Sepertimana Bruce Wayne yang terpaksa menjadikan dirinya kebal dan kental menerjah rona-rona hidup demi mencari sebuah erti keadilaan sejagat tanpa cinta dan prejudis di tanah Gotham,
Sepertimana Peter Parker yang tidak pernah kenal erti perit jerih kehidupan walau dihambat dugaan penuh cabaran menentang kedurjanaan anti-cinta dalam bentuk binatang syaitan apa sekalipun,
Sepertimana Logan yang disumpahi anugerah dan badi membelahi susur-susur masa yang tidak berpenghujung, berulang-ulang kali di'bunuh' dan di'bakar' semangatnya demi cinta,
Sepertimana Einstein yang gagah membelah atom dan gigih mencari arti teori kerelatifan cinta-alam walau hingga kini tiada sesiapa yang 100% memahaminya,
Sepertimana Iskandar Zulkarnain yang tidak mahu putus-putus menjadi hamba kepada kecewa dan kegagalan merempuh semua kerna perjuangan cinta agung - bukan penaklukan yang fana,
Sepertimana Majnun yang ampuh jatuh cinta pandang pertama hingga hilang warasnya mencari maksud gelora sebuah cinta pada si Laila hingga terbit puisi-puisi legenda,
dan
Seumpama aku, yang hampir-hampir sahaja putus asa dan ingin menjadi batu.
Seumpama kamu semua wahai sahabat-sahabat, yang datang mengubah aku semula menjadi bintang yang baru dan walafiat.
Terima kasih. Aku tidak menjadi tahanan hari ini.
p/s: Chaisss! Nampak sangat aku budak manja. Chaisss!!!
0 comments:
Catat Ulasan