Rezeki datang, rezeki pergi, rezeki menguji.


Hari ini aku terima jemputan berbuka puasa daripada Amirul dan Hazo, dua orang sahabat masa zaman aku berguru di bawah Wan Hasliza di KL Motion Pictures dulu. Amirul dan Hazo sekarang dah tak kerja lagi dekat KL Motion Pictures. Diorang sekarang berada di bawah bumbung RND Studio, satu kompeni baru yang ada dua orang lagi bekas orang kuat KL Motion Picture iaitu Dhojee dengan Rouge. Masing-masing ada portfolio dan forte yang kuat dalam bidang produksi filem, tv dan kreatif.

Berbuka puasa di Chicken Hartz Sunway (bagi aku sudah hilang daya penarik kerana tidak seindah dan sesyok dulu kerana banyak benda dan berubah, e.g deko, menu, dll) yang turut diiringi Adi selaku sidekick aku yang setia, sedikit-sebanyak perkara dan cerita menarik telah dibincang dan dikongsi bersama. Dari cerita-cerita lama sebagai warm up sampailah ke perkara-perkara yang lebih serius untuk pelan serta perancangan masa depan. Seperti yang dijangka, Amirul ada rancangan besar untuk aku. Aku ditawarkan untuk menulis skrip filem. Dua skrip filem/telefilem.

Ini sama sekali telah mengubati kerinduan aku pada salah-satu jurusan yang paling aku minati di dunia.

Harapannya dapatlah aku menongkah arus kembali dan terus berkarya dengan jalan yang ada demi membuktikan bahawa ruang dan peluang berfilem dengan gaya yang lebih natural dan lebih kreatif masih wujud di bumi bertuah ini. Dengan perkembangan arena filem tanahair sekarang ini, aku yakin masanya sangat kena pada keadaan. Perubahan yang perlu untuk masa yang perlu juga.


p/s: Aku semakin sedar setiap kali Hari Raya mahu menjengah, setiap kali itulah ada saja orang-orang yang entah dari mana datang dan menuntut wang mereka. Ada yang hak dan ada juga yang bukan hak. Ini membuatkan aku makin kental sedangkan rezeki baru mahu masuk perlahan-lahan, peringkat demi peringkat.

Ulasan