Menjadi penulis dengan berbuku.


Kegemaran aku adalah dengan berjalan-jalan dan membelek-belek dan melihat-lihat dan mengagumi deretan buku-buku yang terdapat di mana-mana kedai buku sekalipun. Aku akan cuba untuk menghabiskan masa berjam-jam mencari dan terus mencari sebarang buku yang berkenan pada pandangan mata dan hati aku. Dan pada setiap kali itu jugaklah, aku akan bertanya pada diri sendiri, "Aku bila lagi?"

Menjadi seorang penulis tanpa mempunyai sebarang portfolio karya berbentuk buku atau novel hanya akan membuatkan aku sebagai seorang penulis yang tiada kredibiliti. Hanya penulis bertaraf biasa sahaja sedangkan dengan mempunyai terbitan buku, penulis akan diangkat ke satu tahap yang lebih meyakinkan. Apakan tidak, apabila aku melihat buku-buku di rak kedai, tambah-tambah lagi yang tebal-tebal itu, membuatkan aku berkobar. Kena pula dengan design dan rekabentuknya yang sangat best, terus menyentak perasaan aku dengan kuat.

Aku mahu jadi penulis berbuku.

Buku yang aku tulis itu mestilah terus-menerus dihasilkan agar aku dapat sampai ke tahap prolifik.

Maka journey aku sebagai seorang penulis akan tampak lebih jelas dan lebih kukuh.

Ulasan

azyze berkata…
Saya mahu jadi penulis berbuku juga tapi selalulunya saya akan menyampah dengan tulisan sendiri, dan geli, dan rasa baik jangan hantar ke mana-mana. Jadi... saya cuma jadi penulis terbuku aje lah rasanya. Terbuku di hati :P
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

...yang menyampah, geli itulah yang orang nak baca sebenarnya ;)