Maafkan aku kerana berlaku salah. Ampunkan aku kerana berbuat silap.


Apabila kita menghadapi kesukaran, aku yakin disitulah detik kita diasak dengan bermacam-macam jenis dugaan yang sangat meruncing datang menimpa. Yang paling dahsyat adalan tatkala kesukaran dan kesulitan  merupakan hasil daripada salah kita sendiri juga. Dan aku yakin, kebanyakan kesalahan dan kesilapan puncanya diri sendiri, secara sedar ataupun tidak sedar.

Maka, bertelingkahlah sang akal dan fikiran. Berentaplah sang hati dan jiwa. Tiada apapun di antaranya kecuali kewarasan, pengalaman, kesabaran dan pertimbangan yang sewajarnya untuk mengembalikan kekuatan serta semangat ke tempat asalnya. Jujurnya sekarang, aku sedang menghadapai detik sukar itu. Dan sepertimana lazimnya juga, aku akui dan redha ianya semua salah dan silap aku. Sebagai lelaki, itu perlu aku tanggung dan jawabkan. Sebagai manusia, itu yang harus aku tempuhi dan harungi sebagai bekalan berguna pada masa hadapan. Pengajaran daripada kesalahan dan kesilapan seperti inilah yang akan membuatkan aku berfikir lebih matang dan bertindak lebih dewasa. Kemampuan aku yang aku sendiri jarang hidupkan kerana mungkinnya aku terlalu selesa dan senang dengan anugerah berkat dan pemberian yang sebenarnya bukan milik mutlak aku. Aku akur, aku perlu baiki dan perbetuli.

Demi cinta aku di sini dan pada cinta aku di sini.

Akan aku lakukan yang terbaik untuk membentuk apa yang sepatutnya aku bentuk sudah sekian lama dahulu. Cuma kini, aku perlu selesaikan dan siapkannya sesempurna mungkin.   

Ulasan