP! 10 minit pertama yang membelah jantung.

Hampa. Kecewa. Geram. Kecundang. Terkelendat. Ketumpin. Frust. Nak tikam lipas dengan gunting. Nak terajang itik. Bengkek.
Nak terjun parit belakang rumah. Makan hati. Malaun. Terluka.

Sekali lagi.


86 game tanpa tewas berakhir jua.



Gua nak tido pun tak senang hati. Mata baru nak stim, SMS bunyiknya berdenting-dentung. Bikin panas. Liver-bloody-Fools...

Apa tak boleh ada rasa hormat kat tuan rumah ke?!

Ahad, Oktober 26, 2008

Hairuddin Omar tu apa kes ?

Hampa. Kecewa. Geram. Kecundang. Terkelendat. Ketumpin. Frust. Nak tikam lipas dengan gunting. Nak terajang itik. Bengkek. Nak terjun parit belakang rumah. Makan hati. Malaun. Terluka.

Perasaan yang gua alami sekarang ini adalah sama tarafnya seperti perasaan mengurat awek idaman yang sudah dibawa makan, tengok wayang, berjalan-jalan di zoo negara, berkongsi-kongsi cerita di tempat kerja, buat lawak jenaka kelas runcit tapi masih mendapat sambutan hebat dan mengutuskan SMS selamat malam sekali-sekala. Dan kalau ada masa tu, belanja makan bihun dekat Gazebo Ravi SS15.

Tapi bila sampai keberanian dan masa untuk men-declare, dengan kadar drastik ayat yang dibalas sebagai pembias harapan berbunyi:

"Sori la, you lambat sikit je. I dah declare dah dengan Alfi pagi tadi."

ataupun...

" I rasa you faham yang I dah baik balik dengan Syidi, thanks for everything anyways."

( Chaisss! Politikus sandaran betul. )


Perasaan yang sama jugak gua alami sekarang ini setanding tertidur dengan buku kesayangan atau komik baru di sisi katil, bila bangun pagi... tengok buku dengan komik dan jadi origami Swahili.

Perasaan yang sama menunggu tren komuter pegi KL hujung minggu. Perasaan yang sama dengan tahap kelajuan internet tanahair. Perasaan yang sama mendengar itu dan mendengar ini.

Perasaan gua sudah banyak kali diberi harapan-harapan palsu.



Malam ni gua terkena lagi.


Vietnam Under-23 pun tak boleh makan. Abis yang 4-0, 6-0 tu, apebende ?! Betul punya terbakar gua !!!

Sabtu, Oktober 25, 2008

'THOR' CASTING CALL !

Which of the following list of actors do you think should portray Thor and his alter ego Donald Blake, in the upcoming Marvel film to be directed by Kenneth Branagh?

Sean Bean ("Lord of the Rings," "Troy")

Gerard Butler ("300")

Russell Crowe ("Gladiator")

Vincent D'Onofrio ("Men In Black")

Josh Holloway ("Lost")

Paul Michael Levesque (WWE's Triple H)

Ewan McGregor ("Star Wars" Prequels)

Kevin McKidd ("Journeyman," "Rome")

Brad Pitt ("Troy," "Fight Club")

Karl Urban ("Lord of the Rings" Trilogy)

Jumaat, Oktober 24, 2008

Tertelan beta kapsul sendiri.

Ada lampu kat dada.

Kalau power dia tengah up, kaler dia biru.

Dan kalau lawan lama-lama sangat dan tak pandai nak bajet timing, dia boleh jadi merah.

Pastu, dia berkelip-kelip.

Nanti sampai masa, dia akan padam.

Tak nyala, tak kelip.

Takde apa.

Yil-Lek!



Jadi apa pulak nanti?

Khamis, Oktober 23, 2008

KEMPEN PESTABOLA MERDEKA 2008 EDISI KE - 40 : SEMI FINAL

U P D A T E :


HARIMAU MALAYA


4

MYANMAR

O

KITA MASUK FINAL LAGI... YAK YAK YEHHHH !!!



MALAM NI SEMUA TURUN ! GUA TUNGGU SAMPAI PUKUL 6PM. CALL GUA SAPA NAK FOLLOW. LAMBAT PEGI, JUMPA KAT STADIUM.


SHUKOR (kiri) bersalaman dengan kapten Myanmar, Soe Myat Min selepas sidang media separuh akhir Pestabola Merdeka di Wisma FAM, petang semalam.

Kapten Malaysia dapat 'rasakan' mahkota Pestabola bakal kekal di KL. Keyakinan jelas terpancar di wajah kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan ketika sidang media semalam menjelang perlawanan separuh akhir Pestabola Merdeka berdepan Myanmar, malam ini ketika dia beranggapan rakan sepasukan sudah menghidu detik untuk menjulang trofi prestij itu buat tahun kedua berturut-turut. Kesian dia, last year final tak dapat main.

Gua masih menaruh harapan sehingga ke hari ini kepada Azman Adnan untuk berada dalam skuad. Roger Milla dengan Franco Baresi boleh, kenapa dia tak boleh ?

gua nak lelap, time tu la lu selalu ajak makan burger kat Siva. Selalu.

Kalau nak diukur trek rekod pemborakan gua dengan Nik Nadzru dari awal tahun 1993 sampai la membawak ke tahun 2008 ni, gua rasa semua range topik kitorang dah cover. Serius. Tak tipu. Dari Mona Fandey ke Highland Towers ke Al-Ma'unah ke Babyrina ke Kalimuthu ke apa saja... abis segala argumentasi sudah dilampiaskan. Cuma topik bola aje takde. Sebab dia tak tau mende pasal bola. Maksud gua, bola sepak.

Tengah malam tadi, bukak lagi topik. Keras-keras nampaknya buah pukul perbualan Nik Nadzru kali ni. Rasa macam borak dengan pemenang hadiah Nobel.

" Siam ada filem, Indonesia ada muzik, Singapura ada kiasu. Tak payah jauh-jauh pandang Jepun ke, Amerika ke. Jiran sendiri pun dah potong kau 10-20 tahun ke belakang. Apa... Tak tau malu ke? Ini tak boleh, itu tak boleh!! "

Oh. Lama-kelamaan baru gua dapat tangkap kenapa makin lama makin lancang pulak kepala budak ni berborak ala-ala MP macam tu. Gua nak bukak topik pasal komik dengan filem macam dulu-dulu pun dah mula segan. Itupun tunggu dia start dulu, baru gua berani.


Dia baru 'derhaka' rupanya.


Sebelum tu, bertahun belajar luar negeri kononnya nak jadi juruanalis kewangan.

Sebelum tu, bertahun belajar dalam negeri kononnya nak jadi doktor.

Sebelum tu, jadi pengawas dekat-dekat sini kononnya nak jaga keamanan dan orde sekolah.



Sekarang ni, dia dah jadi apa yang dia nak jadi.



Dia tak jadi banker.

Dia tak jadi doktor.

Dia tak jadi pengawas lagi.



Siaplah korang semua.



p/s: sampai sekarang gua tak paham, apsal nak kena join pengakap? ...kadet lagi ramai awek la dud!

Rabu, Oktober 22, 2008

Tapi bangun pagi pun liat nak mampos, macamana?

Menurut perhitungan dan timbang-cara kerelatifan hidup gua sekarang, sudah menjadi pidana besar seorang manusia kamil seperti gua untuk tidak melunaskan mana-mana perkara yang dianggap sudah boleh diselesaikan barang beberapa tempoh yang terdahulu.

Uncle Woon sebelah rumah gua ni dah siap bukak kunci mangga kedai, gua masih bersilat atas tilam. Gua baru capai tuala nak masuk bilik mandi, kedai runcit Gobi kat simpang tu dah lama tersengih kira untung meniaga. Mr James tak payah cerita la, setiap tahun ada aje aktiviti nak renovate villa dan bersilih ganti kereta-kereta baru dia. Siap sorang satu untuk anak-anak dara dia.

Rasa macam nak lari pecut dengan Usain Bolt aje lepas sarapan nanti.



Cilakak!

Betul gua tak reti nak emo.


p/s: Gua dengar Buletin Utama malam tadi, skuad kebangsaan Jerman nak datang lawan Harimau Malaysia. Berani betul cabar-cabar macam gini!

Selasa, Oktober 21, 2008

mine 'main-main' mind

Otak kiri gua cakap : Ishh... kan ke best kalau free counter kat blog gua ni jadi paid counter, boleh dapat tambah pendapatan serta kos saraan hidup. Iklan pun dapat profit letup-letup macam blog raja-raja. Hujung tahun confirm dapat kumpul dana cukup untuk beli kereta ke, rumah ke, kawin ke... blablablabla.

Otak kanan gua cakap : Chaisss!!!! Berangan kuat-kuat! Khayal sampai nampak bintang! The Secret?!! Law of Attraction... Chaisss!!!! Aahhh!!! Dok mimpi la lu sampai ke tua!

Otak belakang cakap : Kucing ni nak kena penerajang dengan aku ni. Pagi-pagi buta dah memekak.

Otak simpanan gua cakap : Wah! Michael Bay nak bukak Transformers The Ride Theme Park kat Universal Studios Singapura 2011 nanti. Wow-Weee!!!

Isnin, Oktober 20, 2008

Rashid Sidek tak bersalah dalam hal ini!

Pagi ni gua bangun dengan keadaan hampas dan serangan kongkalikong sekali lagi oleh syarikat telekomunikasi yang memutuskan hubungan telefon bimbit gua kepada dunia luar. Tak sampai berapa minggu bayar bil, dah kena potong balik. Gua terkandas semula. Hampas-sehampasnya!

Game dengan Telekom-MMU semalam berkesudahan dengan keputusan penuh : 4-4. Gua dapat jaring satu gol pembuka selera untuk team gua. OK la tu walaupun main kat atas padang basah dan hujan, pengurusan kelab yang lemah dan bertaraf amatur, sarat perut dengan ayam kentaki, sirap, nasik, teh o ais dan lain-lain termasuklah sekali lagi juga ditipu oleh Usepp. Cis! Hangus RM13 gua. Habis game, badan kemek-kemek dan bengkok semacam. Malam tu dah la ada open haus lagi. Laksa Johor sebagai pemulih stamina gua. Kena pulak hujan lebat. Pehh! Berbaloi sungguh makan percuma.

Namun begitu, debat yang berlangsung di dalam kereta Zool bersama Lobak dan disokong pula usulnya itu pada hari Khamis lepas semasa hendak menonton filem hampas Max Payne oleh Jimi masih membara di dalam kotak minda gua hingga kini. Berdasarkan statistik terkini dan survey rambang yang dilakukan oleh gua sepanjang menjalankan aktiviti makan open haus, tidak seorang pun yang menyokong akan usul yang dikemukakan Lobak dan Jimi. Malah, mereka membangkang dan menyangkal sekeras-kerasnya usul itu. Gua terpaksa menanggung aib mereka kerana menanyakan soalan samdol tersebut. Serius gua cakap : Mana ada dia pernah berlakon iklan syampu tahun '92 dulu? Rambut dia tak tersenarai pun antara rambut yang unggul untuk jadi model ikan syampu. Agensi pengiklanan jenis apakah yang mempunyai idea seperti ini?

Gua pohon Lobak dan Jimi memohon maaf secara terbuka disini atas kekhilafan mereka dan kalau perlu juga kepada Rashid Sidek sekeluarga. Jangan cuba pesong pemikiran orang kiranya ada isu lain yang hendak ditimbulkan. Rakyat berhak mendapat kebenaran yang telus dan jelas. Kalau punya bukti, kemukakan segera untuk pertimbangan rakyat.

Subang Jaya pohon penjelasan, Yang diPertua.

Terima kasih.



p/s : Al-Fatihah buat Aida Azura (HYPE, KLIK & SINAR HARIAN) dia atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah semalam di dalam tidur. Bersabarlah dengan dugaan Tuhan.

Ahad, Oktober 19, 2008

Review OPEN HOUSE minggu ini.


Nampaknya sampai sini dulu pengumuman-pengumuman projek tu. Aku ingat dalam Disember ni, aku akan umumkan yang lagi separuh, bermakna 10 secara total. Kasik reda sikit debaran di dada lu orang.

Banyak open house nak pegi musin-musim promosi makan free sempena raya ni.

Kerja, kerja jugak... sosial networking juga penting untuk melebarkan ukhwah dan siasah kita sesama kawan-kawan pengkarya dan seniman serta warga jelata yang lainnya. Dan juga makan free. Takkan nak harap facebook aje, ye tak?

Maka semalam, termasuk kelmarin adalah acara paling padat ke semua open house yang dijemput. Dari pagi (aku nyaris tak mandi pagi) sampai le ke malam. Miss aku cerita Legend of Bruce Lee kat 8TV. Chaiss! Bunga punya pasal. Yang tak jemput, aku tak pergi sebab aku juga punya maruah sekarang ini. Dulu, ya... aku mengaku. Dalam 8 nisbah 10, confirm aku tak ada pertalian langsung dengan tuan rumah apatah lagi mengenali mereka secara rasmi. Aku cuma mahu makan dan usha awek. Memang tak boleh di buat teladan.

Hari ni ada jemputan main bola kat Kampung Baru. Ganti adik gua yang sekarang tenagh sibuk menjaga bininya yang sedang sarat nak beranak. Apa hal ntah si Usepp, orang tengah kencang dan galak makan satay dengan minum sirap... diajaknya main bola.

Aku selaku orang harapan tak mampu nak hampakan sesiapa. Minggu depan mungkin ada banyak lagi satay dan sirap untuk santapan aku. Mudah-mudahan.


UPDATE GAMBAR MAIN BOLA :




Di padang MMU-Telekom Malaysia, Jalan Semarak. Game start lambat. Pemain muda sekarang memang tiada displin. Chaisss!!! Semuanya hanya mementingkan material dan manja belaka.



Mempersiapkan diri menghadapi pasukan lawan. Dah la datang lewat, ada hati buat muka star pulak. Cinabeng.
( Dari Kiri : Gua, Usepp Lempoyang, Lobolos )




Loboloos sedang memeriksa kualiti bola yang akan digunakan sama ada ianya setaraf dengan piawaian FIFA atau tidak. Menurut dia, bola ini amat mantap kualiti pembuatannya. Cuma dia aje tak mantap bila main. Baru seminit, dah bolos DUA gol. Hampas!



Tiga pemain itu hari yang boleh di label bintang : Gua, Jawad dan Ijon. Usepp tak masuk senarai. Main macam kena beruang sarkas. Tengok perut pun gua dah jangka.



Adik gua yang terikut-ikut rentak perlawanan yang bersepai sehinggakan tidak dapat beraksi tahap Real Madrid seperti biasa. Sekali lagi, bayaran kami dituntut! Kami mahu hak kami! Dan bila masa pulak adik gua yang soleh ni bijak berposing ?!




Terima kasih Encik Pager di atas bekalan gambar. Tapi apahal main bola dengan tema seluar hawaii ?! Nak sound takut kecik hati plak.

Laporan lengkap di blog USEPP. Bila masa dia ada blog, gua pun tak pasti.

.........


Eh. Mana review open house-nye? Chaisss!!! Gua tersasar tajuk lagi nampaknya.

Jumaat, Oktober 17, 2008

Khamis, Oktober 16, 2008

Rabu, Oktober 15, 2008

Selasa, Oktober 14, 2008

Isnin, Oktober 13, 2008

PENGUMUMAN PROJEK [1]


FESTIVAL FILEM PENDEK
MASKARA SHORTIES 2008


1 NOVEMBER / RUMAH PENA / 8.30 MALAM


S H A Z R O L S U H A I M E


M E M P E R S E M B A H K A N



S e b u a h f i l e m i n d e p e n d e n




Prolog 1. kata-kata atau bahagian pendahuluan
kpd sendiwara atau pidato, pembukaan kpd cerita
sendiwara dll; 2. Peristiwa pendahuluan (permulaan).

http://indeworkshop.blogspot.com/











Ahad, Oktober 12, 2008

MEMPERSEMBAHKAN POPCORN.


Awal-awal lagi, Niezam sudah gegar gua supaya bangkit dari kemandoman hari Sabtu dan bergegas ke Wangsa Maju untuk memecah segala kebuntuan yang ada. Gua yang separuh mamai kerana tak cukup tidur memaksa diri untuk mandi kerana tidak mahu ketinggalan. Kalau Niezam punya undangan, jarang menghampakan kerana: A) Mesti budget nak ke event tu rendah dan tak banyak belanja tapi acara kaw-kaw B) Kalau tak event screening, mesti event komik, atau C) Mesti ada membabitkan amoi-amoi cun.

Dalam hampir sejam bersesatan, akhirnya berjumpa jua ke tempat yang hendak dituju. Nak harap Zedd, AliffStyle, Lobak, Nazri... kucar-kacir aje lu orang bagik direction. Namanya aje duduk area Wangsa Maju. Tapi entah mana entah gua tersasar. Nasib baik jumpa.

Nama event tu judulnya 100% Gempak Starz Exhibition tapi itu bukanlah highlight sebenar hari tu. Memang la nak raikan isu ke-100 COMIC KING dengan merayakan tahun ke-10 majalah GEMPAK. Target gua dah hadap ke satu aje. Setelah berkurun, muncul jugak artbook POPCORN yang gua tunggu-tunggu ni! CAYALAH!!!

Kat sini, ada jugak exhibition artwork yang best-best especially yang diambik exclusive dari POPCORN. Ni antara favourite gua lah. Versi Hanuman Kromosom paling cool pernah gua tengok!

Tahniah jugak untuk angkatan Manteraworks! Artwork dari Virus juga ada dipamer disini dan ada terkandung dalam POPCORN. WOOHOOO!!! TEPUK! TEPUK! Gua tumpang bangga untuk kalian.

Mamat pertama yang berjaya buat gua bukak mulut kat situ. Gua ingat semua orang kat sini cakap Kantonis, Mandarin atau Hokkien... nasib gua baik bila Ah Liow berani ajak gua borak. Banyak projek diam-diam ubi dia ni, lama tak dengar cerita.

Boss Botak menambahkan lagi kerancakan acara melepek-lepek tepi dinding sambil sembang-sembang lebat. Dia tanya gua buat apa. Gua rasa macam ada bagi jawapan berunsur tipu sunat sikit. Takkan nak cakap gua seniman jalanan secara full time atau penganggur kehormat kot?! Panik la dia menghadam jawapan gua nanti. Si Ah Liow dengan Niezam tu gua taktau sama ada diorang concentrate atau tidak... lantak!

Skill serampang tiga mata gua: Makan popcorn free sambil usha artwork sambil usha amoi cun belakang cermin. Cukup kacip gua menjalankan aktiviti berfaedah ini.

Ni dinding TAN ENG HUAT yang punya! Kalau awal sikit datang atau tak sesat tadi, sempat jugak dengar seminar/talk dia dengan Michael Chuah. Tapi, sekali lagi gua mencongak secara penaakulan mantik dalam hati... gua faham ke Bahasa Cina?

Gua teruja, stim, bangga, bernafsu dan syok melayan original artwork Tan Eng Huat dari jarak dekat mikroskopik kat sini. Dari komik JLA ke DOOM PATROL, semua ada. Yang ni original untuk komik BATMAN dengan SILVER SURFER untuk DC dan MARVEL. Dahsyat! Dahsyat gua cakap lu!

Sessi signing semestinya ramai orang. Tapi compare dengan crowd dekat San Diego, gua rasa ini masih di tahap runcitan sahaja. Takpe gua tunggu reda sikit. Ambik gambar-gambar lain dulu.

FACE OFF GUA DENGAN SUPERSTAR TAN ENG HUAT a.k.a KUTU.
Hati gua berdetik: ' Jual kat eBay pasti berharga satu hari nanti.'

Beruntung betul jadi TAN ENG HUAT. Walaupun mencabar, tapi aku kagum dengan semangat dan kegigihan dia. Artwork comic sampai DC dengan MARVEL. Bahasa tak jadi masalah sebab gua rasa work dia yang banyak bicara. Awek dia yang kat belakang tu pun cun-melecun! CHAISSS!!! GUA MESTI TANAM WAWASAN NI!


Datang la untuk sapa yang nak usha atau layan exhibition yang ada kat sini. Tempatnya kat Dasein Academy of Art, depan Restoran Cheng Ho Amy Search dengan ofisnya Mawi. 11 sampai 24 Oktober tak silap aku. Kelebihan berbahasa Cina memungkinkan anda mendapat nombor telefon amoi cun kat sini. LENGLOI MAAAA!!!! LENGLOOOIII!!!!!

Sabtu, Oktober 11, 2008

AYAT-AYAT CINTUN.

Disebabkan itu hari aku baca buku dia tak khatam dan kena pulang balik buku tu kepada tuannya, makam malam ni aku komited untuk tengok filemnya kat TV sebab tak sempat tengok kat wayang mahupun beli DVDnya. Abis kucar-kacir dan bersepai aku makan satay dengan kuew tiaw open house kat rumah member sebab nak kejar TV kat rumah.

Dan ini moral yang aku dapat: Kita semua bangsa lelaki WAJIB jadi macam hero nama Fahri tu untuk mendapat perhatian awek. Kalau tak, haram sampai bila-bila pun orang pompuan takkan respek kita dan pandang kita suami yang baik. Justeru, setakat tak dilayan awek ketika mengurat di kaunter bayaran dan escalator supermarket, apalah sangat. Gua harus gagah!

Jumaat, Oktober 10, 2008

EKSKLUSIF : disini adalah petikan skrip 'LEGENDA JOHAN SEBELAS'

INT. - MARKAS LATIHAN INTENSIF WINNING ELEVEN - DAY


Hari itu hari Khamis, hari latihan seperti biasa di Puchong Perdana.


Abu Hanifah sedang rancak berlatih WINNING ELEVEN bersama Faizal Mukhtar. Mereka kelihatan bercakap-cakap sambil giat bertarung mencari-cari kemenangan.


ABU HANIFAH

Gua tengok lu ni macam pemain bolasepak Perak.

FAIZAL MUKHTAR

Apa hal pulak gua macam player Perak?

ABU HANIFAH

Abis tu, dah lebih 3 bulan habuk pun tarak! Main setengah mati... kena hamun, kena kutuk. Duit tak dapat-dapat jugak. Tapi tetap carry on. Kalau gua., gua dah carik kelab lain dah.

FAIZAL MUKHTAR

(menyumpah di dalam hati)

Haprak punya Bob! Bila masa pulak dia ni rajin mengkaji manusia ni?

ABU HANIFAH

GOOOLLLLLLLL !!!

(sambil tangan diangkat keudara meraikan jaringan)

FAIZAL MUKHTAR

Cilanat kau, Bob!


CUT TO: RUMAH SAMBIL MELANGUK PANDANG SILING.

Khamis, Oktober 09, 2008

LAPORAN HARI RAYA 2008 : BAHAGIAN KEDUA

OK. Kita sambung balik adventure kita pada episod yang lalu...


Raya kedua, keluar jalan malam. Mak gua start puasa 6, jadik kita kena respek dia. Bermakna, siang banyak dihabiskan dengan acara melayan rancangan TV yang disediakan sambil menanti tamu yang tak kunjung datang sebab semua ada kat kampung. Bila lepas buka itu malam, mak gua ada pesan: "Berubah la, Long. Kau tu dah tua. Nak kawin?"

Ey?! Berubah? Nak Kawin?? Mak gua ada ilmu tilik ke? Sufi betul.

Ah. Ok la, berubah la sikit. Jaga hati mak gua.

Nana, adik bongsu gua suka bawak kotak kasut letak duit raya dalam tu bila jalan rumah orang. Malam tu gua tarbiah sambil warning dia kecil-kecilan. Dia engkar. Maka berlakulah adegan rampasan. Haha! Gua jahat tapi niat gua murni.

Main 'Flash-Flash' depan rumah.

Bapak gua tak main. Gua budget dia tak suka Flash.

First stop, malam kedua. Rumah Atuk Rohiban. Ni barisan adik pompuan gua. Yang muka cebik tu Nana, kali ni baru lepas kena marah sebab minum sirap ngalahkan unta! Gua tenang buat muka pailang.

Gambar mentol. Saja ambik. Nampak 'art' sikit.

Atuk Rohiban ni otai. Dia dulu masa muda jual sayur naik basikal jepun dari Kampung Sijangkang sampai Klang, tak silap gua kat Meru ke, Kapar ke. Handal dan gagah. Gua ingat dia ni ada mencecah usia 80an. Tapi bahasa Jawa campur Melayu dia masih di tahap membanggakan. Muka anak laki dia sebijik macam P.Ramlee dalam 'Penarik Becha'.

Ni pulak rumah Wak Tuah. Ya, nama dia memang Tuah. Ini time gua bukak cerita pasal shooting kat Bazaar Sijangkang itu hari. Anak dia cakap depan rumah dia tahun bila ntah, banyak kali orang datang shooting. Buat drama ada, buat Kisah Benar pun ada. Cis! Ketinggalan gua rupanya. Tambah dia lagi, azan hari-hari yang kita tengok kat NTV7 tu pun, main shoot depan masjid kat simpang Batu 1 tu aje. Oh, patut la macam familiar.

Wak pulak cerita macam mana dia tebang pokok kelapa sawit lepas marahkan pokok kelapa sawit. Half way tebang, badan dia out-of-order selama 3 hari. Pastu bukak cerita Origin sikit-sikit. Sijangkang ni dah legend rupanya.

Atuk Amim. Atuk kedua malam tu aje yang hanya berkain pelikat berbaju kulit berhari raya selepas Atuk Rohiban. Mungkin 'in' kot tahun ni, trendy. Air cond pun best. Gua ingat next year gua nak cuba, tengok style lagi tak...

Tak sampai 5 minit, rombongan Mak Long pulak join kitorang. Makin kecoh nampaknya.

Ni sedara-sedara gua paling kacip masa kecik-kecik beraya kat kampung dulu. Banyak berjasa dalam hidup gua. Mereka telah mengajar gua ilmu menabung dalam kotak mancis semasa beraya, membikin dan memasang panjut, jurus kejuruteraan meriam dan mercun buatan sendiri, menjerat burung wak-wak dan ayam hutan, memancing depan rumah dan lain-lain lagi.

Paling di-ikhtiraf ialah gua telah menerima ijazah kedoktoran berbahasa Jawa daripada mereka. Terima kasih, guru-guruku. Selamat Dino Royo la, Podho-podho. Akeh-akeh Dingopuro yo?

Oh. Lupa nak inform. Atuk Amim satu-satunya atuk dalam sejarah ingatan gua yang memakai seluar jeans ketika beriadah mahupun bekerja, atuk lain gua taktau. Kata dia, ada 3 pasang lagi kat bilik dia tak tayang. Jeans yang judulnya Levi's, anak dia baru belikan untuk raya.

Ni rumah Wak Jono. Tambah lagi satu rombongan Mak Ucu gua. Kongres Persidangan Anak-Anak Jawa Mukim Sijangkang makin lebat dan padu! Gua hanya mengambil minit mesyuarat. Pak Long gua yang baju merah tu pengerusi sebab dia paling cool kat situ.

Budak-budak kalau datang raya, bukannya nak makan kuih raya sangat. Sampai clean and clear jajan dibuatnya setiap kali singgah rumah orang. Segan sungguh! Termasuklah gua yang membaham sama.

*Jajan - makanan rapu/ringan dalam Bahasa Ibunda.

Lagi satu persinggahan mandatori tatkala raya. Rumah Nenek Rewok. Dia ni PenglipurLara paling unggul sekitar kampung. Gua pun banyak berilmu dengan nenek ni. Kira dia ni taraf nenek saudara aje dengan gua. Tapi gua dah anggap macam nenek sendiri sebab sense of humor dia tinggi. Kalau duduk Hollywood, cepat popular dia ni. Akan ada satu soalan wajib dia akan tanya tiap tahun beraya, ianya berbunyi: " Mambang mana, Pejal?"

Baik. Sekian sahaja program laporan SINGGAH RAYA ini tahun.
Ingat! APA YANG PENTING: KERJEEESAAMAAAA!!!


Salamus dan adios. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Masih dalam kerugian.

Ya. Macam biasa aku akan cakap: "Masa berjalan begitu pantas" Walaupun bukannya dihamburkan secara colloquial, aku tetap masih l...