Ada satu tabiat benda yang aku rasakan habitat aku dari zaman sekolah-sekolah dulu sampai la sekarang. Bolehlah dikatakan tabiat ini bermula semenjak wujudnya bazar Ramadan dekat area rumah aku tu iaitu tak lain dan tak bukan area kawasan ss18 yang dulunya bermula dekat ss19 Subang Jaya. Tabiat ini makin menjadi-jadi masuk aku sekolah menengah semasa musim pasca PMR tahun '95. Ya, mungkin ada yang telah menduga tabiat aku yang satu ini tatkala menjelangnya bulan puasa.
Aku suka pergi ke bazar Ramadan dan melihat lintas-langsung awek yang lalu-lalang tanpa disuruh oleh mana-mana pihak atau parti berkanun.
( sungguh tak elok ya perangai ini, adik-adik bawah umur yang membaca semua. Usah jadi seperti abang. Abang takpe, abang dah besar )
Yang menjadi hakikatnya sekarang ialah ianya tidak terlikung sekitar perimeter dan radius bazar Subang Jaya yakni kampung halaman aku sahaja. Malahan bilamana masa bergerak, maka jurasdiksi aku pun berubah. Itu time aku menjejakkan kaki ke IPT, bermakna langkah aku pun kian gagah dan panjang. Primary target aku sudah semestinya student-student junior bertaraf gadis-cun-single-solo-molo antara lainnya. Lokasi tipikal confirm sepusing bazar seksyen 2, bazar seksyen 6 dan of cos, Bazar Stadium Shah Alam yang popular tu. Aku memang sangat dirasuki oleh semangat Azroy di masa tu walaupun masa tu aku dah ada awek. Maklum sajalah, naluri seorang lelaki. Tambahan pula, aku punya rakan-rakan sepasukan yang menganggapnya sebagai acara sukan di bulan puasa jua kerana banyak mengerah tenaga dan keringat. Sampai kekadang tu kucar-kacir betul last minit baru kecoh nak carik kuih dengan murtabak sebab leka.
Masuk alam pekerjaan pun sama. Pantang member ajak bazar sikit, masa yang lebih akan diperuntukkan untuk membuat tawaf dikawasan bazar. Banyak bezanya dengan zaman sekolah dengan zaman universiti. Kali ni momentum dia tidak sejajar dulu. Mungkin juga jadual di bazar sudah berkurang disebabkan jadual kerja sebagai seorang wartawan picisan. Aku tidak segagah dulu mem-polish skill-skill handalan. Dan mungkin jua aku di penghujung kehebatan.
Itu dulu.
Hari ni aku tekad. Aku mahu insaf dan tidak mahu lagi melakukan kegiatan yang dianggap kurang sopan dan mengurangkan pointer puasa aku. Gua betul-betul ingin berubah! Gua ingin ubah sikap buruk gua yang tidak berfaedah itu.
Dengan azam baru, semalam aku pergi ke bazar Penchala dan bazar TTDI memasang tekad. Tekad dan iltizam jitu nan padu. Aku harus jadi insan yang bersifat budiman. Biarkan mereka-mereka yang suka mencabar-cabar aku dengan cabaran yang berapi-api itu. Biarkan mereka-mereka menyingkirkan aku dari persaingan yang lagha itu tanpa nama aku tersenarai. Aku sudah pasang niat. Aku tidak mahu lagi meng-usha aweks-aweks yang ada di bazar Ramadan. Akujanji. Dan detik hati makin runcing dan tajam. Seriyus.
Kali ini, gua mahu aweks-aweks tu pulak usha gua.
Nah! Ternyata berhasil.
Awek yang tolong mak dia bungkus nasik ayam tu sengih kat aku - satu.
Awek kedai simpang dekat opis tu senyum-senyum kat aku - satu.
Tak salah lagi strategi aku kali ni.
Rabu, September 03, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(273)
-
▼
September
(22)
- resdung datang tak kira waktu, walaupun esok nak r...
- Tiba-tiba hati jadi berbunga-bunga. Tiba-tiba terb...
- told ya comic book movies ain't dead yet...
- PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008 / 1429H
- ilham sahur tadi
- lagi update TRANSFORMERS 2... turn geng jahat pula...
- gua dendam dengan hidung sendiri.
- terima kasih semua. anda tahu siapa anda. memang i...
- ini adalah rayuan oleh saya yang sedang dalam kesu...
- getting rid of those reasonable doubts
- menjejak pemikiran si pemecah tempurung.
- KEDAI KOMIK ANNUAL SALE !
- Yang di tunggu kini sudah tiba... Semua ...
- hari ini dalam sejarah pekomikan sedunia!
- kadang-kadang tu dia datang bulan-bulan macam ni, ...
- Ingat nak bikin entry pasal eksperimen BIG BANG ya...
- jurus-jurus kental!
- bila stor bilik semak, ada makhluk nama karun disi...
- masih solid lagi - terutamanya Hammett!
- aku ingin berubah di bulan puasa ini
- Eh... sapa tau RUMAH KEDAI sekarang channel mana?
- puasa tetap puasa walau apa jua senario.
-
▼
September
(22)

Dikuasakan oleh Blogger.

Halaman
About Me
About Me
ENTRI TERBARU
DEMI YANG TERCINTA!
Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...

2 comments:
Camne la lu tau diorang usya lu, kalau lu tak usya diorang balik, bro?
Salam perkenalan.
=)
[zax]
..tu la, ilmu kau masih tidak mampu untuk berumah di tepi pantai lagi.
Macam gua, rumah gua dah tengah laut dah. Jangan kata main ombak, restoran ombak pun gua dah try makan!
Catat Ulasan