Lots of thing to get over with. Fast.


Ini situasi aku sekarang: Banyak perkara yang aku perlu selesaikan dalam satu jangka masa yang aku rasa cukup mencabar. Majoritinya memerlukan aku bertindak pantas. Tahap kecekapan aku untuk mengurusi perkara-perkara yang tersebut kelihatan begitu memuncak ke tahap yang sudah hampir mendekati had. Aku kena cari jalan untuk selesaikan beberapa situasi (yang separuh daripadanya adalah berputar sekitar situasi kewangan) demi melepasi satu fasa besar dalam hidup.

Famili aku. Kawan-kawan baik aku. Cinta hati aku. Aku sangat menghargai mereka secukup-cukupnya. Kerana mereka selalu ada di saat-saat aku memerlukan dan sentiasa datang untuk memberikan bantuan dan sokongan walaupun selalunya aku tidak sama sekali mengharapkan mereka berbuat yang demikian. Ini mungkin kerana sudah lumrah hidup aku yang tidak suka menggunakan perkataan ‘masalah’ sebagai alasan meraih simpati. Atau mungkin kerana aku tidak suka menyusahkan orang lain dan meminta-minta sangat. I think I’ve been that in my younger days. Not good, not advisable and definitely not worth while. Aku yakin dan mampu untuk mengecapi apa saja niat serta idaman yang dihajatkan selagi ada tenaga, kudrat dan ikhtiar yang gerakkan dari dalam dan luar. Yang dalam itu adalah semangat dan yang luar itu adalah inspirasi. Ia ada dan akan tetap ada selagi mahukan ia datang menjemputku untuk berusaha keras dan gigih. As usual dan always, kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa ada unsur-unsur positif yang aku nyatakan tadi. Aku mahukan kebahagiaan kerana itulah punca utama kesenangan hati dan kelapangan jiwa.

Tatkala ini, aku sedang diuji. Sama ada ia makin memberat atau membeban, terpulang pada Yang Maha Esa kerana hanya Dia Yang Maha Tahu. Memang kadangkala ianya lebih mudah untuk hanya putus asa dan tidak lakukan apa-apa untuk dapatkan yang terbaik tetapi itu bukan cara. Pengalaman telah banyak mengajar aku untuk mencari dan terus mencari sehingga ketemu dan berpuas hati apa yang aku carikan. Aku tahu ada ramai lagi orang yang lebih susah dan sengsara daripada aku di luar sana. Aku tahu ada yang lebih tidak bernasib baik dan malang. Aku tahu ada anugerah yang Dia mahu berikan pada aku, asalkan segala dugaan dan persona dunia ditangani dengan kekuatan. Lumrahnya hidup, yang kuat dan tabah sahaja yang akan diberikan ‘kekayaan’.

Masuk jalan sana, keluar jalan sini. Lalu lorong situ, lintang lorong sini. Naik ikut atas, turun ikut bawah. Apa saja kaedahnya, aku sanggup lakukannya. Asalkan satu hari nanti, apabila sudah sampai ke destinasi,  aku akan rasa gembira dapat membantu semua yang hargai dan sayangi.

Ulasan

Aman Wan berkata…
InsyaAllah sifoo! Pasti akan ada dipuncak. Yang penting, azam, semangat cekal, dan teruskan tindakan yang berterusan. Sikit2 lama2 jadi gedabak gile!! All the best! :D
faizalmukhtar berkata…
[aman]

Banyak kali dah aku bagi amaran. Jangan baca blog ni, jangan baca blog ni. Tapi kau degil dan ingkar. Disebabkan kedegilan kau inilah, aku tersipu-sipu malu tiada terkata dek kerana kedegilan kau tadi.
azyze berkata…
Agak-agak sampaikah bau nasi minyak di tetingkap blog ini pada tahun 2013?
Macam sudah nampak bahan-bahannya tersedia.

Hehehe