Rabu, Disember 21, 2005

No. #8

( Memento dan flashbak TENTANG 2005 )



" ...money well spent”



















































Payah betul aku nak sebut baris perkataan ni dulu. Kira macam satu fobia la jugak: D.U.I.T. Tapi itu dulu punyer cerita la. Realitinya sekarang dah jadi lain. Dah ada twist dalam life story aku sekarang .Sekarang ni dah ada gaji tetap dan dah ada kemampuan, senang sikit aku ‘nak bernafas’.

At one point, kita semua mesti ada pasang angan-angan nak jadi kaya atau paling koman pun berduit 24 jam. It felt so good bila dah ada gaji tetap. Satu perasaan fresh yang menakjubkan. Kerja sebulan dan cukup bulan dapat gaji. Hasil usaha aku carik rezeki berbayar dengan wang ringgit.

I’m doing this comic book stuff not because I simply want it or enjoy it. But it also gives me more than fine petty cash and good hard earn money. It makes me ‘rich’ in a way. Rank #8 ialah mendapat duit gaji yang memang mutlak milik aku tanpa bantuan, sogokan, pinjaman atau berhutang dengan orang lain.



















Sebahagian harta aku dilaburkan di sini ye.

Money can be a wonderful tool. If you like what you see, you can try to have a go and have it for yourself one day. That's what I think when I talk about money: if you like what money can do for you, the 'worlds' they create, you can try to 'look for it' and find out more about what 'the power'. Each Ringgit Malaysia has a value, and adds something different to the bearer, so I'm really proud to work for it. Without any further ado, lets get this straight: AKU MEMANG AIM DAN TARGET NAK JADI KAYA SATU HARI NANTI ( I want TOTAL financial freedom! ).

Kalau ada orang kata ‘money is power’, mungkin di situ ada kebenarannya.

Isnin, Disember 19, 2005

No. #9

( Memento dan flashbak TENTANG 2005 )


" ...patience will always be a virtue ~ "


Sekarang ni, aku kerap menghabiskan masa dengan melihat, memerhati, memantau, menganalisa, mengkaji dan mendalami hal-hal yang berkaitan dengan masa depan. Aku dah berani berfikir soal komitmen. Akan tetapi, aku masih teringat tak berapa lama dulu, aku macam goyang dan rasa hilang arah bila orang bertanya soal ‘masa depan’ dan apa perancangan aku untuk menghadap ‘masa depan’. Maklumlah, dulu aku penganggur. Dan secara lazimnya pulak, para penganggur biasanya kurang berkeyakinan berbicara soal ‘masa depan’. Mungkin aku fobia masa tu sebab bekalan aku nak membina ‘masa sepan’ tak cukup. Kerja tetap pun takde, apatah lagi gaji tetap kan?

Apa pun, aku berpegang pada satu prinsip, satu etika kod yang aku pegang sejak lama dahulu : Bersabar dan kesabaran itu pasti akan berbaloi.

Dan aku cukup tak percaya dengan kedudukan dan situasi aku sekarang. Macam dalam mimpi. Siapa sangka, kerja suka-suka baca komik dan kumpul komik yang aku mulakan hampir 13 tahun dulu dah bertukar menjadi satu profesion buat aku. Aku kerja buat komik, aku kerja bikin komik.

Susunan perenggan-perenggan yang diatas ni nampak janggal dan pelik tapi aku tahu maksudnya cukup jelas. Kalau kita semua bersabar dan cukup yakin berserta kuat usaha dengan apa yang kita lakukan selama ini, dengan izin Tuhan apa yang dihajati akan tercapai. Kuncinya sabar dan terusan bersabar, walau apa pun yang datang. Pahit atau manis. Berat atau ringan. Hidup kena ada challenge sikit baru best.

Bagi 2005 dan untuk ranking tempat ke #9, aku nak cakap yang akhirnya kesabaran aku menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan ke sini akhirnya berbalas kepuasan. Syukur aku Alhamdulillah.

Inilah masanya aku mempertahankan, apa yang selama ini milik aku.

























Masih banyak yang perlu 'diperlaku' dan 'dipersembah'

INTERLUDE : An Obligatory Over Obsession


Next...

Sometimes I feel I've been repeating myself. And, when I think about it, I also think that maybe that's a problem in the world I’m living in as well.

I work everyday from morning to late afternoon on weekdays(and weekends too) like everyone else. In a matter of fact, aku rasa macam aku bekerja hari-hari dari minggu ke minggu, dan dari bulan ke bulan(yang mana bagi aku, secara personalnya tak mendatangkan hal langsung, selagi takde masalah atau komplikasi yang rumit timbul)

Not that my life was dull or uninteresting, on the contrary, but it was relevant knowing that, no matter how organised and pre-planned my life is, when you are too busy running stuff... mesti ada benda yang kita terabai, terlupa atau terbabas.


‘Ter...’


Contohnya laman blog ini yang tergantung continuity entrynya.

Or maybe I forgot about the part where I should apologize and say: “Sorry semua, aku sibuk sampai aku terlupa(there goes that word again) yang aku ada benda nak aku sampaikan sebelum hujung tahun 2005 ni. Or maybe I started out wanting to make this right once more. I'll give it a shot again. Please don’t mind the sudden pause yang tiba-tiba dan agak mengejut ni.

Now, that conclusion lead me to this. It seemed I could re-tell the countdown with great sense of comfortability and pressure-free.

p/s:
spent the last few weeks working like a torrid maniac. I came up with round of events with my officemates and with a few more friends(e.g: Belia Benci Dadah event@Banting, Sure Heboh@Shah Alam, wedding shootings@Templer Park, Bintang Kecil Event@SeriKembangan,etc.)
Three excruciating weeks later, here I am ready to write again. We all agreed to give it our best and to do something we haven't done before. It remains to be like this until we succeeded to make the company totally and utterly satisfied.

Khamis, Disember 01, 2005

No. #10

( Memento dan flashbak TENTANG 2005 )



" ...bela rambut panjang cam ala M.Nasir konon, endingnya dah macam Mat Rock kangkang ~ "
















In a way, aku sebenarnya dah lama benar nak berambut panjang. To be honest, since zaman aku bersekolah rendah sampailah habis universiti. Dengan segala daya tersebut, time tu memang niat aku nak jadi rebel. Benda yang paling-paling aku suka langgar ialah peraturan larangan berambut panjang. Bukan apa, aku tengok idol aku yang ada darah-darah seniman tu semuanyer punya free hair panjang lurus mengurai. Tambah pulak cabaran dari member-member aku yang dare aku bela rambut. Orang kata aku nampak 'cool' berambut panjang(bukan aku kata ye... orang kata ye). Long story short, setiap kali ajer rambut aku mula nak bercambah, ada la cikgu displin yang dengki atau pak guard ITM yang murah hati nak hulur aku saman. Terbantut hasrat di jiwa.

Abis belajar: satu peluang keemasan. Aku belasah cukup-cukup, pedulik apa orang nak kata aku kutu ker, rocker kampung ker, apa ker... yang penting gua puas! I have been waiting for this chance and opportunity since ages.

Untuk memori terbaik aku yang be-ranking ke #10 untuk 2005 ialah berambut panjang. Mungkin sekarang ni aku dah berambut pendek semula(aku telah melunaskan fitrah nazarku pada tanggal 1 Mei 2005 dengan upacara potong rambut sebab confirm kerja). Mungkin jugak ada yang bersuara mengatakan diorang suka dan rindukan aku berambut panjang. Apa-apa hal,no worries. Kalau datang ilham aku nak berambut panjang balik, panjanglah ia.

Aku membesar dengan rasa puas hati kerana salah satu impian fizikal aku sejak di bangku sekolah yang berakar di atas kepala akhirnya terlunas jua...

HAHAHA.


p/s: songkok raya aku hilang lagi weeiii... pulangkan!! pulangkaaaaannn!!! : (

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

Hari Ini Aku Demam.

Entah apa pasal, hari ini aku demam. Jenis demam yang selalu aku akan rasa dan alami setiap tahun. Bermula dengan resdung, sakit belakang, w...