Rabu, Julai 27, 2005

AGENDA TERSEMBUNYI YANG DAH KETAHUAN...






























Bagaimana penulis di peras ugut dan dikecam oleh dua orang pengganas/pemberontak tidak bersenjata saban hari...



Faris : ...agak-agaknya hari ni Abang Long balik bawak komik baru tak?

Nana : Nana nak ‘jajan’! Nana nak keropok! Nana nak gula-gula! Nana
nak cokelat! Abang Long ada bawak balik ‘jajan’ tak??? Ada tak? Ada
tak???!!!!



( 9 nisbah 10... transkrip yang sama didengari oleh penulis setiap kali mereka bersuara. 1 nisbah 10 lagi penulis tak dengar apa-apa lagi sebab penulis pulang lewat dari pejabat dan langsung pemberontak dah pun masuk tidur )

Isnin, Julai 25, 2005

Bangun Si Luncai! ...Bangun! (kau harus sedar).

Hmm, siapa yang mengetuk mimpiku?
langit bersimbah awan... jingga pun belum sirna
dan 'orang tua' masih terpekur dengan uraian belianya
tetapi pergilah.
langkahi saja tiap-tiap depa perut bumi
dan bakar semua yang menanam kata surut.

Tak perlu menunggu-nunggu cerita yang baru terpintal
jejaki saja langit yang menebar kemarau,
kerana hiba tak akan memeluk angin
jika hanya membawa binasa bagi hati.

Maka kau pun akan boleh mencari sendiri sebuah cerita
dari jejak-jejak musim yang bersayap

Jadi pergilah
jauhi mimpiku,
aku perlu waktu
hingga mungkin aku telah tidak ada...
apa-apa.





Si Luncai merasa diri picisan,tidak lebih dari pinggiran,yang terbiar,yang tiada kepentingan. Dia lahir bersama sendiri,tumbuh bersama sendiri,tinggal bersama sendiri tapi dia tidak ingin berakhir sebagai sendiri. Ceita itu bergenang dalam rahim hidup,membelenggu gerak,mencengkam langkah. Cerita itu membawa segala macam dan aneka kepedihan,ketakutan,keangkara-murkaan,kegagalan,ketidakadilan dan kesengsaraan. Cerita itu telah membuat Si Luncai merasa dirinya buangan,tidak lebih dari itu. Bahawa kehidupan adalah pintu menuju penderitaan,gerbang dari rasa sakit,kegagalan,kekecewaan,kesia-siaan sebelum akhirnya berhujung pada sesuatu... kematian fikiran,kematian gagasan,kematian ilham,kematian mimpi,kematian angan-angan,kematian rohani. Si luncai ingin melepaskan diri,dia ingin bebas.

Si Luncai tidak ingin hidup dan mati sebagai buangan,dia berdiri di muka cermin dan bertanya diri sendiri,mencuba melihat apa yang tidak terlihat mata,mendengar apa yang tidak terdengar kuping,mencuba menghidu apa yang tidak tercium rongga hidung, merasakan apa yang tidak terasa oleh kulit. Si Luncai jadi sedar dia boleh melihat, mendengar,merasakan dan menyedari keberadaan dirinya juga orang lain : kekuatan dirinya juga orang lain bahawa sesungguhnya hidup boleh sama sekali berbeza. Cerita itu membuat dia menderita tapi sekaligus mengajar bagaimana untuk bertahan dan lebih daripada itu,mengajar bagaimana dia dapat menghadapi cerita itu sendiri. Bahawa cerita itu tidak lebih dari jiwanya sendiri yang dulunya hidup penuh tekanan dari dirinya yang mentah,yang angkuh dan sombong,yang ingin menang sendiri,yang penuh tipu daya,yang tidak pernah salah,yang pendendam,yang pemarah,yang kononnya serba tahu,yang kolot dan penuh ketidak-aturan.

Si Luncai semakin sedar untuk memperoleh kebebasannya. Dia harus menghadapi semua cerita yang membelenggu gerak dan langkahnya. Cerita hanya boleh dipatahkan kalau dia sedar bahawa cerita itu cuma sekadar cerita,tidak lebih dan tidak kurang,cerita itu cuma kehampaan yang boleh diabaikan tanpa perlu merasa kehilangan. Semenjak hari itu Si Luncai menjadi orang yang berbeza. Dia mulai menyapa matahari,penuh ghairah memeluk rembulan,dia tersenyum kepada bintang-bintang,dia bernyanyi bersama deru angin,dia menari bersama waktu yang beralun,dia tersentuh oleh kilau embun,dia menangis bersama rintik hujan... dia bebas,dia telah merdeka,tidak ada lagi ketakutan. Tidak ada lagi kekhuatiran kerana dia telah menemukan makna 'cerita itu' dalam hidupnya.




Kau lalu pergi,

setelah hilang petualangan menaklukan mimpi
memetik sepi dan menuainya dengan mata jiwa.
Sesalan semalam di dinding retak, gegap memaki
kerana langsung kembali
dengan niat yang satu.


(Jalan setapak itu tak memiliki jejak; sama sekali hanya ingatan yang menyanyikan tiap-tiap kisah masa silam... Lalu bagaimana sebuah semangat menemukan hulu cintanya?

Khamis, Julai 21, 2005

Destinasi dulu-dulu(satu wadi perjalanan hidup)








































Teringat aku masih dulu lirih mencari-cari apa yang aku perlu dan harus buat dengan hidup yang semakin hari,semakin pedih menelan ketidak-tentuan. Siang malam tak tentu arah,tak tahu nak kemana dan dan dari mana aku nak pergi untuk 'pergi jauh'. Bangun pagi entah pukul berapa,makan minum pun 'yang ada saja',kalau takde apa-apa yang nak dihadap kat luar... duduk rumah bersenang lenang santai terus-terusan. Otak tak berfungsi semacam mana kemampuan sebenar yang aku perlukan. Akal tak berputar mencari fikiran yang menjana ilham. Mati dan pegun. Tak tahu nak buat apa-apa yang boleh 'gerakkan' itu semua.

Dan ini ada satu kegiatan ruji yang aku rasa sudah jadi rutin masih itu : LEPAK.

Tiap-tiap petangnya aku akan menjadi penziarah tegar di satu persinggahan yang lazimnya orang gelarkan mapley@mamak. Ini bukan restoran yang selalunya dikait contoh setaraf Syed,Rafi,Saidina,Darus Salam,Darul Ehsan dan entah bermacam aneka jenis restoran mamak lagi yang ada nama seumpama begitu. Ini betul-betul gerai mamak authentic yang menawarkan suasana yang 'biasa-biasa'. Kawan-kawan yang seangkatan dengan aku masa tu hampir semuanya masih juga mencari-cari arah dan terpinga tuju hidup. Izinkan aku kenalkan barisan pelepak setia dan muka-muka utama tersebut walaupun ramai sebenarnya yang bersilih ganti duduk-duduk kat situ :

Yang sorang ni, anak kedua dari dua beradik. Masih kuliah tapi tak tau sampai bila dia harus ikut formaliti pembelajaran macam tu sebab aku tengok dia macam dah goyang. Dia ada awek yang juga antara pelepak kat situ,tua setahun dari dia. Yang sorang ni pulak,anak orang kaya dan bongsu. Sekejap kuliah,sekejap berhenti kuliah nak cari pengalaman kerja dan sekejap lagi... entah aku pun tak tau dia nak buat apa. Sangat konservatif dalam hal-hal tertentu dan kadangkala sensitifnya bermusim. Yang lagi satu ni, ada isu dengan orang lain dan diri sendiri. Banyak sangat teori tentang hidup sampaikan lebih separuh tafsirannya dia sorang aje yang faham.Dan yang last sekali,ada aku. Kita semua masing-masing mengaku(dalam hati dan diri sendiri) yang kita semua ni adalah kumpulan manusia yang tuli arah tuju dan sekadar suka-suka isi masa kat situ sambil menunggu-nunggu sesuatu terjadi. Dan untuk pengetahuan tambahan, kami semua adalah bekas satu persekolahan yang sama.

Apa yang kami debat dan bahaskan dari hari ke hari? Siri-siri perlawanan Liga Perdana Inggeris,filem-filem cetak rompak yang ditukar sesama sendiri,cerita-cerita jenaka zaman silam sekolah,perkembangan masing-masing dalam tempoh 24 jam,pasal hidup(sikit-sikit) dan yang lainnya. Kami semua lakukan ini hari-hari,tiap-tiap petang dan kadang-kadang ada sessi keduanya selepas tengah malam. Di sinilah aku sedar yang aku rupanya dah jadi kutu walaupun aku ada kerja-kerja freelance. Tapi aku tau yang aktiviti yang kami jalankan ini adalah kegiatan golongan lepak kelas sederhana yang sudah pun sampai ke tahap melarat. Ada yang tak pedulik,ada yang pedulik... ada yang tak kisah,ada yang kisah. Aku tiap-tiap masa datang sana sekadar mengisi jadual hidup aku yang dah 'takde'.

Sekarang dah banyak berubah. Sekarang aku dah jadi 'orang'. Sekarang aku dah ada jadual hidup. Sekarang aku ada ilham lain. Aku tak tahu sama ada mereka tu ada lagi kat sana ke tak. Aku tak tahu apa sudah 'jadi' dengan mereka. Aku tak tahu sama ada mereka ingat aku ni lupa diri ke tak. Aku tak tahu sama ada antara mereka yang sudah berubah. Aku tak tahu menahu. Yang aku tahu, aku pernah sengsara mencari apa yang aku ada sekarang. Aku pernah perih untuk sampai kat sini. Dah lama aku tinggalkan yang bukan-bukan tu. Tapi apa pun yang nak jadi kat aku lepas ni,aku akan terus ingat. Aku pernah tertambat dengan semalam dan hari ini aku bebas terlepas. Betul la kalau ada orang cakap;bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kau kena pilih... tu aje pun yang ada(teringat pulak aku kat satu lagu ni).


Ku capai jaket biru usang
Keluar dari pintu belakang
Menuju tempat bersembang
Cerita bukan kepalang
Berpidato sepanjang malam
Hingga pandangan menjadi kelam
Komen sana komen sini
Sudah nasib hidup begini
Bukan semua orang mengerti
Jika aku berpakaian begini
Seluar denggeri berwarna biru
Sepatu getah
Oh! budaya kutu
Lebih bercakap dari bekerja
Rilex katanya
Ku tidak rumitkan fikiran
Bersembang jadi kegemaran
Kalau bosan duduk rumah
Jumpa di kompleks beli belah
Tak tahu mengapa ku begini
Mungkin ini kesan kemajuan
Tapi apapun terjadi...


Nasibku ditangan sendiri.


- "Kutu"
Lagu : M.Nasir
Lirik : S.Amin Shahab

Rabu, Julai 20, 2005

It always takes a while.


Whenever I get time off from the eight-thirty-to-six (which is never nine-to-five, but more like whenever-all-depending), it takes a few days to settle down enough to switch gears and start writing for blogs or myself. Unless I have an urgent deadline, and at this point there really are a couple, aside from my ever-ambitious self-imposed ones. So it always takes a while, but I'm finally at that stage, at the creative boiling point, and now it's pen to paper again - or, rather, fingers to keyboard - and away we go...

...which means I shouldn't be hanging around here, blogging, but this is a warm-up (I tell myself) after a few days of mostly manual labour, internet-surfing, and general sloth.

What am I writing? Well, now. ‘In the dark places’ out there, being read (intently, and with much enthusiasm one hopes) by a few of new reader, so I will hold off on revising reality that until I either hear something or (the more likely option) I don't. Nobody call me back. That's the way ‘that’ machine works.

go figure.

Selasa, Julai 19, 2005

eh?


As an avid comic reader and writer,I browse thru many numerous websites and blogs related to the subject every night and day. To my surprise,one of the site owned by Warren Ellis(writer of tantalizing tales such as Wolverine,Ultimate Fantastic Four,Ultimate Nightmare,Ultimate Secret,The Authority,Hellblazer,etc) had this entry on his blog :




Teapot Cult Firebombed

A mob has fire-bombed the headquarters of a bizarre Malaysian cult built around a giant teapot.

The attack comes two weeks after the sect was raided by religious officials.


About 30 assailants armed with Molotov cocktails attacked the commune in the early morning.

The blaze engulfed a car, burnt one building and scorched the giant teapot itself.

The sect in Malaysia's northeast believes the teapot has healing properties.

Its leader, Ayah Pin, reportedly believes he is the "boss of all religions" and the owner of everything in his "Sky Kingdom".

State religious authorities have outlawed the teapot sect as a deviant cult.

"There has been a small fire," firefighter Ahmad Fakarudin said.

"The roof of the teapot structure is also slightly charred but since it is made of concrete, the damage is not extensive."

Police said there no reports of injuries.



* * *




Those damn twisted English comic writer. Always have the eye for everything...




p/s: Warren Ellis writes comic books and graphic novels, videogames, animation, books, screenplays, tv and anything else he can steal money for. He lives in south-east England and is kept standing solely by Red Bull, cigarettes and a cane.

Jumaat, Julai 15, 2005

AKU YANG TERTEWAS.






























Semalam buat pertama kalinya dalam rentetan karier aku sebagai seorang pekerja telah pun menghabiskan sehari suntuk tidak hadir ke pejabat atas alasan MC ( aku tak suka cuti sakit sebab aku tak layan demam yang bersifat remeh manja. Ini semua kedegilan aku sejak dulu, aku suka lawan penyakit ).

Keputusan Perlawanan :
Demam (1) - Daya Melawan Demam (0)


Aku macam biasa tak boleh duduk diam walaupun doktor kata badan aku ni dah nak ‘kong’, kena rehat dan recharge balik. Siap dia gelakkan aku, “awak ingat awak ni Superman ke?”. Aku pun senyum jer la sebab selama ni pun aku memang ingat aku macam tu, kata aku dengan nada separa bongkak. Menambahkan best borak ngan doktor kelmarin jugak, dia kata anak pompuan dia baca majalah aku. So,dari dia interview aku masih mula-mula tadi... alih-alih aku pulak interview dia. Cayalah.

Dah puas layan bantal dengan tilam, aku kerah bangun nak gegarkan susuk badan aku ni yang dah melampau manjanya. Baru aku sedar yang aku ni dah terlalu obses ngan kerja (bukan workaholic) sampaikan aku boleh terfikir nak terus gi kerja lepas mandi tengahari semalam,walhal badan aku masih gewang semacam. Tengah duduk-duduk menghadap tengahari yang sugul, kawan kat pejabat sms aku : rugi tak datang, hari ni ada pot-luck, makanan melimpah-ruah, nasib kau demam dan lain-lain lagi yang membakar nafsu melantak aku yang sekarang ni kena ‘slow down’ sikit sebab dah jatuh sakit. Takpe, pujuk aku kepada diri aku sendiri. Ini mungkin bukan rezeki aku tapi lain kali mungkin ada rezeki yang lagi best (tengok gambar yang termampang dalam fotopage kawan aku tadi buat aku tambah sayu, terus rasa macam rugi demam tak kena masa). Bukti mereka hanyut dalam limpahan jamuan dan hamparan santapan ada didapati disini : bukti 1 dan bukti 2

Pagi ni aku kembali datang pejabat macam biasa. Nampaknya bukan aku sorang je yang menyahut cabaran sang sakit sebab 3 lagi pejuang gugur tak datang kerja ambik MC. Kata editor aku, dia nyaris-nyaris nak cuti jugak sebab antibodi dia pun semakin menipis. Dah musim demam ke sekarang?



Oh... lagi satu.


Terkejut sebab entry yang sebelum ni punya hit dan comment tertinggi dalam rekod blog aku. Mungkin ramai yang lebih suka baca dan minat cerita peribadi dari bentuk tulisan-tulisan aku yang lainnya.

Selasa, Julai 12, 2005

SANDMAN UNPLUGGED : An Exclusive Entry for 2005 !
































Mula-mula aku nak maklumkan kat semua : Yang ini adalah tulisan aku yang paling terang dan jujur pernah aku alihkan dari dalam diri aku untuk sepanjang tahun ni.


( mungkin ada unsur sentimental jugak kali ni kot ... )


" Dah lama jugak tak duduk ‘diam-diam’ dan fikir ‘dalam-dalam’ pasal hidup,pasal masa depan,pasal cerita dulu-dulu dan yang paling aku rasa penting ... pasal diri sendiri. Hari ini aku rasa banyak sangat benda yang aku belajar dan aku alami yang mungkin ubah cara aku berdiri,cara aku bercakap dan cara aku berfikir. Pengaruh aku jugak banyak. Buat yang banyak tunjuk aku jalan hidup,aku cukup bertuah sebab aku belajar dengan cara aku. Sekarang aku dah tau pasal kenang budi,ingat jasa,hormat,sabar,lantang suara,yakin,tenang rasa,cekal tabah dan yang sangat-sangat aku hargai : matang jiwa."



Cerita dia macam ni.



Hari Sabtu lepas aku pergi satu acara. Acara mungkin bukan acara wajib aku tiap hujung minggu tapi kalau ada kesempatan aku mesti singgah sebab peluang. Macam biasa aku datang sekadar nak rehat-rehatkan kepala. Tengok gelagat orang, perhati telatah yang macam-macam. Sedang takder apa-apa dan sedang dalam ‘biasa-biasa’ tu, aku tiba-tiba jadi panik bila nampak sesuatu yang aku rasa tak patut aku nampak : Dia ada dekat situ!

Aku dah tak tahu nak buat macam mana dan tak tahu nak tunjuk diri aku yang mana satu ntah. Cuba kawal diri dan tegur dia seolah-olah aku ni tenang, langsung terus aku bertanya khabar. “ Kenapa datang?Kenapa datang?Kenapa datang?” – itu yang diulang-ulang dalam kepala aku. Lepas sessi bertegur-tegur sapa tu,aku duduk balik dan cuba sedaya upaya nak kumpul tenaga yang paling kuat dari dalam dan luar. Gagal sebab semua yang kenal aku dekat situ nampak aku panik,gabra,menggelabah semacam. Dapat sms jugak yang menambahkan rasa tak senang duduk aku sebab kawan aku tu tau aku mesti cuak gila kalau terserempak dia dalam keadaan tak sedia.

Sepanjang acara,aku banyak pandang dia dari belakang... aku pun taktau dia perasan ke tak. Bila habis ajer acara, dia terus keluar dan aku tak sempat nak buat apa-apa. Perangai lama aku kalau panik,saraf tindak otak aku jadi otomatik lembap nak mampos! Salah aku, aku mengaku. Padan muka aku jugak.

Balik masing-masing rase nak lepak. Duduk la kejap sambil layan-layan kepala aku yang tengah mereng dan jantung aku yang tengah angau tu. Janji nak lepak tempat lain, tiba-tiba lepak tempat lain pulak. Aku jenis yang tak kisah sebab tak datangkan hal pun. Dah turun kereta, baru aku paham. Ada perangkap halus yang diorang atur untuk aku sebenarnya. Dia ada kat tempat tu walaupun mula-mula aku bodoh tak nampak dia pun. Duduk tak sampai berapa minit, masih tak nampak dia walaupun kawan dia dah nampak aku dulu. Nak order tapi rase cam takder lak orang layan. Nekad pindah kedai makan sebelah sambil sibuk-sibuk kawan-kawan aku tanya OK ke. Aku takder masalah sebab tadi masa acara pun aku dah rasa cukup magic dah.

Tengah borak-borak,tukar-tukar kepala sambil makan... telefon bunyik pulak. “Datang sini kejap,nak jumpa boleh?”. Darah gemuruh aku datang balik. Nak kata suka,memanglah suka tapi panik aku ni kadang-kadang tak boleh kawal. Tak pikir dua kali terus gerak pergi tempat dia.

Aku nampak dia. Aku nampak kawan-kawan dia. Aku nampak kakak ipar dia. Aku nampak sorang bekas member baik aku dulu masih zaman-zaman muda dulu (kadang-kadang aku panggil zaman tu ‘zaman jahiliah’ aku sebab bodohnya aku masa tu aku ajer yang tau). Aku dikenalkan dengan serba ringkas. Dia siap bagi trivia pasal apa aku ni tersangatlah obses kat dia kat khalayak yang ada kat meja dia tuh : nama adik aku yang kecik aku amik sempena nama dia yang susah dan payah sangat aku nak lupa, nombor rumah aku dan rumah dia sama, aku minat sangat kat dia sampai macam-macam lagilah yang aku buat.... dari yang ntah hapa-hapa sampailah ke yang bangang sangat-sangat!

Tak lama dalam 10-15 minit, dia nak balik dah... letih katanya aku agak. Sempat ushar dia dalam senyap dan sempat jugak aku rakam peristiwa ni baik-baik dalam kotak fikiran aku supaya aku boleh mainkan balik bila masa aku nak layan jiwa. Dia hulurkan aku kad dia tanpa disuruh dan aku pun rase nak bagik jugak. Aku cukup gembira-bahagia dengan pertemuan tu.

“Malam ni confirm aku tak boleh tidur”. Mula-mula aku berseloroh la konon niat nak gurau. Balik, aku tak boleh kira berapa banyak kali aku bergolek atas katil,geram mata tak nak pejam walaupun badan aku dah kong. Jam aku agak dah berapa banyak kali pusing. Bukak lampu, bukak semua benda-benda yang aku dapat kat dia hari tu... langsung aku layan perasaan aku cukup-cukup sampai aku rebah koma esok pagi terlentangan.


Sampai lah ke hari ni, aku masih tak sembuh.

Rabu, Julai 06, 2005

IT CAME FROM OUTER TIME AND SPACE TO SAVE ME


" I might as well look as this 'invasion' as possible because it reinforces a point I am making. My whole thing is that I approach everything as an absolute outsider. It’s the only way I can break so many rules. Remember,my background is totally awkward - pure passion and unorthodox inspiration. So I was uncertain about coming from that to rock. It was just as shocking for me to write something in a nation full of skeptics. It was another rule I was breaking. You just didn’t do that. And I am helped by the fact that motivation and influence, which you would think has no rules at all, is really just as conservative as history itself. So what I do is doubtly shocking for some. The difference is that some audiences admire that I can shock them. Nothing is purely sacred to me. Who is making the rules anyhow? "


- asking myself today of tomorrow and beyond,
at the office terminal 10.19am.

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

DEMI YANG TERCINTA!

Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...