Isnin, Februari 26, 2007

Muse, Chelsea dan Mamat Khalid.

( actual concert picture courtesy of someone. TQ! )

Jadi, semalam aku tengok konsert MUSE. Hebat dan puas(terima kasih Nik Nadzru dan konco-konco di atas tiket konsert itu dan terima kasih juga untuk Aida Azura yang memperkenalkan aku kepada kumpulan progresif rock Brit ini satu masa dulu). Aku jarang tengok konsert melainkan yang perform tu performer yang aku suka. Aku suka muzik Muse. Aku suka Muse sebab muzik dia ada ‘soul’ dan energi dalaman. Walaupun aku hanya hafal beberapa kerat ajer lirik lagu band ni(Starlight, Supermassive Black Hole, Time is Running Out dan Unintended – apsal korang tak main lagu tu semalam ha?!), aku tetap layan diorang walaupun tak se‘sewel’ budak-budak sekolah yang duduk dekat dengan aku. Kapasiti 20,000 orang lebih, performance 90 minit lebih di‘hidup’kan oleh suara magic falsetto Encik Matthew Bellamy yang multi-layered dan keajaiban Encik Wolstenhome dan Encik Howard . Selain tu, aku jugak bertambah extra seronok sebab ada ‘something’ yang aku wish sudah terjadi. Ya, terima kasih juga untuk takdir dan ketentuan.

Malam tadi jugak menyaksikan kemenangan CHELSEA memenangi Piala Liga menumpaskan Arsenal kat Millineum Stadium, Cardiff. 2-1; Drogba bikin giler score dua-dua gol selepas ketinggalan 0-1. Wohoo!!! Tapi ada setback la pulak. Kapten John Terry injured dan kena masuk hospital. Apa pun, sempat jugak dia meraikan kejuaraan lepas check up. Ada pulak gaduh-gaduh masa hujung-hujung game. Kes tak puas hati la tu, biasa la adat. Nasib baik Sènor Mourinho yang datang menyelamatkan keadaan(Sebenarnya aku tak tengok pun match ni sebab balik konsert terus main game Winning Eleven jap and then lelap! baca kat internet dengan suratkhabar aje). Ha! Maknanya, kalau kita semua mempunyai sikap yang optimis dan positif, aku yakin kita masih boleh menang league title lagi tahun ni, Piala FA dan jugak berpeluang menjulang Piala Champions League. Wah! Mewah piala Chelsea tahun 2007 ni.

Dan dalam hujung minggu yang selalunya tidak berperancangan dan santai-santai baru lepas ni jugak, aku sempat bikin wedding videography dan lepak dengan MAMAT KHALID.


(sorry. aku tak jumpa gambar Mamat Khalid yang best dalam Google)

p/s: Ada jugak benda tak best yang jadi dua hari lepas. Kasut aku 3 pasang hilang depan rumah dirembat pencurik tak guna. Pastu bijak pulak ambik yang branded-branded, sandal Bata aku taknak pulak diangkutnya sekali. S#!%!!! Takpe aku halalkan. Ni semua 'apokalips'.

Khamis, Februari 22, 2007

Rabu, Februari 21, 2007

Empat hari lepas...

Cuti panjang dah pun abis. So, marilah kita recap balik apa penemuan-penemuan menarik untuk dikongsi bersama sepanjang empat hari yang lepas:

11
Aku tengok Ghost Rider.

10
Botol air mineral tak boleh diguna semula melebihi tiga hari lepas ia mula dibukak. MERBAHAYA!

9
Risiko kesihatan dan penyakit yang ada dalam makanan ringan(junk food) dan makanan segera(fast food) adalah lebih merbahaya daripada merokok. MERBAHAYA JUGAK!

8

Yasmin Ahmad menang anugerah kat Berlin Film Festival untuk filem ‘Mukhsin’. Tahniah.

7

Entry Gayour ada dalam wikipedia. Tahniah jugak.

6

Shazroy pernah cakap: ‘Rezeki is abundance’. He could’nt be more right. Precisely my friend!

5

Aku pegi Seremban dan terjumpa banyak 'sign' dari seluruh alam. Nampaknya alam ingin menunjukkan aku sesuatu. Barangkali ada petanda. It's working, wohoo!

4

Civil War(komik) akhirnya tamat. Tak sabor nak gi kedai komik ni...

3

Masih tak kemas bilik.

2

Baru abis baca buku Paolo Coelho bertajuk ‘The Alchemist’. Mungkin the best book pernah aku baca setakat ni.

1

Aku happy untuk ketika ini.

Jumaat, Februari 16, 2007

Cuti yang agak panjang untuk aku.

[ gambar hiasan. takde kena-mengena dengan hidup aku tapi aku nak home-studio-office macam ni satu hari nanti. nikmatnya kalau impian jadi kenyataan. Ehsan gambar home studio milik komik artis adik-beradik kembar dari Brazil; GABRIEL BÁ & FÁBIO MOON ]


Ya, bermula dari hari esok iaitu Sabtu sampailah ke Selasa... cuti aku adalah secara total empat hari. Panjang jugaklah buat aku yang dah lama tak bercuti [walaupun selalu lambat datang kerja sebab malamnya selalu tidur lewat dan tak kira la beberapa minit yang terlewat tu]. Jadi apakah rutin tegar yang biasanya akan dilakukan oleh aku pada masa-masa cuti panjang ini[macam pernah cuti panjang, yang ada tu pun time raya time tengah padat dengan aktiviti sosial sedara-mara, kaum keluarga dan sahabat handai].


Rasanya cuti ni aku nak :

1. Susun balik jadual kerja aku yang berterabur dan kurang terurus mengalahkan... ah! aku takde alegori dan metafor tepat untuk ini. Mungkin macam baju-baju aku yang belum dibasuh tu kot. HELP!


2. Tengok wayang kat panggung wayang [atau DVD kat rumah]. Lama dah tak pegi tengok wayang gambar... rindu!


3. Menulis macam biasa, tapi entah hapa entah yang aku tulis memang sampai sekarang takde arah tujuannya [Rujuk balik No. 1]


4. Kemas 'bilik' aku yang dah macam kem tentera.


5. Dan lain-lain.


Cuba teka, dari lima yang tersenarai tu... berapa banyak dan yang mana satu akan aku accomplish?


Jumpa lagi!

Rabu, Februari 14, 2007

...love actually.


Memperingati kekasih pada hari ini.

[ 14 Februari. Oh?! Bukan. Bukan... aku bukan ingin meraikan Saint Valentine. Aku sedar betapa itu bukan susila agama dan berlandaskan adat. Aku hanya ingin meraikan CINTA ]


Who is your soulmate?


Lets see... the love of my life someday, somehow will definitely be my soulmate. I know it and I believe it because we are going to be so intune with each other. We can just about finish each other sentences and know when the other person is themselves. She will fill me with so much joy and happiness and makes me feel so good when I'm around her. We have so much in common and I feel as though I've known her all my life. She is a very special person and I doubt there is anyone in the world that can replace her or take her place.


Soulmates are basically someone whom you really believe in whom you can count on at anytimes. But please don't get me wrong, whatever said and done... she have a life too. What I'm trying to say is that, she is willing to take the 'bullet' for you. I haven't found mine(yet) and when I have found her(trust intuition and trust instinct on this one), I'll know by my heart. She is the one who I can count on thru good times and the bad ones...


For the rest of my eternal life.


Yup! I love her and I'm willing to wait for her, until the day she realizes how much I LOVE HER and if that day never comes... well, i haven't wasted a lot of time on her at all.


( Because it is all going to be worth it. )

Isnin, Februari 12, 2007

EXCLUSIVE: Here and Now

* Anda membacanya secara rasmi di sini dahulu dan hanya laman blog ini sahaja yang melayakkan anda mendapatkan sumber yang soheh dan tulen tentang berita yang tersebut di bawah ini :


OFFICIAL ANNOUNCEMENT
[ The above represents the official announcement of my whereabouts and current career status as a professional writer ]
* * *
This entry is now open for inquiries and questions.

Rabu, Februari 07, 2007

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Hari Ini Aku Demam.

Entah apa pasal, hari ini aku demam. Jenis demam yang selalu aku akan rasa dan alami setiap tahun. Bermula dengan resdung, sakit belakang, w...