Demi CINTA AKU pada DIA.

Meluahkan sesuatu yang begitu peribadi dan penuh dengan perasaan bagi aku adalah amat canggung. Mungkin kelazimannya aku menganggap masalah dan dugaan yang datang selalunya bersebab dengan satu sebab lain. Sama ada ianya berlaku di atas perbuatan aku sendiri atau hasil asal perbuatan aku yang berpunca atas kealpaan, kesilapan, kesalahan atau kelemahan aku juga. Tapi aku sama sekali tidak menjangka yang kekuatan aku ini akhirnya akan bertemu ruasnya. Kerana manusia akan tetap manusia.

Tewas dengan perasaan sendiri itu pasti.

Genap dua minggu aku 'dijauhkan' dengan orang yang paling aku sayang di atas nama pengorbanan sememangnya menzahirkan sebuah permulaan hidup baru buat aku. Aku belajar sesuatu yang baru. Ini perasaan yang merendahkan tahap ego aku. Aku menangis. Aku akur dengan kehendak kuasa yang lebih hebat. Yang lebih tahu apa yang terbaik buat aku dan dia. Kerana manusia akan tetap manusia.

Demi cinta aku pada dia, aku redha dan relakan.

Ulasan