Segala hasrat yang (tidak) terbuku

Ada seorang sahabat yang sudah lama tidak ketemu menghantarkan aku sebuah SMS mengejut. Sungguh mengejutkan sehingga aku tidak tersangka bahawa sahabat itu tadi rupa-rupanya dalam diam masih mengikuti perkembangan aku sekarang. Tentang blog ini, dia bertanya sebuah entri yang sepatutnya aku habiskan tulisannya. SMS yang dihantar sungguh jujur ingin tahu dan sangat mahu.

Tentang sebuah retrospektif yang sepatutnya aku sudahi dan dedahkan kebenarannya yang sebenar-benar.

Ya, aku masih ingat juga sebenarnya. Cuma aku tidak rasa masanya cukup sesuai untuk aku menutup cerita yang aku mulakan itu kerana ceritanya ‘is far from over’. Bersabar dan bertabahlah wahai sahabat. Nanti bila tiba masa, akan aku ceritakan cukup-cukup pada kau kenapa jawapannya amat peribadi dan sangat sentimental buat diri aku sampaikan aku tidak sanggup lagi untuk menceritakannya di sini.

Aku juga faham sentimen dan hasrat kau yang berkehendakkan aku menyatakan segala yang terbuku selama ini. Kau baca dulu apa yang patut.

Ulasan