Khamis, Ogos 07, 2008

eh... mana slot singgit ni?

Antara barisan-barisan lagu unggul yang dipersembahkan pada hari ini adalah termasuk Sejiwa, Usang, I Just Call To Say I Love You, Keroncong Nostradamus, Ungu, Samson, Alleycats, lagu Jamal, pastu Jamal, duet Jamal dengan SM Salim, duet Jamal dengan Hattan, Amy Search, Jamal lagi dan lagi dan lagi... ah! Jamal. Nyanyi la M.Nasir lebih sikit.

Red Box Curve Damansara terasa gegak gempita dengan paduan suara yang kental nan gagah dan sikit-sikit gelojoh. Terutama sekali time makan.

3 jam non-stop nyanyian secara suka-suka tanpa memikirkan nak top-up slot seringgit macam kat Summit tu. Tak suka atau kalau silap bawak boleh tekan remote button 'STOP'.

Tapi apa cerita? Nyanyi waktu tengahari pacak!? Aku ingatkan malam tadi masa kau ajak. Ada sikit lintas langsung. Nasib baik ah moi yang jaga counter tu ada muka Cecillia Cheung.

Apa-apa hal pun, selamat hari jadi kawan. Janji karaoke.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

M.nasir...m.nasir...m.nasir! Hmmm...

faizalmukhtar berkata...

[che ah]

ah. lu apa tau, asyik farahwahida aje manjang...

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

DEMI YANG TERCINTA!

Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...