Bersusah-susah dan berpayah-berpayah dulu, jangan kemudian. Kemudian nanti kau susah-payah kan orang lain pulak. Itu lagi horror jadinya!

Akhirnya aku dengan rasa lapang dada dan senang hati berasa sungguh gembira sekali kerana hari ini dengan secara rasminya telah berjaya melangsaikan installment(hutang) laptop aku dengan sempurna.

Tidak perlu lagi berpening-pening kepala dan bersusah-susah hati untuk mencari jalan bagaimana mahu melunaskan hutang yang tahun ini sudah masuk tahun keduanya dan tahun terakhirnya. Dulu masa ada kerja tetap, perkara yang semacam ini adalah hanya perkara enteng kerana hujung bulan pasti ada wang yang mencukupi untuk membayar skim bulanan yang aku sengaja pilih itu. Ada dua komitmen yang aku terpaksa lakukan: Satu pada laptop dan satu lagi kereta yang kini sudah ditarik oleh pihak bank. Pada muka aku, siapa suruh berani sangat. Kan kereta dah kena tarik. Nasib baik aku sukakan pengalaman dan pengajaran yang susah-susah dan payah-payah macam ni sebab aku tahu esok-esok aku akan jadi lebih kuat-kuat.

(whatever!)

Ulasan