Perhimpunan yang dahsyat (untuk masa depan)


Semalam aku berkesempatan untuk duduk semeja dengan Muz(zawir), Nik (Nadzru) dan kemunculan istimewa kembali ke tanahair, Res(manshah) diiringi oleh abang iparnya. tujuan aku memanggil mereka berkumpul dan berjumpa adalah kerana ada satu tawaran yang aku rasa elok aku pilih secara ‘exclusive’ daripada aku letak kat FB, lepas tu tu disambut dingin.

Aku hendak menubuhkan panel penulis skrip untuk sebuah studio produksi yang mempunyai prospek dan potensi yang cerah untuk menggilap bakat serta membina karier mereka-mereka ini.

Mengenali mereka, aku sudah yakin malah pasti bahawasanya mereka semua berbakat. Nik, yang aku kenali sejak hampir 20 tahun dulu telah tenggelam timbul dengan minatnya dalam bidang penulis. Disebabkan pada peringkat awalnya perjalanan hidup Nik dalam bidang yang bukan menjadi minatnya telah diatur oleh kedua orang-tuanya, beliau tersasar ke sana dan sini. Mula-mula ambil jurusan kedoktoran kononnya nak sambung legasi ayahandanya selaku pakar bedah di SJMC dan jaringan klinik Dr. Nik Isahak. Kemudian, beralih ke bidang pengurusan perniagaan sehingga sampailah dia ke bumi Scotland untuk tamatkan pengajian ijazah dan masters. Balik KL, kerja CIMB 2-3 tahun lepas tu berhenti. Nik tak tahan tengok aku benda yang aku buat. Benda yang menjadi kegilaan click kitorang dulu kat sekolah. Aku berjaya jadikan minat dan alihkan bakat aku kepada profesion dan Nik mahukan sebahagian daripada itu jua. Cuma sehingga kini, ianya masih tidak teratur kerana kadangkala Nik can be undecisive (maafkan aku, dud. But aku terpaksa cakap untuk kebaikan kau. Aku tak nak kau jadi orang tua yang sesal dengan masa mudanya dan membebel tak tentu arah sampai hari mati kau). Ini masa aku arahkan kau ke jalan yang sepatutnya kau lalu.

Muz adalah protégé terbaru aku. Bakat besar, minat dalam dan punya buah-buah ilham serta idea yang padu. Baru-baru ini dia akan kemukakan usulnya untuk masuk IPCC. Aku bangkang dan tegah habis-habisan. Alasan aku mudah. Kau hanya buang masa kau dan buang masa orang. Tak cukup dengan itu, kau akan banyak buang idea-idea dan cerita-cerita terbaik kau kepada saluran yang salah. Macam orang terer main bola tapi disuruhnya masak kuih petang-petang tepi simpang, malam sikit jual burger. Bukan training untuk main bola petang-petang sampai ada scout recruit kau masuk kelab profesional macam Nazmi dengan Safee. Aku nak Muz pergi jauh dan keluar dari ketidak-tentuan yang wujud kat sini. Aku suruh dia belajar cara yang betul untuk berkarya dan mengeksploitasikan kemampuan dirinya ke jalan yang berbaloi akhirnya. Muz tidak muda dan tidaklah terlalu tua untuk mula menulis secara profesional. Dia cuma perlu bimbingand dan saluran yang betul untuk mengembangkan sayap impiannya (Fuh. Dahsyat ayat gua)

Res tak payahlah aku explain panjang lebar. Penulis yang dah memang ada portfolio dalam arena buku tanahair (aku tak nak sebut industri kerana scene buku kat Malaysia ni masih belum bersifat industrial macam filem dan muzik. Siapa cakap kita ada industri buku, industri filem dan industri muzik, aku label sebagai poser). Dengan beberapa judul buku dalam senaraian karyanya, Res ada beberapa dilema hidup yang mencabar juga. Sejarah peribadi dan setback profesional ditipu publisher, dugaan dan ujian berterusan daripada Allah (Allah sayang dengan orang yang diuji-Nya sebab bagi aku pasti ada hikmah dan ganjaran besar menanti), tuntutan dalaman dan gesaan batin yang mendesak. Res punya kisah hidup memang one of a kind. Dia more than worthy untuk projek yang aku sedang usahakan ini.

Jadi bila kami berkumpul dan mula buka cerita masing-masing, maka sudah tentulah akan keluarlah banyak kisah dan life experiences yang tidak disangka-sangka. Tambah-tambah lagi yang mengejutkan, melucukan, menyedihkan lagi tragis, mengajar dan membakar semangat kami.

Aku rasa bertanggungjawab untuk bawa mereka ke tempat yang sepatutnya. Tempat baru yang lebih menjanjikan pelangi dan harapan mentari (Fuh! Dahsyat lagi ayat gua ni)

Hopefully usaha aku ini yang berpadu dengan doa dan kesungguhan akan mengubah nasib kawan-kawan aku di atas. Mereka layak berada dalam kalangan yang terbaik antara yang terbaik. Cuma masa, kesempatan dan takdir akan menentukan.


p/s: Terdahulu, aku ada appoinment dengan Mat (Nazri) dan business partner-nya Faliq. Perancangan team fotografer Manteraworks yang lebih ampuh dan lebih strategik akan muncul dalam masa terdekat ini. 

Ulasan