01 | The Force. Awakening Still.


Sudah hampir sebulan 'Star Wars Episode VII: The Force Awakens' berada di pawagam. Saya yakin ramai yang membaca entri ini telah menontonnya dan mempunyai komen serta pendapat tersendiri.

Ada yang suka.

Sehingga ke tahap obses.

Ada yang benci.

Sehingga ke tahap protes.

Apapun kesimpulan (termasuk teori-teori radikal) anda terhadap legasi filem epik karya Tuan Direktor George Lucas ini, kita semua harus akui ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk mengikutinya. Termasuk pihak oportunis dan puak radikalis, ke golongan ada-ada dan masyarakat marhaien seperti kita. Nyata ia bukan sekadar sebuah cerita opera angkasa tentang drama dan konflik keluarga, komentari politikal, nuansa filosofikal dan garapan-garapan sejarah serta tradisi budaya sejagat.

Star Wars adalah sebuah naskah/francais super komersial yang berjaya meletakkan sebuah IP atau hakcipta intelektual popular ke tahap lebih berisiko dan membuktikan bahawa mengambil risiko besar adalah jalan ampuh untuk ke hadapan.

Kita telah lihat apa yang terjadi pada Episod I, II dan III. Dan kita masih mengharap pada sekuel trilogi terbaru ini untuk memenuhi kehendak dan kemahuan para peminat. Disney dan Lucasfilm sebagai gergasi industri hiburan dan filem antarabangsa tahu apa yang mereka buat. And what exactly they did was this (so far):

  1. Break the internet into half. One for lovers to love even more. One for haters to hate even more. Once done, interest will catapult and that is automatic marketing engine for the longest period.
  2. Hide. Tease. Abandon more holes in plotlines. This is for the fans to speculate, debate and boost their theory ego into maximum overdrive. Sampai sekarang pun, saya rasa perkara ini masih berlangsung kencang.
  3. Answer everything that the critics throw at them. In comparison, this is something yang tidak dibuat semasa zaman Georgle Lucas which is 'After Sales Service'.

Now, some might asked this. What do I think of the movie?

Answer: It’s not done until we watched the whole sequel trilogy. But for a comment, saya secara peribadi memang suka dan follow semua hasil kerja Tuan Direktor J.J Abrams. Apatah lagi sekarang beliau sudah berjaya revive both Star Trek and Star Wars franchise for the new generation of fans. I can speculate and lay down like a 1001 theories building and moving towards Episode VIII and IX. 

But that my friend, is going to be story for another time.    


FM

Ulasan