Selamat Sambut Ulang Usia, Kesayangan Hati.

Malam ini hati aku cukup sayu dan sebak. Sepatutnya pada malam ini, aku bersama kesayangan akan bersiap-siap menyambut Hari Kelahiran dengan makam malam bersama. Itu sudah menjadi kelaziman kami setiap kali tiba hari ulangtahun kami yang ditakdirkan jatuh pada hari yang dekat-dekat sahaja.

Hari Kelahiran yang Tersayang adalah pada 27 Februari. Hari Kelahiran aku adalah pada 1 Mac.

Tarikh di antara itu pula telah sepakat kami pilih sebagai Hari Ulangtahun kita berdua.

Namun tahun ini ternyata amat berbeza. Kesayangan aku tidak dapat bersama aku pada Hari Kelahiran kerana harus akur kepada tanggungjawab dan ketentuan lain di sana. Biarpun tidak jauh, hakikatnya kerinduan itu pasti wujud. Malah ia semakin lama semakin menebal dalam jiwa. Aku terlalu cintakan dia. Apabila kesayangan aku pergi menyahut panggilan yang diamanahkan kepadanya, aku sebenarnya tidak sanggup. Aku tidak rela. Aku tidak mahu dan tidak mampu berjauhan dengannya walaupun dalam tempoh masa yang pendek. Aku akan berasa canggung sama sekali.

Tinggallah aku keseorangan dengan redha diserahkan pada ilahi.

Aku berharap kesayangan dalam keadaan tenang dan sentiasa berpegang pada segala janji kita yang telah sama-sama diikat. Aku berdoa kesayangan dalam keadaan sihat dan bersemangat apabila menerima hadiah yang telah aku kirimkan tadi khas untuknya. Hanya itu sahaja yang termampu buat aku kepada yang tersayang setelah hubungan kami diuji dengan talian perhubungan yang sengaja disekat. Entan bila aku dapat melihat, mendengar dan berjumpa dengan yang tersayang. Aku sendiri tidak pasti dan tidak ketahuan. Maka aku menghitung hari demi hari, masa demi masa sehinggalah waktu itu tiba untuk aku bersua semula dengan yang tersayang.

Semoga kesayangan dilindungi rahmat Allah dengan kurniaan usia yang baru serta semangat dan jiwa yang baru menjelang Hari Kelahiran. Aku sentiasa selalu mendoakan yang terbaik buat kesayangan walau apa jua yang tersayang laksanakan dan lakukan sekarang, hari ini, esok dan selama-lamanya.

Aku terlalu rindu pada kesayangan hati.

Aku teramat cinta pada kesayangan hati.

Mudah-mudahan dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan yang seadanya demi menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin.

Love you forever and ever for ever after,
FM+AM


Ulasan