Jumaat, November 19, 2004

sedang bosan menunggu waktu dan menanti masa ... tiada ada akan kesudahannya bukan?


" selamat datang sunyi "


selamat datang sunyi
kutunggu kau di ruang sudut hati
malam ini kita akan bercakap kembali
tentang cinta yang berkabut, rindu yang berlumut.

selamat datang sunyi
jangan kau tinggalkan sepasang mata itu
yang menyimpan telaga
kerana kita akan mengarunginya
menembus lintasan rahsia.

selamat datang sunyi
mari kita segera pergi
tinggalkan sejenak tangis tanah ini
berkelana mencari jejak-jejak cahaya
dan kau lihatlah kini
jutaan bayang-bayang mengikuti
biarkan saja!
kita tidak sedang memburunya.

selamat datang sunyi
di sini percakapan kita mula
orang-orang kini pergi mencari kemanusiaannya yang tercuri
mereka menangis di lorong-lorong kegelapan
tak lagi punya mimpi.

tentang indahnya pagi sambil terus menanti terbit matahari
tapi malam masih akan teramat panjang.



p/s: selesai saja ini ... lantas terus rasa lapar!



0 comments:

Blog Archive

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

A Block of Text

A Block of Text


Hi. Saya kenal anda. Mungkin anda tidak kenal saya. Tiada masalah. Mari berkenalan!

About Me

About Me

Blogger templates

ENTRI TERBARU

DEMI YANG TERCINTA!

Esok adalah hari penentuan untuk sebuah tarikh. Telah aku tetapkan selama 44 hari sejak Awal Muharam dalam fasa memperbaiki dan memperniat...