Apa dia ni?

Bila tidak ada yang faham apa yang aku cuba sampaikan, aku akan cuba dan cuba lagi. Kerana bagi aku selagi mesej atau idea itu belum lagi menuju sasarannya dengan tepat, aku akan rasa tidak puas dengan apa yang sedang aku usahakan itu. Atau dengan kata lain, aku kena sama ada; 1) simplify subjek tersebut untuk persepsi umum, 2) berikan contoh atau misalan yang lebih praktikal, atau 3) cari jalan panjang dan berliku hingga semua orang faham, tahu dan mengerti.

Mungkin kompleksiti ini tidaklah sesukar yang mereka semua bayangkan. Aku kena kurangkan unsur filosofikal dan elemen retorikal.

Macam menulis. Selagi cerita yang aku tulis itu tidak ada penghujung dan penamatnya, pasti tidak ada siapa yang akan tahu penyudahnya. Tidak siapa yang akan tahu moraliti dan natijahnya. Tidak siapa yang akan tahu apakah cerita itu tadi betul-betul sudah habis atau berkesinambungan ke cerita yang satu lagi. Nyatanya di sini, cerita perlu ada penamat supaya semua faham.

Pemahaman manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza-beza mengikut tahap intelek, pengalaman, usia, latar belakang dan integriti seseorang. Biarlah fitrah dan takdir dan nasib sahaja yang menentukan.

Aku mahu orang faham dan tahu.

Apa dia niat aku.

Apa dia kerja aku.

Apa dia tanggungjawab dan hak aku.

Apa dia yang aku lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

Apa dia yang dia dan dia dan dia dan dia dan juga dia mahu daripada aku.


Semoga aku cuba lagi (hingga tamat)

Ulasan