RETROSPEKTIF 2012 | Bahagian 3

Bermula tahun ini, aku akan menulis tentang perkara-perkara dan cerita-cerita yang sudah lama aku ingin jelaskan dan nyatakan. Ini bersempena hari lahir aku yang telah lalu. Ada yang rahsia, ada yang sudah lama dipendam dan simpan untuk menanti masa yang sesuai untuk diluah langsung ditulis.

Masa yang sesuai itu sudah sampai akhirnya.

___________________________________________________________________________________


Kenapa Aku Masuk / Berhenti KL Motion Pictures?


Aku sekarang berada dalam peringkat transisi mencari arah tujuan yang lebih besar dalam bekerjaya. Setelah hampir empat tahun melakukan kerja-kerja yang membabitkan komik dan kartun, akhirnya aku kembali semula ke aliran yang mana aku tuntut pengajian suatu masa dahulu ketika sedang belajar di universiti: Berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Ini terjadi berkemungkinan besar kerana keadaan yang memaksa dan terpaksa. Diakibatkan daripada penutupan studio KLP yang aku sertai terdahulu, aku mencari opsyen yang paling dekat dengan aku yakni berkarya dalam bidang yang membabitkan TV dan filem.

Kali ini aku sengaja menempatkan diri aku ke KL Motion Pictures di bawah tunjuk ajar dan panduan seorang yang produser/direktor/penulis iaitu Wan Hasliza @ Kak Liza. Aku mahu menuntut ilmu pengajian dan pengetahuan tulisan-tulisan skrip. Aku mahu belajar selok-belok sebenar dan jurus berkesa daripada seorang profesional yang betul-betul mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan skrip TV dan filem. Kak Liza terkenal kerana siri TV ‘Dunia Baru’ yang mana ia selanjutnya dijadikan filem di pawagam. Aku sangat berminat untuk berguru di bawah bimbingan Kak Liza kerana Kak Liza ada X-Factor yang selalunya aku akan cari dalam menuntut ilmu tertentu yang lazimnya tidak diajar di sekolah, pusat pengajian tinggi atau mana-mana sahaja. Di sana juga aku duduk bekerja di bawah satu bumbung dengan dua teman lama aku dahulu semasa di KLP iaitu
Lobak dan Adi. Mereka barangkali adalah pendorong terbesar aku mahu masuk dan sama-sama berada dalam dunia produksi dan penyiaran.

Semasa bekerja sebagai researcher dan pembantu penulis skrip di KL Motion Pictures, banyak yang aku pelajari dan alami. Aku belajar bagaimana mahu menghormati dateline dengan lebih berdisplin, aku belajar membuat aturan jadual kerja dengan lebih kemas, aku berpeluang berlakon dan menulis skrip secara profesional. Aku berkenalan juga dengan Sham(scriptwriter) dan Amirul(editor/produser.direktor). Dhojee(produser/direktor) dan Khai(produser/direktor). Encik Jamal(produser) dan Pali Yasir(DOP), Hazo dan Mujeed, Bangla yang aku rasakan cukup karakteristiknya untuk dijadikan watak dalam mana-mana filem atau drama. Malah ramai juga kenalan baru yang mungkin tidak akan dapat aku senaraikan semuanya di sini, namu kehadiran mereka-mereka ini cukup mendatangkan sesuatu yang berguna buat bekalan perguruan aku bersama-sama Kak Liza.

Seperti yang aku katakan tadi, kesempatan untuk berlakon di sini hadir dalam bentuk siri game show yang diusahakan dengan RTM. Sebuah game show yang di beri judul ‘Laxmana’ yang pada hemah aku adalah sebuah game show yang diinspirasikan dari game show-game show fizikal yang popular di Jepun terutama sekali ‘Istana Takeshi. Maka, merasa popularlah aku sejenak dengan screen time yang diberikan kepada aku setiap kali aku on air. Sungguh menarik sekali pengalaman menjadi pelakon. Semuanya itu berlaku dengan begitu pantas kerana tanpa aku sedari masa itu berlalu, aku mengambil keputusan untuk menamatkan perguruan aku sendiri bersama KL Motion Pictures dan Kak Liza apabila tamatnya penggambaran lima musim berturut-turut program ‘Laxmana’ dan terus sahaja melangkah kaki untuk beberapa ketika ke ASTRO untuk menyambut pelawaan oleh seorang sahabat yang kebetulan adalah produser di sana. Aku bekerja di bawah Azwin untuk membantu menulis skrip dan mencari idea baharu untuk musim terbaru dan terakhir ‘AC Di Sini’ yang ditukar kepada nama ‘AC? Sempoi’ apabila aku menyertaui team tersebut.

Di sana aku hanya bertahan tidak sampai dua bulan memandangkan aku hanya bekerja di bawah kontrak bersyarat. Aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja full time kerana tawaran gaji tidak setimpal dengan kerahan tenaga yang diberikan.

Selang beberapa bulan, aku mendapat panggilan daripada Nazri(Vovin) untuk sessi temuduga di PTS untuk menyandang jawatan sebagai editor buku. Aku diterima dan di sinilah bermula sebuah lagi lembaran hidup aku yang cukup panjang tetapi bersejarah buat diri.

Ulasan