Bakat Kau adalah Hidup Kau


“Talent is a powerful skill and gift from the ALMIGHTY ALLAH. Everyone has it. Never, ever put it to waste“


Setiap hari, tidak kira di mana atau ke mana pun aku pergi, aku akan berjumpa dengan manusia-manusia yang berkebolehan dan berbakat. Sama ada bakat mereka besar atau pun kecil, itu bukan halnya. Halnya adalah sama ada mereka sedar bahawa bakat serta kemampuan mereka untuk menjadi lebih bagus daripada apa yang mereka alami sekarang ini wujud dalam diri mereka masing-masing.

Kadangkala, persoalan ini bermain di dalam kepala. Kenapa punca kekuatan yang telah semulajadi diberikan oleh Yang Maha Kuasa tersebut tidak digunakan dengan sepenuhnya dan seringkali pula dipinggirkan?

Mereka mahukan jalan selamat.

Mereka mahukan jalan senang.

Mereka mahukan jalan yang telah diatur dan dirancang oleh manusia-manusia lain yang sama sekali tidak tahu menahu atau tidak ambil tahu pun perihal kekuatan manusia-manusia berbakat itu tadi.

Bakat ini lumrah. Bakat juga fitrah. Bagi aku essentially, ia ibarat superpower yang dikurnia buat kita semua. Ada yang memiliki bakat lebih jelas seperti melukis, menulis, memasak, berlakon, bermain alat muzik dan sebagainya. Ada pula bakat yang lebih mudah seperti sikap dan sahsiah diri seperti bertutur, merancang, menyimpan, berkira dan meluahkan.

Ya. Bakat ini ada sekeliling kita.

Namun bakat yang sebenar-benar yang penting dan harus dihidupkan demi kesejahteraan diri dan masa depan adalah bakat untuk firm dan tekad untuk membuat sebarang keputusan yang mendatangkan kelebihan serta faedah buat seseorang itu. Antara kepantangan besar aku adalah apabila manusia dan manusia itu tidak ada pendirian, undecisive dan lebih suka untuk memilih jalan selamat dengan menjadi pengikut, mengikut dan ikut-ikutan manusia lain. Aku tahu ada leader dan ada follower di atas muka bumi Allah ini. Cuma yang aku cuba terangkan di sini adalah we all have to decide in our own fate and destiny.

Are we to blame the system? Are we to blame the society? Are we to blame the upbringing of our family and influence of our peers for all this?

Well, personally I do not think so.

Kau ada akal. Kau ada fikiran. Kau ada kematangan sendiri dan kekuatan sendiri untuk tahu apa bakat dan fitrah kau selama mana kau hidup selama ini.

Think and dwell upon it. Your future depends on it.


FM

Ulasan

azyze berkata…
Kalau tak ada bakat?
faizalmukhtar berkata…
AZYZE

Usah khuatir :-) Semua manusia ada bakat, kemahiran dan potensi dari dalam diri. Semacam 'Force' dalam Star Wars, semangat dan roh bakat itu harus diseru!