Judge, Jury and Executioner's Song

Juara Lagu baru sahaja selesai dan sepertimana yang diketahui semua lagu Hafiz iaitu 'Awan Nano' hasil karya bersama M.Nasir dan Budhi Hikayat menang untuk tahun 2011. OK, not bad of a decision at all when you look at all the considerations at stake. Disebabkan ini Juara Lagu, sudah pasti semuanya bagus-bagus dan yang terbaik. Bagi aku bila sudah ke peringkat yang tertinggi sebegini, semua sudah layak bergelar juara dan johan selayak-layaknya. Syabas dan tahniah buat semua pengkarya muzik tanahair. Hopefully, one fine day impian aku untuk lahir dengan sebuah karya muzik dengan hasil tulisan lirik aku sendiri akan termakbul juga hendaknya.

InsyaAllah.

Apa pun, yang ingin aku ceritakan di sini adalah bila tiba acara sebesar Juara Lagu ini, maka akan berduyun-duyunlah orang di luar sana membuat spekulasi dan ramalan. Dan dengan secara mendadak juga, akan lahirlah ramai lagi pengkritik dan juri-juri instant yang mencuba bakat dan nasib sebagai judge, jury and most of the time --- executioner. Tambahan lagi, zaman sekarang ini adalah zaman Facebook. Semua komentar dan ulasan dapat dilihat dan dibaca dengan jelas di sana. Ada yang positif, ada yang negatif (which aku rasa mostly negatif). Ada yang membina dan ada yang meruntuh. Ada yang OK dan ada yang KO. Tapi apa yang aku ingin nyatakan di sini adalah betapa galak dan seriusnya mereka-mereka ini when it comes to entertainment debates and big musical events like so. And I am not saying this because it's right or wrong, cuma when people are clear amatures and tend to act like pro knowing their stuff about so and so --- does'nt that make things even more 'controversially insane' and most of the time an embarrasment for the society?

Even as I speak, aku bukan hanya bercakap soal Juara Lagu. Sama juga macam isu bola atau politik atau apa sahaja yang melibatkan open debate atau social events yang terbuka untuk semua masyarakat participate. Ini semua sudah terjadi much too often dan amat-amat menjengkelkan at certain point sebab tidak melambangkan kebijakan kita untuk berdiskusi soal yang 'perlu-perlu'.

If we are not actually professionals ataupun having actually been a careership path in that particular scene or industry, elakkanlah daripada memalukan diri sendiri. Lebih mengaibkan kalau kita dengan secara tidak sedar telah 'membodohkan' diri sendiri dengan membuat komen dan ulasan yang tidak sepatutnya. Kalau dengan niat bergurau atau bercanda itu memang boleh nampak. Tapi kalau mahu komen tentang pitching, performance, package atau apa sahaja yang bukan forte kita sebenarnya, itu tidak mungkin akan memberikan impression bagus buat sang penulis yang beria-ia menulis di FB itu (I'm pointing this out mainly towards FB users sebab mereka ini most of the time got carried away too easily dan terlalu bermain sentimen dan soal emosional).

Budak-budak yang baru nak belajar follow bolasepak lokal pun macam tu jugak. Since menang AFF Cup dan since dah mula celik apa itu Ultras and capo and perkara-perkara yang berkaitan dengan Liga Malaysia dan Harimau Malaya, nampaknya ramai-ramai yang beriya-iya sangat nak jadi coach dan commentator walaupun terang-terang hanya setahun jagung dan takde asas pun dan dibawa hingga ke tahap debat.

Harap mereka sedar dan harap-harap juga aku sedar: Kita semua ini masih banyak lagi yang perlu diketahui dan mengetahui

Ulasan