Hidup mesti terus!


Nampaknya keadaan jem yang teruk semalam di jalanraya telah membuatkan aku berkeadaan demam hari ini. Sejak dari malam tadi sebenarnya dah rasa tak sedap badan. Cuma aku ni bukan jenis cepat berserah dan mengalah kepada keadaan yang sebegini. Memang tak best langsung kalau demam terutama sekali di hujung minggu. Aku gagah juga diri ke pejabat. Aku gagahkan diri juga demi tidak mahu mengada-ngada dan memanjakan diri aku. kan kata orang sakit dan keadaan tidak sihat itu membuang dosa-dosa kecil dan aku rasa bersyukur kerana aku dikurniakan nikmat itu untuk muhasabah diri.

Dan bercakap soal keadaan semasa, semakin hari semakin OK nampaknya segala usaha dan ikhtiar aku dalam menamatkan 2012 dengan pencapaian-pencapaian yang memuaskan. Perjumpaan dengan Ellyna (EL ONE) dan Faisal Hamdi (VIDEOGRAPHERZ) begitu meyakinkan aku bahawasanya selagi kita berusaha dan terus berusaha, maka rezeki itu akan terbentuk lalu datang dengan sendirinya dalam rupa yang menyenangkan hati. Ellyna kawan aku paling lama sejak darjah 1 dan Faisal seorang businessminder dan pejuang dalam produksi telah membuka lembaran baru dalam rancangan urusniaga aku. Sempat juga aku duduk dan diskusi dengan Yusry dan konco-konconya  tengahari semalam sebagai menerima jemputan menjadi strategic partner. Yusry juga adalah salah seorang sahabat aku anggap sebagai sangat menghormati dan menghargai landasan perjuangan aku dalam dunia kreatif.

Sharepartner Manteraworks terbaru selepas Adi membuat keputusan untuk bergerak sendiri dengan gagasan Black Titan kendalian beliau, telah membuka peluang dan inisiatif untuk aku melantik Resmanshah yang tidak kurang hebat juga pengalaman hidupnya. Pernah berada di puncak dengan ujian harta dan kejayaan, pernah jatuh dan terbenam teruk hingga terperosok hilang punca tidak tahu mana arah tuju. Tuhan itu adil. Dan manusia itu sendiri harus akui, setiap kejadian malah peristiwa yang berlaku dalam laluan kehidupan ada hikmah dan nikmatnya sendiri kemudian hari.

Tok guru-tok guru dan mentor-mentor aku juga masih lagi giat membimbing. Kepercayaan mereka kepada aku telah aku cuba balas dengan sesungguhnya. Peluang seumpama apa yang aku dapat ini tidak datang selalu. Ini adalah kurnia. Ini adalah kekuatan aku.

Jadinya, serangan demam hari ini aku terima dan dalam masa yang sama akan aku lawan hingga sihat semula. Banyak lagi yang harus diperlakukan!  

Ulasan