Jumaat, April 25, 2008

aktivista.

Sejak saya nekad dan iktiqad diri ingin mengisi ruang yang ada sepanjang April untuk merehatkan jiwa-fikiran sambil mencari buahan ilham serta inspirasi yang segar (mungkin juga sudah lama tidak punya kelapangan itu), saya telah setakat ini bertemu kira-kira beberapa perkara yang saya mahukan. Dambaan saya tentang idea-idea yang melata di sekitar ceruk dan lubuk dunia ini tampak keberhasilan serta berguna dalam pencarian lewat ini. Keakraban di sekeliling banyak sekali menyumbang pendapat (terima kasih sahabat dan taulan semua). Keadaan dan perlakuan di sekitar juga ranum menyalur isi-isi karya yang bakal ditulis. Saya panjatkan rasa syukur saya pada Robbul Jalil dan alam kurnia-ciptaanya. Nampaknya jelas betul dan terbukti nyata 'DIA' ada dimana-mana.

Baru-baru ini saya diberi kesempatan dan ruang untuk mengamati dua buah filem yang difikirkan hebat dan padat pada sudut penceritaannya, pengolahannya dan 'kejujurannya'


0 comments:

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

DEMI YANG TERCINTA!

Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...