Apa yang (tidak) kena dengan Netherlands kali ini?


Adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila sesuatu perancangan dan percubaan itu tidak menemukan jalan elok menuju kejayaan. Mungkin kerana sebab-sebab dan punca-punca yang lazim seperti masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik. Hari ini, team Netherlands tidak layak untuk keluar dari pusingan peringkat kumpulan apatah lagi mara ke peringkat suku akhir. Lebih memeritkan, tidak ada satu mata pun dikutip dek kekalahan kesemua tiga perlawanan Kumpulan B berturut-turut dalam edisi EURO 2012 kali ini. Bayangkan sebuah team favorite seperti Netherlands yang punya rekod cemerlang dalam perlawanan-perlawanan peringkat kelayakan akhir menuju Poland/Ukraine dan juga reputasi selaku Naib Juara Piala Dunia 2010 kecundang begitu sahaja.

Kita bermain baik. Taktikal dan strategi kami juga cantik. Malah, semua pemain menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan begitu bersungguh-sungguh sekali.

Jadi, apa yang  tidak kena kali ini?

Boleh pilih salah satu yang di atas tadi: Masanya belum tiba, tidak cukup usaha dan ikhtiar ataupun kurang bernasib baik

Ulasan

gayour berkata…
HARHARHAR! biarkan beliau dan semua penyokong beliau rasa! har fragin har!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...VORTUM! The Oranje will be back!! Better than ever!!!
Tanpa Nama berkata…
oren kali ni berbuah dengan ranum...tapi isinya masam, tak berapa manis...
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

life kadang-kadang begitu. Adakala sama di dalam, adakala beza di luar