Rabu, September 10, 2008

jurus-jurus kental!

Itu hari dalam hujung minggu lepas... sesudah berhempas-pulas, bertungkus-lumus, berkucar-kacir, bersemak-samun dan berhiruk-pikuk kepala aku siapkan kerja 'tulis-tulis' tu, aku tekad nak layan diri untuk merehatkan zahir dan batin aku yang cemas sedikit memandangkan kerja dah setel. Kira overhaul la.

Aku dengan hati tenang dan berkobar memilih Jaka Sembung mengenepikan Game of Death. Nampaknya aku rasa lebih Barry Prima sikit berbanding Bruce Lee.

Sikit punya real filem dulu-dulu. Hero pun solid, kental. Otak pun ada pakai. Zaman sekarang antara filem-filem yang ada kat tanah nusantara ni, aku tak berapa nak register: filem action2-tumbuk2-gasak2 apa yang betul-betul ngam boleh gua layan 2-3 tahun kebelakangan ni? Yang heronya takde roman-roman, takde main cakap-cakap macam baru belajar nak bercinta?

Kalau boleh gua nak share cerita tu, tapi blog gua ni kang jadi lubuk lanun pulak. Nah, trailer ni pun kira orait jugak apaa... bahasa orang putih lagi. Tapi gua saran tengok yang versi asli. Lagi feel tengok Pendekar Jawa main jurus!

2 comments:

Kalamtimur berkata...

pakcik baru nak layan youtube pahlawan jawa ni, fulamak...this movie is no longer available

faizalmukhtar berkata...

[kalamtimur]

ada tu... adaaaa!!! kau kena rajin ikhtiar, wahai anak muda!

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

DEMI YANG TERCINTA!

Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...